Halaman

04 Januari, 2011

Masalah kamera digital imej jadi jalur-jalur dan imej gelap atau hitam

Adalah menjadi masalah biasa bagi pemilik kamera digitla kompak apabila imej yang dirakam akan kelihatan ada jalu-jalur yang melintang dan merosakkan imej yang dirakam. kebiasaan juga ia terjadi pada gambar pegun tapi bila rakam video tidak menjadi masalah atau kedua-dua mode pegun atau video ada jalur-jalur itu bermakna kamera anda telah rosak CCD atau imej sensor.

Tiada cara lain yang dapat dilakukan selain daripada hantar kepada yang berkenaan untuk ditukar CCD yang telah rosak itu. Masalah ini adalah dipercayai disebabkan kamera yang selalu terdedah kepada kelembapan yang tinggi dan cara peyimpanan yang tidak baik... cara yang baik menyimpan kamera digital adalah dengan meletakkan dalam bekas yang kedap udara dan diletakkan silika gel.

contoh imej yang ada masalah jalur-jalur...


Bagi masalah kamera yang apabila ambil gambar tapi imej yang didapati adalah hitam atau gelap sahaja itu bermakna Shutter tersangkut (stuck shutter). untuk menguji stuck shutter adalah dengan melihat kedalam kanta. mula2 matikan fungsi lampu flash dan perhatikan kedalam kanta dan cuba ambil gambar (tekan butang)
sepatutnya anda kan nampak satu lapisan nipis bergerak dan terbuka buat beberapa ketika dan iakan tertutp kembali. kalau ia tidak terbuka bermakna ia sudah tersangkut dan tiada imej yang dapat dirakam kecuali warna hitam.

cara penyelesaian adalah dengan setting kamera nada pada mode manual, matikan funsi lampu flash, dan setting pada imej rakam bulan atau bintang. Anda harus berada dalam tempat yang sangat gelap spt dalam bilik yang tertutup tanpa sebarang cahaya dan cuba rakam gambar. selepas anda menekan butang keluarkan bateri kamera seleps beberapa ketika masukkan semula bateri... cuba rakam gambar dan lihat hasilnya kalau masih belum berjaya rakam gambar ulangi langkah tadi sehinga berjaya mungkin kena cuba sampai 10 kali atau lebih... kalau tak berjaya juga cuba dapatkan magnet yang kuat sikit dia punya kuasa tarikan. matikan kamera, bermakna kamera zoom berada dalam keadaan asal atau masuk kedalam. letakan magnet pada tgh2 kanta dan main-main sikit supaya ia boleh menggerakkan shutter yang tersangkut... namun cara ini tidak digalalakan. risiko tanggung sendiri...

apapun shutter tersangkut juga dalah tanda2 awal yang CCD atau imej sensor akan rosak. Jadi kadang-kadang penyelesaian masalah tadi adalah bersifat sementara sahaja.. bagi masalah yang serius hantarlah kamera anda kepada yang pakar! atau beli kamera baru hmmmmmmmmm...

Tahun baru sedang berlalu

minggu ini dalah minggu pertama bagi tahun baru 2011... ramai yang sibuk dengan anak-anak nak sekolah dan sebagainya... kpd yang jadi cikgu sudah tentu nak memulakan tugas setelah lama bercuti... apa perasaan anda yer...

Tapi bagi aku tahun baru atau tidak sama sahaja tiada yang baru tiada yang pertama sebab aku selalu merasakan masa adalah statatik! Terkadang terasakan ada De Javu yang berulang ulang...

sekadar pos baru untuk tahun baru hehehe...