Halaman

16 Julai, 2009

Epilog cinta pipit


Tersebutlah kisah disebuah hutan tinggalah seekor burung pipit dan anaknya. Setelah kematian suaminya anak teruna itulah satu2nya pengubat rindu...Hari berganti hari maka besarlah anak teruna itu...

ibu: kemana nko pergi nih baru balik. senja2 baru nampak batang hidung ibu risau dan bimbang lagipun nko lah satu2nya anak ibu. setelah kematian bapa mu kerana dimakan harimau durjana ibu tak mahu lagi kehilangan... biarlah sejarah tak berulang! ko tak sayang kan ibu ker nak...

Ciko: Alah ibu, Ciko pi main2 ngan kawan Ciko lah anak si engang tu... takkan nak duduk jer kat pokok yang tiada apa2 nih... Bosan ler...

ibu: Haaaaaaa! nko nih, ibu dah bilang jangan ko pergi bermain lagi dengan anak spesis tu. Ibu tak suka! tak suka tak suka.

Ciko: Ibu tahu tak, Ciko dah jatuh hati ngan Mona tu. Ciko cinta sunguh2. Apa pendapat ibu?

ibu: Apa! maksud nko, nko nak kahwin ngan Mona spesis engang itu. Ibu sekali-kali tidak suka dan tidak bersetuju. Pantang keturunan aku!

Ciko: Apa salah nya ibu? bukan ke dia juga burung. kita pun burung bukanya naga!

ibu: Eh! pandai pulak nko menjawabya. Nko tau tak DNA kita sungguh berlainan sekali. Nko tak sekolah ker?

Ciko: Ibu, bila pula ibu hantar Ciko pergi sekolah. ABC pun Ciko tak reti baca...

mendengarkan kata2 yang keluar dari mulut anak kesayangan itu dengan tiba2 hatinya mula pilu dan airmata mula bergenangan... Kesedihan menyelubungi hati dan perasaan. Dia tahu suatu hari nanti apa yang dia tidak inginkan akan berlaku juga. Dan detik itu lah apa yang sedang dirasai itu...

ibu: Nak, sejak kematian bapa mu, ibu menjaga kamu seekor diri saja. Susah senang ibu yang tanggung nak harapkan adik beradik yang lain haram nak menolong. Masa nko kecik2 dulu nko tu kuat makan setakat ulat seekor belum tentu cukup untuk ko satu hari. kadang2 ibu terpaksa berlapar 3 hari semata-mata mahu bagi kamu kenyang dan cepat membesar. sob sob sob...

Ciko: Ibu, Ciko minta maaf yer ibu, minta ampun... Bukan Ciko berniat nak lukakan hati ibu tapi..

ibu: Sudah lah tu ibu tak mau kenang lagi. Mulai besok pagi jangan nko pandai2 nak pergi berjumpa lagi dengan si Mona tu. Mak memang tak berkenang lansung.

Ciko: baiklah kalau itu yang Ibu inginkan. Tapi Ciko ada satu permintaan. Mulai esok pagi setelah terbit mentari Ciko ingin pergi mengembara. Ingin pergi jauh dari sini. Ingin mengubat hati yang lara.

sekali lagi siibu merasa sungguh sedih mendengarkan permintaan dari anaknya dan tanpa disangka permintaan itu terlalu berat untuk dipersetujui dan untuk melepaskan anak kesayangan ya mengembara seekor diri apa lagi anaknya itu bukanya reti dengan selok belok hutan dan bukit bukau. Nak baca papantanda pun tak tahu. silap haribulan buleh sesat... Mau tidak mau terpaksalah dia akur juga sbb dia tahu anak nya itu memang degil dan keras kepala kalau dihalang pun tiada guna.

ibu: macam nilah nak. Nko pergi lah mengembara kemana yang nko inginkan. Tapi ingat jangan sekali-kali lupa asal keturunan dan jaga tingkah laku. Jangan makan tak tentu pasal. jangan lupa mandi.

Ciko: Ya lah ibu, Ciko selalu ingat pesanan ibu itu. Lagipun Ciko pergi bukanya lama sangat cuma satu purnama sahaja. Lepas itu Ciko pulang lah. Nanti Ciko selalu hantar SMS, jangan risau lah ibu. Ciko dah besar panjang pun.

ibu: Sudah lah tu, pergi tidur dah malam dah ni... esok nko nak terbang jauh...

Malam semakin gelap, angin bertiup agak kuat hingga mengoyangkan pokok tempat mereka tinggal. Bulan pun gelap bintang2 berkelipan dilangit. siibu masih tidak dapat melelapkan mata kerana masih terngiang-ngiang kata2 anakya tadi. dengan emosi yang masih kelam dan pilu dia memikirkan apalah yang akan terjadi nanti tatkala anaknya pergi...

Ciko: Ibu... mana ibu. Ciko dah nak pergi nih.

ibu: Nah, ibu ada siapkan sedikit bekalan buat nko makan dan alas perut dalam penerbangan nanti. Bila dah habis pandai2 lah ko cari sendiri.

Ciko: Terima kasih bu. Ibu jangan risau yer, Ciko pergi bukanya lama sekejap saja... Baiklah ibu, Ciko minta diri dulu. Jaga diri ya bu... Doakan keselamatan Ciko yer...

ibu: bye... (hanya itu yang keluar dari mulutnya kerana terlalu sedih saat itu)

Maka terbanglah Ciko dengan hati yang berat sebenarnya untuk meningalkan ibunya apalagi untuk berpisah dengan buah hatinya itu. Namun demi cita2nya dia gagahi jua. Dia memang ada hajat yang lain hanya sengaja dia tidak memberitahu kepada ibunya itu... Satu rancangan rancangan yang sudah lama dia pikirkan...

bersambung...











12 ulasan:

  1. uhuks3... dh jangkit virus NL

    BalasPadam
  2. aku enggang dn suka nk brkawan ngan pipit... huhu!

    BalasPadam
  3. Gigihnya kau masuk dalam hutan untuk merakam cerita ni....



    "Semenjak bapa mu meninggal, ibu menjaga kamu seekor diri"
    ....penjodoh bilangan ni tak boleh tahan!!!!

    ih..ih..ih..

    BalasPadam
  4. ahh... main bersambung-sambung laaa pulakkk cam cite samarindaaaa... Aihhhh... Potong stim betullll... Kikikikikik :P :P

    BalasPadam
  5. Aku tang citer yg anti klimaks ni...

    yang sakit ati nih...

    Ape ke pasal ko nak sambung2...

    Ko nk g bilik temenung ke??

    BalasPadam
  6. hik2....
    x tau arr npe asyik gelak jerr ble bce en3 ni....
    hua2.....

    BalasPadam
  7. Eloklah ko sambung sbb dah panjang sgt muahaha

    psst - bila ko nak sambung ni? Kalau ko lambat sgt aku takut Mona disambar burung lain.

    BalasPadam
  8. sah, NL gi cari Mona....

    BalasPadam
  9. ko paham tak ngan ayat..."POTONG STIM BETOLL LAAA"

    BalasPadam
  10. cit!!!!!!!

    pantang keturunan aku hendak berkawan dgn pipit..

    hehehehe

    BalasPadam
  11. Teja...
    errr ko pi kuar dating ngan org lain last2 ko kata aku penyebabnya... oh tidak...

    eloklah ko suka kawan ngan pipit, jgn ko kawan ngan buaya dah ler hehehee

    CkLah...
    errr tak buleh guna ker penjodoh bilangan tu huhuhu

    SS...
    saborlah kalau yer pun... dah penaja kata kena sambung... kena ikut kata penaja kalau tak... kena saman pulak hehehee

    Arryani...
    mokcik... tak taulh pulak citer nih mendapat sambutan huhhu.. lagipun itu baru episode pertama. nanti episode kedua lagi gempaq huhuhu

    Puspa...
    apa yang ko gelak sangat tu... packcik dah cuba buat citer sesedih mungkin... tapi buleh jadi kelakar pulak yer hehhee

    YB...
    betul tu kalau panjang2 sangat nanti tak larat nak baca...

    tak lama lagi akankuar episode ke2 dan last huhu

    kemungkinan mona akan dikebas tu amatlah tinggi heheh

    Suhaila...
    errrr camner stim dipotong ek hehehehehehe

    KTS...
    nko memang lupa diri... sebelum ko berada diatas dimanakah asal mu huhuhu...

    BalasPadam
  12. hehe.. aku akan jd naga klu kua detin ngan buaya...

    BalasPadam