Halaman

15 April, 2013

Dari Lakota ke Buketa

 Sudah hampir setengah tahun aku berada di bumi Kelantan dan hampir sepenuh masa aku jarang berpeluang berada didepan internet apalagi kerna sibuk dengan kerja dan masalah biasa aku sebagai seorang yang masih remaja heheee.. ye.. remaja purba!

 Sejak kembali ke kampung halaman dan sepanjang aku berjalan-jalan di sana-sini banyak yang aku saksikan dan aku agak merasa pelik. contohnya dengan nama-nama kampung yang digunakan yang sebelum ini aku pernah dengar tapi tak pernah sampai. bila aku terbaca papantanda yang menunjukkan nama kampung seperti Lakota dan BukEta aku berfikir sendirian macamana nak sebut atau baca dan terpaksa aku mendapat penjelasan dari seorang kawan.

                                                  gambar diambil dari umnojeli.net

Apapun boleh dikatakan banyak juga kesan pembangunan yang kelihatan disepanjang jalan. kedamaian kampung terasa dihati sejuk mata memandang dengan bukit bukau dan kabus sepanjang perjalanan. jalanraya juga sibuk seawal pagi sementalah ia menjadi jalan laluan ke utara.

 Lalu sekarang musim pilihanraya semestinyalah kempen politik panas dan meriah sepanjang jalan kiri dan kanan atas dan bawah tak ketinggalan kibaran bendera hijau dan biru. aku tiada kesempatan lagi nak update gambar2 disebabkan tiada kamera sendiri. terasa ingin tangkap gambar disepanjang perjalanan namun apa kan daya itu semua terpaksa ditangguh dahulu. kelihatan juga sekarang ini orang ramai menampal stiker pada kenderaan masing2 mengikut politik masing2. ada juga yang tampal semua sekali tak kira K, atau T dan juga R... hmmmmmmmmmmmmmm.... semangat pilihanraya!



02 Januari, 2013

tahun baharu yang ceria...

sejak beberapa bulan ni blog ni agak sepi setelah terputus hubungan dengan duni iT buat beberapa ketika. apapun nampaknya blog ku ini sudah mula nampak kemajuannya namun aku masih lagi ingin memberi tumpuan kepada mengedit artikel-artikel lama. manalah tau mungkin ada yang aku siarkan tu ada yang tak kena dan tersilap dan sebagainya...

terima kasih juga di ucapkan kepada para pengunjung blog ini kerana sudi datang jengguk dan membacanya walaupun blog ni takseberapa... kalau ada yang memberi manfaat harap-harap ia sangat berguna dan kalau ada yang tak kena silalah tegur mana yang patut... :)

Insyaalah blog ini akan lebih ceria bersempena tahun baharu ni. mungkin akan ada beberapa tutorial terkini dan sebagainya....

apapun selamat maju jaya di tahun baharu 2013.....