Halaman

03 Julai, 2009

LAGENDA IKAN TAPAH

LAGENDA IKAN TAPAH

Lagenda Ikan Tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdahulu yang mana menyatakan bahawa keturunan Pak Kaduk tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkianati secara sengaja atau tidak sengaja

Cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun.

Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan.

Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor (Menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri, di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di sana (Kampung Pulau Lambor Kiri). Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya.

Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani.

Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam.

Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah:

Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata

Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya
Dan di pihak Sultan pula:

Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam Sultan kalah.

Tanpa berfikir panjang Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam.

Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Kaduk yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat baru lah Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan.

Maka dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.


Kaduk pun berundur ke sebuah pulau (Pulau adalah satu tempat di tepi tebing Sungai Perak dimana orang menanam padi Huma) bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas juga dihalau kucing tersebut tetap juga begitu.

Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar, Kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit di celah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyaknya. Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Tuhan.

Maka Kaduk pun menjahit perut ikan Tapah tersebut dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan urat batang pisang lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. Semasa inilah Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi:

Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya.

Ikan Tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah mengucap selamat tinggal dan kemudiannya hilang ke dalam air.


Kaduk pun pergilah mengadap Sultan dan menebus kampung halamannya dan anak isterinya, dan bakinya sebahagian disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan perhiasan, kerana di zaman itu tukang emas hanya berada di Kampar Sumatera sahaja.

Kepada anak cucu Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya dan telah terkena penyakit yang disebutkan kerana memakan, mengkhianat secara sengaja atau tidak sengaja, terkena air-air dari Ikan Tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam Kerongsang Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan tersebut. Adalah difahamkan bahawa ada keturunan Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan Tapah.

Setelah segala nya selesai Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku perkara-perkara luar biasa. Diantaranya Sultan Perak melantik Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tujuk ajar kepada Datok Bendahara Garang mengenai selok belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis

Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas Ikan Tapah yang masih ada, ianya berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan sebagai Keronsang baju wanita. Jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga keping dan ini lah digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Kaduk jika terkena bisa Ikan tapah.

Sekarang Emas Kerongsang Ikan Tapah di jaga oleh salah seorang keturunan Pak Kaduk yang bernama Hajah Hasmah Binti Pandak Logam yang kini tinggal di Kampung Tua, Batu 16, Lambor Kanan.


Rumah ini terletak di Kampung Tua, Batu 16. Lambor Kanan dan telah dibina pada tahun 1897 oleh Tuan Haji Mohd Said. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1971 ketika berumur 120 tahun.


Terletak di tepi tebing Sungai Perak di Kampung Tua Batu 16 Lambor Kanan. Rumah ini sekarang diduduki oleh anak Mohd Said yang bernama Zulaika binti Mohamad Said.


Pada peringkat permulaan pembinaan rumah ini, semua kayu digunakan daripada jenis Cengal Emas yang mana setiap tiang, dinding, tingkap dan semua nya dipotong dan dibentuk dengan menggunakan peralatan seperti beliung, kapak dan gergaji.

dirembat dari forum tempatan:- url sudah lupa sorry noooooooo

17 ulasan:

  1. errrr...ular 'menggonggong telur' ek...





    Cikgu cubit juga dia ni karang...


    He...he...

    BalasPadam
  2. suke beno ko rembat org punye ye... ikan tapah? terasa mcm mengidam nk mkn... huhu!

    NL, ko keturunan pak kaduk generasi ke brape??? lariksss...

    BalasPadam
  3. Benarkah khabar yang mennyatakan bahawa ko ni generasi Pak Kaduk gak??

    Sekiranya benar, silalah berterus terang..ngeeee

    p/s ni sejarah ke Mitos

    BalasPadam
  4. Ada juga dalam mastika... tapi tak tau keluaran bila.

    BalasPadam
  5. Cikgu Cklah...
    klu ikut hikayat tu macam tu lah... jgb ler cubit saya pulak...

    ngeeeeeee... sakit tu kena cubit... tobat tak mo....

    Teja...
    aku rembat untuk korang semua jugak kira ku nih macam Robinhood ler heheheee

    errr aku dah kata... aku keturunan siam Pattani heheehe bukan wong Jowo spt Kaduk tu hehehee


    Arryani...
    pakcik buleh makan semua ikan... tapi ikan keli atau ikan sungai yang tak chumel pakcik tak makan hehe....

    oh tidak... bukan keturunan itu....

    TOk...
    saya dah lama tak baca mastika...
    kalau ada saya jumpa saya kan update kat sini... terima kasih huhu

    BalasPadam
  6. aah laaa....setuju ngan tok..
    penah jgak laa bce dalam mastika...
    tp mse zaman2 dlu...zmn2 tok kudin...
    hik2...

    BalasPadam
  7. aku penah baca dalam blog sapa ntah... hohohohoh :D :D

    err... cemana rupa ikan tapah ye? cube describe skett...

    BalasPadam
  8. Mcm mana nk baca blog ko nih??

    Yang ko g tepek optimus kat tengah2 dunia tu apasal??..

    Dah kira ganggu ketentraman awam tu!!

    BalasPadam
  9. Arryani...
    pc ko kan pakai screen lcd 17" takkan ler tak muat ngeh5x

    BalasPadam
  10. Salam Naqeeb.
    Inilah cerita agaknya yang menjadi perumpamaan sehingga kini. Bagai kaduk menang bersabung...hehehe.

    BalasPadam
  11. Ikan tapah banyak terdapat kat Tapah ke?

    psst - susah betul aku nak masuk blog kawan2. Blog ko lepas 3 kali cuba baru dpt. Ini pun sbb dah nak maghrib agaknya huhuhu

    BalasPadam
  12. salam pak NAgh dan juga YB...

    hheee igtlan tadi kaduk naik junjung huhuhu...

    yb... ikan tapah mmg byk kot kat perak... jom kita mancing!

    BalasPadam
  13. Salam Naqeeb.
    Kalau kaduk ni buat kacau sangat, buat ulam je. hehehe.

    BalasPadam
  14. Salam sejahtera.

    Tok Kadok berasal dari Siak Inderapura, beliau adalah anak Raja disana serta berhijrah ke Tanah Melayu semasa pemerintahan Sultan muzaffar Shah 1. Tok Kadok berkampong di seberang sungai perak yg dinamakan kawasan itu Lambor Kiri dan di Kg Tua Bt 16 yg dipanggil Lambor Kanan adalah kawasan Istana baginda Sultan muzaffar Shah 1. Semua kawasan ini ada dimukim Bota didaerah Parit atau sekarang diubah ke Sri Iskandar Perak Tengah. Kawasan Pemerintahan Sultan Perak 1 bermula disini (Kg Tua Bt 16) dan diubah ke Tanah Abang Telok Bakong kira-kira 3km arah utara dari tempat asal atas sebab-sebab tertentu pada masa itu. Emas kancing yg diperbuat dari emas dalam perut tapah ini berperanan untuk mengubat atau mengatasi penyakit yg ditimbulkan jika para waris termakan ikan tapah secara tak sengaja atau tak tahu oleh anak cucunya Tok kadok yg sekarang dah berada disemua negeri didalam Malaysia kerana cari makan dan merantau. Pemegang emas ini telah uzur dan berada di kawasan Selayang dirumah anak-anaknya namun emas kancing ini tidak boleh dibawa keluar dari kawasan Lambor Kanan. Namun jika pihak waris dan anak cucunya Tok Kadok ingin meminum air emas ini masih terdapat penjaga lain yg boleh menemukan tuan-tuan ke lokasi sepertimana yg dinyatakan diatas. Selain emas kancing terdapat juga sepasang subang(anting-anting) dan cincin, tapi pelarasan kesemua waris pemegang tidak dapat diadakan kerana waris-waris ini juga turut merantau disekitar Semenanjung Malaysia atau pun Sabah Sarawak.

    Anak waris Tok Kadok.

    BalasPadam
  15. to ais batu... terima kasih atas info semoga berguna kpd yg memerlukan...

    BalasPadam
  16. teman pon xtaw nk citer mcm ner...
    tapi mak teman xbg mkan ikn tapah jgakla..
    tnye knp xmkn...diam je..

    BalasPadam
  17. GenXI.salam ramadhan aisbatu berkata... ade pn cincin yg dimaksud kn itu berada didalam simpanan waris di Bali, dkt bt gajah. waris2 ini akan mengadakan perjumpaan sekali setahun di rumah no 2 PIP 55, bdr seri iskandar dan ramai lah dari jurai Bali akan bertemu disitu, saya pernah bertembung secara kebtulan sahaja pada tahun 2007 dulu dn ikatan kekeluargaan mereka amat akrab walopun antara jurai moyang dengan moyang.kesilapan saya tak mengambil no talipon salah sorang dari mereka, rugi sangat..

    BalasPadam