Halaman

31 Disember, 2011

Pos terakhir untuk 2011... selamat datang tahun 2012!








Tak tau nak kata apa untuk pos kali ini tapi apa pun ramai yang teruja dengan tahun baru jadi, selamat tahun baru kepada semua rakan-rakan blogger yg tak jemu membaca pos-pos merepek, juga kepada pengugjung-pengunjung blog ini seluruh dunia.... diucapkan selamat tahun baru 2012...

Terima Kasih,
All the best for the new year and go on... :)


NaqeebLukhman 31 Dec 2011
3.18am
Kuala Lumpur




12 November, 2011

pos merepek di petang sabtu

argh macam biasalah aku sebagai blogger suam-suam kuku nih ada masa aku tak jenguk pun blog sendiri lalu tertinggal sepi.................... memang sejak dari dulu tiada idea tak tahu nak buat ayat terbaik... siapa yang baca blog aku dah tentu naik bosan dan jemu...................

semalam banyak benar orang kecoh pasal tarikh keramat lah kononya dekat radio dan tv asyik duk sembang pasal tarikh cantik lah uniklah... bagi aku takda maknanya cantik! tapi yang ironiknya berlaku kemalangan ngeri dimana melibatkan sebuah bas yg terbalik dan dilangar pula oleh treler. kejadi berlaku di Behrang, Perak... hemmmmmmmmmmmmmmmm


itulah yang aku dengar kat berita radio dan aku dengar juga ramai yang buat pembedahan caserian kononnya nak anak lahir sempena tarikh keramat tu... ek elah............ apa barang! yang susahnya doktor2 kat hospital juga hehehehee dan senario ini kemungkinan akan berulang lagi tahun depan dan tak akan berlaku pada 2013 sbb takkan ada 13.13.13 hahahahahahahhaha


ops!!! terkejut seketika entah lah budak2 kat umah ni masih lagi bermain mercun. aku dari dulu lagi memang fobia dengan bunyi mercun aku mudah terkejut terperanjat dan tersedak! gampang sungguh!


*kemanakah dia menghilang???









30 Oktober, 2011

logo aplle steve jobs version aku lak...

apple logo steve jobs version aku ... aku rasa lebih real... aku perasan laa hahaha apapun  kredit untuk pencipta logo tu ek... huhuhuhu... tiru yg baik ok der...

21 Oktober, 2011

gajet android

aku akan pilih gajet atau telefon pintar yg di jana oleh android...............

27 Ogos, 2011

lembah Klang kembali sunyi

nampaknya Kuala Lumpur dan sekitar lembah Klang kembali sunyi setelah ramai penghuninya mula meinggalkan kota dan masing2 kembali ke kampung... terasa sangat sunyinya......... sunguh sepi macam tiada berpenghuni...................... seperti kota yang dutinggalkan......................

apapun selamat hari raya kpd semua... tak ada idea dah nak merepek nih ......



10 Ogos, 2011

sesunyi malam sedingin pagi

malam sudah berlalu jauh semakin dingin
mata yang cuba aku lelapkan sejak tadi
seakan malas untuk lelap maupun tidur
lalu tiada mimpi yang indah menjelma...

entah mengapa jadi begitu
seperti ada sesuatu yang belum selesai
seperti ada yang tidak kena
namun aku bingung untuk mencari jawapan

lalu aku coretkan sesuatu di dada maya ini
mengarut tanpa ada makna tanpa erti
sekadar menemani kesunyian malam
menunggu imsak berlabuh pergi

sahur, oh apakah yang aku mahu santapi
tiada lauk enak tiada nasi empuk
selera juga tidak bersemangat untuk nikmati
apa saja yang ada aku gagahi sahaja, memaksa

dikedamaian ini terkadang memori tersentap
pengalaman kisah lampau pahit manis
terkabur bila datang yang baru
mengganti segala yang berlalu biarkan berlalu

masa semakin pantas berlari pecut deras sekali
aku yang masih alpa dengan segala keindahan
tertipu terpedaya segenap segala pancaindera
tak terduga aku apa yang akan berlaku

10 ramadhan 1432
ss

Yang Aku Tonton: Behind Enemy Line- Colombia




sebuah filem yang boleh dikatakan melepasi tahap piawai kepuasan....!
rating dari aku: harus ditonton tak rugi beli

aiseesoft dvd ripper






sejak tengahari sampai petang aku menggoogles apakah dvd converter/ripper yang terbaik dan terbagus lalu aku ketemu dengan dvd ripper keluaran syarikat Aiseesoft ---> http://www.aiseesoft.com/  .

dan aku telah mencubanya ternyata aku amat suka dan aku rasa ia adalah sebuah program untuk backup dvd movie yang sangat bagus. kelajuanya untuk ripping satu dvd sungguh laju dengan pc aku yang agak lembab pun dapat siapkan dalam 35 hingga 40 minit...

antaramukanya pun mudah dan tidak susah untuk ejas dari segi saiz skrin, jenis audio dan yang paling aku suka ia dapat letak sarikata dengan mudah iaitu dengan menggunakan file ifo yang dah tersedia ada dalam dvd. pilih jer sarikata bahasa apa yang nak diguna....

kepada yang berminat tu buleh cuba-cuba sedut...... dan sudah semestinya kena bayar lah hehee tapi guna dulu versi percubaan.....!

19 Julai, 2011

Hampeh...!

Hari ini aku balik kerja awal sikit dari biasa... kebiasaanya dunia dah gelap baru aku sampai rumah setelah pagi masih gelap juga aku pergi kerja... Lagipun hari ini mmg tak ada mood sangat nak kerja lama-lama atau nak ikut semangat orang jepun yang suka kerja sampai tengah malam...!

Bagi aku cukuplah kerja berpada-pada, kerja macam aku nih macamna kuat pun tak mahu kaya juga, maklumlah kuli kan... hemmmmmmmmm... mengantuk pun ada kepala pening pun ada macam2 alasan lah kalau dah tak ada semangat...

Masa tengah tungang motor perjalanan pulang ke rumah aku tengok meter minyak macam dan nak cecah takat merah apa lagi aku harus isi minyak kalau tidak susah pulak nak isi minyak pagi2 buta esok...!

Sampai jer kat stesen minyak aku letak motor kat pam dan aku masuk kedalam kedai sambil aku mahu beli sesuatu mungkin air atau apa2 makanan ringan... sampai dekat pintu masuk tu aku cuba tolak untuk buka... tapi, susah sangat nak terbuka... aku cuba tolak beberapa kali sekuat hati dengan sisa2 tenaga kelelakian aku yang tersisa................ namun pintu itu sepertinya tidak mahu jua untuk membenarkan aku masuk melaluinya.......... aaaaaaaaaa... sudah... lalu aku cuba yang sebelah lagi pun sama juga............ aku panik sekejap........................................ kenapa apakah.................... aku nampak bangla yang kerja kat situ semacam dah nak datang menolong buka pintu............................


Hampir saja bangla tadi dekat pintu dan dengan ajaibnya pintu tadi berjaya dibuka hanya dengan sebelah tangan sahaja............. cisss................... buat malu jer..................... rupanya kena tarik bukan tolak.............................nak marah pun ada nak gelak pun ada nasi baik orang tak ramai...!

Selepas habis pilih barang dan bayar kat kaunter aku pun melangakah kaki dengan letihnya, yerlah kan aku baru balik dari kerja, letih masih terasa kepenatan masih belum hilang peluh masih belum kering!
sampai ajer dekat pintu tadi aku ternampak label dekat pintu bertulis dalam bahasa melayu dengan jelas dan nayata dan aku sememangya faham bahsa melayu dan kalau dia tulis dalam bahasa sepanyol pun aku rasa aku boleh faham lagi jangan dia tulis dalam tulisan bangla sudah!!........... TARIK.... hampess sungguh sampai kat luar pun ada label TOLAK.... tapi aku rasa itu bukan kali pertama aku masuk kedai setesen minyak tu tapi okay jer............ kenapa hari ni aku pening.............

*pos sekadar melengkapi blog yang suram ini..........

18 Julai, 2011

Hari ini balik kerja terasa letih, agak penat walaupun kerja aku bukan angkat besi atau berat-berat tapi tensen dia lain macam...


badan rasa sakit-sakit, mungkin sbb umur dah tua huhu.... patutkan aku minum kopi tongkat ali selalu


agar bertambah "power"


arghhhhhhhhhhhh... aku mau tidur... 11.00pm... zZZZZZZZZzzzZZZzzzzZZZzzzz

17 Julai, 2011

repekkan version tengah malam...

sambil2 duk tunggu mata mengantuk nih dan sambil layan suriacinta suria fm.. adesss pecah rahsia... saja jer sekadar nak merepek malam2 nih dah tadek idea nak buat pos yang baik dan menarik! apapun tak boleh!


nampaknya masih ada rakan blogger yang sudi jenguk blog aku nih walau sudah lama aku tinggalkan kalau ada pun kemaskini cuma beberapa ketul perkataan yang entah apa2... kalau tulis atau taip panjang2 pun bukanya ada yang rajin nak baca sampai habis... keh keh keh....

sebenarnya sbb semangat ramadhan dah nak dekat tu yang aku agak bersemangat nak kemaskini blog lagipun kalau ikut yang dulu-dulu aku selalu kemaskini blog bila bulan puasa menjelma seakan ada sesuatu....! dan dengan itu aku pun tukar pic profile aku kepada gambar kuih akok, sejenis kuih tradisonal orang kelantan dan memang origin kelantan...


Hari ni pun melingkar kat umah jer tak kerja dan malas nak pergi jalan-jalan... tak ada yang menarik yang boleh dikongsikan...

13 Julai, 2011

tiba2 aku rindu untuk merepek diblog!!!

dah lama sangat aku tak update apa2 kat blog aku ini............ tiba2 pulak rasa rindu......... rindu untuk merepek macam dulu.... :)



walapupun tak ada ade nak menulis apa lagi ketiadaan kamera susah sikit nak update blog dan tiada cerita yang nak diceritakan.............................. orang duk sibuk pasal bersih pun aku buat tak tau jer... orang sibuk pasal Arsenal datang kat malaysia pun apa aku kesah...........

tak tau lah ada ke tak orang jenguk blog aku nih... tak kesah laaa lain kali ada kot.......... dah tuan rumah pun ntah kemana kan............ macamana orang nak datang hahahahaaa................ tengoklah kalau semngat menulis datang kembali.......................

11 Mac, 2011

Apa dah terjadi...

Malam ni bila aku nak online Facebook tak dapat dah cuba banyak kali tak dapat2 juga... apakah kerana facebook dah betul-betul tutup....

hari ini juga berita meggemparkan Jepun di landa Tsunami dengan ombak setinggi lebih 10 meter... satu bencana yang sungguh dasyat dan apakah selepas ini akan berlaku lagi bencana2 yang seterusnya sebagai contoh gempa bumi di New Zealand sebagai pembukaan...

Apakah tahun 2011 adalah tahun tragedi... seperti yang kita maklum kita baru saja dikejutkan dengan kejadian huru hara di Mesir kini, berlaku pula di Libya...

09 Februari, 2011

tak tahu nak kemaskini apa dah... sekadar menukar (URL)

setelah sekian hampir beberapa bulan menukar url blog ni dan akhirnya aku membuat keputusan untuk kembali kepada url lama... cumanya sekarang ni mmg mals nak kemaskini blog walaupun ada beberapa cerita dan kisah...

04 Januari, 2011

Masalah kamera digital imej jadi jalur-jalur dan imej gelap atau hitam

Adalah menjadi masalah biasa bagi pemilik kamera digitla kompak apabila imej yang dirakam akan kelihatan ada jalu-jalur yang melintang dan merosakkan imej yang dirakam. kebiasaan juga ia terjadi pada gambar pegun tapi bila rakam video tidak menjadi masalah atau kedua-dua mode pegun atau video ada jalur-jalur itu bermakna kamera anda telah rosak CCD atau imej sensor.

Tiada cara lain yang dapat dilakukan selain daripada hantar kepada yang berkenaan untuk ditukar CCD yang telah rosak itu. Masalah ini adalah dipercayai disebabkan kamera yang selalu terdedah kepada kelembapan yang tinggi dan cara peyimpanan yang tidak baik... cara yang baik menyimpan kamera digital adalah dengan meletakkan dalam bekas yang kedap udara dan diletakkan silika gel.

contoh imej yang ada masalah jalur-jalur...


Bagi masalah kamera yang apabila ambil gambar tapi imej yang didapati adalah hitam atau gelap sahaja itu bermakna Shutter tersangkut (stuck shutter). untuk menguji stuck shutter adalah dengan melihat kedalam kanta. mula2 matikan fungsi lampu flash dan perhatikan kedalam kanta dan cuba ambil gambar (tekan butang)
sepatutnya anda kan nampak satu lapisan nipis bergerak dan terbuka buat beberapa ketika dan iakan tertutp kembali. kalau ia tidak terbuka bermakna ia sudah tersangkut dan tiada imej yang dapat dirakam kecuali warna hitam.

cara penyelesaian adalah dengan setting kamera nada pada mode manual, matikan funsi lampu flash, dan setting pada imej rakam bulan atau bintang. Anda harus berada dalam tempat yang sangat gelap spt dalam bilik yang tertutup tanpa sebarang cahaya dan cuba rakam gambar. selepas anda menekan butang keluarkan bateri kamera seleps beberapa ketika masukkan semula bateri... cuba rakam gambar dan lihat hasilnya kalau masih belum berjaya rakam gambar ulangi langkah tadi sehinga berjaya mungkin kena cuba sampai 10 kali atau lebih... kalau tak berjaya juga cuba dapatkan magnet yang kuat sikit dia punya kuasa tarikan. matikan kamera, bermakna kamera zoom berada dalam keadaan asal atau masuk kedalam. letakan magnet pada tgh2 kanta dan main-main sikit supaya ia boleh menggerakkan shutter yang tersangkut... namun cara ini tidak digalalakan. risiko tanggung sendiri...

apapun shutter tersangkut juga dalah tanda2 awal yang CCD atau imej sensor akan rosak. Jadi kadang-kadang penyelesaian masalah tadi adalah bersifat sementara sahaja.. bagi masalah yang serius hantarlah kamera anda kepada yang pakar! atau beli kamera baru hmmmmmmmmm...

Tahun baru sedang berlalu

minggu ini dalah minggu pertama bagi tahun baru 2011... ramai yang sibuk dengan anak-anak nak sekolah dan sebagainya... kpd yang jadi cikgu sudah tentu nak memulakan tugas setelah lama bercuti... apa perasaan anda yer...

Tapi bagi aku tahun baru atau tidak sama sahaja tiada yang baru tiada yang pertama sebab aku selalu merasakan masa adalah statatik! Terkadang terasakan ada De Javu yang berulang ulang...

sekadar pos baru untuk tahun baru hehehe...