Halaman

31 Oktober, 2009

aku takde idea nak tulis blog!

sekian terima kasih itu jer hhuhuhuhuh...


 sepertinya biskut tawar ini...

25 Oktober, 2009

Testing posting everything...

do not open this posting if you notice in your inbox or if was appear on your bloglist or something like that. because i was trying and studying on something called new stuff but may be its not really new to whom which already familiar with blogspot or they are very expert. better not you give any comment on this posting and i afraid to say yes...

24 Oktober, 2009

Syiling 50sen palsu?

Beberapa minggu sudah aku perasan syiling yang aku dapat setelah membeli di sebuah pasaraya atau kedai itu agak berlainan daripada syiling2 yang lain. Dalam bulatan merah itu adalah bahagian saduran yang terkopak, kemungkinan duit itu adalah palsu sangat tinggi sebab rasanya syiling yang tulen tidak disadur dengar sebarang logam lain seperti nikel atau sebagainya...

Ada sesiapa boleh tentukan adakah syiling itu benar2 palsu atau tulen? ...

Tapi sayang tiada Chemistry...

Dalam hidup kita ini selama masa dah berlalu aku percaya ramai dan banyak yang kita temui yang kita lalui yang kita sedari yang kita rasai. Namun tidak semua yang kita temui yang kita ingini dan kita hajati menjadi milik kita yang abadi atau mungkin ia hanya muncul sekadar mewarnai dunia kita seketika..

imej dirembat dari:- www.more-than-light.com

Agak skema ayat2 yang aku cuba tulis tapi aku teruskan juga menulis sebab aku percaya akan ada yang mengerti akan ada yang memahami akan ada yang tahu oleh kerana chemistry teralami oleh aku sebagai manusia biasa dan juga sebagai blogger yang biasa dan biasa-biasa.

''And the truth is out there" X-file.

23 Oktober, 2009

Cara nak muaturun dari Rapidshare dan nak buka movie

 tutorial ini menerangkan:
1- cara nak download movie dan sebagainya dari rapidshare atau file hosting.
2- software untuk buka movie format spt mkv dan Divx
3- software untuk extract rar file atau zip
4- link untuk downlaod Codec dan Software berkenaan
5- software untuk convert movie atau video atau dvd kpd avi, divx atau mkv ipod atau psp


contoh laman web yang menyediakan link rapidshare untuk download movie:- http://www.rapidsharemovies.org 

website tersebut menyediakan aktif link, maksudnya terus ajer klik pada link yang dipaparkan dan terus ke rapidshare dan ikut arahan seterusnya... 


satu lagi yang harus anda semua faham bahawa anda tidak boleh secara terus download sesuatu file dari rapidshare atau file hosting yang lain... maksudnya jika anda memuatturun movie anda kena melayari website yang memaparkan link untuk muaturun spt yang di tunjukan diatas...


kenapa tidak boleh terus muat turun dari web tersebut ini adalah kerana bila anda mengupload sesuatu file kepada rapidshare atau file hosting pilihan anda maka anda akan diberikan satu link yang unik dan hanya anda sahaja yang mengetahuinya jadi jikalau anda mahu orang lain memuaturun file yang anda upload itu maka sebarkanlah sahaja link yang telah diberikan tadi melalui website atau email... 


anda boleh dapatkan keterangan lanjut di web file hosting tersebut.......


*******************************************************************************



Apabila ada yang bertanya pada aku macamana nak buka movie yang dimuatturun dari internet (movie avi/divx) aku semacam pening nak jawab macamana... dan ada juga yang bertanya macamana nak muatturun dari Rapidshare.

Terpaksalah aku wujudkan blog ini agar sedikit sebanyak membantu dan mengurangkan sedikit pening dikepala bila ada yang bertanya pasal masalah yang susah nak cakap tapi lagi payah nak dibuat errrrrrrr...

Jadi dengan ini aku cuba terangkan secara ringkas macamana dan cara serta apa yang diperlukan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh semua itu...

Rapidshare

Rapidshare adalah satu daripada "file hosting" yang terdapat dalam internet selain megaupload, hotfile, megashare dan lain2. "File hosting" ini digunakan untuk share fail2 yang besar secara online. Adalah mustahil untuk pindahkan fail/data bersaiz 1 gigs kpd kawan kita yang lain melalui email jadi dengan "file hosting" tersebut semua itu tidak mustahil lagi. bagi yang free user sudah tentu kelajuan download adalah terhad. Nak laju kena register atau jadi Premium User.


Cara nak download dari rapidshare

contoh link rapidshare untuk download sesuatu fail adalah seperti berikut-

http://rapidshare.com/files/225925235/Paul_Gilbert_-_Spaceship_one__parte_1_.part7.rar


 sebenarnya Rapidshare sudah berwajah baru, tapi cara untuk downloadnya tetap sama sahaja dia punya kongsep kalau dulu kena tunggu remaining time tapi sekarang terus saja klik butang save file to your computer-DOWNLOAD yang berwarna hijau untuk yg free user... tutorial yg kat bawah tu saya tak delete sebagai preference






link diatas adalah fail jenis mkv, sample movie yang telah diconvert menjadi format Matroska. untuk download sample tersebut hanyalah copy link diatas dan paste pada web browser dan go atau Enter, saya tunjukan pada browser Firefox spt dalam gambar:-

klik pada gambar untuk gambar lebih besar

selepas itu anda akan dibawa pada web rapidshare:-


klik pada free user (bagi yang bukan Premium)

tunggu sehingga remaining time sampai habis. anda terpaksa menungu lebih kurang 90 atau 45 saat mengikut saiz fail. Tak nak tunggu jadilah premium user hehehehehe. dan bagi free user anda perlu lagi menunggu selama 15 minit untuk download file yang kedua dalam satu2 masa... tak nak tunggu juga jadilah premium user hahahaa. ok...

selepas habis remaining time tadi dia akan keluar spt gambar diatas. klik pada tanda plus-Advance download setting untuk pilih server. disyorkan guna server "global crossing" atau anda boleh cuba yang lain2 tgk yang mana paling laju... biasa untuk malaysia "global crossing" sudah laju. lepas pilih server klik butang "download" seperti gambat dibawah.

selepas anda klik butang "download" ia akan automatik keluar tetingkap kecil untuk anda pilih untuk save file yang nak didownload itu. bagi yang install Internet Download Manager atau sebagainya ia akan aktifkan tetingkap kecil untuk anda pilih destinasi fail nak disimpan. saya tunjukkan tetingkap kecil firefox spt dibawah:-
Jangan pula ada yang tanya eh fail yang didownload tadi hilang pulak tak tahu save kat mana hahahaha... kompem aku sepak korang nanti huhuhu... untuk configure dimana file yang nak disave tadi setting pada "web browser" anda untuk Firefox klik tools-->options. Main--> downloads dan select save file to, lepas tu tetapkan dimana anda mahu save kan fail yang didownload dalam petak yang disediakan itu... harap mengerti huhuhuhu

contoh fail yang sedang dalam proses downloading

bila fail tersebut sudah selesai didownload buka folder tempat fail itu disave tadi... sekiranya fail itu dalam format zip atau rar sila guna winrar atau winzip untuk extract file itu. tapi dalam tutorial ini file yang didownload adalah format mkv dan terus boleh di buka menggunakan movie player seperti Divxplayer, Gomplayer atau KMplayer...


contoh movie player untuk pc dan disini saya sediakan link untuk anda download player tersebut secara free. dan sememangnya ia free contohnya KM player...

pertama sekali untuk buka movie format mkv atau avi(divx) kena install dulu codecs kalau tidak movie itu tidak dapat dibuka. codecs tersebut boleh didownload secara percuma disini:-

Klite codecs --> http://www.free-codecs.com/download/K_Lite_Codec_Pack.htm

contoh2 player sesuai untuk buka avi dan mkv untuk didownload adalah seperti berikut:


1- KMplayer - http://kmplayer.en.softonic.com/

2- Gomplayer - http://www.gomlab.com/eng/GMP_download.html
3- VLCplayer - http://www.videolan.org/vlc/
4- Divxplayer7 - http://www.divx.com/en/win
5- Splash pro - http://mirillis.com/  ( player terbaik untuk video dvd dan HD)
*KMplayer mempunyai codec sendiri dan kebiasaanya tak perlukan codec luaran...
** highly recommended KMplayer dan DivxPlayer 7
***VLC player, ada yang mengatakan ada masalah dalam frame lost.


5- video converter:-
i- Allok converter -untuk convert audio cd to mp3/dvd to avi - www.alloksoft.com
ii-  Aiseesoft - sebuah program terbaik untuk rip dvd atau backup dvd ripper
iii- anyvideo anyvideo converter

bagi yang tidak install winrar buleh download spt link dibawah:-
1- untuk windows 32-bit - winrarx86
2- untuk windows 64-bit - winrarx64

bagi yang download movie format avi(divx atau xvid) movie itu boleh dimainkan pada pemain dvd rumah asalkan pemain itu boleh support format divx. burnkan saja pada cdr atau dvdr dan layan kalau pemain dvd itu ada usb port, savekan dalam pendrive dan layan huhuhu.
contoh pemain dvd yang support Divx... perhatikan logo Divx pada pemain dvd itu... kalau belum ada pi beli kat kedai... beli cap ayam pun takper janji ada logo Divx tu huhuhu
selamat melayan movie....
Yang penting ada logo Divx dan slot USB untuk layan movie guna pendrive. Slot SD/MMC tu tak semua ada...

** Artikel di atas banyak menggunakan perkataan2 English dan ia digunakan untuk sesuaikan dengan penerangan yang lebih teknikal dan untuk lebih kefahaman. Ia juga amatlah tidak sesuai untuk pembelajaran secara rasmi. harap maklum.

Padan muka aku...



sedutan dari filem Nujum Pak Belalang, dipetik dari--> http://www.youtube.com/user/Krizad



itulah bapak, Belalang sudah bilang... aku pun dah lupa bapa yang cakap atau anak dia yang kata begitu. tapi yang pentingnya... padan dengan muka aku siapa suruh jadi blogger kan dah kena hmmmmmmm...


Adatlah tu kan mesti ada cabaran dalam kita membuat sesuatu perkara kalau tiada pahit masam dan manisnya maka kurang "adventure" lah jadinya hidup kita ini. Perlukah itu semua untuk meneruskan hidup. Sebagai blogger aku rasa itu harus ditempuhi jua.


Dan aku tetap memilih untuk menjadi blogger walau apapun yang berlaku asalkan aku masih lagi berada dilandasan yang betul. Yang lain2 aku tak peduli. Aku tak kisah sangat. Aku akan terus menaip diruangan maya ini dengan apa saja yang aku mahu.

Tapi untuk beberapa ketika sejak dua menjak nih aku boleh dikatakan akan bertambah perlahan dalam memeriahkan dunia blog samada blog sendiri atau blog kawan2 semua. Andai itu terjadi dan ada yang perasan dah banyak blog kawan2 yang aku tak masuk, itu memang betul2 berlaku bukan mimpi... betul-betul bukan cobaan... huhuhu... cobaannnnn....

berikut adalah lirik lagu Saputangan dari album Wings- Orang Asing (1995) untuk yang minat ajer:-

Tajuk Lagu: Saputangan
Band: Wings
Vocal : Mel
Tahun: 1995
Lagu dan lirik: Zamri S


Tak perlu lagi
kau menoleh aku
di sini

biarkanlah segala hangat
dadaku membakar
kedinginan keliling

leburkan segala kenangan
jika sedih aku hulurkan
saputangan

aku masih mampu
tersenyum dan ketawa
oh kawan

walaupun sengit pada
rintangan ini tuhan masih
menabur rezeki

lepaskanlah dendam dihati
agar bangun kita bersama
membina negara

**
kelmarin kita bermimpi
semalam kita terjaga
hari ini kita bermain
esok hari kita
meneruskan perjalanan

oh... tuhan
izinkan permohonan ini
adakala rungsing mengguris hati
adakala getir meneman lagi

kau buktikanlah
kau menjelma lagi
aku menyayangi
oh kasih

OoOOooOoo...
hhooooohoOOOoooOoooooOo
hmmhmmmmmmmmmmm...
ohoOOOooooOOo...

22 Oktober, 2009

Sebenarnya...

keindahan suasana di Felda Sungai Tengi Hulu Selangor



sebenarnya...
aku nak buat n3 baru dari tadi lagi
tapi ada saja yang tak kena
bila taip jer sikit lepas tu padam
lepas padam terus termenung
tak tahu nak taip apa

sebenarnya...
aku agak merasa pelik dengan apa yang telah terjadi
ada semacam kelainan dan perubahan
tak sama lagi macam dulu
tak serupa lagi seperti selalu
apakah yang sebenarnya


sebenarnya...
aku juga dah mengantuk mata dah ni
tapi aku gigihkan juga ubtuk menaip
walaupun merepek dan tak menarik
lalu aku tahu itu semuanya adalah aku
aku yang masih berahsia hingga kini

sebenarnya...
apa yang sebenarnya yang nak aku tulis
aku pun tak tahu apa yang sebenaryna...

21 Oktober, 2009

Lihatlah kedalam mataku yang tidak ayu dan tidak biru ini namun dari mata inilah aku melihat segalanya yang terlihat..

mataku...

dari kerana mata yang mempunyai kuasa...

tapi mata aku tak lah berkuasa macam mata superman ke apaa tapi syukur pada Illahi sbb dengan mata itulah aku melihat sejak dari dulu lagi.. walaupun kini ia sudah tidak terang macam dulu dan ada sedikit kekaburan pada pandangan tapi masih boleh melihat tanpa memakai cermin mata hmmmm...



biarpun n3 aku pendek ajer tapi inilah yang termampu aku buat untuk memeriahkan blog aku yang selalunya ditinggal berdebu...


15 Oktober, 2009

Tergerak Hati...

kenduri di Felda Sungai Tengi


Doh lamo rasonyo aku dok nulih blog atau apdet blog nih adolah dale pat hari gitu. Doh meme tadok benda nok tulih... maso gi kenduri kawin hari tu kat Hulu Selangor pun aku buat kat yahoo profile jah sajo nok buat blog kat situ sambil uplod gambar di Picasa.

Rupa2nyo Picasa tu hok Google jugok hmm patutlah... Dio kiro web album online lah mace tu tapi biasalah kalu hok benda free nih dia bagi 1 gig sajo... Tapi maso hari ahad lepah meme letih lah tghari gi kenduri lepah kenduri gi umah terbuko pah tu male pulok ada saing ajak gi ngail ike... Dia jah ngail aku tido ngeee... Dia buleh ike jenahak sekor... Kul 5 pagi baru balik... huh

Dale maso aku tak apdet blog biasonya aku baco blog saing2 aje lah... lagipun tadok idea sungguh lo nih nok updet blog... tamboh pulak tak ramai hok aktif tingga lagi sikit hok rajin apdet. ko lamo
ko slo lamo2 senyap... Aku pun tak banyok ikut blog ore lain... errrkkk

10 Oktober, 2009

N3 ke - 100 - Pucuk



Pucuk yang baru, segar dan hijau...


untuk n3 ke-100 hanya gambar pucuk pokok yang aku postkan mungkin ia memberikan suatu interpretasi dan inspirasi serta makna tersendiri... banyak cerita pasal pucuk sebenarnya namun aku tinggalkan cerita itu untuk terabadikan dialam yang terus menghijau...

01 Oktober, 2009

N3 bergambar...

1- pokok misai kucing yang ku tanam ditanah sekangkang kera belakang umah atas indah water punya saliran erkkkk(misai belum kuar)

2- yang ni tak tahu pokok apa tapi dia dok menjalar kat atas pagar depan umah
(buah dia burung suka makan)

3- yang ni pokok daun kari... agak subur... disiram ngan air basuhan ikan dan air bilasan beras!


Oleh kerana ada rakan blogger dok komplen katanya ada masalah nak upload gambar maka aku membuat sedikit kajian untuk upload gambar dan aku bernasib baik sbb dapat upload tanpa masalah dan gambar2 itu aku mmg setkan pada kamera digital aku pada resolusi (640 tv) jadi tak perlu lagi edit dengan mengunakan software yang berkenaan selalunya photoshop, lepas snap terus jer upload...


dan satu fakta tentang blogger.com adalah, mugkin masih ada lagi yang belum mengetahui atau tak mahu tahu atau juga buat2 lupa dan terlupa... apabila kita upload sesuatu gambar sebenarnya ia tidak disimpan dalam server kepunyaan blogger.com atau Google tapi dia akan disimpan automatik dalam server Picasa Web Album... biasanya para blogger akan diberikan ruang sebanyak 1Gigs sahaja kalau nak lebih kena register dengan pihak Picasa...

Namun bagi yang tak mahu bayar buleh gunakan imej hosting yang lain sebagai alternatif seperti Photobucket.com dan juga Imageshack.us serta juga boleh gunakan tinypic.com. cara senang ajer selepas imej diupload pada web hosting tersebut beberapa link akan diberikan untuk digunakan mengkikut kesesuaian... kalau nak tahu buleh cuba register secara percuma...(kalau dah percuma faham2 ajer) dan masing2 ada kelebihan masing2 dari segi bandwith dan ruang storan...

itulah secara ringkas... walau apapun selamat mencuba...

*kesilapan frasa ayat sudah dibetulkan pada keterangan gambar (2) diatas, thanks to CkLah.
** kepada semua Thanks a lot kerana terjah...