Rasanya dah banyak artikel2 pasal facebook dimana-mana blog dan juga majalah serta surat khabar. Lalu aku berfikiran sejenak apakah relevan dan logik kalau aku bercerita pasal facebook di blog aku ini...
Sepertinya aku sengaja menumpang populariti laman sosial yang luar biasa menjadi kegilaan seluruh penduduk planet yang bernama bumi ini. Walaupun facebook sudah agak lama beroperasi namun sejak penghujung tahun lepas dan tahun ini populariti facebook terus melonjak. Apatah lagi Perdana menteri juga menggunakan facebook sebagai satu cara untuk mendekati rakyat. Siap menjadi berita dalam tv lagi.
Aku mula-mula buat akaun facebook merasakan tiada apa yang menariknya tiada yang istimewa ini adalah kerana aku sudah biasa dan sudah lama dengan Friendster, Multiply dan Myspace! jadi bila ada akaun facebook tiadalah teruja sangat seperti budak-budak sekarang yang baru kenal apa itu laman sosial.
Berapa facebook yang aku ada...? Aku ada 3 akaun sebenarnya, tapi dulu semuanya tak aktif atau kurang aktif berbanding sekarang ini. Dua daripadanya aku pernah batalkan atau gantung tetapi satu daripadanya aku aktifkan semula setelah ada kawan semasa sekolah lama dahulu beriya-iya sangat jadi, aku aktifkan semula akaun itu untuk memjejak semula kawan-kawan sekolah dahulu.
Tapi yang aku tak suka dengan facebook adalah maklumat peribadi sepertinya terdedah keseluruh dunia. Kalau anda tak percaya.......... susah untuk aku membuktikanya... Apalagi apabila facebook mula berfungsi pada telefon mudah alih... hahah jadinya tak susah ler untuk mendapatkan maklumat anda yang sebenar itu hmmmmmm... tapi kalau anda seorang yang bai-baik tak jadi masalah... tapai kalau maklumat anda dapat kepada yang tak baik... kemungkinan ada kegunaan kepada mereka siapa tahukan... kat dunia ni ramai yang pandai godam-godam sistem itu dan ini.
Salah satu maklumat asas yang ditingalkan pada laman sosial adalah dipangil sebagai jejak siber. Jejak yang anda tinggalkan itu ada gunanya pada organisasi tertentu dan juga individu... lupakan saja tentang masalah itu... sekadar untuk membuka minda dalam dunia isber jer huhuhu bukan niat aku nak menuduh itu dan ini...
Fenmena yang aku nampak setelah terbangkitnya populariti facebook adalah banyak juga baiknya terutama sekali kepada kawan-kawan aku kalau dulu mereka hanya tahu apa itu internet, sibercafe atau broadband... sekarang mereka sudah mula terlibat dalam dunia siber apabila mula berjinak-jinak menggunakan laman sosial itu...
mana yang belum ada pc sanggup beli laptop dan beli broadband. Ada juga yang online melalui telefon bimbit bagi yang ada telefon canggih ler huhuhu.... Yer itulah yang baiknya kerana keterujaan dengan facebook pihak yang menyediakan servis internet dan kedai PC juga telefon bimbit sudah tentu turut menumpang keuntungan daripada fenomena ini... Sejauh mana ia membantu mereka itu yang terlibat dalam perniagaan berkenaan tak adalah aku ketahui... itu aku tak nampak!
Keterujaan yang melampau terhadap facebook juga mungundang padah seperti yang kita dengari dalam berita tv dan sebaganiya... ternyata kegembiraan itu bertukar menjadi kebodohan dan bencana pada diri. Di negara seperti China, Iran dan Syria facebook sudah disekat penggunaanya kepada umum negara tersebut.
Facebook dan perempuan... hmmmmmmm ini susah sikit aku nak bagi hujah sebab kalau blogger perempuan yang baca n3 ini sudah tentu aku akan dihentam hebat hahahaha... ok, yang lelaki juga tak kurang hebatnya ketagih dengan facebook dan juga games-games yang tersedia secara percuma... walaupun games tersebut tidaklah hebat namunia cukup untuk menarik dan melekakan pada pengguna facebook yang sekian hari melayan bersama rakan-rakan satu pejabat atau firma... pernah tak anda dengar " eh! hari ini kau tanam apa?" dan " berapa ekor dah ikan kau"...
Bagi kalangan yang dewasa mungkin itu semua tak menjadi masalah walaupun ada namun bukan pada skal yang besar atau melarat tapi pada remaja dan juga kepada yang akan luput status remajanya........ hmmmmmmmmmm... kanak-kanak juga tak kurang hebatnya terkena bahang fenomena tersebut... ada aku baca blog kawan aku katanya anak saudaranya tak nak pergi sekolah tadika sebab kat sekolah tak ada games macam yang dalam facebook tu... huhuhu aiyoooooooooooooo.... siapa yang salah apa yang silap games kah... facebook kah... orang tua kah... atau juga teknologi itu sendiri!
Yer betul kalau pandai guna tak akan menjadi masalah... ibubapa pula harus memantau anak-anak apabila menggunakan internet dan sebangainya.... kan dah bertambah tugas ibubapa tu hehehe dah jadi satu kerja pulak kan.... bagi yang sedar pasti akan ada sesuatu tindakan diambil bagi yang tidak... pasti mereka akan berkata tak kuasa nak layan hahahahaa.......
Ada rasanya di pejabat2 yang mana pekerja-pekerjanya yang tiba di pejabat awal-awal lagi dah layan facebook dan sebaganiya... yerlah kan lambat buka games kan mati pulak 'ikan'nya hahahahahhaha...
Aku... layan juga games yang ada dalam facebook tu tapi biasanya tak lama... sebab aku dah boleh dikategorikan sudah terlalu tua untuk bermain games... sedangkan games-games yang lain juga aku tak layan semasa berada di rumah... keterujaan aku dah merudum terhadap games... tapi bagi yang kerja di pejabat yang menggunakan komputer dan ada sambungan internet sudah tentu menggunakan masa terluang dengan laman sosial dan sudah tentu games yang tersedia itu... aku sengaja tak sebut jenis2 games yang ada dalam facebook tu... taku pula ada yang nak cuba dan mencuba-cuba hahahahahaaa................... itu kalau yang gunakan masa terluang untuk melayan laman sosial dan sebagainya kepada yang mengunakan masa bekerja atau dengan kata lain mencuri masa......... haaaaaaaaaaa kan dah tak elok jadinya... godaan siber memang kuat! Jangan ingat jin dan iblis tak tahu apa itu internet!
adess... panjang pulak merepek... kalau ada yang tak betul fakta sila komen lah yer huhuhu...
facebook aku bukak dua tiga bulan sekali jaa... game hapah pun aku tak main... tak kuasa...
BalasPadamtapi, kan ke ada fungsi 'privatize' ko punya page tu... macam frenster jugaklah pun... Hanya orang dalam list kawan-kawan je bleh tengok...
syah...
BalasPadammmg camtu lah aku buat sbb tu aku buat 2 akaun facebook..
satu untuk aku dan kawan2 sahaja (kawan yg pernah berjumpa)
dan satu lagi untuk umum... untuk peminatlah katakan hahahahaha