Halaman

01 November, 2010

Pertama Kali tengok bola Piala Malaysia Akhir (Kelantan vs N9)



Malam semalam aku berkesempatan  mengunjungi stadium Nasional Bukit Jalil untuk bersama-sama mengikuti para penyokong The Red Warriors (TRW) untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan... Itulah kali pertama aku menjadi penyokong bola piala malaysia edisi final... biasa aku layan kat umah melalui tv cap ayam aku yang dah buruk... <-- teringin nal beli LED tv yg 42 inci tapi tiada bajet lah hahahaha

Masa kat stadium memang gempak.. lebih kurang 70% daripada penyokong yang memenuhi stadium adalah penyokong The Red Warrior, aku kagum seketika tak pernah aku merasai kegempakkan semacam itu seoalh stadium itu bertukar menjadi warna merah......!

Stadium memang gamat dengan pekikan dan laungan tak ketinggalan dengan mercun (security dah check sebelum masuk) tapi mercun dan pemetik api ada juga yang terlepas... aksi membaling botol air mineral memang sudah biasa... mengikut blog lain yang aku baca... namun bagi aku yang pertama kali jadi penyokong distadium sedikit rasa terkilan dan terkejut!

Macam2 gelagat penyokong yang boleh dilihat dan dipamerkan oleh setiap penyokong cuma gelagat penyokong Negeri Sembilan jer tak berapa nampak sebab selain bilangan mereka tak seramai penyokong TRW aku berada jauh dari mereka namun agak supportive... walauapapun tetap ada penyokong yang gatal tangan dan nakal polis pun mereka tak hairan...

apapun sekalung tahniah buat TRW kerana menjuarai Piala Malaysia 2010