Halaman

17 Julai, 2009

Epilog cinta pipit (akhir)






Untuk episode terakhir ECP (epilog cinta pipit) ada sedikit kelainan kerana untuk memberi lebih kesan kepada jalan cerita... kepada yang masih mahu mengikuti kisah selanjutnya jgn lupa baca huhuhu


setelah Ciko meneruskan terbang, sampailah jua akhirnya di tempat asalnya. Kelihatan ibu masih ada dipokok yang dulu. Gembira bukan kepalang siibu bila anak
kesayanganya sudah kembali. Ciko dengan sungguh ceria menceritakan segala pengalamanya semasa kepergiannya dulu itu, Siibu hanya mendengar dengan punuh minat dan sesekali terasa terkejut dengan peristiwa yang dilalui oleh anaknya itu.

Namun dengan sedkit kekhuatiran menyelubungi hati Ciko apabila ingin menyatakan niat sebenar kenapa dia pergi mengembara dulu itu. Namun hendak atau tidak terpaksa juga dia menceritakan hal yang sebenar. Terkejut lah siibu, tidak disangka anaknya itu terlalu cinta akan anak si engang itu. Tapi untuk memberikan Ciko bulunya itu siibu memang keberatan sebab akan pecah lah rahsia selama ini yang tersimpan sejak sekian lama...

ibu: Nak adalah sia2 saja kamu mengambil bulu ibu ini kerana... ibu ini bukanlah ibu mu yang sebenar. Semasa bapa mu masih hidup dulu dia ada memberikan sebiji telur untuk ibu eram. Dan telur itu adalah kepunyaan isterinya yang pertama iaitu ibu mu yang sebenar nak. Bapamu seolah olah tahu yang dia akan mati...

Ciko: Jadi... apakah selama ini ibu merahsiakan semua ini?

ibu: Ya benar... ibu tak mahu kamu merasa sedih akan apa yang telah berlaku dan ibu tak pernah merasakan kamu adalah burung lain, pada ibu kamu tetap anak ibu.

Ciko: Dimana saya buleh ketemu dengan ibu ciko yang sebenar itu?

ibu: Ko pergilah cari disebalik bukit sana disitu kamu akan bertemu dengan ibu dan adik kamu...

Ciko: Tapi bukankah ibu sempat bersama dengan bapa Ciko takkan tak ada apa-apa?

ibu: Benar itu wahai anakku, ibu sempat bersama bapamu saban hari tapi ibu juga tahu bapamu sudah ada yang lain tapi demi cinta ibu tidak pedulikan semua itu. Cinta itu memang buta nak!... Walaupun bapa mu selalu menggoda ibu tapi ibu tidak terpedaya dengan pujuk rayu bapa mu itu. Lagipun ibu ini seekor burung betina yang pemalu... hehehee... Jadi, sampai sekarang ibu masih dara...! ehem ehem....

Ciko: errr ibu tak mahu cari pengganti...? Takkan asyik minum kacip fatimah ajer...

Ibu: Ada tu ada tapi demi memberikan perhatian penuh kepada kamu maka ibu lupakan saja perasaan itu... ibu tak mahu kamu terabai tanpa kasih sayang. itu jugalah janji ibu pada bapa mu...

Ciko: Ibu ada dengar berita pasal Mona tak?

Ibu: erkkk... Ciko, ibu harap kamu tabah mengetahui berita ini kerana Mona sudah dikahwinkan dengan burung lain dari spesis mereka juga dan itu adalah pilihan bapa Mona juga. Semasa ketiadaan kamu itu dulu macam2 peritiwa berlaku pada Mona.

Ciko: Sampai hati Mona buat begitu bu... kenapa dia tak percayakan cinta Ciko..

ibu: bukan salah Mona itu semua kehendak bapa dia. Kalau tidak diikut sudah pasti nyawa yang jadi galang gantinya... maukah kamu melihat Mona jadi bangkai tak bernyawa?

Ciko: Tak apalah nanti ciko pergi berjumpa dengan dia sendiri, tapi sebelum itu Ciko ingin mencari ibu ciko yang sebenar dulu..

Sampai saja dikawasan hutan sebalik bukit seperti yang diberitahu ibunya itu dan setelah bertanya kepada burung2 lain maka berjumpalah Ciko dengan seekor burung pipit betina. Ditakdirkan juga burung itu adalah adik dia siibu dan sebapa... cuma dieram oleh berlaian ibu sahaja....

Ciko: Apakah benar kamu ini seekor burung yang telah kematian bapamu sejak beberapa bulan yang lalu kerana dimakan oleh harimau?

Citi: yer benar, kenapakah kamu bertanyakan demikian?

Ciko: Kalau begitu memang sah lah kamu ini adikku, apakah ibumu tidak bercerita tentang abang?

Citi: Jadi inilah abang yang ibu selalu ceritakan itu tapi tak sangka kedatangan abang sudah terlewat...

Ciko: Kenapalah jadi begitu...?

Citi: Abang... sudah dua bulan ibu mati setelah keracunan makanan, sejak itu tinggalah adik keseekoran disini...


Memang sudah takdir Ciko begitu, kehilangan ibu dan bapa namun pada ibu tumpang itulah dia menumpang kasih. Setelah itu Ciko memujuk adiknya itu tinggal bersama ibu tumpangnya itu. Tinggalah mereka dengan aman dan bahagia mereka bertiga.. Si Mona juga bahagia disana mereka tetap berkawan baik walaupun cinta mereka tak kesampaian. setelah purnama berganti purnama maka hari yang bahgia juga menjelma... siibu sudah pun sudah bergelar nenek dan sedang asyik bermain-main dengan cucu-cucunya yang comel-comel belaka saling tak tumpah seperti Ciko...

Ciko: sayang... mana anak anak kita... tak nampak pun mereka semua.... Abang ada bawa sedikit buah ni...

Citi: Cuba tengok dipokok besar sana mungkin tengah bermain main dengan nenek mereka lah tu... Biarlah mereka bermain dengan nenek mereka, jangan risau ler kejap lagi pulang lah tu...

Ciko: Simpan buah ni elok-elok rasanya peti ais kita tu masih elok. Bila sejuk sedap sikit bila nak makan!

Citi: Abang nih kacau betullah, nak layan siri samarinda nih pun tak senang... episode akhir dah nih... jap lagilah yer....

Ciko: huh, tak habis-habis mengadap tv 24 jam citer ntah apa2 dan merepek itu pun buleh dilayan sampai tak jadi kerja lain...


Berakhirlah sudah kisah cinta pipit itu tak sangka begitu jer pengakhiranya. Tapi tentu ada yang tak senang dengan kisah akhir itu. Mereka kan burung adik beradik pun buleh kahwin, tiada masalah sumbang mahram ke apa kan ngeeeeeeeeeeeeeee

7 ulasan:

  1. ekekekkeek...senyum sorang2 depan laptop jer nih...

    BalasPadam
  2. Anis...

    errrr senyum sorang2...
    depan laptop... ngeeeeeeeeeee

    BalasPadam
  3. Boleh tahanlah ko berangan NL. Terhibur jugak aku bagi citer 3 episod ko ni.

    Lain kali boleh buat citer2 mcm ni lagi.

    BalasPadam
  4. YB...
    terima kasih kerana sudi membaca dan mengikuti cerita merapu itu sampai habis hehehe

    itulah cerita pertama kali yang saya publish sebelum ni dah byk kali cuba buat tapi hancur!

    kalau idea nanti saya akan berangan dengan lebih meletup ngeh3x!

    BalasPadam
  5. x ley blah betoi laa cte ni....
    mmg x than laaa....
    ending mmg mcm drama....
    hua2....
    sadis sungguh...

    BalasPadam
  6. Puspa...
    errr nko pun sangup juga mengikuti cerita nih heheheee

    semoga terhibur hendaknya... :)
    jgn lupa ikuti siri citer yang lain pula....

    terharu pakcik...

    BalasPadam
  7. dan kepada semua terima kasih kerana sudi melayan citer yang dikatakan tak bloeh belah ini heheheeee

    BalasPadam