Halaman

10 Mei, 2009

Perjalanan 4: Aku mahu bela anjing


Pernahkah anda menonton filem bertajuk So weit die Füße tragen a.k.a As Far As My Feet Will Carry Me (2001) kalu pernah tentu ingat pasal dia ada seekor anjing serigala itu. Pada yang tak pernah menonton takper buleh tgk kat youtube... Aku pun dulu layan kat astro jer... citer ni memang best dia mengisahkan seorang askar masa perang dunia.

Ya aku suka anjing tu dan aku mahu bela anjing yang seperti itu. Apa yang best pasal anjing ialah sebabnya dia buleh jadi kawan yang baik dan buleh jaga kita hohoho. errr org islam maner buleh bela anjing haram nanti malaikat rahmat tak masuk rumah. dan mmg betul anjing adalah haram disentuh atau dimakan. segala yang ada pada anjing adalah haram walau kulit walau bulu walaupun disamak sekalipun.

Then persoalan buleh ker kita bela anjing sedangkan kita nih org islam dan dalam islam mengatakan anjing itu haram. buleh ler rujuk ngan ustaz yer klu nak tahu lebih detail. aku cuma nak cerita pasal aku nak bela anjing jer. yo lah kan sebab kan sekarang nih dunia kita penuh dengan manusia yang lebih teruk daripada anjing. klu ada anjing buleh juga dia kejar peragut dan juga penjahat2 bajingan semua hehehehe.

Dan anjing yang berwarna putih macam dalam filem itulah yang aku lebih minat sebab dia cantik dan comel tapi garang. kalau anjing bulldog yang hodoh tu aku tak nak atau anjing kurap tepi jalan tu takmo ler... menghabiskan beras jer.. eh anjing makan beras ke? mungkin kot hahahahahaaaa....


kepada yang bela kucing tu jaga2 yer nanti anjing aku kejar kucing korang aku tak jamin akan dapat insurans ke idak heheh.

6 ulasan:

  1. boleh arr bela anjing untuk tujuan keselamatan..
    jaga ternakan, jaga kebun..
    tapi kalau ko suka2 nak peluk2 tu aku tak tau ler..
    iyaler banyak nak kena jaga..
    kalau terlebih rajin nak buat samak selalu boleh arr bela kat rumah..

    BalasPadam
  2. hehehee mmg ler nak buat jaga jer... aku nih sebenryna alergi ngan anjing... nak aku peluk2 tak mau ler......

    *tapi masalhnya anjing tu tak sesuai ngan iklim
    malaysia yang panas tahap gaban nih... 2 hari bla esok kompem monyok semacam jer anjing tu nanti....

    *bela monyet lak kang huhuhu

    BalasPadam
  3. ko bela jer hantu raya..
    memang ter'jaga' ler segala benda...
    har! har! har!

    BalasPadam
  4. oit makcik yus.... bela jin tu dah kira syirik!
    aku tak nak susah nak mati nanti...

    sangup lagi bela kambing daripada bela jin hehehehehe....


    *kambing ada gak harga walaupun tak mandi har har har har

    BalasPadam
  5. tak payah bela anjing kalau nak jaga rumah. Pasang alat penggera dan CCTV pun ok kot. Sekarang kan zaman dah canggih hehehe

    BalasPadam
  6. YB.... mmg betul tu sekarang dunia dah maju zaman dah canggih... senang serba serbi...

    tapi camner nak bawa jalan2 cctv tu huhu....

    BalasPadam