Halaman

27 Ogos, 2011

lembah Klang kembali sunyi

nampaknya Kuala Lumpur dan sekitar lembah Klang kembali sunyi setelah ramai penghuninya mula meinggalkan kota dan masing2 kembali ke kampung... terasa sangat sunyinya......... sunguh sepi macam tiada berpenghuni...................... seperti kota yang dutinggalkan......................

apapun selamat hari raya kpd semua... tak ada idea dah nak merepek nih ......



10 Ogos, 2011

sesunyi malam sedingin pagi

malam sudah berlalu jauh semakin dingin
mata yang cuba aku lelapkan sejak tadi
seakan malas untuk lelap maupun tidur
lalu tiada mimpi yang indah menjelma...

entah mengapa jadi begitu
seperti ada sesuatu yang belum selesai
seperti ada yang tidak kena
namun aku bingung untuk mencari jawapan

lalu aku coretkan sesuatu di dada maya ini
mengarut tanpa ada makna tanpa erti
sekadar menemani kesunyian malam
menunggu imsak berlabuh pergi

sahur, oh apakah yang aku mahu santapi
tiada lauk enak tiada nasi empuk
selera juga tidak bersemangat untuk nikmati
apa saja yang ada aku gagahi sahaja, memaksa

dikedamaian ini terkadang memori tersentap
pengalaman kisah lampau pahit manis
terkabur bila datang yang baru
mengganti segala yang berlalu biarkan berlalu

masa semakin pantas berlari pecut deras sekali
aku yang masih alpa dengan segala keindahan
tertipu terpedaya segenap segala pancaindera
tak terduga aku apa yang akan berlaku

10 ramadhan 1432
ss

Yang Aku Tonton: Behind Enemy Line- Colombia




sebuah filem yang boleh dikatakan melepasi tahap piawai kepuasan....!
rating dari aku: harus ditonton tak rugi beli

aiseesoft dvd ripper






sejak tengahari sampai petang aku menggoogles apakah dvd converter/ripper yang terbaik dan terbagus lalu aku ketemu dengan dvd ripper keluaran syarikat Aiseesoft ---> http://www.aiseesoft.com/  .

dan aku telah mencubanya ternyata aku amat suka dan aku rasa ia adalah sebuah program untuk backup dvd movie yang sangat bagus. kelajuanya untuk ripping satu dvd sungguh laju dengan pc aku yang agak lembab pun dapat siapkan dalam 35 hingga 40 minit...

antaramukanya pun mudah dan tidak susah untuk ejas dari segi saiz skrin, jenis audio dan yang paling aku suka ia dapat letak sarikata dengan mudah iaitu dengan menggunakan file ifo yang dah tersedia ada dalam dvd. pilih jer sarikata bahasa apa yang nak diguna....

kepada yang berminat tu buleh cuba-cuba sedut...... dan sudah semestinya kena bayar lah hehee tapi guna dulu versi percubaan.....!