Halaman

29 Disember, 2010

Piala AFF Suzuki

Seperti yang sedia maklum antara kejohanan bolasepak yang paling kontroversi tahun ini dan sememangya pasukan negara kita selalu berada dalam keadaan itu sejak sukan SEA lepas... tambah pulak dengan piala AFF Suzuki yang akan berlangsung malam ini... dimana Malaysia menentang Indonesia untuk perlwanan kedua akhir bagi menentukan siapa yang paling layak membawa pulang piala tersebut..


Semasa Indonesia menang besar keatas Malaysia pada pusingan pertama tiada pula mereka bising-bising dan apakah tiada sebarang ganguan pada masa itu.. aku pun terkadang rasa marah juga bila baca komen2 penyokong Indonesia dilaman sosial Facebook... tapi apakan daya aku tak mahu campur biarlah mereka nak kata apa yang penting buktikan diatas padang bukan dengan kata-kata kesat!



Namun yang pasti sarang garuda akan bergegar sekali lagi dengan ngauman garang harimau Malaysia yang akan membuatkan si garuda tak senang duduk dan tak lena tidur hahahaha.... Apapun Malaysia sudah berbekalkan 3 biji gol untuk bertandang ke tempat mereka tanpa rasa gentar... Biar pun laser atau apa di harap skuad Malaysia tak akan pernah gugup dan buktikanlah kepada pihak Indonesia siapa yang layak bergelar juara...



Pemain tengah Indonesia kelahiran Belanda, Irfan Bachdim dalam laman sosial sama pula mengakui tidak dapat tidur lena selepas kekalahan itu.
“Kita masih boleh bangkit di Jakarta dan laser bukan alasan kepada kekalahan Indonesia. Apa yang penting lakukan yang terbaik berbanding semalam,’’ kata pemain berusia 22 tahun itu di laman sosial tersebut.


Sesebuah pasukan bolasepak pada zaman sekarang bukan lagi seperti zaman negara kita dijajah oleh jepun tapi dizaman sekarang sesebuah pasukan bolasepak harus siap bersedia dalam pelbagai aspek... Para penyokong pula terdiri dari pelabagai ragam. Kecanggihan teknologi sememangya mewernai permainan bolasepak dari sekecil balingan botol mineral, mercun dan juga laser... itu semua berlaku pada zaman 2010 di masa2 akan datang entah apa lagi yang akan berlaku dan tak hairan kalau ada mesin yang dibawa oleh penyokong dimana mesin itu boleh mengeluarkan gelombang dan menggangu konsentrasi pemain bolasepak pilihan mereka... fikirkan..........!

Apapun malas dah aku nak merepek pagi2 buta nih... selamat berjuang skuad Malaysia... semoga dengan kemenangan nanti akan menutup mulut2 jahat Indonesia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan