Halaman

10 Julai, 2009

Bagaimana cara untuk pilih kamera digital yang sesuai



Tentu ramai dah memilikki camera dan pada zamam kini kamera tidak macam zaman dulu2 masa pakai filem 35mm tu sekarang semua dah digital beli jer camera terus buleh tangkap gambar tak payah pikir nak beli filem dan menghabiskan duit nak cuci pulak filem tu huhuhu...

so, untuk n3 aku ini aku ingin berbincang pasal kamera dan bagi yang bercita-cita nak beli kamera mungkin n3 ini mampu memberikan petunjuk awal sebelum anda membeli kamera yang sesuai untuk anda... kepada yang dah ada kamera dan aku percaya kamera anda semua itu cangih2 belaka dan mahal harganya hehehee... aku tau lah...


Jenama

jenama juga memainkan peranan yg cukup penting apabila ingin membeli sesebuah camera digital. aku sarankan anda membeli camera dari jenama atau pengeluar yang memang terkenal dengan produk camera sahaja. contohnya seperti Nikon, Canon dan juga Olympus! bagaimana pula dengan jenama2 lain atau jenama cap ayam? huhuhu

ok, boleh saja kalau nak beli jenama cap ayam pun tapi dari segi kualiti dan ketahanan serta teknologi memang berbeza dan untuk mendapat kepuasan hati adalah di luar pencapaian. jadi lebih baik beli yang berjenama lagi pun tak semua yang berjemana terkenal itu mahal harganya dan mmg ada camera yang berjenama berharga dibawah RM7OO.OO.

Lagipun kamera yang dibuat oleh pengeluar yang mmg fokus produk dia adalah kamera adalah yang terbaik untuk dibeli. Jaminan yang diberikan dan khidmat selepas jualan juga harus dipertimbangkan... maklum saja kamera juga adalah benda yang mudah rosak.

Bagaimana nak pilih yang kena dengan jiwa

hmmm... memang betul kalau pergi kedai kamera sudah tentu macam2 model dan jenama yang ada. ada yang mahal ada yang muarh ada yang comel dan ada juga yang tak comel tapi harga mahal giler hehe...

Jangan pening2 untuk pilih kamera sebabnya senang sajer. sebagai contoh andai kata sebelum ini anda selalu jer pakai kamera pinjam, bukan tak nak beli atau tiada duit tapi saja kedekut kot heheheee... dan sampai suatu masa anda pun dah segan nak pinjam dari orang lain dan mungkin juga dah kena sound sebab dah tadek org lain yang pinjam kamera hehehee

mudah jer seperti yang selalu aku syorkan pada member2 aku, kalau nak beli kamera lebih baik juga beli kamera yang kita dah biasa guna. so macam kisah tadi oleh sebab dah biasa guna camera pinjam jenama Panasonic jadi, belilah kamera yang macam tu juga. Nanti senang nak guna sebab dah biasa walaupun kamera lain lebih baik tapi percayalah yang kita selalu guna dan dah biasa serta dah expert dengan segala setting2 jadi kamu takkan pening2 lagi nak guna kalau beli kamera yang lain jenisnya dari yang biasa diguna pakai sebelum ini...

sememangnya lain jenama kamera lain dia punya setting ataupun paparanya. paparan untuk camera Sony contohya agak susah untuk diset silap hari bulan gambar buleh jadi kabur ataupun terlebih cerah... walaupun ada setting untuk Auto macam kamera lain tapi agak complicated lah hehe...

Resolusi
Makin lama makin tinggi resolusi yang ditawarkan oleh pihak pengeluar kamera rata2 kamera kompak pun dah beresolusi 5MP ke atas... dan ada yang mencapai 12MP. kepada yang menggunakan kamera untuk biasa sahaja atau untuk santai, kamera serendah 3MP sudah memadai untuk print saiz 4R!

Memang boleh set resolusi bagi sesebuah kamera mengikut kemahuan andai kata tahap resolusi camera itu adalah maksimum 10MP tapi buleh diset kepada 5MP contohnya, semakain besar MP dia makin besar saiz fail dan semakin besar resolusi untuk print.. resolusi 8MP dan ketas sesuai untuk print saiz 10R atau 12R. kalau guna resolusi rendah dan nak print 10R dah tentu gambar akan jadi bintik2 dan tak cantik...

kalau setakat untuk guna biasa2 sajer dan anda bukan terlibat dengan dunia percetakkan atau dunia senifoto resolusi yang tinggi bukanlah penting untuk anda memadai dengan kamera beresolusi 5 atau 8MP!

Kamera kompak atau DSLR

Bergantung juga kepada tahap keprofesionalan anda kalau anda bekrja sebagai pemberita atau photographper DSLR adalah pilihan yang paling baik sebab ada banyak akseori untuk dipilih dan memenuhi segala kehendak apalgi dengan pilihan untuk menukar jenis kanta yang nak digunakan. Kamera DSLR memberikan kepuasan untuk mengunakan kanta Macro dengan maksimum juga untuk telefoto yang mana tidak ada pada kamera kompak biasa. Mode makcro yang ada pada kamera kompak tak setanding sangat walaupun kamera kompak mempunyai kegunaan itu.

dengan kamera DSLR gambar2 buleh dimabil dengan lebih kreatif namun adalah tidak meustahil jika anda memang kreatif dan berseni dengan hanya mengunakan kamera kompak biasa saja pun anda buleh menghasilkan gambar yang cantik dan menarik!

Dan yang terbaru dari pada sayrikat Olympus telah mengeluarkan kamera kompak DSLR yang buleh dugunakan seperti kamera DSLR. kelebihan kamera itu adalah ia lebih kecil dan ringan berbanding kebanyakan kamera DSLR yang memang besar dan berat.
pic kamera Olympus terbaru. buleh layari web tersebut untuk lebih detail...

Aksesori

antara yang perlu diambil kira sebelum membeli kamera adalah aksesori yang dibekalkan. Aksesori storan seperti SD kad adalah pilihan yang lebih baik sebab mudah untuk digunakan dan banyak pilihan untuk dibeli lagipun harganya lebih murah. Kebanyakkan model dari Sony dan juga Olympus menggunakan medium storan jenis sendiri contohnya Sony menggunakan Smartcard dan Olympus X-drive. Nikon lebih banyak guna SDcard.

walaupun mungkin ada sambungan USB untuk memindahkan gambar dari kamera kpd pc namun pilihan untuk menggunakan SD kad atau MicroSd adalah lebih baik!... Sekarang ni storan sebesar 2Gigs sudah ada...

buleh ushar2 ler dulu kat laman2 web berkenaan sebelum membuat pembelian dan juga buleh bertanyakan kepada penjual dikedai2 yang berkenaan. jadi biar puas hati dulu baru buleh beli kalau tidak nanti sesal saja. tapi kalau jenis yang kaya raya itu tidak jadi masalah hehhehee

anda mungkin juga meminati kamera kompak canon terbaru - kamera Canon Powershot-SX210 IS

24 ulasan:

  1. Eh aku first ke kali! Yes! Dah lama tak singgah sini.

    Terer ko tentang kamera ya. Terima kasih berkongsi ilmu. Aku punya kamera cap ayam aje huhuhu

    BalasPadam
  2. YB...
    whoa... sekali singah terus jadi yang first yer huhuu...

    eleh saya bukan terer sangat tapi saya dah biasa lah juga ngan kamera2 nih bermula dari kamera cap ayam hinggalah kamera cap gajah hehee...

    kamera cap ayampun pun kalau kreatif mesti cantik juga. Dan mesti org akan terkejut dan tidak percaya kalau tgk gambar tersebut...

    BalasPadam
  3. Sally baru rembat DSLR itu hari..(mcm Samy Vellu punya slang..)..tahap keprofesionalan masih tahap zero..sedang blajar megendalikannya..hehe..btol kalau cap ayam pon tp creative ttp menghasilkan gmbr yg best..atau kalai terror mengedit..kan..kan..

    BalasPadam
  4. Naqeeb my flend

    wa munya kamela ho...Canon hooo...
    Hali tu ala olang sulah minjam.

    Wa mau kasi lu tau, wa manyak sayang wooo sama itu digital kamela..

    Tapi, wa lagi sayang sama wa munya itu kawan..

    Lu tau tak..

    dia sulah kasi losak wa munya kamela...

    Hati manyak sakit woooo

    Sampai sikalang wa manyak terlukaa..

    Wa mau cali lagi satu kamela ni...

    itu inpo manyak baik lu bikin N3.. Ala sikit maklumat boleh wa pakai!!

    BalasPadam
  5. TSally...
    saya tau kamera sally tu huhu...
    siap buat tangkap gambar semut lagi betul tak heheh...

    mmg seronok kalau pakai DSLR sbb buleh guna macam2 skill huhu...

    yer betul kalau kena ngan kreativiti mmg menjadi lah... apalagi kalau terer mengunakan Software spt Photoshop!

    BalasPadam
  6. Aryani...
    adess mmg betul tu kalau kasi pinjam org mmg akan rosak...

    pakcik punya kamera pun pernah rosak sebab bagi pinjam member tak bagi dikatakan kedekut pulak...

    tips: kalau nak kasi pinjam kamera pada org lain mesti ajar dulu dia macamana nak guna dan pakai jgn terus jer bagi cam tu jer. nanti dia dapat kamera tu satu hari dok belek2 ntah hancuss

    2- itu yang payahnyer kalau nak kasi pinjam kamera kat org lain nih nak ajar dia dulu. so tanya dulu org yang nak pinjam tu ataupun siasat dulu tahap kepandaian beliau tentang kamera digital!

    3- klau malas nak tunjuk ajar kat org lain macamana nak guna lebih baik jgn kasi.. tapi itu yang malas tu nak tunjuk dan ajar nih huhuhu...

    4- kalau ada 2 kamera contohnya satu yang cangih dan satu lagi cap ayam, lebih baik bagi yang capa ayam tu huhuhu

    BalasPadam
  7. sekarang ni aku cuma guna kamera digital biasa aja...

    dulu-dulu masa belajar aku guna kamera Nikon yang manual tu... kena adjust sendiri shutter speed, aperture dan lelain... Sekarang ni, tak kose dahhhh... Hohohohohoh :P :P

    BalasPadam
  8. SS...
    kamera digital mmg lebih senang diguna berbandingtapi kamera SLR yg dulu2 dan jenis manual sesuai untuk amik gambar yang mempunyai nilai2 sentimental...

    dengan kebolehan untuk untuk setting S speed, Apperture dan fokus byk gambar yang luar biasa diperolehi...

    sebagai contoh untuk amik gambar air terjun dengan efek air tu nampak macam sutera cukup mudah hanya dengan ejas shutter speed dan aperture serta ISO dan yang paling penting guna Tripod!

    BalasPadam
  9. NL, aku musykil... ko tayang mende tu seme ko reti ke guna mende2 tu, se tau aku camera hp pun ko tk reti nk pakai... snap gamba pun tebalik.... wakaka!

    BalasPadam
  10. weeeeeiiiyyyyhhhhhh!!!

    CAMANE KO TAU AKU NAK SGT2 KAMERA SKRG NI!!!

    uwaaaaaaa... nak kamera!!!
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    thanx for the info..

    aku mmg nak kamera.. tp taknak beli... nak org BAGI..

    hihihihi...





    psssttt... kekanda aku pakai kamera brand leica bersalut emas tau...

    BalasPadam
  11. huhu....
    aku pki camera...
    cap itik jerr....
    hua2...

    BalasPadam
  12. Teja...
    mmg ler aku tak reti guna hphone berkamera sbb dari dulu sampai sekarang hphone aku tak pernah keluar dia punya kamera heheee

    aku tak tau sampai bila nak tunggu dia kuar camera tu ngeeeee...

    KTS...
    haaaa byk juga kau punya cekadak ek, nak org kasi jer susah ler hehehe

    errrr saper kekanda ko tu... lawyer, majistret, ahlil muzik!? ngeh ngeh ngeh...


    ko pigi kat kedai kamera pastu ko ngorat ler toke kedai tu kompem dapat beb... dapat selipar, kot hahahahaaa


    Puspa...
    kamera cap itik... hmmmm mesti cute jer kamera tu macam itik hehehee...

    BalasPadam
  13. Salam Naqeeb.
    Pak Ngah tak pandai guna yang canggih-canggih ni.Lagi pun.....he3.
    tapi kalau dapat hadiah pandai lak guna.

    BalasPadam
  14. Pak Ngah...
    OOoO nak hadiah juga lah tu...

    tu lah pasal kalau dah da tu kena juga cuba2 guna... klau tidak rugi pulak... tapi hati2 nanti rosak sbb tersalah guna hehehee

    BalasPadam
  15. waaa..
    menambhkn smgat2 berkobar2 ati nk ade cam cgih nh
    hehe
    nopw xmampu ag
    gne yg bese2 je
    huhu

    BalasPadam
  16. Atie...
    tak per bila dah mahir nanti barulah beli yang cangih2..

    kalau beli yg cangih2 pun tapi doh terperap jer buat aper kan huhu

    kamera kompak lagi senag sbb dia kceil dan mudah dibawa...

    percayalah heheheee

    BalasPadam
  17. Kalau mampu belilah yg dslr. Walaupun agak besar dan berat tapi kualiti gambarnya adalah yang terbaik.

    BalasPadam
  18. org bagi baru best.. klu beli, dah takde manisnya...
    hahahaha.. nak harap ko bagi, selipar pun belum tentu dapat.. :P :P :P
    .
    .
    .

    .

    errr... tokey kamera kat tmpt aku ni tak pakai selipar.. pki kasut.. hahaha..
    tapi klu ko ngorat, mmg kompem dpt selipar.. hahahaha

    BalasPadam
  19. TOk...
    kalau mampu bukan setakat yang DSLR jer semua buleh beli hehehehe tak payah pikir pasal tu semua...

    KTS...
    kamera rosak ada nih nko nak tak... klo nak cakap jer bila2 pakcik boleh poskan kat nko heheheee

    hahahaha mujur toke tu bagi selipar klu dia bagi pelempang tak ker terpeleot 49 hari heheheee

    BalasPadam
  20. онлайн порно с молоденькими http://free-3x.com/ смотреть порно школа free-3x.com/ онлайн пороно видео с малолетками [url=http://free-3x.com/]free-3x.com[/url]

    BalasPadam
  21. Balasan
    1. sama2... semoga info tu berguna
      walaupunmasih agak kekurangan...
      sbb saya sendiri pun dah kurang
      bergiat dalam bidang photography
      sementelah teknologi digital makin hari makin maju...

      Padam
  22. Balasan
    1. terim kasih kerana sudi baca... :)
      awk paka kamera apa yer?

      Padam