Halaman

22 Julai, 2012

posting sempena bulan puasa

 02 ramdhan 1433/4.00am

Hari ni masuk hari kedua puasa di bulan ramadhan untuk tahun 1433H. macam biasalah seperti tahun2 lepas berpuasa di perantauan dan kalau sempat berpuasa di kampung pun mungkin untuk beberapa hari setelah balik kampung untuk sambut hari raya nanti. dah biasa dah macam ni walaupun kekadang masih terasa kekuranganya bila tidak bersama-sama keluarga di kampung...


hari sempat juga aku ke bazar ramdhan namun sama juga seperti tahun lepas kalau awal2 puasa nih ramai orang kat bazar ramadhan sampai berhimpit-himpit... sesak nak jalan pun agak susah... aku sempat pusing-pusing 2-3 kali tapi tak jumpa kuih yg nak dibeli lalu aku balik kerumah dengan sedikit buah ajer... oh yer buah kurma ajer huhuhu.

sedang menunggu-nunggu untuk sahur ni tak tahu nak masak apa... malas nak masak dan memang tak ada idea nak masak kalau masak pun belum tentu sedap! makan jerlah apa yang ada asalkan dapat berkat bersahur kan....... kalu sedap pun belum tentu lalu nak makan sbb biasanya pagi2 nih kurang sikit nafsu nak makan silap2 tengok ajer tak makan pun...


selamat berpuasa dan selamat berbuka... :)