Halaman

14 Jun, 2009

Suatu masa di pasaraya

MAsa aku pergi pasaraya berdekatan umah aku kerana ingin membeli sesuatu aku ternampak suatu kejadian yang agak melucukan walaupun tak lucu sangat. Namun apa yang aku nampak itu jarang2 benar terlihat...

Setelah aku ambil semua benda yang aku perlukan maka tibalah untuk membuat pembayaran dikaunter. tetapi sebelum aku itu sudah ada seorang makcik yang tengah membuat pembayaran untuk berangan dia. Aku berdiri dibelakangnyer dekat jer namun apa yang menarik perhatian aku adalah ketika itu dia sedang minum sejenis minuman dalam tin.

Haaa nak tahu air apa... dah tentu air kacip fatimah yang dalam tin tu... Pearl kacip fatimah rasanya. Air tu belum dibayar pun lagi tapi dah habis dia minum kat situ juga. Berselera sekali dia meminumnya, masa dia nak bayar tu dia bagi jer tin yang kosong kepada cashier yang bertugas masa tu untuk di scan harganya heheee.

Aku yang menengok ketika itu rasa nak tergelak pun ada... mana tak fikirku klu yer pun tunggulah sampai kat umah kan... tak sabar2 dia nak minum, dahaga sangat kot maklumlah cuaca mmg panas kat shah alam nih.

5 ulasan:

  1. Pok Cik, patutnye, masa dia togak air tu, ko mintak sikit..ngeh3X.


    p/s Bukan main ko eh, smpt gak tgk pompuan togak kacip patimah...muahahah

    BalasPadam
  2. Arryani...

    tak berani nak mintak silap2 kang kena sidekick pulak heheee... dah depan mata takkan tak nampak.
    tu lah pasal!

    BalasPadam
  3. patutnya ko tegur... menda tu sebenarnya boleh jatuh haram tau sebab dia belum bayar... Cuba kalao abis minum tetiba heart attack ke, ade emergency ke, tak sempat bayar... Dah jadi mende haram, dah jadi darah daging... not suppose to do that walaupon dahaga... Sekurang-kurangnya, tunggula lepas bayar...

    BalasPadam
  4. SS...

    dah lupa apa nak reply sbb
    tadi bila nak koment dia keluar pulak heheheee

    BalasPadam