sememangnya masa yang tersisa untuk aku kali ini terlalu membuatkan aku sibuk. sibuk dengan kerja sibuk dengan tidur dan rehat dan macam2 perkara yang tak dapat nak diceritakan... sibuk sungguh-sungguh walaupun kesibukkan itu menyibukkan keadaan yang telah tersedia sibuk dan kekadang buat-buat sibuk... cuma beleum berkesempatan untuk menyibuk ditempat orang hahaha
oleh kerana terasa lama benar tak buat entry jadi malam nih terasa pulak nak buat dan nak jenguk blog kawan2 tapi rasanya tenaga sudah berkurang, malam2 hampir mendekati kepada tengah dan menjelang pagi, aku mahu tidur letih sangat badanku ini terasa sakit seluruh sendi dan otot-otot...
walaupun aku cuba minum kopi super poWer tapi belum tentu poWer itu akan datang akan membuatkan aku bertenaga, bukan sekadar cuba tapi memang sedang minum secawan tatkala aku menaip entry ini... masih belum sejuk pun kopi yang aku buat dan aku minum... apalah kan malam2 minum kopi kan tak boleh tidur pulak... takper tak buleh tidur pun tak per sebab besok aku off, tak kerja... hmmmm...
alangkah seronoknya kalau tak payah tidur tak payah makan, tapi sudah takdir kejadian manusia segalanya dalam ketentuan Illahi...
sambil melayan radio manis.fm aku menaip setiap perkataan dengan malasnya dengan terpaksanya dengan tak bestnya hehehehe... oh!... kenapakah, haruskan begini atau bagaimanakah boleh terjadi begitu... gOOO!!!! get the power got power to fly to survive to bleach the bad...
jam sudah berubah kepada 11.45 malam... aku masih terkebil-kebil menaip sambil mencari idea semoga penuh tulisan aku pada entry kali ini... merepek mungkin... itu sudah kebiasaan... sambil berhati-hati agar tiada taipan yang salah dari segi ejaan dan susunan ayat serta makna agar tiada yang akan berkata oh! tidak...
namun sejak musim hujan ini aku juga tidak terlepas daripada ditimpa oleh hujan... semasa nak pergi kerja juga bila mahu balik kerja tapi itu tidak melunturkan semangat aku cuma hujan pagi2 itu jer buat sungguh mengduga jiwa yang masih mahu diselimuti yang masih mahu didakapi huhuhu... oh,... hangat... sejuk kena hujan... tak mampu nak beli jet ler ngeh3x...
Raya haji lepas aku tak balik kampung, sebab kena kerja juga adess... sungguh tidak best... tapi takper sempatlah juga aku beraya kat sini bersama kawan-kawan yang juga tidak balik kampung... cuma macam biasalah seperti tahun2 sudah tak merasa ler daging korban... lagi tak best... alangkah tak bestnyer hidupku...
betul ke tak best... aku kisah... ada lagi manusia yang tak best dapripada aku rasanya... aku ok ajer terima segalanya hmmmm....
dalam entry kali ini aku cuba untuk menulis sepanjang mungkin yang aku mahu walaupun aku tahu ada yang tak suka membaca panjang2,,, err tak per jangan paksa diri anda untuk membaca kalau tidak selesa nanti merusak jiwa batin merana hahahahaha... bak kata CkLah Biar Santai-santai....
oh kasih damailah
engkau disana...
ku berdoa pada tuhan
agar kau bahagia...
selagi ada waktu
selagi ada rindu
biar beribu batu
mungkin aku bertemu...
kebetulan lagu nih kuar kat radio aku taip jerlah lirik2 dia kat sini sekadar melengkapkan pesanan penaja errrrrr....
Salam Naqeeb.
BalasPadamNampak lain bunyinya kali ini, rupanya tak makan daging korban seseorang itu boleh berubah ye hahaha.
Awat tak tfon Pak Ngah bagitau tak balik kampung boleh kita jalan-jalan kat Plaza Masalam atau mana-mana yang ada jual lomang. PKNS pun boleh kita ronda tengok gerai kosong.
Pak Ngah pun tak balik kampung....dah panjang komen ni beri peluang orang lain pula.
salam pak ngah...
BalasPadamtu lah pasal, masa hari raya tu tiada benda lain yang ingat... hanya pasal kerja...
tapi masa nak pergi kerja tu tgk org dah nak pergi sembahyang raya rasa syahdu sungguh...
pkns, gerai kosong ker huhu... biasanya kedai makan yang kosong...!
Laaa ko tak balik kampung rupanya. Nape tak dtg rumah aku aje malam raya tu. Happening betul
BalasPadamOh ya jangan biarkan hidup kita ini terasa kosong dan kesunyian. Bnyk perkara menarik yg boleh kita lakukan hehehe
Lama tak megupdate blog, jangan sampai bersawang, berlalang udah la.Sesetengah orang memang ada masa yang banyak, jadi senanglah nak mengupdate dan berjalan ke blog sana sini.
BalasPadamhuhu.... saya pun dah lama tak beraya korban kat kampung kat kelantan. tak kisah ler kat mana-mana pun sama. Lagipun saya kat sini dah jadi kampung sendiri.
YB...
BalasPadammemang tak balik ler... tu yang tak best tu... macamna nak pergi dah kerja lepas balik kerja pulak letih sungguh tak larat nak pergi jauh2 ...
musim hujan pulak tu.....
dont worrylah ditakdirkan saya ada masa kerumah YB nanti saya pergi ler huhuhuhu
Tok Nabe...
memangtu bila dah masa tak mengizinkan itulah jadinya... bila ada masa idea pulak takder huhuhuhu
jadinya balik lepas raya lah tu...
loh, makan dgn tidur tu nikmat Allah bagi tu...
BalasPadamthanks sudi komen blog saya yer encik naqeeb lukhman
Seminggu lagi....kau tak akan lihat laggi tulisan cklah yang panjang-panjang tu....
BalasPadamBukan santai lagi...tapi....santau!
:'(
aku pong tak balik.... :(
BalasPadamtok tok tok...
BalasPadam.
.
tuan umah dah bangun ke belom??
errrr... tido lagi??
ish ish ish....
udoh udoh la tu...
hikksssssss
hans...
BalasPadambetul tu...
tapi hmmmmmmm... nanti kamu akan mengerti....
sama2...
CkLah...
masih ada lagi ker kisah santau huhuu... saperlah yg jadi mangsa tu...
suahila...
tak balik... hmmm tak ajak pun aku pi umah ehehee
KTS...
aku bukan tidur ler tadi tghari kejap jer terlelap hiks....
kejap jer takper....
salam abang naqeeb.. lama tak dengar cerita... tkasih la abang sudi jengok blog abeli.. cerita tentang ular masuk rumah tu... kebetulan pulak.. ...
BalasPadambetul juga
BalasPadammaybe satu hari nanti den faham