Halaman

13 Jun, 2009

Rupanya hujan ditengahhari

Yer betul... walaupun ku sangka panas hingga ke petang namun hujan turun juga ditengahari. dan sebagai menjawab comment daripada makcik2 kat sebelah tu dengan gigih nyer juga aku membuat posting terbaru ini...

Niat dihati nak buat masa hujan tu tapi biasalah kat sini shah alam dah lama tak hujan, semalam pun ada juga hujan tapi rintik rintik jer tak seperti tengahari tadi. Kalau dah hujan tu siap dengan kilat dan petir serta guruh terpksalah aku offkan pc sbb kuat sangat bunyinyer kang tak pasal kena kilat pc aku yang banyak berjasa ini. Kalau kena ngan tuan dia sekali camana tu... Tak ker rentung kena kilat!

Jadi setelah hujan reda maka dengan automatiklah udara seluruh shah alam menjadi segar dan nyaman bagus sekali untuk membuat tahi mata hmmmmmmmmm... aku pun hampir terpedaya dengan suasana penuh keromantikkan ini... Syukur juga hari hujan maka hilanglah jerebu yang melanda dan seakan kembali ceria seluruh alam.

Untuk tidak aku terpedaya dengan suasana yang penuh keasyikan itu aku teringat yang semalam aku ada beli sejenis teh. Teh Boh nama dia. Teh hijau!. kali pertama aku minum teh itu mmg air dia hijau warnanya. Aku terasa hairan juga mulanya sangakaku airnya pasti hijau macam dalam gambar pada kotak teh itu, namun sangkaku cukup meleset sekali kerana hasil yang aku dapat setelah aku rendam teh itu dalam cawan kaca kegemaran aku, air nyer seakan warna hijau pucat sajer tak seindah dalam gambar! Arrrgh.... sunguh kelainan rasa teh itu kelat dan agak pahit serta terasa semacam loya jer. Namun dengan hati yang berat aku habiskan juga teh itu. Mungkin aku terpedaya ngan kata2 pada kotak teh yang mengatakan tentang kelebihan teh hijau yang penuh dengan aroma dan nilai kesihatan serta mengandungi antioksida.


Mungkin sebagian besar wanita telah mendengar khasiat teh hijau untuk kesehatan payudaranya. Namun, barangkali sebagian masih meragukan kebenarannya. Kini keraguan tersebut telah terjawab. Senyawa yang terkandung dalam teh hijau memang dapat melindungi payudara dari serangan kanker.
petikan dari :-http://nusaindah.tripod.com/altehhijau.htm

Erkkk agak tersentak aku membaca blog itu. Apakah aku ada... oh tidak... payu ku tidak seperti yang maksudkan itu. Aku lelaki tak termasuk dalam kategori payuuuuu. Jadi apakah kelangsungan kebaikan pada aku seorang lelaki... hmmm nasib baik berguna juga ngeh7x

Menggalakkan pembakaran lemak
  • Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2).
    Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadamam.
dipetik dari:- http://greenteacolostrum.com/khasiat-teh-hijau.html

Mungkin sesuai juga pada perempuan yang tak berapa nak S ukuran badanyer, buleh cuba minum teh hijau atau sering di sebut Greentea itu. Aku sudah minum secawan so aku akan cuba habiskan, tinggal lagi 19 uncang teh. Berjaya kah aku. Badan aku dah kurus, lepas nih bertambah sekeping ler jawabnyer hahahahahaa.....

8 ulasan:

  1. Salam Naqeeb.
    Pak Ngah rasa kita sama walaupun tidak serupa, sama-sama tinggal di Shah Alam dan sama-sama membuat kesilapan. Pak Ngah tersalah baca pada ungkapan " menggalakkan pembakaran lemah" dengan membaca " menggalakkan pembakaran lemak".
    Hehehe jangan marah ya , hanya bergurau.

    BalasPadam
  2. Wakakak, Pok Cik kena masuk kelas typing plak pas nih..Ada typing error yg sangat dibimbangi menimbulkan keraguan kepada para pembaca...wakakak..

    Sbnrnya, mok cik penah minum teh tu...adik mok cik beli masa dia g cameron dulu...OK ape.. Sodap...

    Dan lagi, mak cik main belasah jek minum tanpa mempedulikan khasiat atau mudaratnye pada tubuh badan mok cik nih...wakakak.

    BalasPadam
  3. Kalau teh hijau tu elok untuk payudara, apa hal pulak ko yg minum? hehehe

    BalasPadam
  4. betul, hujan tadi... sejuk... rase macam nak tido membongkang je atas sofa tadi... Heheheheh :D :D

    BalasPadam
  5. Terima kasih
    kerana sudi singgah
    ke alam fantasi sakura

    Salam ukhuwah dari sakura

    BalasPadam
  6. wassalam pak Ngah...
    errr itu lah kesilapan terbesar saya... sbb saya hanya copy dan paste tanpa saya tgk samada ia betul atau salah ejaan huhu... dan ternyata juga typing error saya ditahap yang membimbangkan.... terima kasih...

    Arryani...
    tapi secara relativenyar posting kali ini adalah yang paling sedikit terdapat typing error berbanding yang lepas2. namun kesilapan pada kalimat lemah itu sungguh memalukan pakcik hehehheee.... and error fixed!

    haaaa kalu makcik suka minum teh itu, thats so impressive!

    YB...
    errr kat kotak teh tu tadek pun tertulis kalimat payudara... yang ada aroma yang mewah jer... itu yang tertarik tu...

    YB dah cuba ker huhuhu mungkin baik untuk "payuteruna" ngeh3x

    SS...
    mmg sah nko suka tidur dan buat taik mata...
    patutlah pun kena syndrom M tu heheheheee

    Sakura 2...

    you always welcome... fantasy... i likeeee

    BalasPadam
  7. aku rasa nak tido jaa... manede aku tido punnn.. tak bek tuduh tawwwww... Sampaiiii atiiii~~~

    Mueheheheheh :P :P :P

    BalasPadam
  8. oit kata nak tido pastu tak jadi... hehehee


    rugi tuuuuuuuu har har

    BalasPadam