Halaman

26 September, 2009

n3 no 98

Untuk n3 kali ini sepatutnya cerita pasal raya tapi almaklum saja raya dah lepas jadi malas lah pulak nak buat benda2 yang dah lepas nih... walaupun semalam itu sungguh indah sekali namaun bagi aku cukuplah aku merayakan kemenangan aku itu dan hari ini aku seharusnya merayakan kemenangan yang lain pula ...

apakah aku akan menang... aku mahu menang sokmo2... biar menang jadi pemenang bukan jadi arang hehehehee.


Cuma terkilan jugak sbb tak dapat pi beraya kat sekolah lama bertemu ngan kawan2 kat sekolah menengah dulu... Ada juga rupanya yang buat kat sekolah tu... jadi terlepas lah sudah....


tak ade apa nak cerita sekadar melengkapkan n3 ini jer....

16 September, 2009

kad raya...

kad raya dari sue... terima kasih.



*mana yg hantar / bagi kad akan ditempek kat sini...

14 September, 2009

I left something

I Left Something


I looking back twice to the screen
from the scene that has moving
I can't see the thing if it just a thing
but I could say it's really was something

rolling back the acting from the beginning
why it's still lost the chapters, I missed
may be it just wrong timing but right for nothing
I am doing the wasting for everything
and it could happening once again

now it's show something that I have looking for
but it's not the thing that I've thought before
not flash in my mind even for some knowing
it just right there and never been left
my mistake make me wonder as blown over

why it comes slowly with more sighting
throwing my eyes straight to the sky
I could see a star that shining on me
it's freeze the thinking without accumulated
passing by my mind and attack a knowledgment

I shoot the stars but one is down
not me is to be blame because I left something
just because I don't have to freak myself
with everything what they have done
I just got what I want what I need really indeed


copyrighted@naqeeblukhman.blogspot.com
14sept2009, monday




12 September, 2009

Aku hanya mampu melihat dari jauh...

moto yang bergaya...

PASAR

Petang tadi aku berjalan kaki ajer menuju ke sebuah pasaraya yang terletak tak berapa jauh dengan rumah aku ini kalau dalam kilometer lebih kurang 1 kilometer kot. Aku berjalan dicelah2 rumah orang melalui jalan yang sepi memang jalan dikawasan perumahan tidak sibuk seperti jalan besar disebelah sana... faham2 ajerlah jalan kat bandaraya Shah Alam nih sentiasa sibuk dengan kenderaan kecik dan besar... tapi tak berapa lama lagi kompem akan lengang lah tu bila dah ada yg mula lari balik kekampung hhuhuhu

HELIKOPTER

Sambil berjalan aku berfikirin sambir berfantasi bila ada kereta dan motosikal yang canggih lalu dihadapan dan juga dibelakang (nampak). Oh, alangkah bestya kalau aku ada helikopter atau jet tak perlu aku nak susah2 ikut jalanraya yang sesak hehehe...


BAKTERIA BASCILLUS


sampai kat pasaraya yang aku nak pergi tu, nama pasaraya terpaksa tidak dinyatakan dengan sebab dan aspek keselamatan dalam negeri hehehehee... pusing2 kat bahagian daging dan sayur, sambar kacang dan ayam... ushar pulak kat bahagian minuman aku sambar air buah delima dan yogurt epal hijau... whoalaaaaaaaaaaa best heheheeee jadinya petang tadi aku makan bakteria lah untuk berbuka puasa huhuhuu... bakteria baik katanya... ermmmmmmmm



KELAPA LAUT

aku ushar pulak kat bahagian buah-buahan.. ermmm ada jambu ada anggur... ada belimbing... dan ada buah apa entah dalam bekas plastik macam agar2 jer nampaknya tapi ketul2 macam isi kelapa laut... errr semua sedap aku rasa... aku tengok ajer aku tak belipun hehehehe lepas bayar aku ushar pulak bahagian bakery.... tersambarlah dua ketul roti bersalut serunding daging... errr... pastu apalagi, balik...


TAK PANDANG BELAKANG

dalam perjalanan nak balik rumah aku ikut jalan aku lalui tadi yer jalan yang sama juga... hahahaha... takut sesat!... masih lagi aku berjalan sambil berfikir dalam hati... penat juga rasanya bila sesekali berjalan kaki... ah tak kisahlah bangla tu hari2 jalan kaki bila pulang dari kerja ok ajer... erkkkk... tak per aku semangat berjalan sebab tak lama lagi nak berbuka puasa dah... sedang aku berjalan tu aku mmg berjalan kedepan aku tak menoleh kebelakang lagi... memang aku tak pandang pun kebelakang walaupun aku rasa macam ada orang di belakang aku...


TAK SAMPAI JUGA LAGI

Tiba-tiba dari jauh aku nampak seorang pakcik india dengan motor kesayangan beliau yang aku tidak tahu dimana dia beli dan tidak tahu berapa pulak harga yang dia telah bayar untuk mendapatkan sebuah moto idaman beliau itu atau mungkin juga dia dapat hadiah harijadi dari anak beliau errr... jauh sudah lamanunku... tapi rumah jauh lagi nak sampai.... lalu dengan tidak semena-mena tiada ribut tiada taufan kilat pun tiada langit ajer yang agak mendung sebab ada awan tebal menyorok mentari desebelah barat sana... ermmmmmm


PAKCIK INDIA MAMAT MELAYU

Entah macamana pakcik yang aku nyatakan kat perengan atas tu (kalau skip tak tau kisah ler) lalu aku pun hairan bin ajaib sungguh... tak tersangka-sangka boleh pulak terjadi begitu... mungkin sudah takdir mmg sudah tertakdir terjadi begitu... dan sesungguhnya tersungkurlah pakcik india itu ditepi jalan lantas dihimpit oleh motor yang baru tadi ditunngangnya dengan berhenat sebab aku rasa motornya tidaklah dalam kelajuan yang melampui batas atau selaju mat rempit jalanan yang biasa aku nampak dahulu, dahulu lah.... aku kaget aku terkejut seketika
dalam hati apakah aku hendak tolong angkat... aku jauh lagi nih dari dia... dan kebetulan ada dua orang mamat melayu dengan motor kebetulan lalu jalan tu... mamat dua orang tu tengok dari dekat ajer aku pulak menghentikan langkahku yang dari tadi tak henti2 melangkah dan melihat dari kejauhan....



BANGUN SENDIRI

Lagi sekali aku hairan dan bertambah ajaib buleh pulak mamat dua orang tadi tengok ajer pakcik yang sedang dihempat motor tu... aku pun masih lagi memerhati saja apakah akan ada yang menolong namun pakcik itu dengan sendirinya bangun sambil bercakap2 melaui telefon bimbitnya... mungkin dia tak mengalami apa kecederaan! aku lega... lalu aku meneruskan langkah kaki... agaknya kalau awek yang jatuh tadi apakah aku akan berlari dengan sepantas kilat untuk menolong! aku bertanya sendiri soalan panas itu... ah, destinasi aku adalah rumah...
nak balik buka puasa!






* tak suka makan hati...

11 September, 2009

Aku pun terkenang semasa dulu


semasa jepun memerintah tanah melayu heheheee... sajer nak post pics nih sbb ada org tu nak sangat tgk gambar tuau umah hehehee... cari2 punya cari ada lah pic nih masa buat perjumpaan geng2 kat multilpy dulu hehehee...

Gambar mmg hok ni paling jelas maklum sajer kamera cap anak ayam huhuhuu... kalau nak tgk buleh ajer... ada yg dah buleh agak aku mana satu kan so tak payah ler bagitahu hehehe

10 September, 2009

IQ aku menguji...

Dulu aku ingat IQ aku ini tinggi macam kanak2 dinegeri orang putih nun tapi bila aku cuba uji sendiri IQ secara online baru ku tahu... errrr aku punya IQ hanyalah setakat atas pagar ajer! ujian IQ tu rasanya senang ajer dan perlu jawab dalam 50 soalan yang pelbagai...

ternyata dan terbukti aku kurang bijak dan kurang pintar serta memori yang lemah... hmmm lepas nih kena makan kismis banyak2 hehehe... setakat susu kambing tu takder apernya hahahahahahahaaa...

dan hasil setelah aku membuat ujian IQ itu ia menyatakan aku ada masalah dalam membezakan corak dan bentuk terlalu lemah aku dalam hal itu serta lemah juga dalam pengiraan... errrr...
alkmaklum sajer aku nih jenis benci matematik sejak dari sekolah lagi... tak heranler... tapi aku katanya agak 'impressive' dalam pengetahuan am... err... itu senang ajer hehehehee


aku tak dapat nak letak result ujian itu kat sini sbb aku terlupa nak simpan. tapi semua soalan dan hasil itu dalam bahasa inggeris... mungkin juga bahsa inggeris aku lemah dan aku tersalah faham soalan namun yang pastinya aku punya IQ tidak tinggi huhuhu...(below everage)!
2 kali try pada laman web yg berlainan tapi tetap sama hehehehe


kepada yang dah buat ujian IQ tu rasanya boleh dipercayai tak benda tu... err kalau yg belum buat ujian tu buleh tanya cik google hmmmmmmmmmmm...