Halaman

25 Mei, 2009

Sehebat Manakah Anda Sebagai Blogger


Tengah- tengah malam nih walaupun mata mengantuk dan kepanasan sbb suhu bilik dah cecah 34 darjah celcius cuba aku untuk meneruskan n3 kali ini... sunyi pulak rasanya malam nih... biasa ada kedengaran bunyi burung hantu tak pun anjing menyalak-nayalak..

Hmm... tajuk tu memang sebagai gimik jer tapi yang aku nak meraban nih pasal apa erti blog pada kehidupan seharian ataupun apakah pengaruhnya. Selain daripada laman sosial yang lain apa yang aku nampak laman blog free spt blogspot dan wordpress dah tak ada beza sangat dengan laman sosial yang sedia ada...

Jadinya blog sudah dijadikan sebagai medium untuk bersosial melaui komen atau ruangan koment yang digunakan sebagai ruang chatting... Dan blog follower digunakan sebagai tempat save contact, terbukti tiada beza sangat dengan myspace ataupun friendster atapun tagged!
tapi friendster bagi aku amat memboringkan. dan laman sosial terkini yang menjadi kegilaan dan ketagihan adalah Facebook! walaupun ada berita mengatakan facebook buleh mengundang kearah sosial yang kurang menyenangkan. Untuk pengetahuan anda semua di Qatar laman sosial Tagged.com sudah di block untuk diakses oleh rakyatnya, mengikut member aku yang kerja kat sana...

Kepentingan blog pada kehidupan hari ini tidak buleh dinafikan lagi. Ramai yang sudah sekian lama menulis blog. Ada yang kaya kerana blog ada yang guna blog untuk meluahkan perasaan ataupun sebagai satu kaedah terapi minda ataupun jiwa... hmmm ramai kot yang jiwa kacau... nanti aku akan buat kajian... dan stastik menunjukkan blogger dikalangan perempuan adalah yang paling tinggi, agaknya betul stastik itu. Kat bloglist aku pun lebih ramai blogger perempuan.

Berbalik pada kegunaan blog pada seseorang, mungkin ada persamaan namun kepelbagaian pendapat akan membezakan persepsi dan interpretasi maupun kritikan! Kepada yang bekerja di pejabat dan dapat akses internet free kat office adalah golongan yang paling ramai ataupun popular dan dah tentu ramai perempuan jadi tak menghairankanlah jikalau blogger perempuan tumbuh bagai cendawan lepas banjir tsunami heheheee (saje buat ayat untuk lari skema).

Yang bekerja di bahagian kewangan ataupun bank misalnya dorang secara langsung diberikan akses internet dan ada pada masa-masa tertentu ataupun laman web dan juga program2 yang disekat oleh pihak syarikat untuk tujuan keselamatan. Percayalah dorang sangup dapatkan laptop dan broadband (brokbeng kata cikgooden) sendiri semata-mata untuk melayari internet dikala kebosanan tiada kerja (lakonan kena mantop!) ataupun boss mc hahaaaaaa. tapi lebih banyak sebab dah tadek kerja kan heheheh. Mula2 tengok member sebelah layan pastu terikut sekali layan... kat opis layan balik umah kang sambung lagi....

Blog sebagai diari seharian... antara yang biasa kita baca. Blogger menulis tentang kisah seharian saban masa mengikut apa yang dilalui dan dikongsi bersama blogger2 yang lain. Cumanya pengisian ataupun cerita yang ditulis itu bukanlah yang terlalu peribadi dan biasanya diceritakan secara umum dan mmg ada yang menulis secara detail dan tiada selindung pun tapi kebanyakknya ikut keadaan dan kejadian...

Kepelbagaian kegunaan blog begitu menarik sehinggakan ia tak terbatas kepada golongan tertentu sajer sesiapapun buleh memilikki blog sendiri samada yang percuma ataupun berbayar. Daripada golongan remaja pelajar sekolah dan sampailah makcik-makcik dan pakcik-pakcik tak terkecuali golongan datuk dan nenek. hebat zaman sekarang... maju sungguh... Komputer pun zaman sekarang nih murah. sambungan internet kat negara kita pun dah banyak pilihan dan variasi. Dari line yang selembab kura2 hinggalah yang selaju kapal angkasa. Dari yang untuk dipakai dalam bilik sampailah yang mobiliti atau broadband... (sambil berak pun siap buat blog)
erkkkk... hahahahahahaa

Kegunaan blog untk tujuan biznes rasanya adalah yang paling praktikal sebabnya, mudah untuk buat promosi dan kos yang rendah untuk memulakan dan boleh bekerja dari rumah tak perlu keluar jauh-jauh. Betapa berkuasa nya internet! Lupakan pasal biznes.

Yang menariknya seperti yang aku terangkan diatas, blog digunakan sebagai terapi... hmmm yang ini aku rasa sungguh menarik... agaknya ramai pekerja-pekerja yang mengalami tekanan di tempat kerja ataupun stress mungkin dah bosan dok pandang muka member sebelah hari-hari hahahahaaa.... Nak keluar jalan-jalan tak buleh masa kerja jadi, alternatif terbaik adalah melalui internet dan bloglah yang menjadi teman dikala sengsara kebosanan dan kekacauan huhu...

Mungkin ada dianntara kalian yang sudah masuk pada tahap blogger tegar takpun sekurang-kurangya suka baca blog yang lain lain mesti akan terjumpa blog yang berbau maki hamun dan tempat membuang nafsu ammarah yang berapi... marahkan kerajaan sebab minyak naik, marahkan kerajaan sebab tol naik dan sebab harga barang naik lagi antara yang popular! semuanya terluah dalam blog ditulis dengan kata-kata kesat yang tidak sedap mata nak baca hehehe tapi kalu dah sealiran itu adalah jamuan yang menyelerakan... penuh tu komen hehheee

haaaaaa panjang lah pulak... aku stopkan kat sini dulu... nanti kalau2 ada info dan statistik baek punya aku sambung lagi n3 nih.... mana yang korang setuju oklah mana yang korang rasa tak setuju buleh bagi kritikan...

adios! gracias... kòp koon...

7 ulasan:

  1. ko buat kajian kes ker???
    akak berblog kerana...
    akak takder keje..
    akak suka baca blog yang kelakar..
    dan yang beri motivasi jer..
    yang nak menunjuk2 beli barang tu,
    akak kureng sikit..
    dan blog yang akak benci ialah blog si perasan diva paling top itu...si a****a**

    BalasPadam
  2. akak Yus...
    OoOoOoO cam tu pulak...
    ermmm masing2 punya suka.

    aku pun tak suka kalau yang nak
    sajer nak promote barang2 dan juga jenis
    (MLM)heheheee....

    err ada juga yang perasan diva hmmm
    cam menarik tu... tak per nanti
    aku pi skodeng siapakah itu...

    aku nih bukan jenis yang kelakar camner nak buat blog kelakar nih haaaaa.. huhhuuu

    BalasPadam
  3. blog aku diari aku... Heheheheh :D :D

    Blog aku juga tempat aku mengarut dan mencarut melepas tensi... Hahahahahah :P :P

    BalasPadam
  4. SS...

    heheheeh harus tu!

    errr ramai yang menangap blog tempat mencarut
    yang jujur hmmmm... buleh jer korang eh....

    ada jugek yang sepak pc sbb tension line tenet lembab heheheeee

    BalasPadam
  5. Pada mak cik pulak....blog nih, tempat mak cik nak bersenda gurau dan sakat geng2 mak cik...

    Pak Cik penah kena sakat ngan mak cik tak?hahaha
    Kalo ada, ko kena sabo pak cik..Mak cik memang cenggitu..Tapi, mak cik baik tau(org baik takkan mengaku dia baik..sila berhati-hati...)hahaha

    BalasPadam
  6. hehehe..
    ati x jiwa kacau taw..
    ter'emo' skit je
    ops..tetbe lak
    haha

    BalasPadam
  7. arryani...

    hmm mmg pakcik pun penyabor orgnya klu tak dah lama sakit jantung kena sakat ngan makcik itu hhuhu...

    haaa baiklah sangat....... hahahaaa baik ader makna tu...

    oh tak nak mengaku ker tak nak cepat bitau
    klu tidak kena sumpah jadi siput heheee



    SSITM...
    emo itulah yang buleh jadikan
    blog jadi goblog wakakakakakakaaaa

    emo itu sikit2 dah lah yer
    tak baik untuk tummbesaran usus heheheeee

    BalasPadam