Halaman

27 September, 2012

kamera: nak pilih yang mana? Canon atau Nikon yang terbaik

hmmmmmm... biasanya aku akan agak berfikir panjang bila ada kawan2 atau kenalan yang bertanya mana nak beli kamera yang bagus antara Canon atau Nikon...? mana yang lebih baik? mana satu yang sesuai...? mana satu yang berbaloi... hehehee

              
                                                         Nikon D800 review


               
                                                         Canon 5D Mark III review

Walaubagaimanapun rata2 pro mengatakan kamera bukanlah ultimately benda untuk mendapatkan hasil terbaik atau gambar tercantik (memerlukan definisi anda sendiri apa itu gambar yang cantik) lagipun mereka akan kata mana2 kamera sama sahaja, sebab apa sebab mereka sudah mahir dengan ilmu fotografi ingat..... ILMU FOTOGRAFI bukan ilmu kamera! dan ilmu fotografi adalah berkaitan dengan cahaya atau pengcahayaan anda harus memahami sedikit ilmu fizik tentang cahaya.

maknanya walaupun kamera kamu tu berharga jutaan ringgit sekalipun tapi kamu tak ada ilmu pasal fotografi jangan harap nak dapatkan hasil secantik seperti mereka yang dah pro... apapun dizaman digital ni gambar yang cacat atau cela masih boleh diselamatkan menggunakan perisian tertentu... kalau anda terer lah itu pun kena ada ilmu dan kemahiran tambah bakat dan seni! jadi jangan main2 dengan seni anda harus serius dan berkorban dari segi wang ringgit dan masa serta tenaga!

 dan satu lagi buat masa sekarang rata-rata kamera yang terkini dipasaran adalah baik untuk dibeli seperti Sony, Fuji, Samsung atau Olympus... kualiti gambar yang dihasilkan adalah tiada beza ketara yang nyata kecuali dalam keadaan2 tertentu atau teknik2 tertentu dan fungsi-fungsi tertentu dimana adalah jarang atau amat jarang di gunakan. contoh seorang ahli fotografi sukan akan memilih canon sebab dipercayai ia sangat cekap untuk merakam aksi seperti aksi di padang bola atau lumba kereta, nikon pula dipercayai lebih terbaik untuk merakam gambar pemandangan semulajadi sebagainya... dan percayalah perbezaannya adalah tak berapa ketara sangat bagi kedua-dua jenis kamera canon atau nikon hatta sony. andai terjadi perbezaan yang ketara itu boleh diperbaiki dengan upgrade lense yang lebih baik atau flash dan juga digital editing (photoshop).

masih pening nak pilih Canon atau Nikon... hmmmmmmm.... sila baca info2 dibawah ni harap2 dapat membantu dan buatlah keputusan... apa guna kamu berbini dengan Angelina Jolie atau model tersohor dunia jika yang kamu inginkan seorang wanita solehah asal ada agama biarpun tak kaya atau rupawan... oh releven ka perumpamaan tuh hehehee... aku pun dah pening laaaa..............

                                                   Canon DSLR EOS 5D Mark III

                                                              Nikon DSLR D800
Pilihan

sebenarnya kedua-dua kamera ni antara yang terbaik di pasaran yang membezakan hanyalah teknologi yang digunakan. kalau ada duit banyak beli ajer dua-dua sekali huhuhu.... senang jer aku cakapkan hahahaa... susah-susah nak pilih kan tapi kalau bajet tak cukup beli ajer ikut kemampuan beli yang tak mahal sangat dan tak murah sangat... ikut kemampuan dan kegunaan atau kesesuaian....

kamera Canon dikatakan lebih sesuai untuk aktiviti adventure seperti untuk sesi pengembaraan dalam hutan, mendaki gunung dan tangkap gambar dalam laut, yer dalam laut (guna sarung kalis air). kamera canon juga dipercayai lebih lasak dan mudah dijaga berbanding dengan kamera Nikon yang bisanya eksklusif... variasi  seperti kanta telephoto/macro adalah lebih meluas samada dari jenama asal atau jenama lain seperti Tamron, Sigma,  Tokina dan Carl Zeiss. Untuk tangkap gambar perkahwinan biasanya kedua-dua kamera canon dan nikon mmg menjadi pilihan biasa bagi ahli fotografi di malaysia, kawan2 aku yang melibatkan diri dalam bidang ini pun ramai yang guna canon dan nikon jadi tak jadi masalah canon atau nikon.

Kesesuaian

seperti dalam entry aku yang lepas aku sarankan belilah kamera yang mana kamu rasa serasi dan sentiasa hampir samada dikalangan rakan-rakan dan kedai-kedai kamera atau pusat servis... andaikata ramai rakan-rakan kamu menggunakan kamera jenis Canon adalah berbaloi jika kamu juga beli kamera yang serupa dengan mereka atau lebih latest dari mereka asalkan kamu berada dalam minat yang sama (dari segi jenama, hobi, kerjaya dsbgnya). rasionalnya adalah senang nak pinjam gajet2 tertentu jika berlaku sesuatu atau terdesak hehehehee... cuba bayangkan tiba2 lens anda rosak dan masa tu tak ada msa nak beli lepas tu kebetulan ada member yang guna kamera yang sama ada pulak lens yang lebih jadi senang lah sikit nak pinjam kalau nak pinjam kamera sekali mungkin member tu nak guna juga masa tu dan kalau guna kamera yang berlainan mungkin lens tak sesuai atau sesuai tapi hasil tak memberangsangkan. tapi keadaan ini bukanlah serius sangat... maksudnya bukanlah satu alasan untuk dimbil kira untuk pilih kamera tapi agak membantu lah...

huhuhuhu jadinya ikutlah komuniti / rakan2 atau kelab kamera yang anda kenali andaikata mereka banyak guna kamera Canon jadi belilah seumpamanya adalah sesuatu yang janggal tiba2tiba anda beli kamera jenama Fuji/Olympus dan join dengan mereka... hoh.... tak ke pelik hehehehehee. boleh sahaja sebenarnya sebab bidang photografi bergantung kepada tahap kemahiran dan kerativiti individu tapi dari segi kepuasan... harus diambil kira


Harga

dari segi harga kamera Canon lebih mahal berbanding kamera nikon untuk beberapa jenis model tertentu sebagai contoh Canon Mark iii jauh lebih mahal dari nikon D8000 sedangkan anda guna kamera hanya untuk hobi biasa bukan untuk bisnes memadailah dengan kamera Nikon, Nikon DSLR biasanya ada yang di dalam lingkungan 2-5 ribu ringgit sekali dengan eksesori seperti lensa dan storage card. Lagipun biasanya binaan atau rekaan /nikon lebih cantik dan menggoda huhuhuhu



Teknologi perisian

Agak sukar nak jawab persolan ni sbb lain orang lain kegunaanya... lain orang lain minat dan kecenderunganya ada yang minat nak edit-mengedit guna software (Photoshop, HDR, ACDSee dll). dipercayai juga hasil imej yang dijana oleh kamera nikon lebih berkualiti untuk tujuan digital edit mengedit pada tahap paling tinggi dimana Nikon D800 berupaya menhasilkan imej 32MP sementara untuk Canon Mark III hanyalah 22MP. makin tinggi megapixel makin tinggi kualiti editing dan cetakkan! maksudnya kepuasan pada tahap ekstra dari segi kualiti gambar cetakkan dan hasil...

Canon menggunakan teknologi CMOS (kurang guna kuasa bateri / bateri tahan lebih lama) sebagai sensor imej dan Nikon menggunakan teknologi CCD (kualiti imej paling tinggi tapi kuat guna kuasa bateri). masing-masing ada kelebihan sendiri....

boleh semak dilaman ini ---> http://digital-photography-school.com/forum/digital-cameras/108489-ccd-vs-cmos-better.html

https://www.dalsa.com/corp/markets/CCD_vs_CMOS.aspx

Teknologi lensa

Canon lebih cenderung menggunakan lens AF motor diamana mereka meletakkan AF motor pada setiap lens dan bukan pada badan kamera seperti yang di gunakan oleh Nikon dan ini sedikit sebanyak memberikan kebebasan kepada pengguna untuk memilih kanta yang pelbagai dan akan selalu mendapat saiz motor yang tepat dan lebih pantas untuk kamera anda...

antara jenis motor yang digunakan oleh Canon :-

1- Arc Form Drive (AFD) - diguna pada model EOS lama / agak perlahan / murah / tiada keupayaan AF dan MF serentak

2- Ring Ultrasonic Motor - lebih laju dan senyap / keupayaan AF dan MF serentak (pilihan terbaik)

3- Micro Ultrasonic Motor - lebih murah / kelajuan standard / tiada keupayaan AF dan MF serentak


                 
                                      video perbandingan antara kamera canon dan nikon


                

25 September, 2012

kronologi imam Mahdi antara kebenaran, pengakuan dan penantian



Beliau Berketurunan Rasulullah SAW


A. Dari Sayidina Ali KMW, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda,

“Al-Mahdi itu adalah dari golongan kami, wahai Ahlulbait, semoga Allah akan menyempurnakannya dalam satu malam.” (Ibnu Majah)

B. Abdullah bin Mas’ud RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda,

“Dunia ini tidak akan hancur sehingga seorang lelaki dari ahli keluargaku, yang namanya seperti namaku, memerintah seluruh bangsa Arab.” (At-Tarmizi & Abu Daud)

C. Sayidina Ali bin Abi Talib KMW meriwayatkan sebuah hadis daripada Nabi SAW yang memberitahunya bahawa,

“Al-Mahdi yang dinanti-nantikan itu adalah dari kaum keluargaku. Allah akan menyempurnakannya dalam satu malam sahaja.” (Ibnu Majah)

D. Dari Abdul Rahman bin Auf RA katanya, sabda Nabi SAW,

“Sungguh Allah akan melahirkan seorang lelaki daripada keturunanku, yang (antara sifat utamanya ialah) giginya berjarak, dahinya lebar, keadilannya sangat meliputi seluruh alam dan akan mendapatkan harta-benda dengan melimpah-limpah.” (Abu Nuaim)

E. Dari Abdullah bin Mas’ud RA katanya, sabda Nabi SAW,

“Jika tidak tinggal umur dunia ini melainkan hanya sehari sahaja, nescaya Allah akan memanjangkan hari itu sehinggalah dibangkitkan-Nya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum Keluargaku, yang namanya menyerupai namaku, dan nama bapanya menyerupai nama bapaku. Dia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana bumi ini sebelumnya dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman.” (Abu Daud & At-Tarmizi)

. Dari Sayidina Ali bin Abi Talib KMW katanya, Rasulullah SAW bersabda,

“Kalaulah hanya tinggal sehari sahaja lagi umur dunia ini, pasti Allah akan panjangkannya sehingga dibangkitkan-Nya seorang lelaki dari ahli keluargaku yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan seperti sebelumnya yang dipenuhi oleh kezaliman.” (Abu Daud)

G. Sabda Nabi SAW,

“Al-Mahdi itu adalah salah seorang dari kaum keluargaku, Ahlulbait.” (Ibnu Majah)

H. Sabda Nabi SAW,

“Dunia ini tidak akan lenyap sehingga seorang lelaki dari kalangan bangsa Arab muncul, yang namanya seperti namaku.” (At-Tarmizi)

I. Abu Said al-Khudri RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Al-Mahdi adalah dari keturunanku. Dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan ketika dunia sedang dipenuhi dengan penindasan. Dia akan memerintah selama tujuh tahun.”

J. Rasulullah SAW mengisytiharkan bahawa,

“Al-Mahdi itu adalah salah seorang daripada kami, dari kalangan Ahlulbait.” (Ibnu Majah)

K. Nabi SAW bersabda,

“Allah akan mengeluarkan dari persembunyiannya al-Mahdi (iaitu) dari kalangan kaum keluargaku sejurus sebelum hari kiamat walaupun kiamat itu cuma tinggal sehari sahaja. Dia akan menyebarkan keadilan dan kesaksamaan di atas muka bumi ini dan menghapuskan kezaliman dan penindasan.” (Imam Ahmad)

Hadis-hadis yang memperakukan bahawa Imam Mahdi adalah keturunan baginda SAW adalah banyak dan sebahagiannya adalah seperti yang dinyatakan di atas. Hadis-hadis yang menceritakan mengenai hal ini memang banyak dan yang dinyatakan di atas hanyalah sebahagian daripadanya. Oleh kerana banyaknya hadis yang menceritakan tajuk yang sama, dan dari pelbagai tingkatan kesahihan pula, maka tidak syak lagilah Imam Mahdi itu memang asal-usul keturunannya adalah daripada Rasulullah SAW.

Memang tidak syak lagi Imam Mahdi itu adalah salah seorang dari Ahlulbait dan kedudukannya adalah lebih utama pada sisi Rasulullah SAW daripada orang lain yang sezaman dengannya mahupun dari zaman yang dahulu, sehingga kepada para sahabat RA. Ketinggian kedudukannya pada sisi Allah SWT dan pada sisi Rasulullah SAW sudah hampir tidak perlu dinyatakan lagi kerana sudah disebutkan sendiri oleh baginda Rasulullah SAW dalam beberapa buah hadis, antaranya seperti yang telah diriwayatkan.

Kerana itu orang yang mengaku dirinya Imam Mahdi atau yang didakwa oleh para pengikutnya sebagai Imam Mahdi perlu menunjukkan susur galur keturunannya yang jelas, dan disertakan bukti-bukti yang kukuh, yang dapat dipertahankan bahawa dia memang berketurunan Rasulullah SAW, dan saksi-saksi bebas yang dapat menerangkan secara terperinci akan keluarganya dan sejarah latar belakang keluarganya itu. Jika ini dapat dilakukan, maka jelaslah bahawa dakwaan itu adalah benar dan si pendakwa dapatlah diterima sebagai Imam Mahdi, sesuai dengan isyarat hadis Rasulullah SAW yang banyak itu.

Pengakuan

banyak versi cerita tettang imam Mahdi telah wujud sekian lama dikalangan puak syiah, wahabbi, dinegara2 islam seperti Malaysia, Indonesia  dan lain2... masing2 mengatakan imam Mahdi muncul dikalangan mereka malah ada yang percaya Imam Mahdi memang sudah muncul yang hanya tungu masa sahaja. byk sudah blog2 yang aku baca dan pelbagai kepercayaan, ramalan, cerita kejadian tak kurang juga pengakuan individu terntentu di blog2 dan forum2... tapi yang mana satu yang betul dan sahih?

Di Malaysia sendiri ada yang percaya bahawa imam Mahdi akan muncul dikalangan orang melayu maksudnya imam Mahdi adalah berbangsa melayu namun jgn lupa di Indonesia juga mereka ada imam Mahdi mereka sendiri ini timbul setelah ramalan mengatakan imam Mahdi akan muncul di negara sebelah timur dimana tempat pertemuan tiga buah lautan.....


di bawah ini di senaraikan gambar2 yang di percayai sebagai imam Mahdi yang aku jumpa kat blog2 dan forum, apapun ada yang semacam betul ada yang tragis, ada yang lucu, ada yang memang tak boleh dipercayai dan macam2 persepsi apapun anda nilaikan sendiri......

 keywords untuk imam mahdi adalah:-

1- Bani Tamim
2- Akhir zaman
3- Nabi Isa A.S
4- Dajjal
5- Tanda2 kemunculan imam Mahdi dan Dajjal:-
 i- Tasik Galilee / Tiberia / Lake of Gennesaret
ii- kemunculan komet dari timur
iii-  dua gerhana matahari di bulan ramadhan 
iv- perang dunia iii
v- perang atau pertumpahan darah di bulan haji
  dan lain2

sebenarnya masih banyak yang nak di karang pasal imam Mahdi tapi buat masa ni setakat ini sahaja kpd yang berminat bolehla guna keywords kat atas tu kat carian Google...


                        yang ini dari Kelantan boleh rujuk sini -->  http://wup-forum.com/




                      

                                  yang aku lupa dah tapi dikatakan inilah imam Mahdi...

          dikatakan inilah rupa imam Mahdi dah wajahnya ada kelihatan pada permukaan bulan!



15 September, 2012

September yang sunyi

                        September 2012



               Tak tau nak taip apa daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...........