Halaman

20 Julai, 2009

Aku terkena penyakit misteri (SSD)



















gambar ehsan cik google:- http://www.psychologytoday.com/files/u52/sleep.jpg



Sejak 2 hari lepas aku semacam menghilang sekejap. Bukan sibuk ngan apa komitmen tapi aku dah terkena satu sindrom yang sukar sekali hendak diubati dan belum ada lagi setakat ini penawar atau vaksin yang diketahui atau ditemui. Walapun seluruh saintis dunia telah membuat kajian secara besar besaran.

Dan sebab itulah aku tidak online pada masa itu. Penyakit itu sungguh membahaya sebab buleh menyebabkan tuan punya yang menderita penyakit tersebut akan berada dalam dunia yang lain seperti mimpi dalam mimpi... Penyakit yang aku hidapai itu aku namakan SSD (Syndrom Sleeping Down). Satu-satunya ubat dan penawar yang paling mujarab hanyalah tidur dengan nyenyak beberapa jam atau lebih sadis lagi 8jam huhuhu.

Bukan aku tak mau online tapi asal saja duduk depan pc secara tiba-tiba saja simptom-simptom awal mula hadir seperti mata pedih2 dan mulut tak berhenti menguap fikiran akan melayang-layang terbayangkan tilam dan bantal yang empuk!

Ditambah pula hari itu hari minggu dan byk masa terluang apa lagi tiada permintaan dari dalam dan juga dari negara luar. Fenomena ini juga tidak atau belum diketahui apakah punca dan musabab kenapa bila mengadap pc sahaja maka SSD itu mula menjelma.

SSd ini tidak lah selalu atau bukanlah satu penyakit yang dihidapi secara berterusan ini kerana hanya pada masa-masa tertentu sahaja ia akan muncul seperti pada hari minggu atau pada hari cuti dan tak bekerja.

Seharusnya sindrom ini memerlukan kajian yang lebih lanjut dan terperinci. Apakah sindrom ini akan ada penawarnya atau apakah sindrom ini adalah bawaan genetik, adalah terlalu awal untuk mengdeskripsinya....

Kepada yang pakar dan mungkin ada pengalaman yang mungkin sama dalam situasi seumpama ini diharap buleh memberi sedikit petunjuk atau petua atau mungkin juga kaedah-kaedah untuk menghalang sindrom itu berulang lain kali....

19 ulasan:

  1. Erk..

    tmpg tnya...

    ko pun botak mcm tu ke??

    Dan, ko pun tido spesis gitu ke??

    BalasPadam
  2. Arryani...

    aku takderlah tidur begitu rupa hehhee setakat letak kepala ats meja tu adalah...

    agak2 botak tapi tak pulak berkilat huhuhuhu

    dan beruban dua tiga helai ajer!

    BalasPadam
  3. citt... alasan sungguh... Hahahahahah

    BalasPadam
  4. Salam Naqeeb.
    Memang ramai kena penyakit tu, ubatnya tidak susah....ada dua cara saja...pertama pesakit itu hendaklah menjilat puncak hidungnya sendiri sampai mencecah lidahnya dan air liur membasahi hidung tersebut......kedua juga menjilat, iaitu menjilat sikunya sendiri sampai basah dek air liur. kalau tidak berjaya melakukan salah satu daripada dua perkara tersebut.....sah penyakitnya tidak akan hilang sehinggalah "last sekali' dia tidur dengan nyenyaknya sehinggalah tidak sedarkan diri dan dalam jangka masa yang amat panjang barulah dikejutkan oleh hamba Allah yang bernama Israfil.....hahaha...gempak lagi.

    BalasPadam
  5. aku rasa aku dh kena jangkitan SSD ko tuh... asal ngadap pc je mata jd ngantuk, asal ngantuk ngadap pc... gitu la....

    BalasPadam
  6. huhuhu....
    rasenyerr penyakit ni ley berjangkit melelui pc laaaa....
    ngantokkknyerrrr....

    BalasPadam
  7. SS...
    kisah betul tau bukan alasan semata hehehe

    Pak Ngah...
    itu lagi gempak... kesian saya nanti nak buat tu semua...

    Saya nak mati dalam iman... biar sejuk sikit Izrael jemput saya lepas tu barulah bangkit bila Israfil kejut huhuhuu

    Teja...
    itu spesis angau ajer yang jadi cenggitu heheee

    Puspa...
    mmg buleh berjangkit asal ada sambungan internet... apalagi kalau bila online tanpa pakai mask heheheee

    BalasPadam
  8. angau ke tungau??? konpius aku!!!

    BalasPadam
  9. ish..terkezut Sally..mujur SSD bukan STD..ahakkss..gurau je ye NL..

    amacam dah ok dah ke?

    BalasPadam
  10. Iskk...iskk....iskk....
    Kronik penakit kau ni Qeeb...


    Errr...kau ada teringin nak makan apa-apa tak?
    Biar cklah carikan......




    Takut tak sempat...




    Hikkkksssss....

    BalasPadam
  11. Tsally...
    kalau STD kompem kena rahsia, tak buleh bagi tahu huhuhhuuu

    kalau hari biasa dah ok dah hehee jgn bimbang....

    Teja...
    kalau ko kena tungau aku tahu apa sebabnya hahahaa

    CkLah...
    errrr tak teringin pula sejak terkena penyakit tu huhuh...

    tapi kalau betul CkLah nak cari apa kata kalau makanan jepun hehee
    buleh?

    BalasPadam
  12. Makanan Jepun?


    Kau pernah makan Wasabe tak?

    Wasabe sangat sesuai untuk orang yang ditimpa penyakit di atas....supaya tak malas atau ngantuk...
    Sekali rasa....mau mencicit-cicit cari pili bomba...

    BalasPadam
  13. CkLah...
    saya tak pernah makan makanan jepun... setakat nama tu tau ler...

    CkLah pndai masak ker wasabe tu...
    kalau pandai jgn lupa masak byk2 buleh pakat makan semua ahli blogger hehehe

    BalasPadam
  14. err...wasabe sejenis pes, semacam sos... biasa orang makan dengan sushi... rasanya pedas berangin gitu... Hihihihihihih

    BalasPadam
  15. wakaka..sian ko NL..CkLAh nak bg wasabe tu..hehe..

    BalasPadam
  16. SS... betul ker cam tu hehheee

    sampai ati CkLah... tapi demi CkLah, i likeeeeeeeee ngeh3x

    Tsally...
    Kita kongsi makan sama2 nak tak huhuhu... tak baik kan kalau makan sorang2 hehehee

    BalasPadam
  17. * sorry lambat reply sbb tgh buat n3 tadi dan lagi tadi ada lak member datang umah dia nak guna internet...

    BalasPadam
  18. hahahaha.....
    mmg jgkit tolla....
    da tdo sepanjang ari ini....
    lugi daaa cti...
    huhuhu...so pasni, kne pki mask....

    BalasPadam
  19. Puspa...

    errrr kalau dah tico satu hari tu mungkin virus lain dah tu hahahaaa

    hati2 yer jgn terkena jangkitan lagi kang dah rugi cuti, sia2 ajer...

    pakcik sarankan nko pi jumpa bomoh, jgn bomoh siam sudah kang jadik lain heheee

    BalasPadam