Peranti untuk smartphone ini makin popular walaupun harga agak mahal tapi berbaloi kerana senang guna dan mutu bunyi yg semakin di pertingkat lebih lebih lagi ia tidak guna wayar dan senang diguna dan bawa.
Senang nak cas.. Lagi pula cantik dan bergaya.
Jam pintar atau smattwatch
Dengan kepelbagaian fungsi yg ditawarkan maka jam jenis makin menambat hati pengguna.
Elektrik skuter
Rekaan yg anggun dan bergaya menarik minat para pemuda untuk memiliki dan mengunanya bersiar di taman. Jimat dan mudah. Harga agak mahal mungkin tak ramai yang mampu untuk beli namun harganya akan kompetetif tahun depan apabila ia semakin popular. Dengan pelbagai pilihan dan pengeluaran maka ia pasti menjadi post pilihan selain motorsikal biasa.
Tahun 2016 sekian lama sepikan diridari dunia blog. Memang susah untuk bangkit kembali.
Rakan blogger yg dulu hangat dan kecoh ntah kemana pergi.... dgn berbekalkan gajet kecik lg sukar untuk terus aktif tambah pulak nettop sudah rosak!!!
Sudah hampir setengah tahun aku berada di bumi Kelantan dan hampir sepenuh masa aku jarang berpeluang berada didepan internet apalagi kerna sibuk dengan kerja dan masalah biasa aku sebagai seorang yang masih remaja heheee.. ye.. remaja purba!
Sejak kembali ke kampung halaman dan sepanjang aku berjalan-jalan di sana-sini banyak yang aku saksikan dan aku agak merasa pelik. contohnya dengan nama-nama kampung yang digunakan yang sebelum ini aku pernah dengar tapi tak pernah sampai. bila aku terbaca papantanda yang menunjukkan nama kampung seperti Lakota dan BukEta aku berfikir sendirian macamana nak sebut atau baca dan terpaksa aku mendapat penjelasan dari seorang kawan.
gambar diambil dari umnojeli.net
Apapun boleh dikatakan banyak juga kesan pembangunan yang kelihatan disepanjang jalan. kedamaian kampung terasa dihati sejuk mata memandang dengan bukit bukau dan kabus sepanjang perjalanan. jalanraya juga sibuk seawal pagi sementalah ia menjadi jalan laluan ke utara.
Lalu sekarang musim pilihanraya semestinyalah kempen politik panas dan meriah sepanjang jalan kiri dan kanan atas dan bawah tak ketinggalan kibaran bendera hijau dan biru. aku tiada kesempatan lagi nak update gambar2 disebabkan tiada kamera sendiri. terasa ingin tangkap gambar disepanjang perjalanan namun apa kan daya itu semua terpaksa ditangguh dahulu. kelihatan juga sekarang ini orang ramai menampal stiker pada kenderaan masing2 mengikut politik masing2. ada juga yang tampal semua sekali tak kira K, atau T dan juga R... hmmmmmmmmmmmmmm.... semangat pilihanraya!
sejak beberapa bulan ni blog ni agak sepi setelah terputus hubungan dengan duni iT buat beberapa ketika. apapun nampaknya blog ku ini sudah mula nampak kemajuannya namun aku masih lagi ingin memberi tumpuan kepada mengedit artikel-artikel lama. manalah tau mungkin ada yang aku siarkan tu ada yang tak kena dan tersilap dan sebagainya...
terima kasih juga di ucapkan kepada para pengunjung blog ini kerana sudi datang jengguk dan membacanya walaupun blog ni takseberapa... kalau ada yang memberi manfaat harap-harap ia sangat berguna dan kalau ada yang tak kena silalah tegur mana yang patut... :)
Insyaalah blog ini akan lebih ceria bersempena tahun baharu ni. mungkin akan ada beberapa tutorial terkini dan sebagainya....
apapun selamat maju jaya di tahun baharu 2013.....
Rokok dah dinaikkan harga tapi rasanya para perokok tegar tak heran pun setakat naik 20 sen bukannya naik 20 ringgit! lagipun para perokok akan buat apa sahaja asal dapat rokok, xde rokok boleh mati gamaknya pada mereka. nak makan hisap rokok nak relax2 pun hisap rokok, sambil pandu kereta, motor dan bas serta lori hisap rokok dan nak berak pun hisap rokok, hisap rokok sambil berak.... cuba anda bayangkan hehheeee....
walaupun macam2 kempen telah di adakan untuk membendung budaya hisap rokok dikalangan makluk bernama manusia di dunia ini termasuk negara kita namun itu seumpama mencurah air di daun keladi... hisap rokok bukanya mati terus apa mereka kesahkan... yang paling kita menyampah ialah ada dinatara member kita sendiri yang merokok dan mereka hisap rokok apabila bersama dengan kita walaupun mereka tau kita tak hisap rokok tapi biasalah minda mereka sudah gelap, rosak dan hancur mereka tiada kesedaran bahwa asap rokok itu merbahayakan kesihatan orang yang berdekatan. apakah kita boleh katakan mereka yang hisap rokok itu bodoh, yer memang betul agak kasar perkataannya namun apakah yang harus dikatakan atau diamkan sahaja, andai mereka bijak sudah tentu mereka bukan saja tak merokok malah tidak akan sekali2 membeli rokok.!
merokok membahayakan kesihatan dan terpapar jelas pada kotak rokok siap dengan gambar anggota badan manusia yang telah rosak akibat hisap rokok di letakkan pada kotak rokok namun itu hanyalah sekadar hiasan hodoh sahaja pada mereka tiada memberi sebarang makna... hati mereka sudah gelap, hitam dan kelam...
ada kajian mengatakan orang yang hisap rokok jangka hayatnya lebih pendek berbanding yang tidak merokok. tapi sampai sekarang para perokok masih hidup aman damai dan dengan gembiranya hisap rokok di mana sahaja mereka mahu... beli rokok mahal2 boleh ajer dan itu satu pembaziran yang amat nyata. entah bila mereka akan mengerti akan betapa ruginya hisap rokok... adakah hisap rokok akan membuat seseorang itu nampak hebat? nampak macho? nampak elegan dan sebaginya... aku tak pernah nampak sebegitu, entah aku tak tau... biar para perokok yang menjawabnya,...
"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis
18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar
kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus berkuat kuasa
Jumaat, 19 Oktober lalu.
"Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata pengarah urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.
Harga baru rokok bermula esok adalah seperti berikut:-
Rangkaian DUNHILL RM10.20
Rangkaian KENT RM10.20
Rangkaian PETER STUYVESANT RM8.70
Rangkaian PALL MALL RM8.70
PALL MALL Biasa RM10.60
BENSON & HEDGES RM10.20
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.60
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.60
merokok adalah penyebab utama kepada kanser paru-paru
cuba bayangkan rata2 harga rokok RM10.00 lebih sekotak dan harga itu agak tinggi jika dibandingkan manfaat yang didapati dari menghisap rokok... kalau perokok menghabiskan 10 kotak sebulan bermakna RM 100.00 sudah dihabiskan begitu sahaja....... hemmmmmmmmm... perokok ni kaya2 agaknya... kan... setakat RM 10.00 bila2 masa jer hehehe bagi merkalah agaknya...
merokok difatwakan haram di Pahang,adakah perokok mengerti akan hal ini?
Rasanya dah bertahun aku letak iklan nuffnang kat blog aku yang memang tak berapa popular nih.... ada lah iklan adsense dan nuffnang yang aku tempek kat blog sebagai menghiasi dinding blog, orang kata sambil menyelam sambil minum air huhuhuhu
Memang betul kalau blog ramai pengunjung dan pandai buat mesti masyuuk punyer tapi aku dari dulu lagi buat blog pun macam melepaskan batok di tangga ajer lepastu nak harapkan blog popular dan diminati ramai hahahahaa... aku bermimpi di siang hari. sebenrya xdelah aku nak kaya sangat dengan iklan tu semua sekadar mengikut rentak semasa bloger2 di Malaysia.
Macam2 teknik dan cara yang aku bac dekat blog2 untuk membuat supaya blog kita jadi popular, tarik pengunjung yang ramai dan akan mendapat duit lebih bila ada yang klik iklan yang diletakkan... jangan klik iklan di blog sendiri dah lah yer nanti tak pasal2 iklan kena tarik heheheee
Beberapa hari lepas aku periksa akaun nuffnang aku yang dah berkurun tak buka dan terpapar pendapatan sebanyak .... tak sampai pun RM2.00 huhuhu... lagipun mengikut statistik blog aku ni dalam sehari di kunjungi lebih kurang 10 - 30 pengunjung sahaja tak pernah cecah ribu2 dalam sehari....!
Itupun dengan bantuan cik google kalau tak orang tak tahu blog aku ni wujud atau tidak sementelah ramai geng2 blogger aku yang dulu dah tutup kedai tiada lagi celoteh2 atau tulisan2 serta cerita2 yang di kongsikan tingal lagi beberapa yang masih aktif itu pun bukan tiap2 hari dia kemaskini.... aku lagi lah kadang2 sebulan sekali kadang2 tiada langsung... walaupun aku tidur depan pc, makan depan pc, byk masa dengan pc tapi bukan selalu aku layan blog sendiri kalau buka pun hanya sekadar tengok apa yang menarik dan sebagainya...
apapun baik layan video nih... ada juga faedahnya.... InsyaAllah
Oleh: Ustaz Muhammad Abdullah
*nampaknya ada beberapa pengikut baru...
terima kasih kepada yang baru mengikuti blog ini... :)
hmmmmmm... biasanya aku akan agak berfikir panjang bila ada kawan2 atau kenalan yang bertanya mana nak beli kamera yang bagus antara Canon atau Nikon...? mana yang lebih baik? mana satu yang sesuai...? mana satu yang berbaloi... hehehee
Nikon D800 review
Canon 5D Mark III review
Walaubagaimanapun rata2 pro mengatakan kamera bukanlah ultimately benda untuk mendapatkan hasil terbaik atau gambar tercantik (memerlukan definisi anda sendiri apa itu gambar yang cantik) lagipun mereka akan kata mana2 kamera sama sahaja, sebab apa sebab mereka sudah mahir dengan ilmu fotografi ingat..... ILMU FOTOGRAFI bukan ilmu kamera! dan ilmu fotografi adalah berkaitan dengan cahaya atau pengcahayaan anda harus memahami sedikit ilmu fizik tentang cahaya.
maknanya walaupun kamera kamu tu berharga jutaan ringgit sekalipun tapi kamu tak ada ilmu pasal fotografi jangan harap nak dapatkan hasil secantik seperti mereka yang dah pro... apapun dizaman digital ni gambar yang cacat atau cela masih boleh diselamatkan menggunakan perisian tertentu... kalau anda terer lah itu pun kena ada ilmu dan kemahiran tambah bakat dan seni! jadi jangan main2 dengan seni anda harus serius dan berkorban dari segi wang ringgit dan masa serta tenaga!
dan satu lagi buat masa sekarang rata-rata kamera yang terkini dipasaran adalah baik untuk dibeli seperti Sony, Fuji, Samsung atau Olympus... kualiti gambar yang dihasilkan adalah tiada beza ketara yang nyata kecuali dalam keadaan2 tertentu atau teknik2 tertentu dan fungsi-fungsi tertentu dimana adalah jarang atau amat jarang di gunakan. contoh seorang ahli fotografi sukan akan memilih canon sebab dipercayai ia sangat cekap untuk merakam aksi seperti aksi di padang bola atau lumba kereta, nikon pula dipercayai lebih terbaik untuk merakam gambar pemandangan semulajadi sebagainya... dan percayalah perbezaannya adalah tak berapa ketara sangat bagi kedua-dua jenis kamera canon atau nikon hatta sony. andai terjadi perbezaan yang ketara itu boleh diperbaiki dengan upgrade lense yang lebih baik atau flash dan juga digital editing (photoshop).
masih pening nak pilih Canon atau Nikon... hmmmmmmm.... sila baca info2 dibawah ni harap2 dapat membantu dan buatlah keputusan... apa guna kamu berbini dengan Angelina Jolie atau model tersohor dunia jika yang kamu inginkan seorang wanita solehah asal ada agama biarpun tak kaya atau rupawan... oh releven ka perumpamaan tuh hehehee... aku pun dah pening laaaa..............
Canon DSLR EOS 5D Mark III
Nikon DSLR D800 Pilihan
sebenarnya kedua-dua kamera ni antara yang terbaik di pasaran yang membezakan hanyalah teknologi yang digunakan. kalau ada duit banyak beli ajer dua-dua sekali huhuhu.... senang jer aku cakapkan hahahaa... susah-susah nak pilih kan tapi kalau bajet tak cukup beli ajer ikut kemampuan beli yang tak mahal sangat dan tak murah sangat... ikut kemampuan dan kegunaan atau kesesuaian....
kamera Canon dikatakan lebih sesuai untuk aktiviti adventure seperti untuk sesi pengembaraan dalam hutan, mendaki gunung dan tangkap gambar dalam laut, yer dalam laut (guna sarung kalis air). kamera canon juga dipercayai lebih lasak dan mudah dijaga berbanding dengan kamera Nikon yang bisanya eksklusif... variasi seperti kanta telephoto/macro adalah lebih meluas samada dari jenama asal atau jenama lain seperti Tamron, Sigma, Tokina dan Carl Zeiss. Untuk tangkap gambar perkahwinan biasanya kedua-dua kamera canon dan nikon mmg menjadi pilihan biasa bagi ahli fotografi di malaysia, kawan2 aku yang melibatkan diri dalam bidang ini pun ramai yang guna canon dan nikon jadi tak jadi masalah canon atau nikon.
Kesesuaian
seperti dalam entry aku yang lepas aku sarankan belilah kamera yang mana kamu rasa serasi dan sentiasa hampir samada dikalangan rakan-rakan dan kedai-kedai kamera atau pusat servis... andaikata ramai rakan-rakan kamu menggunakan kamera jenis Canon adalah berbaloi jika kamu juga beli kamera yang serupa dengan mereka atau lebih latest dari mereka asalkan kamu berada dalam minat yang sama (dari segi jenama, hobi, kerjaya dsbgnya). rasionalnya adalah senang nak pinjam gajet2 tertentu jika berlaku sesuatu atau terdesak hehehehee... cuba bayangkan tiba2 lens anda rosak dan masa tu tak ada msa nak beli lepas tu kebetulan ada member yang guna kamera yang sama ada pulak lens yang lebih jadi senang lah sikit nak pinjam kalau nak pinjam kamera sekali mungkin member tu nak guna juga masa tu dan kalau guna kamera yang berlainan mungkin lens tak sesuai atau sesuai tapi hasil tak memberangsangkan. tapi keadaan ini bukanlah serius sangat... maksudnya bukanlah satu alasan untuk dimbil kira untuk pilih kamera tapi agak membantu lah...
huhuhuhu jadinya ikutlah komuniti / rakan2 atau kelab kamera yang anda kenali andaikata mereka banyak guna kamera Canon jadi belilah seumpamanya adalah sesuatu yang janggal tiba2tiba anda beli kamera jenama Fuji/Olympus dan join dengan mereka... hoh.... tak ke pelik hehehehehee. boleh sahaja sebenarnya sebab bidang photografi bergantung kepada tahap kemahiran dan kerativiti individu tapi dari segi kepuasan... harus diambil kira
Harga
dari segi harga kamera Canon lebih mahal berbanding kamera nikon untuk beberapa jenis model tertentu sebagai contoh Canon Mark iii jauh lebih mahal dari nikon D8000 sedangkan anda guna kamera hanya untuk hobi biasa bukan untuk bisnes memadailah dengan kamera Nikon, Nikon DSLR biasanya ada yang di dalam lingkungan 2-5 ribu ringgit sekali dengan eksesori seperti lensa dan storage card. Lagipun biasanya binaan atau rekaan /nikon lebih cantik dan menggoda huhuhuhu
Teknologi perisian
Agak sukar nak jawab persolan ni sbb lain orang lain kegunaanya... lain orang lain minat dan kecenderunganya ada yang minat nak edit-mengedit guna software (Photoshop, HDR, ACDSee dll). dipercayai juga hasil imej yang dijana oleh kamera nikon lebih berkualiti untuk tujuan digital edit mengedit pada tahap paling tinggi dimana Nikon D800 berupaya menhasilkan imej 32MP sementara untuk Canon Mark III hanyalah 22MP. makin tinggi megapixel makin tinggi kualiti editing dan cetakkan! maksudnya kepuasan pada tahap ekstra dari segi kualiti gambar cetakkan dan hasil...
Canon menggunakan teknologi CMOS (kurang guna kuasa bateri / bateri tahan lebih lama) sebagai sensor imej dan Nikon menggunakan teknologi CCD (kualiti imej paling tinggi tapi kuat guna kuasa bateri). masing-masing ada kelebihan sendiri....
Canon lebih cenderung menggunakan lens AF motor diamana mereka meletakkan AF motor pada setiap lens dan bukan pada badan kamera seperti yang di gunakan oleh Nikon dan ini sedikit sebanyak memberikan kebebasan kepada pengguna untuk memilih kanta yang pelbagai dan akan selalu mendapat saiz motor yang tepat dan lebih pantas untuk kamera anda...
antara jenis motor yang digunakan oleh Canon :-
1- Arc Form Drive (AFD) - diguna pada model EOS lama / agak perlahan / murah / tiada keupayaan AF dan MF serentak
2-Ring Ultrasonic Motor- lebih laju dan senyap / keupayaan AF dan MF serentak(pilihan terbaik)
3- Micro Ultrasonic Motor - lebih murah / kelajuan standard / tiada keupayaan AF dan MF serentak