07 Mac, 2012
Pagilah pagi...
Pagi masih berulang seperti selalu walaupun boleh dikatakan tempat tinggal aku ni bersatatus bandar tapi bunyi2 burung berkicauan masih kedengaran disekeliling macam2 jenis bunyi dan dah tentu macam2 jenis burung cumanya aku tidak tahu macamana rupabentuk burung2 yang berkicauan itu hanya beberapa sahaja yang aku cam seperti bunyi simurai..
Sebenarnya ku tak tahu nak mengarang apa kat blog ni sekadar merepek cuma dan sekadar menambah bilangan posting untuk blog aku yang tak seberapa ini setelah sekian lama tidak aktif, ngeeeeeeeee..... lagipun sekarang ni dah muncul macam2 laman sosial seperti facebook, twitter dan juga tempatan punya Mface. Semua tu aku ada akaun tapi macam biasalah kadang2 saja online ataupun langsung tak kemaskini.
Salah satu benda yang aku nak kongsikan dengan kamu semua ialah tadi aku ada terbaca kat komen facebook, " eleh muka cantik pun kentut busuk juga" komen si lelaki pada sekeping gambar yang memaparkan gadis genit dan agak cantik. Aku terfikirkan kenapa komen sebegitu harus wujud atau harus dilontarkan apakah itu suatu provokasi atau suatau imaginasi liar dan juga suatu interpretasi yang lahir dari ikut-ikutan tanpa dia sendiri memikirkan. Lalu andai ada manusia yang tidak cantik paras rupa tapi berkentut sangatlah wangi baunya adakah ia diangap sungguh berharga atau disanjung atau mungkin dihormati mungkin juga kita katakan orang yang cantik dan berkentut wangi adalah satu pakej lengkap dan diangap sesuatu yang sangat istimewa pada pandangan mata dan pada hidu hidung.
Sudah menjadi lumrah manusia kan suka akan kecantikan dan juga tidak terlepas juga yang suka mengkritik pada sesuatu. lain pandangan lain pemikiran lain lah perasaan! eh tadi masa mandi dalam tandas aku terbau keropok goreng mungkin jiran sebelah yang menggoreng keropok untuk sarapan pagi buat keluarganya... pagi-pagi makan keropok! mungkin sedap juga....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan