Halaman

30 April, 2012

Dunia ini gelap tanpa cahaya sebenarnya...

ini adalah entri untk bulan ni sbb belum ada lagi entri yg sempat ditulis untuk dinaikkan kedalam blog.... satu bulan satu benda lama satu tahun satu lama lama lagi entah apa akan jadi...

tajuk entri kali agak pelik aku pun pelik bila baca satu artikel yang mengatakan didunia ini cahaya tidak wujud, tiada cahaya dikeliling kita yang wujud adalah dalam otak kita samada salinan suatu imej, salinan suatu sentuhan rasa, salinan gelombang bunyi atau juga suatu salinan bauan.

sungguh pening bila dikatakan mimpi dan realiti tidak ada bezanya, tiada siapa tahu bagaimana yang dikatakan "real" itu yang sebenarnya... ilusi, mimpi, bayangan, gambaran atau apa saja yang seumpamanya hanya wujud dalam otak kita sahaja yang dirasai oleh deria tertentu yang kita milikki atau yang ada pada tubuh kita, manusia!

masa juga dipercayai sebagai suatu yang tiada yang telah berlalu atau yang hadapan. masa yang dikatakan berlalu adalah pengalaman yang telah disalin dan dibaca dalam otak kita dan kalau sesuatu pengalaman itu telah di letak dalam otak kita tiada lagi yang hadapan jadinya masa hadapan adalah sesuatu yang belum wujud dalam otak kita. sebagai contoh aku sendiri pada petang kelmarin ingin lepak ambil angin kat luar rumah baru sampai dekat motor tiba-tiba macam ada benda jatuh dari langit. aku hairan nak kata hujan memang tak hujan. bila tengok kelangit yang keliahatan awan dan beberapa ekor burung layang-layang sedang berterbangan... jadi memang sah benda yang baru jatuh dan hampir terkena kepala aku tadi ialah tahi burung layang-layang! aku tidak tahu yang tidak tersangkakan yang tahi burung akan jatuh atau burung itu akan berak!

*akhirnya siap juga entri untuk bulan ini ... hujung2 bulan pulak tu hehehee