Halaman

08 Jun, 2009

Tenda hijau dan nasi minyak



Kami bertolak seawal jam 8 pagi patutnyer ada satu lagi kereta tapi member sorang tu ada masalah pulak so, kami bertolak dahulu dan akan tunggu kat hentian Rawang..

Sampai di hentian Rawang kita orang berhenti makan kat situ... aku macam biasa kalau berhenti mana2 tempat tandas dulu yang aku cari... full baldder beb! heheh... masa nak ke tandas tu ada sorang pakcik pangil aku... ''dik dik'' kata pakcik itu(dia nampak aku muda kot). sambil dia perhatikan aku, tapi aku tak layan sbb aku nak ketandas secepat yang mungkin! lagipun aku risau kat tempat yang aku tak biasa sampai nih. aku tak layan, dan aku pergi jer ke tandas.

Kat hentian itu kami sempat makan nasi lemak, sebungkus rm1.00 kecil jer (lauk sambal dan telur rebus sikit) ramai betul org kat hentian tu susah nak cari meje kosong (gambar tak sempat nak rakam) mungkin musim cuiti sekolah kan tu pasal ramai yang nak berjalan dan makan angin!

lepas makan terus jer bertolak ker Perak... dekat pukul 2pm baru kita orang sampai kat rumah pengantin dalam perjalan ke rumah pengantin tu banyak sungguh org buat kenduri pada hari ahad tu... ada dalam 5 buah kenduri kot...

tengoklah tu kemah pengantin warna hijau putih lagi... kompem orang PAS nih hheheee... tak berapa ramai yang aku nampak mungkin dah balik kot tapi pengantin lelaki dari baru sampai dari Kelantan. orang dah ramai balik baru pengantin sampai hmmm... mungkin orang kampung dah tak excited tgk pengantin baru dan mungkin dorang nak pergi ke majlis kawen lain pulak kan banyak kenduri ayng aku temui kat kampung tu ajer...

kenduri dia simple sajer ada main lagu kahwin kejap mungkin dari tadi stop untuk menghormati azan zohor. majlis silat silat dan main muzik tradisional pun takder. Majlis persandingan pun simple jugak pelamin just untuk tempat amik gambar dan sesi fotografi sajer...
dipendekkan cerita selepas berjumpa ngan pengantin dan makan dah dua kali kita orang bertolak pulang... dalam perjalan singah di Lata Kinjang untuk mandi dan cuci mata serta sesi fotogarafi heheh... jalan agak sesak sbb ramai org menuju ke KL... paling sesak kat petronas Tapah kalau tak silap (stesen petronas yang ada kiri dan kanan jalan tu). Kita orang telefon pihak PLUS nak mengadu lah kononya tapi dorang cakap jalan memang sesak time dan kesesakan itu akan selesai bila dah sampai Bidor katanya... mana tak sesak kan hiway 2 lines jer hampeh sungguh... lepas Bidor baru 3 lines.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan