Halaman

26 Februari, 2010

IT Album: perkakasan komputer

DDR RAM 1GIG

 
G4 INTEL MOBO

 
KOTAK


SPESIFIKASI

 
CPU SOKET

 
 PCI SOKET (HIJAU)


 DDR3 SOKET


DIMM(ATAS) DDR3 (BAWAH)


25 Februari, 2010

oh... kenapa aku masih rindukan yang dulu...


كران يڠ دولو اينده... يڠ دولو ميمڠ ترسرله

يڠ دولو اداله سجاره... يڠ دولو اكو تيدق ڤرنه ساله

يڠ دولو اكو غائرح ممره ايديا...
كران يڠ دولو كاسيه ترچيڤتا
 
ناقايب لوقهمن11.03.1431  

23 Februari, 2010

Hanya gitar tua menemani...

Malam sudah dingin semakin dingin merapati pagi dan kesunyian mengelilingi seluruh atmosfera bilik aku yang berselerakkan dengan pemandangan yang dah jemu aku menatapinya sekian hari.... mujurlah ada sambungan internet maka boleh juga lah layan facebook, blog dan cari sedikit maklumat..............

Nak pasang radio tak buleh sebab memang aku tak ada radio. nak dengar secara online sambungan internet pulak laju seperti siput berlari............ lalu aku mainkan lagu mp3............ aku layan lagu2 60an.... yeaahhhhhh....
orang muda macam aku ni kan memang kenalah jiwa layan lagu2 60an :P :P....

Kenanganku kepadamu
Di waktu engkau di sampingku
Senyummu manis yang kau berikan
Bikin hatiku jadi tertawan

Kepadaku engkau berjanji
Akan setia sehidup semati
Selagi hayat dikandung badan
Engkau seorang jadi pujaan

Tapi apa hendak ku kata
Kenanganku hampa belaka
Tinggallah daku seorang diri
Merana hidupku setiap hari

Namun engkau tetap kupuja
Walaupun kini kau jauh di mata
Siang dan malam
Wajah terbayang
Janjimu itu tinggal kenangan


 errr.. menusuk kalbu............. 


lalu aku mencapai gitar aku yang sudah usang itu........ ku cuba petik2 mana lah tahu kot kot dapat keluar macam lagu tadi............. tapi hampa.............. aku tak pandai bermain gitar sebenarnya.............. haiyaaaaaaa... apapun aku suka memetik gitar dikala kesunyian walaupun tahu betapa sumbangsihnya lagu yang aku mainkan........... aku tak peduli itu semua............. aku tetap dengan kod kesukaan aku iaitu Am dan Dm serta G dan Em.............. suara gitar kalau dimainkan dikala suasana sunyi memang gemersik.............. tapi aku tak lah petik kuat kuat.......... tak feel pulak...........


dan siang tadi aku ada beli simkad baru Celcom Blue namanya... kenapa aku beli baru sebabnya no lama aku dah kena terminate aku lupa nak tambah kredit... aku rasa baru lagi aku tambah... maklumlah banyak sangat nombor......... bukan banyak sangat tapi dua sahaja.... kerana dah terlalu sangat bergantung kepada nombor keluaran syarikat AK tu maka yang biru tu terpinggir begitu sahaja...... ditambah pulak telefon bimbit aku itu sudah tersangat semputnya.... errr berbaloi baloi kah.................... tak tahu lagi apa nasib kesudahanya.........


 


21 Februari, 2010

Macamana menjaga enjin kereta pada kos yang lebih jimat


Minyak masak (minyak kelapa sawit)

Aku sebagai pencinta alam sekitar..... err... yer betul, mula2 aku bangunkan blog aku ni antara motifnya adalah untuk mempromosi kan tentang alam sekitar kepada dunia...



antara yang boleh dilakukan untuk itu adalah dengan mengurangkan atau tidak langsung menggunakan minyak pelincir atau minyak enjin bagi kenderaan kamu semua......... hmmmmmmmm...

yer benar! minyak pelincir yang dijual kat kedai memang.......... mahal!......... labih2 lagi yang jenis sintetik... yang jenis sintetik ni lah yang paling bahaya sebab ia susah nak diuraikan secara semulajadi atau secara ringkasnya ia  mencemarkan alam sekitar kerana sifat ketoksikkanya itu...


sebagai langkah alternatif kita seharusnya kembali kepada yang semulajadi dan sebagai jawapanya minyak kelapa sawit adalah satu pilihan yang amat bijak dan paling tepat............... walaupun masih perlukan kajian yang lebih lanjut namun sudah ramai pengguna motorkar atau juga motorsikal telah mencuba minyak kelapa sawit sebagai minyak pelincir untuk kenderaan bermotor mereka............

mengikut kata mereka hasil yang positif dan berkesan dengan penggunaan minyak sawit itu sungguh mengejutkan!........... sungguh menjimatkan! sungguh berkuasa!!!


namun......... sebelum anda mencuba miyak sawit pada enjin kenderaan bermotor anda adalah perlu dan wajib dilakukan sedikit perubahan atau penukaran..... atau penambahan.....................

1... kena tukar gasket yang lebih baik dan berkualiti
2... tambahkan oil treament


demi alam sekitar beranikah anda untuk bersama sama mengguna minyak sawit....... nak tunggu bila??? err... eh jangan tunggu esok..................... 


ingat... ini bukan AUTA... ini adalah fakta...................


ada berani.............?!!!











20 Februari, 2010

apa masalahnya...

 
sio pak choy


hmmmmmm... semalam aku sakit perut... tak lah teruk sangat tapi sikit jer lah... yang aku ingat aku ada beli itu sayur sepetri dalam gambar kat atas.... kat sebuah pasaraya berhampiran dengan rumah....

kat pelekat harga tu ada tulis nama sio pak choy... dalam bahasa melayu aku tak tau.. kalau kat kampung bonda ku pangil lobak!....


murah harganya RM1.00, ada 4 pokok.... sedap juga rasanya bila digoreng bersama daging lembu.....


tapi kenapa aku sakit perut....... apakah kerna aku makan itu "sio"....


tu lah... ko biasanya ko tak makan benda2 tu semua... yang ko nak makan jugak tu kenapa?... monolog orang sakit perutnya....



errr... apa daaaaaaaaaa punya n3................................... adeeeiiiiiiiii..............




18 Februari, 2010

kekayaan buleh dicipta

baru tadi aku baru balik dari meeting bersama dengan orang orang kaya dan bakal bakal jutawan... whoaaa kaya kaya dorang semua... dalam sampul penuh dengan duit berjumlah ribuan ringgit........... whoaaaaaaaaa kaya sakan.......... aku yang nengok.......... terdiam ajer.............

eleh ribuan ringgit tu tak banyak lah........... hahahaha itu kata kamu yang memang dah kaya bagi aku yang belum bergelar jutawan nih... duit sebanyak itu dah kira kaya sangat................. lagipun yang dapat duit tu pakcik yang dah tua lebih tua dari aku sebenarnya hm......... tua-tua buat apa duit banyak2 bagi kat aku kan elok hahahahaa................ buleh aku beli motor baru yang lagi besar....

aku seronok juga tengok dorang semua kaya kaya... ya kaya tapi tak sombong.............. sebenarnya pakcik tu bukan nak tunjuk kat kami semua duit dia banyak tapi kami yang nak tengok.......... maklum ajer tak pernah tengok duit banyak!

tentu ada yang tertanya tanya apa meeting yang aku pergi tu........ gambaran yang ada hanyalah orang kaya dan duit banyak.............. tak dapat nak cerita kat blog ni.......... kena tapis..........

apa yang buat aku terfikir masa aku sudah balik dari tempat  adalah kekayaan memang buleh dicipta kekadang sekelip mata kekadang beribu kelip mata hahahaaaaaaaaaaa....

dan apa yang menarik lagi adalah tak ramai orang melayu kat malaysia yang kaya raya bertambah lagi lah pulak ekonomi negara kita dipegang oleh bangsa lain....... tak tahulah betul ke tidak kenyataan beliau itu tapi... yang aku nampak semacam itulah... kalau dalam bidang lain seperti merempit, buang anak, hisap dadah dan jenayah tadak bangsa lainlah yang nombor satu..............



anda mahu kaya....... mahu jadi orang kaya.......... mahu kaya selamanya........... jadi ciptalah kekayaan anda...

16 Februari, 2010

janji ada...








nahin malum... nahin kehna... nahin dekha hai.... lekin.............. muje bohut bohut...
kabhi kushi khabi gham! hahahaha

15 Februari, 2010

Dia tak mahu datang...



Dulu tanpa jemu dia datang....


sikalang....... sudah tak mau dia datang..........


tak sudi kah dia lagi...??


aku menanti dan menunggu setiap hari...





hmmmm... hari ini pun dia tak mo datang...

merajuk kah kamu............ kecik hati???... tak mungkin...


atau aku yang tak pernah pergi... errr.......... aku lupa....


cuba ingat balik.... hmmmmmm... mungkin...........

14 Februari, 2010

Benarlah kata Dr M... melayu mudah lupa...

kepada yang sedang bercuti selamat bercuti pada yang memandu balik kampung hati2 dijalanraya pada yang naik kapal terbang jangan cuba2 nak terjun tunggu sampai kapal tu mendarat dulu huhhuhu...

1. Aku terlupa hari
errr........ petang tadi aku ke pasaraya kegemaran aku yang dekat sahaja dengan rumah. niat dihati nak beli mi segera dan apa2 ajelah yang mungkin berekenan nanti...

kat pasaraya tu aku tergoda dengan me segera goreng pedas asli jadi aku ambil saja lah tanpa fikir panjang lagi............. ronda2 jap hmmmmmmmmm tak ada yang menarik dan yang menggoda.... skodeng2 kat dalam peti ais.... nampak yogourt............. oh...! menarik.......... dah lama rasanya tak makan........... maka aku beli...

satu aje aku beli.... sampai kat kaunter aku nampak ada kertas kotak bertulis.... aku tak perasan sangat apa yang ditulis.... aku igt kaunter tutup.... jadi aku kaunter sebelah... aik!.... ada juga!........

pengjaga kaunter bayaran tu bertanya," mahu plastik ker tak?"... aku kata tak payah lah........ sambil menjeling pada kertas yang bertulis tu............"KALAU MAHU  BEG PLASTIK KENA BAYAR 20SEN"

Eh bukan hari ahad ke hari ni hehehe......... errrr patutlah pasaraya tak nak bagi plastik beg.... tak pakai plastik pun tak apa sebab aku beli barang bukan banyak sangat pun........... kenapa aku tak mahu bayar 20 sen.......... aku tertanya sendiri..........

2.  bagi pelupa makanlah:-
     i-ikan setiap hari...
     ii-kacang badam
     iii- kismis

3. jangan makan atau pantang:-
    i-kepala ikan
    ii-bawang besar banyak2
    iii-semut!


apa yang aku dah makan??? atau aku kurang makan apa......... badam??? kompem tidak....... mahal lah itu badam........ kismis....... jarang jarang.......... ikan......... kadang kadang......... atau aku dah terlebih makan............................ nasi! haaaaaaaaaaaaaa... badan ku kurus aje........ mana mungkin!!!


errkkk aku dah lupa daaaaaaaaaaaaaa apa aku nak tulis............

09 Februari, 2010

aku pun dah tempek Shoutmix

ermmm oleh kerana ramai gak yang dok komplain susah nak komen dan
menyusahkan nak komen jadi aku sebagai pemilik blog ini telah menempek Shoutmix
widget.............
jadinya bulehler guna widget tu untuk kasi komen ker nak tanya apa ajerlah pasal IT ker pasal
masalah komputer ke... aku tak ler terer sangat tapi aku bulehnyer tolong sikit2... huhuhuu
bukan susah ada internet.... manyak senang maaaaaaaaaa.... kawan2 yang lain pun buleh bantu... hehhe
kata wonderpets.... apa yang penting............... kerjaaaaaaaaa sama huhuhuhuu


ok... cukup... panjang karang......... banyak merepek pulak............ adios... wassalam....

04 Februari, 2010

yang sempat aku nampak...

aku rasa baru ajer aku buat n3... tak dan nak sejuk pun aku dah gatal tangan nak menaip n3 baru... haih..................

bukan apa... saja nak memeriahkan dunia blog kat malaysia nih... nak jadi penulis kat majalah2 atau akhbar kompem tak dapat.......... dengan adanya dunia IT dan internet itu semua tak jadi masalah... dengan blog bulih tulis apasaja... asalkan tidak lari dari unsur2 negatif seperti perkauman. penghinaan, seksual (18SX), plagiat dan sebagainya... 




siang tadi sempat juga aku ke Kuala Lumpur siar2 tepi jalan dan jamu mata kat shopping komplek lain yang dicari lain yang dibeli hehehehe



banyak benda menarik dan yang jarang2 aku nampak kat tempat lain tapi kat KL smua ada huhuu



aku nampak...






1- india tua tidur terlentang kat kaki lima restoran cina... oh kesian sungguh.......... macam mati ajer aku tgk dia kat situ... tadek saper yang kisah pun dia tidur kat situ....... lena ajer dengan selamber.... entah apa mimpi dia masa tu... aku rasa kesian juga tapi apa aku buleh buat...

2- penjual tisu...
hmmmmmmm kalau dulu kalau jumpa orang tua buta dan kurang upaya kat tepi kaki lima biasanya peminta sedekah tapi sekarang pesen tu dah berubah... ada kemajuan sikit iaitu dengan menjual tisu... sekali lagi aku hanya mampu rasa kesian... aku jenguk ada beberapa ringgit dalam kotak dan sedikit tisu...

3-penjual krim kecantikkan
errr yang nih lagi hebat.... dorang buat promosi betul2 atas tanga depan pintu masuk pusat membeli belah sesapa yang lalu situ dah tentu kena tarik hehehee.... aku... kompem dah kena tarik... aiyooooooooo pompuan yang mulus itu menarik tangan aku... batal air sembahyang!..... bukan dia tarik masuk bilk maaaaa dia tarik tangan supaya cuba dorang punya produk.... dia bagi tangan aku kat lelaki yang jaga meja tu... hampeh!..... baik punya promote aku termakan... dia cubakan sapu atas kulit tangan aku dan selepas beberapa minit dia sapu dengan kain....


gumpal2 jugalah sel mati yang kuar.... dia suruh tengok ada perbezaan tak dengan kulit yang tak di bubuh krim... hehehee aku kata mana ada beza sama ajer....... kulit aku mmg dah licin... hehee maklum ler orang kerja kat bandar! kalau buat bendah padi dah tentu banyak kesan digigit lintah dan sengatan matahari...

kata dia krimni ok sbb dia guna sengkuang sebagai bahan utama dan tiada kesan sampingan... kot gitulah katanya aku dah lupa daaa....dia duk cakap bagus sajer... harga satu botol RM15.00 kalau beli tiga RM45.00 dapat satu free... erkkk 

aku tak berminat nak beli... aku pun nak berlalu pergi... dia pujuk lagi... dia kata kalau mau dia bagi harga istimewa... hehehe

aku berkeras tak mahu... bila aku mahu melangkah kakiku yang sudah letih berjalan itu maka lelaki itu pun berkata oklah kalau abang mahu cuba, saya bagi ini... abang ambiklah satu botol nih cuba dan bagi harga yang sungguh istimewa RM10.00 ajer huhuh
dan dia kata lagi bagi RM10.00 baru nak beli kalau tak, tak mahu... errrr tau tak per huh...

ingat aku nak pakai sangat ker benda tu... biaq lah kulit muka aku nih berminyak ker apa aku tak peduli huhuu RM15 hingit aku tak mahu bayar... tapi aku kira oklah beli tu sebagai menyokong produk buatan malaysia atau rakyat malaysia....

aku nak cuba sapu dekat parut2 kesan aku jatuh motor dulu... kalau berkesan ok ler kalau tak berkesan aku cuba pulak guna sengkuang asli... tenyeh sampai hilang hhuhuhu... insya'Allah...

4- naik bas
hmmm dah lama aku tak naik bas awam pergi KL sekali tersalah naik bas, kata pemandu tu... "bas ni tak pergi KL nanti tunggu bas belakang" hheheee

bila bas belakang tu dah sampai aku naik ler... aku kata nak pi KL... "baper tambang"? tanya aku tanda tak pernah tahu... "tiga ringgit" jawab pemandu tu.... OOOOOOoOoO dalam hatiku... mahal pulak...
seingat aku dulu nak pergi KL dari umah aku tu cuma RM2.50...
oklah bas tu ok ada lcdtv........ hhuhu tapi citer sama duk ulang2 sampai ler KL... citer drama Bella... bangla tengok pun ternganga hahahahaaa

03 Februari, 2010

kisah sedih itu...




Oklah nak cerita pasal kisah sedih itu.......... aku tak reti nak ceritakan kisah itu supaya jadi lebih menyayat hati sebab kisah ni walaupun kisah benar dan benar berlaku tapi ia diceritakan oleh seorang kawan yang berlaku kepada seorang kawan sekerja hmmmm............



Ditakdirkan lah pada suatu hari member aku tu bercerita tentang ibu kepada seorang staf kat tempat kerja kami telah datang melawat anaknya bekerja........... mungkin terlalu rindukan anaknya itu......... maka dari jauh dia datang............... bayangkanlah seorang ibu dari kampung datang menjenguk anaknya bekerja kat bandar....

Aku kenal staf tu... baru masuk kerja............... seorang perempuan lingkungan 20an... aku selalu juga gurau2 dengan dia hehehee.......... orangya agak gebu.............. dan manis macam buah epal hehehee....


semasa ibu dia datang tu kebetulan dia sedang sibuk buat kerja....! memang betul kerja tu tak berapa sesuai dengan seorang perempuan.............. agak berat kerjanya...............bayangkan seorang perempuan kena buat kerja seperti kerja orang lelaki! berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...



maka, apa sebenarnya yang terjadi aku tidaklah tahu tapi mengikut kawan aku itu, ibu perempuan tu menangis-nangis dan airmata bercucuran..................



aku tanya kawan aku yang bercerita itu... betul ker nih... betuller............... ko tak percaya ker.......... mak dia datang............ masa tu dia tengah buat kerja................. kat situ juga kisah airmata tu berlaku.............. dia tanya lagi kalau nko lah camner ko menangis tak tengok anak ko buat kerja begitu....... aku kata tidak........ aku tidak menangis... sebab asalkan kerja tu halal dan pendapatan pun juga halal............ kalau dia mencuri ker sedih ler juga.......... hmmmmmmmmmmmmmm



apa pendapat anda pula......... errr pendapat ajer bukan pendapatan..........



*tak sedih pun uwaaaaaaaaaaaaaa

02 Februari, 2010

hari ni tak sempat...

kerana terlalu sibuk dengan kerja... erkkk bukan sebenarnya sibuk dengan rehat selepas penat bekerja... maka aku menyepikan diri dari blogger...


nanti bila dah pulih tenaga nanti akan diaktifkan semula lah ... lagipun masih ada satu hutang...... hmmmmmmmmmmmmm kisah sedih itukan...


pagi2 ni tak sempat lak.........


na kena tidur awal............