Halaman

19 Julai, 2011

Hampeh...!

Hari ini aku balik kerja awal sikit dari biasa... kebiasaanya dunia dah gelap baru aku sampai rumah setelah pagi masih gelap juga aku pergi kerja... Lagipun hari ini mmg tak ada mood sangat nak kerja lama-lama atau nak ikut semangat orang jepun yang suka kerja sampai tengah malam...!

Bagi aku cukuplah kerja berpada-pada, kerja macam aku nih macamna kuat pun tak mahu kaya juga, maklumlah kuli kan... hemmmmmmmmm... mengantuk pun ada kepala pening pun ada macam2 alasan lah kalau dah tak ada semangat...

Masa tengah tungang motor perjalanan pulang ke rumah aku tengok meter minyak macam dan nak cecah takat merah apa lagi aku harus isi minyak kalau tidak susah pulak nak isi minyak pagi2 buta esok...!

Sampai jer kat stesen minyak aku letak motor kat pam dan aku masuk kedalam kedai sambil aku mahu beli sesuatu mungkin air atau apa2 makanan ringan... sampai dekat pintu masuk tu aku cuba tolak untuk buka... tapi, susah sangat nak terbuka... aku cuba tolak beberapa kali sekuat hati dengan sisa2 tenaga kelelakian aku yang tersisa................ namun pintu itu sepertinya tidak mahu jua untuk membenarkan aku masuk melaluinya.......... aaaaaaaaaa... sudah... lalu aku cuba yang sebelah lagi pun sama juga............ aku panik sekejap........................................ kenapa apakah.................... aku nampak bangla yang kerja kat situ semacam dah nak datang menolong buka pintu............................


Hampir saja bangla tadi dekat pintu dan dengan ajaibnya pintu tadi berjaya dibuka hanya dengan sebelah tangan sahaja............. cisss................... buat malu jer..................... rupanya kena tarik bukan tolak.............................nak marah pun ada nak gelak pun ada nasi baik orang tak ramai...!

Selepas habis pilih barang dan bayar kat kaunter aku pun melangakah kaki dengan letihnya, yerlah kan aku baru balik dari kerja, letih masih terasa kepenatan masih belum hilang peluh masih belum kering!
sampai ajer dekat pintu tadi aku ternampak label dekat pintu bertulis dalam bahasa melayu dengan jelas dan nayata dan aku sememangya faham bahsa melayu dan kalau dia tulis dalam bahasa sepanyol pun aku rasa aku boleh faham lagi jangan dia tulis dalam tulisan bangla sudah!!........... TARIK.... hampess sungguh sampai kat luar pun ada label TOLAK.... tapi aku rasa itu bukan kali pertama aku masuk kedai setesen minyak tu tapi okay jer............ kenapa hari ni aku pening.............

*pos sekadar melengkapi blog yang suram ini..........

18 Julai, 2011

Hari ini balik kerja terasa letih, agak penat walaupun kerja aku bukan angkat besi atau berat-berat tapi tensen dia lain macam...


badan rasa sakit-sakit, mungkin sbb umur dah tua huhu.... patutkan aku minum kopi tongkat ali selalu


agar bertambah "power"


arghhhhhhhhhhhh... aku mau tidur... 11.00pm... zZZZZZZZZzzzZZZzzzzZZZzzzz

17 Julai, 2011

repekkan version tengah malam...

sambil2 duk tunggu mata mengantuk nih dan sambil layan suriacinta suria fm.. adesss pecah rahsia... saja jer sekadar nak merepek malam2 nih dah tadek idea nak buat pos yang baik dan menarik! apapun tak boleh!


nampaknya masih ada rakan blogger yang sudi jenguk blog aku nih walau sudah lama aku tinggalkan kalau ada pun kemaskini cuma beberapa ketul perkataan yang entah apa2... kalau tulis atau taip panjang2 pun bukanya ada yang rajin nak baca sampai habis... keh keh keh....

sebenarnya sbb semangat ramadhan dah nak dekat tu yang aku agak bersemangat nak kemaskini blog lagipun kalau ikut yang dulu-dulu aku selalu kemaskini blog bila bulan puasa menjelma seakan ada sesuatu....! dan dengan itu aku pun tukar pic profile aku kepada gambar kuih akok, sejenis kuih tradisonal orang kelantan dan memang origin kelantan...


Hari ni pun melingkar kat umah jer tak kerja dan malas nak pergi jalan-jalan... tak ada yang menarik yang boleh dikongsikan...

13 Julai, 2011

tiba2 aku rindu untuk merepek diblog!!!

dah lama sangat aku tak update apa2 kat blog aku ini............ tiba2 pulak rasa rindu......... rindu untuk merepek macam dulu.... :)



walapupun tak ada ade nak menulis apa lagi ketiadaan kamera susah sikit nak update blog dan tiada cerita yang nak diceritakan.............................. orang duk sibuk pasal bersih pun aku buat tak tau jer... orang sibuk pasal Arsenal datang kat malaysia pun apa aku kesah...........

tak tau lah ada ke tak orang jenguk blog aku nih... tak kesah laaa lain kali ada kot.......... dah tuan rumah pun ntah kemana kan............ macamana orang nak datang hahahahaaa................ tengoklah kalau semngat menulis datang kembali.......................