Halaman

06 Mei, 2009

Yang aku nampak pasal mat rempit




Bila wabak atau budaya rempit ni wujud aku dah tak ingat malas aku nak cari fakta2 tetntang merempit nih heheh. tapi apa yang aku rasa klu tak silap kemuncak pada masalah rempit dikalangan anak muda adalah pada 2/3 tahun lepas tapi masih lagi panas sampai ke tahun 2009. yang terbaru ada kisah pasal mat rempit kat KL. saper yang baca paper semalam pasti tahu lah kot...

Aku pernah jugek berkawan ngan mat rempit tapi aku tak de lah ikut merempit dengan dorang tu semua. Jiwa aku lain jiwa aku jiwa IT hehehee. Apa yang aku faham pasal mat rempit ialah muda mudi terutama lelaki (pompuan biasa bonceng kat belakang jer) yang menungang motor dengan tiada sopan santun dan berbahaya. mana nak sopa lagi klu naik motor ngan awek itu awek ini ish... pastu tungang motor cam pelesit, motor dorang pun paling2 ber 'cc' 150 kebawah.! motor yamaha 125 adalah yang paling femes selain yamaha RXZ. motor honda pun tak terkecuali hehehe. Pasal bawa motor dalam keadaan bahaya seperti angkat tayar depan dan belakang untuk tunjuk aksilah konon, tungang motor aksi superman terutama bila dorang ikut lumba haram jam 3/4 pagi. Aku pun walau kawan ngan dorang sekadar kawan jer tak dapat aku nak halang klu dorang mati ker aper kalu eksiden ker aku tumpang simpati jer lah.

Apakah faktor yang mendorong merempit ini. Satu persoalan yang biasa kita dengar. Bagi aku klu ditanya pada mat mat rempit jawapan yang paling popular adalah kerana ingin mencari kepuasan. Inginkan hiburan, sosial dan mengisi masa lapang hobi lah tu kot. Ada jugek yang nak test power nak tunjuk hero dan sebagainya. Dikalangan mat rempit juga wujud kumpulan2 dari sesuatu tempat dan dorang mungkin bertemu untuk berentap dijalanraya. apakah dorang tidak takut dengan undang2. Hmmm payah nak bagitahu sebab aku tak ikut merempit. tapi yang pasti takut atau tidak undang2 ker apa jiwa dorang dah tegar dengan budaya rempit dan sosial demikian rupa dah jadi cara hidup mereka. bab kata klu takut jgn merempit. naik jer basikal hehehhee.

Satu fenomena dikalangan kita orang melayu kebiasaanya bermusim. kemungkinan budaya rempit juga akan berkhir tapi sebelum ia berakhir sudah pasti akan sampai zaman yang membinasakan klu tidak dibendung. Perlakuan jenayah juga timbul dikalangan mat rempit sememangya menakutkan. tengoklah saja kat berita tv dan akbar apa kah kes jenayah yang melibatkan golongan mat rempit. Tiada satu pun kesan positif daripada budaya merempit dan kehidupan dorang disiakan atas jalanraya!

Semasa membaca blog mazidulakmal sidek sebat mat rempit, dia mengatakan matrempit harus disebat! tapi pada pandangan aku itu hanyalah satu langkah undang2 biasa saje tapi bukan satu yang akan mengubah dan memperbaiki orang putih kata apakah countermeasure yang harus di buat untuk membendung budaya rempit buat selamanya. Apakah akan berkesan andai motor2 dimalaysia yang berkuasa dibawah 500cc diharamkan terus beroperasi dijalan dan jalanraya spt yang berlaku di Eropah. Dan turunkan harga kereta pada RM10 ribu kebawah hehhee. Buleh ker. Kat India dah ada keta murah kat malaysia mana ada. Mungkin sb itu muda mudi amuk dgn merempit sbb tak puas hati keta mahal! err citer lain sudah... klu motor berkuasa rendah memang diharamkan dimalaysia kompem aku beli basikal ler lepas nih...


masalah yang akan timbul:-
1- kalau motor2 kecik diharamkan, mana nak letak motor2 tu semua dah tentu mendapat tentangan hebat dari segenap umat!
2- jalan raya kat malaysia nih bukan besar mana pun, kalau semua dah naik keta kompem jalan raya akan jam pada tahap tepu.
3- Guna transport awam, ada ker yang datang depan umah... hehhee
4- kalau letak pihak berkuasa di sepanjang jalan berkaitan, errr rasanya dah buat kot (roadblock dan operasi) mat rempit lagi laju hikss...
5- dan idea aku yang paling bengong, tune atau format balik otak dorang dan program semula, apa? igt robot ka hahahahahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan