Halaman

30 Jun, 2009

Blog dari aku...



Blogger... bagi aku adalah suatu fenomena di zaman internet serba IT ini... Dan aku telah terjerumus dalam dunia blog sejak beberapa tahun lalu... bermula hanya kerana ingin mencari sebuah lagu. Lagipun kisah ini aku pernah tulis semasa aktif disana. kisah yang sama namun aku terpaksa sampaikan dengan nada yang berlainan sikit sebab di blog Blogger.com komuniti dia agak berlainan sedikit.

Kenapa aku ingin bercerita semula pasal kisah aku sebagai blogger, hmmm adalah hanya satu sebab sahaja iaitu aku tak mahu timbul spekulasi yang buruk dan buleh menjatuhkan kredibiliti aku sebagai blogger yang profesional... minta maaf ler andai kata aku hanya perasan yang aku ini profesional tapi sebenarya tidak dan setidak-tidaknya aku cuba untuk tidak meletak atau melarutkan emosi aku bersama entry dan artikel yang aku tulis. Aku cuba untuk tidak menggangu hak orang lain serta tidak menyalahi undang-undang dan tidak menimbulkan provokasi secara halus atau kasar!

Ya betul andai kata ada yang sudah mengenali siapa aku akan berkata aku tahu siapa enkau... siapakah aku...? Ada yang bertanya pada aku betulkah saudara ada akaun multiply, dan aku tidak mengatakan tidak kerana memang betul aku punyai akaun disana bukan satu malah tiga! Disitulah kerjaya sampingan aku bermula sebagai blogger walaupun tidak dikenali ramai dan tidak famous... bukan itu yang aku cari, disana aku mencari mp3 sahaja dan tempiasnyer hanyalah hubungan persahabatan dialam maya.

Percaya atau tidak dialam maya juga boleh wujud konflik diantara bloger dan blogger yang lain. permasalahan itu timbul adalah kerana kurangyer sikap profesional dan terlalu mencampuradukkan emosi diri dalam blog. Bukan tak boleh nak meluahkan rasa dan berkongsi cerita namun harus faham pada keadaan blogger lain juga. Masing2 ada tugas yang lebih penting diluar sana namun dialam maya hayalah sebagai persingahan cuma! Kejadian blogger menfitnah blogger yang lain memang wujud.

Aku bukan provokasi bahawa blogger perempuan adalah emosional tapi dioarang lebih cenderung kearah itu... mudah sangat tergelincir, huh. Mesti ada yang kata kalau aku tak emosional kenapa aku batalkan 2 akaun blog aku itu. Aku batalkan blog aku itu dulu semata-mata sebagai pergorbanan aku untuk menjernihkan semula yang keruh walaupun aku sayangkan blog aku yang mula2 itu. Dan hasilnya aku memang perolehi kejernihan semula bersama bloger2 yang lain.

Semasa aku mula-mula war-warkan kepada rakan bloger aku kat multiply bahawa aku akan mula buat akaun blog kat blogger.com ada juga yang mengatakan aku merajuk... hehehehehe... aku tak merajuk tapi aku ingin mencuba suasana baru melaui dunia ataupun komunity blogger yang lain. Aku tak nak hanya berada dibawah naungan multiply sahaja yang mana lagipun semakin hari semakin hilang dan kurang kemeriahan di sana. Percayalah bahawa ada yang mengatakan dulu di E-kawan menjadi satu fenomena pada blogger lepas tu bila ada masalah mereka beralih kepada multilpy dan bila meraka juga timbul konflik di Multiply maka Pilihan yang sterusnya dan popular adalah Blogger. Ramai juga contact aku kat Multiply yang dah tidak aktif lagi di sana tapi terus aktif dengan Blogger. Aku, tetap aktif dengan Multiply dan Blogger cuma kat Wordpress.com jer aku kurang dan memang tadek update lagi...

Antara multiply dan blogger bagi aku ada kelebihan masing masing... dengan multiply kita lebih senang untuk berkongsi mp3 dan gambar yang mana itu tidak ada pada blogger. Sebab itulah aku tetap aktif di multiply klu tidak masakan aku ada 3 akaun disana... hehehehehe. Aku tahu dah ada blogger yang tahu akaun aku kat sana dan andai ada yang sudah tahu tapi mungkin akan merasa pelik... so entry ini adalah jawapan kepada persoalan anda semua pada yang nak tahu ler pada yang tak kisah, aku tak paksa!

Ini jawapan aku sila percaya dan fahami... Aku sebagai blogger tak pernah mengunakan nama sebenar untuk aku letakkan pada semua blog aku yang aku bangunkan dan aku akan memperkenalkan satu nama pada semua dan nama itu bukan nama aku seperti yang tercatat dalam IC atau dalam surat beranak. Gambar aku ada yang betul terutama yang menunjukkan wajah... itu original wajah aku namun aku tidak dedahkan dengan begitu meluas juga huhuhu. Aku hanya mahu orang kenal aku sebagai blogger sahaja! Wajah dan muka tidak penting... betul tak... Ah, ramai blogger2 lain yang memang tidak menunjukkan wajah walau sedikit pun!

Dalam entry dimultiply aku ada dedahkan gambar aku itupun untuk contact sahaja tidak untuk umum. Bukan nak menyorok tapi tiada yang lebihnya kalau nak dedahkan pun. Jangan bimbang fenomena ini tidak akan berterusan juga sampai masanya aku juga akan jadi macam blogger yang lain yang interframe diri sendiri serta keluarga masing-masing. Akan sampai lah detik itu, panjang umur adalah tu huhuhu.

Penyudahnya, andaikata kamu terjumpa blog aku dimana2 dan merasa semacam kenal jer tapi kenapa rasa pelik sebab nama berlainan percayalah aku ada banyak nama heheheheee. Aku pernah letakkan link blog2 multiply kat blog aku ini dulu tapi tak taulah samada rakan blogger sekalian yang berminat. Apapun aku tetap akan wujud di Multiply dan Blogger.





*clue...kat multiply aku guna theme TRANSFORMERS klu korang ada masuk ler

** untuk blog2 terbaru semua aku gunakan dengan satu nama sahaja iaitu naqeeblukhman (rasanya tiada org lain dah kalau korang google) blog akulah tu klu guna nama tu hehehehe





22 ulasan:

  1. Banyak gak akaun ko nih...Aku tengah dok pikir nih, akaun aku kat ASB, dah lama tak tambah2 ...hahah

    ...Bukan kerana nama...kata Ramli Sarip...

    Aku pun menulis bukan kerana nama gak..Sesuka hati aku kjalo terasa nak tulis apa..

    TAPI...ko tau tak, aku paling takut terlebih gurau dan dibimbangi menghiris perasaan org lain..

    Sebab,kalo kita gurau live ni lain sikit...Kalo kita gurau kat blog ni...tkut org silap tafsir..Jangan ada yg terkecik ati sudahlah..

    Kalo ko penah kecik ati ngan aku...Sori eh...aku mmg kuat nyakat org..itulah aku...Terima perangai aku seadanya...

    BalasPadam
  2. Arryani...

    oh ada akaun asb oklah tu dengar khabar dividen tinggi jer ...

    pasal kecik hati dont worry, spt yang aku jelaskan tu, sebenarnya aku tiada masalah dengan rakan blogger sekalian cuma aku risau rakan2 yang ada masalah kerana aku atau kesilapan yang tak terniat ...

    antara sebabya ialah aku buleh dikategorikan sebagai nakal juga huhu...

    kalau nak tahu aku pernah bergaduh dalam blog just hanya aku panggil dia "makcik"... terus dia hangin...

    sbb tu bila aku jumpa blogger perempuan kat Blogger aku cuba gunakan pangilan makcik kot2 dia pun hangin juga... Arryani ternyata ko makcik yang memang tak makan dek saman hehehehehee

    last... dont ever worry kat blog aku ko buat lah apa saja hehehee aku tak kecik hatipun nak kutuk ker nak puji ker... aku terima
    belaka...

    kalau diukur dari segi pelajaran.. aku terpaling bawah dibandingkan blogger yang lain...

    sbb itulah aku hanya mahu wujud sebagai seorang blogger sahaja...

    BalasPadam
  3. aku mcm trmakan cili bila baca entry ni... huhu

    BalasPadam
  4. Teja...
    klau dah biasa makan cili makanya... lepas nih dah tak rasa pedas lagilah huhuhuhu

    orang kata, alah biasa kerana biasa... tapi cili kat malaysia tak sepedas cili kat negara india... tahap kepedasanya berluh kali gandanya dari cili biasa... ada berani huhuhhuhu...

    kalau takpedas kadang2 tak sedap atau kurang selera nak makan nasi betul tak? huhuhuuhuhu..

    cuba makan nasi lemak tanpa sambal... memangtak best.. nak juga makan ada sambal ikan bilis pedas cili kering!...

    aarghhhhhhh laparlah pagi2 nih....

    BalasPadam
  5. Teja...
    nak makan kat mana... klu dapat makan kat restoran tepi laut pagi2 nih best gak tu...

    dengar khabar YB ada kt Johor sekang nih huhuuhu... jom ajak kita culik dia heheheheee

    camna aku nak terbang ke sana haaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  6. mkn kat restoran terapung

    (arini aku nk tulis sependek yg blh... huhu)

    BalasPadam
  7. teja...
    terapung ... oh best tu...
    ketam goreng... pergh........

    BalasPadam
  8. teja ko tanya aku ker
    atau sekadar statement untuk menyatakan ayat tanya huhuhu...

    bilalah aku dapat jumpa rakan2 blogger aku... lebih baik aku semunyi diri dulu huhuhuh

    BalasPadam
  9. dh agak dh... mesti jwb camtu

    BalasPadam
  10. ok okay...

    teja... mg dah off topic jauh sangat dah nih hehheee

    ginilah senang2 ko masak, pas tu ko post laju jer bagi aku ngeh3x

    BalasPadam
  11. Err... perasaaan aku stoic je skang ni... buleh dak jawab cemitu?? Mueheheheheh :P :P

    betul, memang kebiasaanya perempuan lebih emosional... Tapi takleh nafi, ada juga blogger lelaki terlebih emosional... aku dah terkena... kita maksudkan lain, dia interpret lain... hahahahahahah :D :D

    BalasPadam
  12. SS...
    eh buleh jer kalo ko nak jawab
    camner pun blog aku nih demokrasi...

    errr kalau ada blogger laki yang emosional aku pun tak nafikan juga sebab aku pun pernah terkena wakakakakakaakaa...

    akupun tak nak koment pasal feeling meeling nih... tapi pada yang baru2 nak jadi blogger kena tabah hati dan paham selok belok dunia blogger... kadang2 tu hati mau kering!...

    BalasPadam
  13. time kasih doakan aku cepat sembuh..alhamdullillah..dah ok skit hari ni...ko punya entry ni lain macam jek..hehe...

    BalasPadam
  14. err... hati aku basah... kalau kering maknanya dia ada kat luar... Kikikikik :P :P

    BalasPadam
  15. biasa lah kan..reality..maya..reality..maya..kadang2 terconfuse..terbawa2..tersilap..terover.. hmmm..asalkan jgn sampai cross the line dah la kan..kalau setakat gurau yg suam2 kuku Sally no hal..biasanya kalau dah rasa blogger tu mcm nak terover, Sally akan lariiiikkkkk..hehe

    BalasPadam
  16. suhaila..
    n3 luahan jiwang lah katakan hehehee.
    oh, dah ok ker. klu dah ok syukur juga pada Illahi kerana memberi kekuatan semula kpd kamu...

    ss lagi...
    haaaaaa bagus tu kalau kat dalam maknya masih berupaya dia bedegup
    syukur lah yer...

    Tsally...
    yer etul manusia mudah lupa dan tersilap jua dalam berbicara dan gurauan....

    salaing memaafkan dan memahami antara satu sama lain juga pentin dalam dunia bloggers hehehe

    sally... jagn lari jauh sangat kan letih nanti... dah puasa... huhuuhu

    BalasPadam
  17. Salam Naqeeb.
    Biasalah kekadang kita tulis tidak lengkap menjadikan pembaca menafsir lain dari yang kita maksudkan.
    Pak Ngah bangunkan blog bertujuan menyampaikan kebaikan ( dakwah ), sejauh mana keberkesanannya setakat ini Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
    Biarlah ianya terus berjalan walaupun sedikit, langkah itu lebih baik daripada tidak buat langsung.
    Salah satu faktor kurang berkesan kerana Pak Ngah tidak pandai mengarang dan mengadunkan bahasa dan tidak juga pandai bersastera untuk memikat pembaca.
    Terima seadanya.hehehe.

    BalasPadam
  18. Pak Ngah...
    wassalam... betul tu pak Ngah kadangkala tak kesampaian apa yang disampaikan bila menulis blog... saya pun ada masalah tu...

    tapi saya juga belajar dari blogger2 yang lain ada juga tiru meniru dan cedok idea huhu... untuk kebaikan tak salah rasanya...

    saya tiada masalah dengan bahasa dalam bloh pak Ngah sbb saya tahu pak Ngah kan bekas guru so pengalaman pak Ngah lebih luas.... :)

    BalasPadam
  19. beselerrr...
    ble de gosip liar...
    byak yg x thannyerr...

    BalasPadam
  20. Puspa...
    kena belajar bertahan tu...
    tak pun kena menuntut ilmu pertahanan
    diri... dan emosi huhuhu :)

    BalasPadam