Halaman

10 Disember, 2009

Bersama Bos Baru...

Sebenarnya sejak 2 hari lepas ditempat kerja kami telah mendapat bos baru setelah yang lama sudah berhenti setelah cuti panjang kerana isterinya melahirkan anak... dia mungkin berhenti sebab dah dapat rezeki yang lebih baik... hmmmmmmmmm harapnya begitulah rezeki anaklah katakan........ hehee



Siapa bos baru?

hmmm bos kami itu seorang perempuan! lebih muda dari aku....... kecik molek orangya heee hehee masih lagi dalam latihan kerjalah kiranya sebab baru masuk kerja kan.... kiranya dia bos untuk bahagian kami lah... dan ada lagi dua orang bos selepas dia hmmmmmmmmm... yang lain tu lelaki ler....

tak de apa sangat nak diceritakan pasal dia sebab masih baru namun aku harap dia nanti tak lah cuti bersalin sampai 4 bulan heheheheeee... kalau yang bos lelaki dulu cuti seminggu rasanya sebab bini bersalin inikan pula bos itu sendiri yang bersalin ehemmmmmmmmmmmmmmmmmm

Bila sudah tua...

Hari ini aku melihat satu kuarga dengan anak dan cucu bersama... yang warga emas tu aku kira ayah dan ibunyalah... tak tahulah pulak kalau datuk dan nenek mereka...



tapi yang menarik perhatian aku ialah kedua mereka yang sudah dikira warga emas tu dua2 berkerusi roda dan anak2 mereka melayan mereka denga baik sekali sdengan penuh kasih sayang... dari percakapan mereka aku rasa mereka melayan kedua warga emas itu semacam mereka melayan kanak-kanak...



lalu aku terfikir apakah bila aku sudah tua nanti akan jadi begitulah keadaanya... errrrrrr... dah tak larat berjalan oh... takdir penentu segala....... tapi tak tahulah kan kalau umur sempat merasa tua huhuhu..... tapi aku hanya mampu berdoa pada tuhan "Ya Allah,
Jadikanlah sebaik-baik umurku diakhirnya,
Jadikanlah sebaik-baik usahaku penyudahnya,
dan sebaik-baik hariku ialah  hari berjumpa dengan ENGKAU."
Amin....







*n3 sebelum nih masih lagi ki komen oleh 7 orang ajer huhuuhuuhu

08 Disember, 2009

Orang asli pun tak sanggup!


orang asli...

huhuhuhu beberapa hari lepas tempat kerja ku ada terima orang baru... ada dua orang baru masuk kerja lah gitu... aku tengok dorang tu lain macam tidak seperti manusia yang lain biasa aku lihat... masa ku jumpa ngan dia pun aku tak reti nak tegur... huhuhu

tapi bila dorang dah berenti kerja baru aku tahu dorang tu semua adalah keturunan orang asli... adesss... camner aku buleh tak perasan padahal aku pernah tidur dikampung orang asli kat Tasik Banding lebih dari 10 tahun yang lalu hehehehe.....



Masa aku tengok dorang bekerja aku rasa kesian juga... aku rasa budak tu lebih muda dari aku walaupun kulit dia lebih gelap dari aku hehehe aku perasan jer lah tu hahahaha... bukan apa aku kesian tgk dia buat kerja seolah-olah dia tak biasa dengan keadaan itu semua.... yerlah tempat berhawa dingin dan sejuk... dinding batu dan jauh berbeza dengan hutan rimba dan sungai....................................

Dorang sempat kerja dua hari ajer lepas tu ntah kemana menghilang........ aku pun tak tahu macamana syarikat kontrak yang uruskan pekerja tu buleh amik orang asli jadikan manpower! adesss.... bukan aku perlekehkan dorang tapi........... memang kesian lah aku tengok.........


Tapi bila aku fikir-fikirkan........ ornag asli pun tak sanggup kerja kat situ.... aku orang melayu biasa dan dah tak tinggal dalam hutan dan agak moden ini ajer yang sangup kerja kat situ huhuhu... (tempat kerja terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu).

07 Disember, 2009

Kenapa 7

Yer betul aku juga obses dengan angka 7... banyak benda dan perkara yang ada pada aku atau terjadi pada aku berkaitan dengan angka 7... dan yang terakhir n3 aku yang sebelum ini dikomen oleh 7 orang sahaja huhu dan kebanyakkan  n3 yang lepas2 pun sama... apakah bila dah cukup 7 org yang beri komen maka yang lain hilang minat hehehee.... errrrrrrrrrr


semalam ada kejadian pelik, agak pelik sebab ia berkaitan dengan kesilapan maklumat atau silap pendengaran ataupun juga maklumat yang sampai dari sorang kepada org yang lain sudah berubah dari maklumat asal... biasa terjadi kan...


aku pun terkejut bila ada kenalan aku berkata KB Mall di Kota Bharu telah runtuh dan ramai yang telah mati dalam kejadian tersebut... bila ditanya siapa yang beritahu katanya bini dia yang beritahu melalui telefon hahahahahaaaaaaaaaaaaa


Hari ini bila aku buka online paper rupanya ada kereta dari tempat parking kereta bahagian atas bumbung bangunan tersebut telah hilang kawalan dan merempuh dinding saluran angin lalu jatuh kebawah dan menghempap ke arah tangga lif dalam bangun tersebut... maka dua org telah mati dan yang lain cedera parah terutamanya pemandu kereta tersebut...... semua mangsa yang terlibat adalah remaja perempuan!


tempat kereta merempuh dinding...


remuk.....


pandangan dari bawah....


jalan sesak... sbb ramai yang nak menyaksikan!

06 Disember, 2009

Sakit kaki ku

sejak akhir2 ini aku mula merasakan kesakitan kaki mungkin sebab kerana terlalu lama berdiri... sebelah kiri dan kanan dua2 sakit....... kalau dulu masa aktif bermain bola sepak memang selalulah sakit kaki sakit buku lali dan sakit peha......... macam2 sakitnya bila lasak2 main bola.......... itu belum lagi sebab kena sepak oleh kawan atau sendiri sepak kaki kawan tapi kaki sendiri yang sakit hukssssssssssss...



hahahaaaaa... apalah pulak pasal sakit kaki pun nak tulis dalam blog huuuuuuuuu.... tulis jer manalah tau kot ada kawan2 yang pandai urut kaki, kalau yang buleh urut jarak jauh lagi best hahahaha................ hebat tu!


Tekanan tempat kerja....... rasanya memang tak boleh larilah masalah psikologi macam nih.... cuma macamana tekanan itu diuruskan ajer... tak kerja kan tekanan juga....... balik umah makan sup betik muda kan best hehehehehe..................... bubuh lada hitam lebih sikit kasi panas.... whoalaaaaaaaaaaaaaaaa



kesilapan... sejak kebelakangan ini juga aku sering melakukan kesilapan.... bila keadaan kelam kabut jadinya maka aku tak dapat nak berfikir secara teknikal dan sistematik................. harubiru jadinya.... panik dan gementar!... hilang kesilapan semalam timbul pula yang lain......... hmmmmmmmm.... letih .... meletihkan hheheheheheh........ itulah cabaran ....... dugaan dan kesilapan yang aku lakukan......... sudah takdir......



sekarang dah bulan 12/Disember dah penghujung tahun.......... sekejap saja......... uban dah memutih dikepala      mata dah tak berapa terang.... power dah mengurang.......... hukssss.............. pendengaran makin gawat................ tubuh badan tak segagah dulu lagi heheheheheee









oh tidak jam sudah 12am.............. aghhhhhhhhhhhhhhhhhhh nak tidur........kena bangun awal,........... besok kerja looooooooooooooo.... oh tidak.......... ahad yang menggamit tapi aku kena kerja.......... macam tak biasa pulak..................................................................

04 Disember, 2009

lori pun kena angkut!

hari ni aku ngan member aku kena tahan polis (roadblock) aku menumpang motor member aku ajer... dan sememangnya tiap2 hari ada sekatan jalanraya pemerikasaan polis kat jalan yang sama itu. jalan itulah yang aku selalu guna untuk ketempat kerja...

sudah beberapa kali aku lalu situ tapi baru sekali kena tahan... biasanya dia kasi lepas jer aku mungkin dia nampak motor aku tiada yang curiga... ataupun tuan motor pun ok ajer hikss.... masa dia tahan hari semalam lepas tu polis/JPJ tu kata nak tengok lesen dan roadtax tapi aku keluarkan roadtax jer lepas dia jeling jer roadtax tu dia kasi lepas aku, tak sempat pun aku nak kasi tunjuk lesen aku huhuhu.... lesen masih sah dan belum expired maaaaaaaaaaa hmmmm....




itulah kali pertama aku kena tahan sejak 5 tahun aku menggunakan jalanraya hihihiiii, biasa kena tahan juga tapi time tu aku menumpang member... kadang2 ada juga polis yang minta penumpang keluarkan IC... hhuhuuuuuhuhu... erkkk apakah aku ini menyerupai org seberang! oh tidak.... hukssss bikin ribut gue.... malu dong ahhh.....






masa kena tahan tadi member aku tanya makcik JPJ yang duduk dekat meja situ... 'nak cari apa buat roadblok?" makcik tu kata nak cari motor kena curi, sbb selalu ajer terima laporan kes kecurian motor... bukan saja motor lori pun hilang maaaaaaaaaaa.... adessss,,,.... helikopter tadek orang nak curi ker....!


setahu aku lah kalau motor yang kena curi, alamak berputih mata ler sebab motor yang kena curi tu dah tentu kena potong dan hancur seketul-ketul... sebab pencuri itu hanya mahu jual komponen2 yang boleh dijual dan mendapat permintaan yang tinggi dan dijual murah2... tak percaya tanya mat2 rempit huhuhuh... tak semualah tapi logiklah kan...


sebagai contoh aku ada member yang suka menangkap ikan dikawasan lombong berdekatan Puchong dan Shah Alam nih dia kalau tangkap ikan bukan setakat mancing, tak puas hati dia pi menjala hihihii.......... haaaaaaa kalau dah campak jala kompem banyak dapat, dapat bangkai motor ler hhuhuuuuu ikan belum tentu dapat! kalau dapat bangkai motor membebel lah mulut dia mau tidak jala rosak dan carik.... dah ler berat nak mamp**.!.... @#@$ka punya penyamun! huhuhuuu

itu kisah dia... yang jadi berkisah nya pasal motor kena curi nih susah nak banteras... pakai manga sebesar gajah pun buleh hilang... ada juga yang siang2 hari motor hilang huhuhu......... penyamun zaman sekarang bukan dia fikir apapun...... janji dapat........




* aku bercita-cita nak beli helikopter.......... errrr....................

03 Disember, 2009

beronline sekadar untuk kemaskini blog...

sememangnya masa yang tersisa untuk aku kali ini terlalu membuatkan aku sibuk. sibuk dengan kerja sibuk dengan tidur dan rehat dan macam2 perkara yang tak dapat nak diceritakan... sibuk sungguh-sungguh walaupun kesibukkan itu menyibukkan keadaan yang telah tersedia sibuk dan kekadang buat-buat sibuk... cuma beleum berkesempatan untuk menyibuk ditempat orang hahaha


oleh kerana terasa lama benar tak buat entry jadi malam nih terasa pulak nak buat dan nak jenguk blog kawan2 tapi rasanya tenaga sudah berkurang, malam2 hampir mendekati kepada tengah dan menjelang pagi, aku mahu tidur letih sangat badanku ini terasa sakit seluruh sendi dan otot-otot...

walaupun aku cuba minum kopi super poWer tapi belum tentu poWer itu akan datang akan membuatkan aku bertenaga, bukan sekadar cuba tapi memang sedang minum secawan tatkala aku menaip entry ini... masih belum sejuk pun kopi yang aku buat dan aku minum... apalah kan malam2 minum kopi kan tak boleh tidur pulak... takper tak buleh tidur pun tak per sebab besok aku off, tak kerja... hmmmm...


alangkah seronoknya kalau tak payah tidur tak payah makan, tapi sudah takdir kejadian manusia segalanya dalam ketentuan Illahi...

sambil melayan radio manis.fm aku menaip setiap perkataan dengan malasnya dengan terpaksanya dengan tak bestnya hehehehe... oh!... kenapakah, haruskan begini atau bagaimanakah boleh terjadi begitu... gOOO!!!! get the power got power to fly to survive to bleach the bad...


jam sudah berubah kepada 11.45 malam... aku masih terkebil-kebil menaip sambil mencari idea semoga penuh tulisan aku pada entry kali ini... merepek mungkin... itu sudah kebiasaan... sambil berhati-hati agar tiada taipan yang salah dari segi ejaan dan susunan ayat serta makna agar tiada yang akan berkata oh! tidak...


namun sejak musim hujan ini aku juga tidak terlepas daripada  ditimpa oleh hujan... semasa nak pergi kerja juga bila mahu balik kerja tapi itu tidak melunturkan semangat aku cuma hujan pagi2 itu jer buat sungguh mengduga jiwa yang masih mahu diselimuti yang masih mahu didakapi huhuhu... oh,... hangat... sejuk kena hujan... tak mampu nak beli jet ler ngeh3x...



Raya haji lepas aku tak balik kampung, sebab kena kerja juga adess... sungguh tidak best... tapi takper sempatlah juga aku beraya kat sini bersama kawan-kawan yang juga tidak balik kampung... cuma macam biasalah seperti tahun2 sudah tak merasa ler daging korban... lagi tak best... alangkah tak bestnyer hidupku...
betul ke tak best... aku kisah... ada lagi manusia yang tak best dapripada aku rasanya... aku ok ajer terima segalanya hmmmm....

dalam entry kali ini aku cuba untuk menulis sepanjang mungkin yang aku mahu walaupun aku tahu ada yang tak suka membaca panjang2,,, err tak per jangan paksa diri anda untuk membaca kalau tidak selesa nanti merusak jiwa batin merana hahahahaha... bak kata CkLah Biar Santai-santai....

oh kasih damailah
engkau disana...

ku berdoa pada tuhan
agar kau bahagia...

selagi ada waktu
selagi ada rindu
biar beribu batu
mungkin aku bertemu...

kebetulan lagu nih kuar kat radio aku taip jerlah lirik2 dia kat sini sekadar melengkapkan pesanan penaja errrrrr....