Halaman

26 Mei, 2009

PJLN 6: menuju ke timur

Kalau sapa ada saper baca n3 yang lepas sini mmg yang tu tak jadi... So pagi nantilah nak pigi semula dengan menaiki lori...

Hari khamis malam baru buleh sambung kacau blog kengkawan...

apapun jaga diri masing2 jgn nakal2 heheheh

nanti aku balik malam khamis baru sambung citer. Kpd yang nak kirim apa2 minta maaf sbb ini pergi bukan untuk makan angin tapi urusan bizness ... :)

25 Mei, 2009

Sehebat Manakah Anda Sebagai Blogger


Tengah- tengah malam nih walaupun mata mengantuk dan kepanasan sbb suhu bilik dah cecah 34 darjah celcius cuba aku untuk meneruskan n3 kali ini... sunyi pulak rasanya malam nih... biasa ada kedengaran bunyi burung hantu tak pun anjing menyalak-nayalak..

Hmm... tajuk tu memang sebagai gimik jer tapi yang aku nak meraban nih pasal apa erti blog pada kehidupan seharian ataupun apakah pengaruhnya. Selain daripada laman sosial yang lain apa yang aku nampak laman blog free spt blogspot dan wordpress dah tak ada beza sangat dengan laman sosial yang sedia ada...

Jadinya blog sudah dijadikan sebagai medium untuk bersosial melaui komen atau ruangan koment yang digunakan sebagai ruang chatting... Dan blog follower digunakan sebagai tempat save contact, terbukti tiada beza sangat dengan myspace ataupun friendster atapun tagged!
tapi friendster bagi aku amat memboringkan. dan laman sosial terkini yang menjadi kegilaan dan ketagihan adalah Facebook! walaupun ada berita mengatakan facebook buleh mengundang kearah sosial yang kurang menyenangkan. Untuk pengetahuan anda semua di Qatar laman sosial Tagged.com sudah di block untuk diakses oleh rakyatnya, mengikut member aku yang kerja kat sana...

Kepentingan blog pada kehidupan hari ini tidak buleh dinafikan lagi. Ramai yang sudah sekian lama menulis blog. Ada yang kaya kerana blog ada yang guna blog untuk meluahkan perasaan ataupun sebagai satu kaedah terapi minda ataupun jiwa... hmmm ramai kot yang jiwa kacau... nanti aku akan buat kajian... dan stastik menunjukkan blogger dikalangan perempuan adalah yang paling tinggi, agaknya betul stastik itu. Kat bloglist aku pun lebih ramai blogger perempuan.

Berbalik pada kegunaan blog pada seseorang, mungkin ada persamaan namun kepelbagaian pendapat akan membezakan persepsi dan interpretasi maupun kritikan! Kepada yang bekerja di pejabat dan dapat akses internet free kat office adalah golongan yang paling ramai ataupun popular dan dah tentu ramai perempuan jadi tak menghairankanlah jikalau blogger perempuan tumbuh bagai cendawan lepas banjir tsunami heheheee (saje buat ayat untuk lari skema).

Yang bekerja di bahagian kewangan ataupun bank misalnya dorang secara langsung diberikan akses internet dan ada pada masa-masa tertentu ataupun laman web dan juga program2 yang disekat oleh pihak syarikat untuk tujuan keselamatan. Percayalah dorang sangup dapatkan laptop dan broadband (brokbeng kata cikgooden) sendiri semata-mata untuk melayari internet dikala kebosanan tiada kerja (lakonan kena mantop!) ataupun boss mc hahaaaaaa. tapi lebih banyak sebab dah tadek kerja kan heheheh. Mula2 tengok member sebelah layan pastu terikut sekali layan... kat opis layan balik umah kang sambung lagi....

Blog sebagai diari seharian... antara yang biasa kita baca. Blogger menulis tentang kisah seharian saban masa mengikut apa yang dilalui dan dikongsi bersama blogger2 yang lain. Cumanya pengisian ataupun cerita yang ditulis itu bukanlah yang terlalu peribadi dan biasanya diceritakan secara umum dan mmg ada yang menulis secara detail dan tiada selindung pun tapi kebanyakknya ikut keadaan dan kejadian...

Kepelbagaian kegunaan blog begitu menarik sehinggakan ia tak terbatas kepada golongan tertentu sajer sesiapapun buleh memilikki blog sendiri samada yang percuma ataupun berbayar. Daripada golongan remaja pelajar sekolah dan sampailah makcik-makcik dan pakcik-pakcik tak terkecuali golongan datuk dan nenek. hebat zaman sekarang... maju sungguh... Komputer pun zaman sekarang nih murah. sambungan internet kat negara kita pun dah banyak pilihan dan variasi. Dari line yang selembab kura2 hinggalah yang selaju kapal angkasa. Dari yang untuk dipakai dalam bilik sampailah yang mobiliti atau broadband... (sambil berak pun siap buat blog)
erkkkk... hahahahahahaa

Kegunaan blog untk tujuan biznes rasanya adalah yang paling praktikal sebabnya, mudah untuk buat promosi dan kos yang rendah untuk memulakan dan boleh bekerja dari rumah tak perlu keluar jauh-jauh. Betapa berkuasa nya internet! Lupakan pasal biznes.

Yang menariknya seperti yang aku terangkan diatas, blog digunakan sebagai terapi... hmmm yang ini aku rasa sungguh menarik... agaknya ramai pekerja-pekerja yang mengalami tekanan di tempat kerja ataupun stress mungkin dah bosan dok pandang muka member sebelah hari-hari hahahahaaa.... Nak keluar jalan-jalan tak buleh masa kerja jadi, alternatif terbaik adalah melalui internet dan bloglah yang menjadi teman dikala sengsara kebosanan dan kekacauan huhu...

Mungkin ada dianntara kalian yang sudah masuk pada tahap blogger tegar takpun sekurang-kurangya suka baca blog yang lain lain mesti akan terjumpa blog yang berbau maki hamun dan tempat membuang nafsu ammarah yang berapi... marahkan kerajaan sebab minyak naik, marahkan kerajaan sebab tol naik dan sebab harga barang naik lagi antara yang popular! semuanya terluah dalam blog ditulis dengan kata-kata kesat yang tidak sedap mata nak baca hehehe tapi kalu dah sealiran itu adalah jamuan yang menyelerakan... penuh tu komen hehheee

haaaaaa panjang lah pulak... aku stopkan kat sini dulu... nanti kalau2 ada info dan statistik baek punya aku sambung lagi n3 nih.... mana yang korang setuju oklah mana yang korang rasa tak setuju buleh bagi kritikan...

adios! gracias... kòp koon...

23 Mei, 2009

Yang aku nampak: nak citer pasal politikus


Politik... aku sebenarnya bukan layan sangat politik tapi aku berminat juga buat kajian tentang perjalanan politik di negara kita ini. Nak atau tidak kena ikuti juga keadaan semasa termasuklah gelombang arus pergolakan semasa dalam dunia politik di dalam negara. kalu dulu2 masa masih remaja yang hanya tahu hidup bergembira dan enjoy sana sini apa saja tentang pilitik tidak lebih sekadar sembang2 dikedai kopi jer...
tadek lagi internet dan blog2 nih semua...

Dan percayalah tidak semua penduduk di malaysia ataupun manusia yang mendiami negara ini yang tahu tentang politik dan sedih lagi ada juga tak pernah pun mendaftar untuk menjadi pengundi yang sah. dan dia tidak menyokong mana2 parti politik yang sedia ada samada pembangkang atau sebaliknya.
... dan org itu salah seorangya adalah aku huhu... erkkkk. walaupun aku dah cukup umur untuk mendaftar sebagai pemilih sejak berdekad lalu namun aku tak pernah nak pi mendaftar kan diri dng SPR. so, nama aku mmg tadek dalam database dorang... kenapa aku tak pergi daftar... sbb aku sampai sekarang tak tahu mana satu nak pilih weyh... semua dan masing2 dok kata dorang lah baik.

aku tak nak tulih panjang2 and what's the point adalah aku tak masuk mana2 parti politik... dan citer pasal politik takkan habis... dan pada sesiapa yang berminat pasal politikus bacalah blog kat internet tu... aku dah baca... Harakah, blog Che Det dan blog2 individu yang terlibat dgn politik...
so jgn baca satu sajer baca kedua2 pembangkang dan kerajaan sekali nanti anda akan tahu...

klu malas layan politik ikut jerlah macam aku layan blog... hahahahahaaa...

*jeling2 lah ke Perak yer... sedang hangat tu... pokok itu pun dengar cerita dah glamour heheh
itulah politik.........

21 Mei, 2009

Aku pun kena tag! huh....

ini jer lah yang termampu ...






1- Age of the Next Birthday


bukan umur sebenar, sila jangan percaya hehehehe






2- Place I'd want to Travel


pulau tioman... dulu pernah pergi masa muda2 ... cantik, air biru...


3- A Favorite Place





4- Favourite Drink




5- Favorite Food






6- Favorite Thing



7- Nickname I Had


8- Favorite Colour



9- Favourite Tv Series



10- Hobby


11- Hometown


tempat asal ler... sekang bermastatutin kat Shah Alam


12- Bad Habit


mesti nak dengar kuat2 heheh

13- What Are You Wish to Be?



14- Important Thing






*tak nak tag saper2 sebab aku masih baru dalam dunia blogspot...

20 Mei, 2009

mentera beradu


oh tinggal aku sorang jer tak tidur lagi...
jam menunjukan 2.55am hehehee

yang lain semua dah tiduq! jap lagi aku pun nak tiduq gak... nak mimpi yang indah2... hehehe

apakah mimpi kita sama owwh tidak... bantal lain2 selimut pun lain heheheheee

peta tu mungkin sama kot hahahaha




pics: dirembat dari photobucket.com



apapun layan lagu nih ler heheheee...

Malique
Mentera Beradu lyrics

Feat. M Nasir

Masih belum sempurna...

Gerakkan Hati... Hati gerakkan...
Pandanglah aku... aku lah dia...

Kulitku tebal... ku kebal... ingatku kebal...
Hanya berbual makan angin kembung perut mual...
Resah dan tidak senang... hidup tak pernah lenang...
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang

Pecah tembelang... peta dah hilang...
Bangau dah pulang... suara sumbang...

Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena... tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman
Pasti belum

Ikut gerak hati... pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah segarang
Takat meradang
Tanya... abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main acap belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba meditasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
Halang biar keduanya muka cantik
Soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
Lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosterone testarosa
Citacita sosa kl kl kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang, merancang kegagalan

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi naga ikan koi renang renang
Pura pura salah jawapan untuk naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan pekara remeh kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
Bulan terang ramai yang keluar buat kerja

Panjat pokok buluh cari tukun air terjun
Naik sampai nampak dah terpegun turun
Tiga ular ikut lompat atau paut
Kalau lari mati jika jerut maut

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Puisi hati mu... hati mu puisi
Palu hati ku palu hatiku

Kulit tak besalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu

Akhirnya sempurna...

nak dengar lagu KLIK SINI

16 Mei, 2009

Tips kalau nak tahan lama 20SX

oleh kerana tadek idea nak buat posting aku amik jerlah dari aku nyer inbox pastu kopi pes kat sini muahahaaaa best juga rasanya kopi pes nih huhuhu... layan.. zassssssssssss....



Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo.......
Ewah ewah ewah... korang suka betul kalau bab-bab nak tahanlama nie,ya?
Kat bawah nie ada petua untuk 'tahan lama'. grrrrr.

::::::
::::::
::::::
::::::
::::::
::::::
::::::
::::::
::::::
::::::::::
::::::::
::::::
::::
::






KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2003. Dan sebelah lagi
pada 1 January 2004. Wah...tahan sampai 2 tahun kan?

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.
BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, hua hua
hua...

PAKAIAN.
Nak tahan lama
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach.
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...
BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi abuk masuk. jangan bagi wap air masuk.
bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca Bismillallah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap Alhamdullillah...

UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan
jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi
bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).

ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah......!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat
hahaaa....

TIDUR

Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!
.
.
.
..
.

..

.
....








Last word:

SELAMAT BERTAHAN LAMA...
...............sentiasa terbuka dan rasional.



10 Mei, 2009

Perjalanan 4: Aku mahu bela anjing


Pernahkah anda menonton filem bertajuk So weit die Füße tragen a.k.a As Far As My Feet Will Carry Me (2001) kalu pernah tentu ingat pasal dia ada seekor anjing serigala itu. Pada yang tak pernah menonton takper buleh tgk kat youtube... Aku pun dulu layan kat astro jer... citer ni memang best dia mengisahkan seorang askar masa perang dunia.

Ya aku suka anjing tu dan aku mahu bela anjing yang seperti itu. Apa yang best pasal anjing ialah sebabnya dia buleh jadi kawan yang baik dan buleh jaga kita hohoho. errr org islam maner buleh bela anjing haram nanti malaikat rahmat tak masuk rumah. dan mmg betul anjing adalah haram disentuh atau dimakan. segala yang ada pada anjing adalah haram walau kulit walau bulu walaupun disamak sekalipun.

Then persoalan buleh ker kita bela anjing sedangkan kita nih org islam dan dalam islam mengatakan anjing itu haram. buleh ler rujuk ngan ustaz yer klu nak tahu lebih detail. aku cuma nak cerita pasal aku nak bela anjing jer. yo lah kan sebab kan sekarang nih dunia kita penuh dengan manusia yang lebih teruk daripada anjing. klu ada anjing buleh juga dia kejar peragut dan juga penjahat2 bajingan semua hehehehe.

Dan anjing yang berwarna putih macam dalam filem itulah yang aku lebih minat sebab dia cantik dan comel tapi garang. kalau anjing bulldog yang hodoh tu aku tak nak atau anjing kurap tepi jalan tu takmo ler... menghabiskan beras jer.. eh anjing makan beras ke? mungkin kot hahahahahaaaa....


kepada yang bela kucing tu jaga2 yer nanti anjing aku kejar kucing korang aku tak jamin akan dapat insurans ke idak heheh.

08 Mei, 2009

Perjalanan 3: Biskut kering jer hehehehe

Malam ini sungguh panas sekali, suhu pada jam cap ayam aku yg aku dapat hadiah kat digital mall hari tu menunjukan bacaan 34celsius! adesss patut lah panas semacam jer bilik pertapaan aku inih... kebiaasaan 30c jer tapi sejak seminggu nih hujan tadek turun klu turunpun sikit2 jer lepas tu dekat2 kul 9 pun dah terasa kepanasan nyer. yelah kan panas didunia nih buleh tahan lagi klu di padang mashar nanti tahap matahari sejengkal jer atas kepala...

sambil2 layan tenet kat umah (offday) tgh2 malam mulalah terasa nak makan itu dan ini. so aku pi kedai teringin nak makan biskut kering cicah teh O huhu... tgk ler gambor sebelah tu, beli biskut dpat free 2 paket incomix sudahnya bukan cicah ngan teh O tapi cicah kopi segera hikssss... buleh ler layan tgh2 mlam nih hehhee. saper ynag kehabisan biskut tu pi beli cepat huhu buleh bawa pi opis sbb dia bungkus dalam paket kecik2, ada 10 paket semuanya errr iklan nih hhuhuuuuuuuuuu...

kat biskut tu ada tulis wholemeal maksudnya gandum penuh, nak tahu apa itu gandum penuh? err google lah sendiri ek.... malas ker takper biar aku citer sikit... gandum penuh nih adalah gandum yang mempunyai serat atau fiber yang tinggi dam melalui proses yang minimun. sebab itu kaler dia tak putih. berbeza dgn gandum biasa yang putih melepak itu. kenapa dia putih sbb semasa proses mengisar gandum itu dicampur dengan suatu bahan(bleach) yang dinamakan Benzoyl Peroxide untuk memutihkan tepung gandum yang asalnya tak baper nak putih tu... huhuhu. nak tahu lebih klik jer link kat tas tu? klu dah tahu baguslah...

Apakah nilai pada sekeping biskut... OOoOO byk cerita nya klu nak tahu kat malaysia nih bykbiskut adalah jenama keluaran org cina. contoh Hup Seng dan Hwa Tai... dorang yang mulanya bermula dengan sekeping biskut dan jual dari rumah kerumah dan sekarang dah buleh jadi jutawan... oOoOoowh dari sekeping biskut! buleh jadi jutawan ker... Boleh! tak caya cuba buat biskut dan jual mulai hari ini... naper kau tak buat biskut pulak korang mesti tanya nih... errr bukan tak nak buat tapi tak minat sbb minat lagi jadi blogger walaupun tak jadi jutawan, kisah org yang jadi jutwan internet tu kisah lain heheheee

* masak lempeng tapi jadi ntah apa apa lempeng hehehe

07 Mei, 2009

Yang aku nampak 2: nampak ke tidak...


Bermaknakah tipa baris kata-kata
Ataukah hanya di bibir saja
Bersungguhkan rindu yang engkau pamirkan
Ataukan sekadar lakonan
#
Rindu
Telah melekat dalam hatiku
Walau awan lalu
Rinduku tak berubah arah
c/o
Purnama mengambang cuma berteman
Bintang berkelipan dan juga awan
Siapa tahu rindu yang mencengkam
Di hatiku
Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merayu padamu yang sudi
Merinduku....

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

nak dengar lagu klik widget itu...

hohoohoooooooo... sambil aku menaip entry ini dengan kelajuan 7 patah perkataan seminit ditgh2 malam sepi dah mmg pagi pun. Dah lama tak dengar lagu nih heheh. tapi takper sekali sekala layan jiwang2 di awangan kan masyuk jugek.

Tapi tgh2 malam nih dok layan blog bloging nih perut terasa lapa lah pulak nak masak megi rasa malas. padahal bukan masak pun bubuh jer air panas. Dekkerana aku pun dah lama tak makan megi ataupun mi segera so aku tahan sajerlah nafsu makan ku dan hanya layan air teh sajer lah. teringat jugeklah kata2 mak cik itu katanya dia tak suka makan megi atau apa saja adik beradik saudara mara mee, huh. klu dia makan buleh bertukar hijau badan dia hhahahahaaaa.. erkkk



Didalam kebosanan ini aku cuba ambil gitarku yang kebiasaanya ada disampingku heheh. ku petik2 talinya tapi aku heran sekali aku mahu main lagu search tapi yang kuar lagu yang entah kemana perginya melodi dan pitching dah kelaut. adesss ini mesti jiwau kacau nih.. so bak kata mak cik itu jugak aku dah bosan aku dah bosan lalalalaalaaaa. tak per layan dulu air teh ku ini mmmm sedap jugek lemak berkrim susu dia rasanya sungguh best sekali.

Dari jauh kedengaran sipungguk dok pangil bulan rasanya dah lama jugak aku tak dengar bunyi burung punguk aka burung hantu errrrr... apakah aku harus pandang belakang oh! tidak belakang ku hanyalah dinding konkrit! kebetulan pulak bulan tgh bersinar terang hampir purnama gamaknya...

sambil layan teh aku jenguk kosmo!online dan aku tertarik ngan tajuk mahu gemuk sebelum kahwin...ada jugek ek.... kat bawh ni gambar dia hmmmmmmm....

Anna Farris 32 (scary movie)

06 Mei, 2009

Yang aku nampak pasal mat rempit




Bila wabak atau budaya rempit ni wujud aku dah tak ingat malas aku nak cari fakta2 tetntang merempit nih heheh. tapi apa yang aku rasa klu tak silap kemuncak pada masalah rempit dikalangan anak muda adalah pada 2/3 tahun lepas tapi masih lagi panas sampai ke tahun 2009. yang terbaru ada kisah pasal mat rempit kat KL. saper yang baca paper semalam pasti tahu lah kot...

Aku pernah jugek berkawan ngan mat rempit tapi aku tak de lah ikut merempit dengan dorang tu semua. Jiwa aku lain jiwa aku jiwa IT hehehee. Apa yang aku faham pasal mat rempit ialah muda mudi terutama lelaki (pompuan biasa bonceng kat belakang jer) yang menungang motor dengan tiada sopan santun dan berbahaya. mana nak sopa lagi klu naik motor ngan awek itu awek ini ish... pastu tungang motor cam pelesit, motor dorang pun paling2 ber 'cc' 150 kebawah.! motor yamaha 125 adalah yang paling femes selain yamaha RXZ. motor honda pun tak terkecuali hehehe. Pasal bawa motor dalam keadaan bahaya seperti angkat tayar depan dan belakang untuk tunjuk aksilah konon, tungang motor aksi superman terutama bila dorang ikut lumba haram jam 3/4 pagi. Aku pun walau kawan ngan dorang sekadar kawan jer tak dapat aku nak halang klu dorang mati ker aper kalu eksiden ker aku tumpang simpati jer lah.

Apakah faktor yang mendorong merempit ini. Satu persoalan yang biasa kita dengar. Bagi aku klu ditanya pada mat mat rempit jawapan yang paling popular adalah kerana ingin mencari kepuasan. Inginkan hiburan, sosial dan mengisi masa lapang hobi lah tu kot. Ada jugek yang nak test power nak tunjuk hero dan sebagainya. Dikalangan mat rempit juga wujud kumpulan2 dari sesuatu tempat dan dorang mungkin bertemu untuk berentap dijalanraya. apakah dorang tidak takut dengan undang2. Hmmm payah nak bagitahu sebab aku tak ikut merempit. tapi yang pasti takut atau tidak undang2 ker apa jiwa dorang dah tegar dengan budaya rempit dan sosial demikian rupa dah jadi cara hidup mereka. bab kata klu takut jgn merempit. naik jer basikal hehehhee.

Satu fenomena dikalangan kita orang melayu kebiasaanya bermusim. kemungkinan budaya rempit juga akan berkhir tapi sebelum ia berakhir sudah pasti akan sampai zaman yang membinasakan klu tidak dibendung. Perlakuan jenayah juga timbul dikalangan mat rempit sememangya menakutkan. tengoklah saja kat berita tv dan akbar apa kah kes jenayah yang melibatkan golongan mat rempit. Tiada satu pun kesan positif daripada budaya merempit dan kehidupan dorang disiakan atas jalanraya!

Semasa membaca blog mazidulakmal sidek sebat mat rempit, dia mengatakan matrempit harus disebat! tapi pada pandangan aku itu hanyalah satu langkah undang2 biasa saje tapi bukan satu yang akan mengubah dan memperbaiki orang putih kata apakah countermeasure yang harus di buat untuk membendung budaya rempit buat selamanya. Apakah akan berkesan andai motor2 dimalaysia yang berkuasa dibawah 500cc diharamkan terus beroperasi dijalan dan jalanraya spt yang berlaku di Eropah. Dan turunkan harga kereta pada RM10 ribu kebawah hehhee. Buleh ker. Kat India dah ada keta murah kat malaysia mana ada. Mungkin sb itu muda mudi amuk dgn merempit sbb tak puas hati keta mahal! err citer lain sudah... klu motor berkuasa rendah memang diharamkan dimalaysia kompem aku beli basikal ler lepas nih...


masalah yang akan timbul:-
1- kalau motor2 kecik diharamkan, mana nak letak motor2 tu semua dah tentu mendapat tentangan hebat dari segenap umat!
2- jalan raya kat malaysia nih bukan besar mana pun, kalau semua dah naik keta kompem jalan raya akan jam pada tahap tepu.
3- Guna transport awam, ada ker yang datang depan umah... hehhee
4- kalau letak pihak berkuasa di sepanjang jalan berkaitan, errr rasanya dah buat kot (roadblock dan operasi) mat rempit lagi laju hikss...
5- dan idea aku yang paling bengong, tune atau format balik otak dorang dan program semula, apa? igt robot ka hahahahahaha

05 Mei, 2009

Perjalanan 2: Menuju ke Kelantan

Mulai besok pagi 6may 2009 aku akan memulakan perjalanan ke arah timur semenanjung malaysia iatitu kelantan. Destinasi yang dituju ialah Kota Bharu. Aku pergi kesana adalah urusan bisnes heheh. Bukan bisnes pun cuma aku follow kawan aku pi sana sebab dia tiada member nak temankan dia setelah co-driver dah berhenti kerja dan masih tiada ganti lagi.

Aku rasa esok aku nak tangkap gambar sepanjang perjalanan, itupun kalau ada apa2 yang menarik. Bulan lepas aku dah follow tapi tiada yang menarik sepanjang perjalanan cuma apa yang aku nampak atas jalanraya banyak jugalah binatang yang kena langgar mati atas jalanraya. Binatang seperti biawak, ular, anjing dan kucing mmg popular lah tu.

Kita orang akan berada disana cuma untuk satu malam jer. Kalau bertolak pagi esok dah semestinya akan sampai malam kat Kelantan tu. Dan pagi esoknya lepas hantar barang kita orang akan bertolak ke Shah Alam semula. Maklum ler sajakan naik lori mana buleh pecut laju laju kan ada yang kena saman pulak!.

Kalau ada gambar nanti aku akan posting kat blog aku ini. Buleh ler pada saper yang nak tengok atau nak ambil pun aku tak kisah. Walaupun tak dapat nak merayau rayau kat bandar pada hari itu nanti takperlah sukurang kurang nya sampai jugak kat sana. Dah naik lori kan susah ler nak ronda2. Kena jalan jam takker hangin jer nanti.

*takdir menetukan segala... aku awal awal dah mandi dan lepas mandi aku check handphone aku. Alamak ada mesej lah pulak. Aku baca mesej itu dengan penuh debaran... Errr katanya maaflah pakcik, x jadi ajak pakcik sbb dah ada pakcik lain nak ikut. OOoOoO so, tak jadi ler aku nak kelantan heheh...


kepada yang baru jenguk elok rasanya baca entry ini dahulu --> baca sini

04 Mei, 2009

A/H1N1 Swine Flu atau virus Selsema Babi






Belum pun wabak Selsema Burung benar-benar berakhir di seluruh dunia, dunia dikejutkan serangan wabak Selsema Babi di Mexico minggu lalu yg mengorbankan lebih 86 orang. Pihak tentera dilaporkan telah menghantar 6 juta topeng muka surgikal untuk menghadapi wabak ini yg dipercayai telah menjangkiti 1,400 orang sejak 13 April lalu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula memberi amaran supaya semua negara mengambil langkah berjaga2 berhubung penyebaran A/H1N1 Swine Flu atau virus Selsema Babi. Di US, kerajaan telah mula menyistiharkan kecemasan serta mengambil langkah mengesankan kehadiran wabak tersebut terutama melalui pintu2 masuk utama negara itu.

sedikit seduatn dari berita tempatan. dan kini dilaporkan virus babi yang menjangkiti manusia buleh pula mengkjangkiti babi babi lain hehee... mmg what you give you get back lah hahaha...
kejadian itu berlaku dia sebuah kawasan ladang babi di Kanada.

Jadinya virus ini memang ganas dan lebih bahaya dari virus HIV walaupun mereka dari keluarga yang sama... Klu virus HIV bahaya sebab dia tadek vaksin jer dan bukan senang nak merebak melainkan hubungan secara langsung dengan pembawa virus seperti hubungan seks atau anak dalam kandungan dan juga pemindahan darah. tapi virus babi buleh merebak melalui udara macam selsema biasa jugak. Sebab tu lah ramai dok pakat penutup hidung dan mulut... telinga tak payah ler virus tu tak suka masuk ikut telinga hehee... Cuba bayangkan klu anda lalu dekat kandang babi dan perhatikan babi-babi sekelian pun pakai pentutup hidung dan mulut hehehee... Chumil lah agaknyer hehee...

Namun persoalan kini adakah penawar atau vaksin untuk wabak selsema babi ini. Walauapun didakwa vaksin yang digunakan untuk menyuntik babi masa wabak virus nipah dulu buleh digunakan namun keberkesanan masih diragui. Klu buleh pun itu untuk babi sahaja kot. Untuk manuisa mana nak cari. Tapi paling senang hapuskan babi-babi sekelian. takpayah ler makan babi lagi yang memang jelas kotor dan haram itu. Tapi masalahnya di negara kita malaysia bukan org islam sajer yang ada, lain2 agama tidak melarang memakan babi!

Ada yang berpendapat import jer daging babi dari negara luar untuk memenuhi permintaan orang ramai yang makan babi. Dengan kata lain tak payah ler benarkan babi diternak di Malaysia lagi. lagipun bekalan babi dimalaysia dipercayai sudah berlebihan! Dan satu fakta tentang babi 70% daripada badan babi adalah lemak.


* aku buat posting ni sekadar untuk fakta sejarah memenuhi perjalan aku hehee... lagipun ramai yang sibuk dok buat posting tentang selsema babi nih. klu umur panjang aku buleh ler jenguk posting ni hehehe buat revision untuk anak cucu.!

03 Mei, 2009

today in my life

Hari ni aku tadek pergi mana mana dok kat umah saja layan internet jer manjang... Walauapun hari ahad tapi rasanya duduk kat rumah lagi best.

Dok layan Internet buat blog baru kat blogspot inih heheh. letih juga rasanya buat blog nih dan satu lagi hangin jer cari template tapi susah nak jumpa yang berkenan dihati. last2 dapat ler yang nih itu pun dah melalui editing yang lama dan macam2 perubahan dah buat...

Member ajak pi main futsal pun aku tolak mentah2 jer aku kata aku letih apdahal aku nak update aku nyer blog huhuh. menipu dala kegwatan... takper hehehehe... janagn amalkan selalu nanti perut kembung!

sebenarya aku masih lagi baru dengan blogspot nih tu yang blur jer bila nak buat posting. tapi tak per jap lagi aku nak mengembara ke blog2 kat blogspot nih nakpi skodeng tuan umah dia hehehee.. pastu klu ok nak ajak dia join heheh... I follow youuu.......

hmmm da dapat satu roll aku follow bloggers2... kepada yang terperasan ada link blog dia kat bloglist aku ini, jangan marah aaaaaaaaarrr... (sbb ambik tanpa pesan)

dan satu lagi nak beritahu saya juga adalah tuan punya blog cfk2.blogspot.com / Dreambusterz...
site itu hanyalah untuk Adsense sahaja dan dalam bahsa inggeris oleh kerana tak mahu campur adukkan posting dam memeningkan kepala apa lagi pihak googles selalu dok ushar jer so, saya buat site yang baru ini. HARAP MAKLUM.

i'm sorry..........

Aku hanya pengembara






Masih aku berjalan tanpa jemu
memandang seluas bumi terbentang
setinggi bintang di langit ku donggak
namun tak tercapai tangan ku ini
hanya kaki yang mampu melangkah sepi

diliku ini aku masih mencari jalan sendiri
banyak yang aku tinggalkan pergi
tiada satu pun yang aku bawa pergi
kenangan semalam berlalu seperti embun pagi
menitis dihujung daun kala mentari masih bermimpi

didepan masih jauh mungkin terpaksa ditempuh
aku tidak tahu dimana aku akan berhenti
bekalan yang aku galas semakin hari semakin lusuh
hanya itu yang aku ada sebagai jaminan hari tua
apalagi nak aku kisahkan andai itu saja yang ada

ku kutip kerikil diperjalanan dan ku simpan
kuharap bertukarlah ia menjadi permata bergarga
namun bebanan menghimpit dikala daya semakin tiada
kudrat ku semakin hilang sasa bertambah derita
penawar ku hanyalah senyum sepanjang kembara

aku sudah letih menongkah perjalanan yang berliku
jemu sungguh andai tiada jumpa yang aku damba
tapi aku sungguh percaya aku akan berjaya akhirnya
keyakinan ku tak pernah haus walau digeser dugaan
disana nanti pasti akan ku temui satu yang terindah

musafirlalu@3may2009