Halaman

22 Oktober, 2012

Rokok dah naik harga sebanyak 20 sen

Rokok dah dinaikkan harga tapi rasanya para perokok tegar tak heran pun setakat naik 20 sen bukannya naik 20 ringgit! lagipun para perokok akan buat apa sahaja asal dapat rokok, xde rokok boleh mati gamaknya pada mereka. nak makan hisap rokok nak relax2 pun hisap rokok, sambil pandu kereta, motor dan bas serta lori hisap rokok dan nak berak pun hisap rokok, hisap rokok sambil berak.... cuba anda bayangkan hehheeee....






walaupun macam2 kempen telah di adakan untuk membendung budaya hisap rokok dikalangan makluk bernama manusia di dunia ini termasuk negara kita namun itu seumpama mencurah air di daun keladi... hisap rokok bukanya mati terus apa mereka kesahkan... yang paling kita menyampah ialah ada dinatara member kita sendiri yang merokok dan mereka hisap rokok apabila bersama dengan kita walaupun mereka tau kita tak hisap rokok tapi biasalah minda mereka sudah gelap, rosak dan hancur mereka tiada kesedaran bahwa asap rokok itu merbahayakan kesihatan orang yang berdekatan. apakah kita boleh katakan mereka yang hisap rokok itu bodoh, yer memang betul agak kasar perkataannya namun apakah yang harus dikatakan atau diamkan sahaja, andai mereka bijak sudah tentu mereka bukan saja tak merokok malah tidak akan sekali2 membeli rokok.!

merokok membahayakan kesihatan dan terpapar jelas pada kotak rokok siap dengan gambar anggota badan manusia yang telah rosak akibat hisap rokok di letakkan pada kotak rokok namun itu hanyalah sekadar hiasan hodoh sahaja pada mereka tiada memberi sebarang makna... hati mereka sudah gelap, hitam dan kelam...


ada kajian mengatakan orang yang hisap rokok jangka hayatnya lebih pendek berbanding yang tidak merokok. tapi sampai sekarang para perokok masih hidup aman damai dan dengan gembiranya hisap rokok di mana sahaja mereka mahu... beli rokok mahal2 boleh ajer dan itu satu pembaziran yang amat nyata. entah bila mereka akan mengerti akan betapa ruginya hisap rokok... adakah hisap rokok akan membuat seseorang itu nampak hebat? nampak macho? nampak elegan dan sebaginya... aku tak pernah nampak sebegitu, entah aku tak tau... biar para perokok yang menjawabnya,...

"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus berkuat kuasa Jumaat, 19 Oktober lalu.

"Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata pengarah urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.

Harga baru rokok bermula esok adalah seperti berikut:-
 
    Rangkaian DUNHILL                            RM10.20
    Rangkaian KENT                                 RM10.20
    Rangkaian PETER STUYVESANT       RM8.70
    Rangkaian PALL MALL                        RM8.70
    PALL MALL Biasa                                RM10.60
    BENSON & HEDGES                           RM10.20
    LUCKY STRIKE PLAIN                          RM10.60
    ROTHMANS INTERNATIONAL              RM10.60

http://www.sinarharian.com.my/nasional/bat-harga-rokok-naik-mulai-esok

                                      merokok adalah penyebab utama kepada kanser paru-paru

cuba bayangkan rata2 harga rokok RM10.00 lebih sekotak dan harga itu agak tinggi jika dibandingkan manfaat yang didapati dari menghisap rokok... kalau perokok menghabiskan 10 kotak sebulan bermakna RM 100.00 sudah dihabiskan begitu sahaja....... hemmmmmmmmm... perokok ni kaya2 agaknya... kan... setakat RM 10.00 bila2 masa jer hehehe bagi merkalah agaknya...


                
                        
                             merokok difatwakan haram di Pahang,adakah perokok mengerti akan hal ini?

08 Oktober, 2012

Alahai aku punya Nuffnang, ciput jer... bila nak kaya nih?

Rasanya dah bertahun aku letak iklan nuffnang kat blog aku yang memang tak berapa popular nih.... ada lah iklan adsense dan nuffnang yang aku tempek kat blog sebagai menghiasi dinding blog, orang kata sambil menyelam sambil minum air huhuhuhu

Memang betul kalau blog ramai pengunjung dan pandai buat mesti masyuuk punyer tapi aku dari dulu lagi buat blog pun macam melepaskan batok di tangga ajer lepastu nak harapkan blog popular dan diminati ramai hahahahaa... aku bermimpi di siang hari. sebenrya xdelah aku nak kaya sangat dengan iklan tu semua sekadar mengikut rentak semasa bloger2 di Malaysia.

Macam2 teknik dan cara yang aku bac dekat blog2 untuk membuat supaya blog kita jadi popular, tarik pengunjung yang ramai dan akan mendapat duit lebih bila ada yang klik iklan yang diletakkan... jangan klik iklan di blog sendiri dah lah yer nanti tak pasal2 iklan kena tarik heheheee

Beberapa hari lepas aku periksa akaun nuffnang aku yang dah berkurun tak buka dan terpapar pendapatan sebanyak .... tak sampai pun RM2.00 huhuhu... lagipun mengikut statistik blog aku ni dalam sehari di kunjungi lebih kurang 10 - 30 pengunjung sahaja tak pernah cecah ribu2 dalam sehari....!

Itupun dengan bantuan cik google kalau tak orang tak tahu blog aku ni wujud atau tidak sementelah ramai geng2 blogger aku yang dulu dah tutup kedai tiada lagi celoteh2 atau tulisan2 serta cerita2 yang di kongsikan tingal lagi beberapa yang masih aktif itu pun bukan tiap2 hari dia kemaskini.... aku lagi lah kadang2 sebulan sekali kadang2 tiada langsung... walaupun aku tidur depan pc, makan depan pc, byk masa dengan pc tapi bukan selalu aku layan blog sendiri kalau buka pun hanya sekadar tengok apa yang menarik dan sebagainya...
 apapun baik layan video nih... ada juga faedahnya.... InsyaAllah



Oleh: Ustaz Muhammad Abdullah

*nampaknya ada beberapa pengikut baru... terima kasih kepada yang baru mengikuti blog ini... :)