Halaman

30 Jun, 2009

Blog dari aku...



Blogger... bagi aku adalah suatu fenomena di zaman internet serba IT ini... Dan aku telah terjerumus dalam dunia blog sejak beberapa tahun lalu... bermula hanya kerana ingin mencari sebuah lagu. Lagipun kisah ini aku pernah tulis semasa aktif disana. kisah yang sama namun aku terpaksa sampaikan dengan nada yang berlainan sikit sebab di blog Blogger.com komuniti dia agak berlainan sedikit.

Kenapa aku ingin bercerita semula pasal kisah aku sebagai blogger, hmmm adalah hanya satu sebab sahaja iaitu aku tak mahu timbul spekulasi yang buruk dan buleh menjatuhkan kredibiliti aku sebagai blogger yang profesional... minta maaf ler andai kata aku hanya perasan yang aku ini profesional tapi sebenarya tidak dan setidak-tidaknya aku cuba untuk tidak meletak atau melarutkan emosi aku bersama entry dan artikel yang aku tulis. Aku cuba untuk tidak menggangu hak orang lain serta tidak menyalahi undang-undang dan tidak menimbulkan provokasi secara halus atau kasar!

Ya betul andai kata ada yang sudah mengenali siapa aku akan berkata aku tahu siapa enkau... siapakah aku...? Ada yang bertanya pada aku betulkah saudara ada akaun multiply, dan aku tidak mengatakan tidak kerana memang betul aku punyai akaun disana bukan satu malah tiga! Disitulah kerjaya sampingan aku bermula sebagai blogger walaupun tidak dikenali ramai dan tidak famous... bukan itu yang aku cari, disana aku mencari mp3 sahaja dan tempiasnyer hanyalah hubungan persahabatan dialam maya.

Percaya atau tidak dialam maya juga boleh wujud konflik diantara bloger dan blogger yang lain. permasalahan itu timbul adalah kerana kurangyer sikap profesional dan terlalu mencampuradukkan emosi diri dalam blog. Bukan tak boleh nak meluahkan rasa dan berkongsi cerita namun harus faham pada keadaan blogger lain juga. Masing2 ada tugas yang lebih penting diluar sana namun dialam maya hayalah sebagai persingahan cuma! Kejadian blogger menfitnah blogger yang lain memang wujud.

Aku bukan provokasi bahawa blogger perempuan adalah emosional tapi dioarang lebih cenderung kearah itu... mudah sangat tergelincir, huh. Mesti ada yang kata kalau aku tak emosional kenapa aku batalkan 2 akaun blog aku itu. Aku batalkan blog aku itu dulu semata-mata sebagai pergorbanan aku untuk menjernihkan semula yang keruh walaupun aku sayangkan blog aku yang mula2 itu. Dan hasilnya aku memang perolehi kejernihan semula bersama bloger2 yang lain.

Semasa aku mula-mula war-warkan kepada rakan bloger aku kat multiply bahawa aku akan mula buat akaun blog kat blogger.com ada juga yang mengatakan aku merajuk... hehehehehe... aku tak merajuk tapi aku ingin mencuba suasana baru melaui dunia ataupun komunity blogger yang lain. Aku tak nak hanya berada dibawah naungan multiply sahaja yang mana lagipun semakin hari semakin hilang dan kurang kemeriahan di sana. Percayalah bahawa ada yang mengatakan dulu di E-kawan menjadi satu fenomena pada blogger lepas tu bila ada masalah mereka beralih kepada multilpy dan bila meraka juga timbul konflik di Multiply maka Pilihan yang sterusnya dan popular adalah Blogger. Ramai juga contact aku kat Multiply yang dah tidak aktif lagi di sana tapi terus aktif dengan Blogger. Aku, tetap aktif dengan Multiply dan Blogger cuma kat Wordpress.com jer aku kurang dan memang tadek update lagi...

Antara multiply dan blogger bagi aku ada kelebihan masing masing... dengan multiply kita lebih senang untuk berkongsi mp3 dan gambar yang mana itu tidak ada pada blogger. Sebab itulah aku tetap aktif di multiply klu tidak masakan aku ada 3 akaun disana... hehehehehe. Aku tahu dah ada blogger yang tahu akaun aku kat sana dan andai ada yang sudah tahu tapi mungkin akan merasa pelik... so entry ini adalah jawapan kepada persoalan anda semua pada yang nak tahu ler pada yang tak kisah, aku tak paksa!

Ini jawapan aku sila percaya dan fahami... Aku sebagai blogger tak pernah mengunakan nama sebenar untuk aku letakkan pada semua blog aku yang aku bangunkan dan aku akan memperkenalkan satu nama pada semua dan nama itu bukan nama aku seperti yang tercatat dalam IC atau dalam surat beranak. Gambar aku ada yang betul terutama yang menunjukkan wajah... itu original wajah aku namun aku tidak dedahkan dengan begitu meluas juga huhuhu. Aku hanya mahu orang kenal aku sebagai blogger sahaja! Wajah dan muka tidak penting... betul tak... Ah, ramai blogger2 lain yang memang tidak menunjukkan wajah walau sedikit pun!

Dalam entry dimultiply aku ada dedahkan gambar aku itupun untuk contact sahaja tidak untuk umum. Bukan nak menyorok tapi tiada yang lebihnya kalau nak dedahkan pun. Jangan bimbang fenomena ini tidak akan berterusan juga sampai masanya aku juga akan jadi macam blogger yang lain yang interframe diri sendiri serta keluarga masing-masing. Akan sampai lah detik itu, panjang umur adalah tu huhuhu.

Penyudahnya, andaikata kamu terjumpa blog aku dimana2 dan merasa semacam kenal jer tapi kenapa rasa pelik sebab nama berlainan percayalah aku ada banyak nama heheheheee. Aku pernah letakkan link blog2 multiply kat blog aku ini dulu tapi tak taulah samada rakan blogger sekalian yang berminat. Apapun aku tetap akan wujud di Multiply dan Blogger.





*clue...kat multiply aku guna theme TRANSFORMERS klu korang ada masuk ler

** untuk blog2 terbaru semua aku gunakan dengan satu nama sahaja iaitu naqeeblukhman (rasanya tiada org lain dah kalau korang google) blog akulah tu klu guna nama tu hehehehe





29 Jun, 2009

Bangla pun pandai...!


Masa aku pergi ke sebuah kedai yang berhampiran dengan umah aku dan mmg aku selalu pergi kedai runcit tu sebabnya kedai runcit itu adalah satu-satunya kedai yang beroperasi seawal jam 6pagi dan tutup pukul 1.30 pagi (selepas malam)

Sampai dikedai tu ada sorang pekerja kat situ tegur aku, "ada bagus ka? katanya. aku cakap "valona"... pendek jer... maksudnya tidak oklah... aku buleh ler juga cakap bahasa bangla sikit2 hehehehee... mat bangla tu mmg dah kenal ngan aku sebab aku kalu pi kedai tu kalau aku tak jumpa cari barang yang aku nak aku akan tanya dia sbb dia memang available dan biasanya dia tak sibuk macam yang lain2...

Aku bagi tau dia... aku nak beli teh... padahal aku bukan tak pernah beli teh kat kedai tu tapi aku lupa daaaaa. Lagipun kedai tu selalu berubah ubah kedudukan rak tempat barang2 dia... selama aku menjadi pelangan kat kedai tu dah lebih kurang 4 tahun rasanya ... tak pernah nyer tetap mesti ada saja perubahan...!

masa aku dok pilih serbuk teh tu mat bangla tadi dekat aku dan bertanya ada kerja kosong tak... aik aku pelik jap, macam lah aku nih boss dan ada company sendiri... huhu... aku kata tadek kerja lagipun sekarang nih memang ekonomi mereset.

aku: kenapa nak cari kerja lain... nak berhenti kerja kat kedai ni ker?

mat bangla: yer, saya mahu kerja lain sebab sini gaji tak cukup

aku: berapa gaji toke bagi sebulan (kedai tu kedai cina)

mat bangla: satu ribu... tapi kerja 14 jam terus tiada stop

aku: oit satu ribu tu banyak lah kalau ko balik bangla apa kerja buleh buat

mat bangla: kat bangla ada kerja tapi saya mau sini (malaysia) kerja. saya tak mau balik bangla.
saya mau cari satu amoi dan kawin, tingal kat sini

aku: ???... hahahahaaaa... tu kan ada amoi tak mau kaaaaa... (ada pekerja wanita indon kat kedai tu)

mat bangla: itu tak boleh. saya tak suka....

aku: hahahahaa....

lepas tu aku amik serbuk teh tu dan aku belah... dalam hati aku berkata, pandai jugak bangla tu nak cari amoi heheheheee..... mungkin dia dah rasa seronok tinggal kat negara kita nih... hehehee... harap2 dia jumpa lah amoi yang dia nak tu... ngeeeeeeeeeeeeeeee





*nak jer aku recommend kan kat Teja, hahahahahahahaaaa

Teja, jgn marah yer... kata buleh gurau2 huhuhu




28 Jun, 2009

Resepi: Ayam Bakar / BBQ berempah


pic dirembat dari:- http://www.foodmayhem.com/2007/08/dartagnan-organic-chicken-baked.html

Oleh kerana teringat pada koment Toknabe tu so, aku teringin nak buat lah juga n3 resepi nih... jom lah kita pakat bakaq ayam huhu..

nak bakaq ayam nih tak susah pun janji ada arang klu tak ader arang sumbat jer dalam oven macam makcik kat sebelah tu... tapi dia bakar ikan... hehehee klu dia baca n3 nih tersengeh lah dia tu huhuhu....

ok untuk itu kita berkenalan dulu apa kah menda2 dan intisari untuk bakaq ayam jadi sedap dan sesedap ayam bakar kat hotel 10 bintang hahahaaaaa... dont worry itu gempak jer tu padahal bahan2 nyet mudah sajer...

kenapa aku kata sedap sbb aku pernah cuba dan buat tapi bukan ayam tapi burung puyuh... errrr jgn takut ler bahan2 tu buleh diguna pakai oleh binatang2 lain pun tak salah... ayam buleh, itik ker, serati (itik nila) angsa ker... burung unta pun buleh! haaaaa burung kasawari lah tu! heheheee....


nak mula membakar dah ker ish jgn dulu... pastikan bahan yang disenaraikan kat bawah nih ada dulu... pi tengok kat dapur dalam peti ais ker dalam kabinet ada ke tidak kalau tadek pi beli kat kedai atau pasaraya... Kalau pi kedai yang ada lambang kulit kerang tu, tadeklah kot muahahaaaa...

bahan2nyer ialah:-

  • 1 kilo kepak ayam
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu makan serbuk jintan kasar (jintan manis)
  • 1 sudu makan serbuk jintan halus (jintan putih)
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk kunyit(lagi best kalau yang fresh)
  • 2 sudu makan gula / madu lebah pun buleh!
  • 1 sudu makan kicap pekat (tadek pekat cair pun buleh)
  • garam secukup rasa



bahan lain tu selain gula dan garam nak bubuh lebih pun tak per... gula dan garam tu kena ikut sukatan... garam tu secukup rasa, pada yang salu masak ayam tahulah camner nak tahu secukup rasa atau tidak... kalau tak pasti tak payah bubuh kan masin terlebih saper yang susah lagi kurang garam lagi pure rasa ayam tu...

lepas tu cara nak sediakan pulak:-

1- kepak ayam atau daging ayam tu basuh lah dulu kang tak pasal2 kena keracunan pulak. basuh ngan air biasa jer tak payah masuk dalam washing machine pun lawaklah pulak... ngeeee
kasi kelar2 sikit ayam tu bagi senang rempah nak menyerap!

2- masukan kesemua bahan rempah dan bawang serta gula dan garam dan kicap kedalam blender. jgn pi blender sekali ayam tu sudah lah hehehehe....

3- gaulkan bersama ayam yang sudah dicuci tadi biar dia betul sebati dan samarata... lepas tu simpan jer dalam peti ais. Aku recommendkan simpan dalam peti ais selama satu malam... untuk mendapatkan effect pemerapan yang maksimum!... so, kalau berniat nak buat BBq pada waktu malam, pagi2 dah kena siap dah, kalau nak buat pagi esoknya petang nih dah kena siap dah...
kalau tak sedap jgn kata apa sebab nyer adalah kerana korang melangar step atau pantang, aku tak jamin klu ayam korang tak sedap ngeeeeeeeeeee...

ada yang kata lagi lama diperap lagi best... tapi pastikan diperap dalam peti ais lah... namun harus diingatklau terlebih lama diperap contohnya seminggu atau sekurnangya 3/4 hari keatas ayam tu buleh jadi hitam biasanya kat tulang2 dia tu... apapun selamat mencuba!

jangan sampai jadi macam nilah yer, meletup barbeku nye... kesian... http://www.hmetro.com.my/articles/Pelajarmelecurbarbekumeletup/Article



* aku pun tak tahu posting resepi ni memuaskan hati atau tidak sbb walaupun agak popular dalam enjin carian google tapi aku tak pernah dapat maklum balas... apapun terima kasih kerana sudi baca blog ni...
kalau bakar ayam tu jgn lupa igt kat tuan blog ni yer hehehehe

26 Jun, 2009

The end of the season 5 of House MD




Dua atau 3 hari lepas aku sudah menonton siri House MD last episode untuk musim ke5. Untuk musim ke-6 akan bermula pada Sept 2009 dia US.

Aku mula layan siri ni sejak 2 tahun lepas klu tak silap sejak dari 1st episode season 1 sampailah ke 24th episode season 5th... semuanya 110 episode.
mengikut wikepedi House adalah di inspirasikan dari kisah Sherlock Holmes!

Untuk episode last musim ke5 tu pada akhir cerita dimasukkan ke pusat psikiatry setelah dia didapati berhlusinasi dan selalu membayangkan Amber (sudah mati) dan pada episode itu kecelaruan tingkah laku House mengundang spekulasi kpd kawan2 dia dan juga staff dia.

Dan dia telah memalukan boss dia (Lisa Cuddy) dengan menyatakan dia telah meniduri Cuddy pada suatu malam tapi yang sebenarnya itulah adalah khayalan dia semata mata... dan ramai staff dihospital itu yang terperanjat dan terkejut!
anda boleh lihat camner Cuddy naik hangin dan menangis kerana dimalukan sebegitu rupa oleh House seorang yang dia minati sebenarnya hehehee

Semua episode aku layan kat pc jer dan semua episode itu aku doload dari internet! dulu aku ada juga layan kat astro tapi selalu ketinggalan.

dan bila bermula musim depan Hugh Laurie masih lagi memegang watak House tetapi dengan imej yang berbeza, kepala botak! hehehee... dengan itu juga akan bermulalah misi aku jadi lanun untuk menyedut siri itu dari intenet! satu siri lebih kurang 400mb avi format(divx)gbr very clear.


"It wasn't a massive move when I first considered [doing House]. What usually happens, is you do a pilot and of the very few picked up, only about a quarter go to a second year. So I thought I'll have three fun weeks. I never dreamt I'd be here three-and-a-half-years later."
—Hugh Laurie
(source: http://en.wikipedia.org/wiki/House_(TV_series))

tersasar

Dikesempatan pagi yang dingin ini aku bangun awal dah malam tadi tidur awal hehehee... lalu aku terasa nak menulis sesuatu diblog aku yang masih baru lagi ini... belum pun masuk 3 bulan... kalau kerja tu kira masih dalam probationary dan belum kompem lagi...

Walau kusedari dari awal lagi setelah aku membabitkan diri dalam dunia blog sejak beberapa tahun yang lalu boleh dikatakan aku mula mengenal dunia blog dan IT dengan lebih mendalam walaupun aku belum lagi hebat dalam menulis blog (banyak merepek). Aku sering memfokus pada tahap keprofesionalan aku sebagai blogger namun kadang aku lupa dan tersasar jua.

Masa menulis blog di ruangan blog yang agak terkenal itu aku sudah biasa dengan blogger yang kira lebih kurang sealiran jer. Namun dengan Blogger / Blogspot aku dapati ramai yang berstatus tinggi paling tidak pun mereka seorang pelajar IPTA dan memang jauh berbeza dari aku yang tahap ilmu dibawah level yang memberangsangkan. Dan dengan itu juga apabila aku cuba menulis, aku fikir dulu isi kandungan dan siapa akan membacanya. Namun bila aku ketandusan idea aku hentam dengan merepek saja. Seolah seperti yang aku selalu perasan pada blog blog yang aku jumpa katanya " blog aku, aku punya sukalah" heheh... buleh ker camtu...

Lagi apakan daya, paling tidak pun aku cuba juga menulis andai kata ada artikel aku yang buleh memberi idea pada pembaca dan follower aku semua. Aku suka layan dan baca serta bagi komen pada blog yang aku follow dan kalau ada iklan yang mereka tempek kat blog masing2 aku cuba klik juga sebagai tanda sokongan. Komen2 aku kat n3 pun kekadang aku banyak merepek juga dan mungkin off topic tapi tak lah sampai buleh menimbulkan marah ngeh3x. Kalau ada yang marah tu minta maaf lah yer... hari jumaat nih adalah lebih baik berlembut hati hehehehee

layan lagu nih... aku jumpa kat http://www.kapanlagi.com/lirik/daerah/maluku/waktu_hujan_sore-sore

Maluku

Waktu hujan sore-sore kilat sambar pohon kenari
E jojaro deng mongare mari dansa dan menari
Pukul tifa toto buang kata balimbing di kereta
Nona dansa dengan tuan jangan sindir nama beta
E menari sambil goyang badanee
Menari lombo pegang lenso manisee
Rasa ramai jangan pulang duluee


heheh, aku tak baper paham lagu tu jangan ditanya kenapa dan mengapa... Kepada blogger sekelian jangan risau aku setia memfollow blog korang semua dan dengan sedaya upaya memberikan komen yang terbaik! Tulislah apa saja pada blog anda aku setia melayan tanpa jemu dan andai kata aku tiada drop any comment itu bermakna aku ketiadaan idea dan mungkin juga sebab aku tiada kesempatan maklumlah kadang2 aku juga sibuk tak tentu masa. Tgklah macam pagi nih awai2 lagi aku dah menulis blog ada masa takkan ada posting atau n3. Tapi setakat nih boleh dikirakan tiap hari ada n3 aku untuk mengisi ruang dalam blog ini.

Aku juga ternampak ada blogger yang suka memberi award pada blogger2 yang lain, akupun berkira-kira untuk mencipta atau memdesign award untuk diberikan kepada kepada blogger yang setia memfollow blog aku ini ngeeeeeee. Tapi buat masa nih belum ada idea lagi nak buat award macamana. Nak design tu yang susah sikit, dengan skil photoshop aku yang masih tahap baby ini aku tak berupaya untuk buat award yang menarik dan cantik! Jgn bimbang kalau ada nanti aku akan bagi kepada semua kawan2 yang setia dengan blog aku ini...

Apapun selamat hari jumaat kepada semua. Kepada yang bercuti hari ini selamat bercuti dihujung minggu...

Salam dan ceria cerialah selalu...
Naqeeblukhman


*aku pun sepanjang hari ini akan banyak menghabiskan masa kat umah jer hehehehehe

25 Jun, 2009

katak tapi jadi kodok!

katak yang aku buat (hodohnyer lah hehehee)

katak yang dibuat oleh laman web tu


tgklah hasil kodok ku yang sungguh maveles lagi menawan... jgn terkejut hehehee
sungguh jauh pangang dari katak, kodok ku itu hehehee... aku dah cuba dengan gigih tapi itulah hasilnya... takper aku kan usaha lagi...

walaupunhasilnya tak memberangsangkan namun aku dah dapat sikit2 skill nak buat kodok tu cuma kali nin nak buat kodok tu jadi cantik jer heheheheheehee

pada saper yang nak try buat juga buleh cuba... ada link aku sediakan kat bawah tu... apalagi cubalah skill photoshop anda......... hehehe

selamat berphotoshop!


http://alfoart.com/photoshop_tutorials_3.html

24 Jun, 2009

Pencuri... pencuri......... haaaaaaaaaa

Sebelum aku nak log out dari blog aku petang nih... aku nak citer sikit pasal kisah semalam yang lepas... sungguh ngeri jugaklah citernya... jgn tak caya kalu buat filem rate dia mesti 18sg/18sx ngeh3x

pada tgh malam yang sunguh dingin dan sejuk itu aku masih lagi dok layan blog, malam dah hampir kepada pagi... suasana pada masa tu usah citer ler mmg sunyi sepi sesepi malam di padang pasir di negeri arab!... tiba-tiba........


sedang asyik aku dok ushar blog kengkawan dan terjah semua blogspot yang ada aku terkejut! bukan terkejut beruk atau monyet chimpanzi pun bukan ntah terkejut apa tadek dalam senarai zoologi rasanya... dan akulah org pertama yang mengalami spesis terkejut itu muahahahahahaaaa.... kategori terkejut yang sungguh dasyat lagi hebat. buleh terlepas kentut kalau tak kena cara-cara heeheheheheee

errrr dah merepek dah aku tapi kisah pencuri tak juga lagi, isk sabar lah jap lagi aku cerita lah... pi makan kopok ker dulu masak nasi ker dulu yang nak terkucil tu cepat2 lepaskan hajat sbb kisah yang aku nak citer nih sungguh suspen tahap gaban dan otomen nexus!... klu yang kat opis tu pandang kiri kanan dulu kang tak pasal2 boss korang yang berkepala botak berkilat kat tgh2 tu tiba2 tercegat kat depan hehehehee....

PENCHURI....... PENCHURIE.................. errr itulah jeritan yang sungguh mengerikan jantung dan jiwa aku apda masa tu... aku terkejut lalu bangun dan bangkit dari kusi depan pc. lalu aku buka tingkap untuk skodeng dari manakah gerangan suara jeritan yang sungguh menakutkan! aku skodeng2 ikut tingkap jer aku takut juga nak kuar... aku nampak jiran2 depan umah dah buka lampu bilik masing2 dan ada juga yang kuar umah... mat2 nepal depan umah juga ada yang kuar... tapi ada juga jiran yang tak terjaga gelap jer bilik dorang!... aku setakat skodeng jer ikut tingkap nak kuar tak berani... bukan takut tapi ada sedikit gerun sbb terkejeut punya pasal tadi belum hilang!


aku tak nampak apa yang pelik pencuri pun tak kelihatan mungkin dah lari ntah kemana. aku merasa sungguh hairan umah sapalah yang dimasukki pencuri sbb yang aku tahu sebelah umah aku tu kira orang kaya jugaklah ada kete BMW tu.. tapi aku tgk umah dia ok jer... tadek kecoh2... ntahlah aku tunggu dok skodeng kot2 ada lagi apa kecoh tapi lepas tu semua senyap jer... pelik... apakah betul2 terjadi kejadian itu atau apa...

aku pun sampai sekarang belum lagi nak jadi detective conan nak pi risik2 jiran2 belah umah... nantilah bila dah ada masa yang sesuai nanti nak pi risik2 ler... kat shah alam mmg bahaya sbb dulu dah ada jiran umah sebelah ni kena rompak habis barang kemas dan sebiji laptop kena sapu oleh perompak durjana! tapi yang tu aku tak sedar, keesokan harinya barulah jiran aku tu cerita, siap polis datang umah dia... katanya suspect adalah orang yang buat renovation umah dia dulu... sbb perompak tu macam tahu2 jer mana tempat dan semacam dah biasa ngan selok belok umah...

sampai sekarang masih lagi misteri jeritan pencuri itu,,, dont worry aku kan siasat!
sekian citer aku yang tak baper nak seram dan tak baper nak mengancam... selamat menikmati petang yang indah dan damai

23 Jun, 2009

Hari ini mood aku unggu purple dan violet




ngeeeeeee oleh kerana aku bosan aku postlah n3 camnih... cam bisalah bila dah tadek idea apa pun jadi bahan n3 hehehee desprate sungguh ler! yerlah dok tunggu n3 kawan2 yang lain pun tak byk sangat... biar aku mula merepek....

ntah apa musim cekadak melanda aku tetiba suka pulak ngan kaler unggu ker apa mungkin juga purple tak pun violet dah rabun warna rasanya mata aku ni...

masa pi pasaraya tu aku nampak yang kaler cam tu terus jer sambar cam menarik sangat errrrr
nasib baik tadek cashier atau aweks kat situ yang pakai baju kaler purple tu klu tak, nak beli jugek! hehehehe

best jugek yogurt Blue Berry tu huhuhu...

22 Jun, 2009

Sempena hari bapa semalam...



masih dalam mood hari bapa lagi rasanya. apaupun layan jer lagu hindi nih... best...
betul best... ngeeeeeeeeeeeeee

20 Jun, 2009

Puisi: Apakah Tidak Mungkin

saja nak post n3 puisi nih... sekadar memenuhi ruangan kat blog
dan juga sabagai backup... manalah tau kan kalau ada site aku yang kena godam
jadi selamat lagilah khazanah aku kat sini hehehe... apapun layan ler kalau berminat
kpd SS tak nak bagi komen pun tak per hehee... jgn susah2 kan diri anda...



apakah tidak mungkin
berkemungkinan ia ada
juga ada mungkin hanya kerana wujud
suatu kemungkinan yang terjadi
namun segalanya mungkin...

mungkinkah...
yang tersisa pada sebuah persoalan
jawapan hanya sekadar kemungkinan
keresahan kekalutan jadi mungkin
aduh aduh... aku tidak tahu
hanya berkemungkinan

andai semuanya mungkin
terjadi setelah berlalu
mungkin itu sajalah yang tinggal
tercari lagi pada ilham
yang tak mungkin hadir
oh tidak mungkin...

semua sudah pergi
terhapus tapi membekas
mungkinkah lagi
ooh mungkin tidak...

naqeeblukhman
19 january 2009

Oh! letih juga nak cat wajah baru blog aku ini

Aku dengan gigih sekali merobek dan menyusun code code html yang tak semuanya aku fahami apakah fungsi sebenar code2 itu...



Aku dengan gigih sekali merobek dan menyusun code code html yang tak semuanya aku fahami apakah fungsi sebenar code2 itu...

nasib baik tak kerja, hehehee... selamat bercuti pada yang sedang menikmati cuti dihujung minggu... bestkan cuti. dapat pergi ke destinasi yang diinginkan dan dapat bermalas malasan dirumah!

Aku pun dah tadek idea nak buat renovation pada blog aku nih, macam2 dah try macam2 error dan terjadi... pening kepala dibuatnya... terkadang aku terfikir kenapa aku tak tidak terer dalam bidang membina website nih. namun apakan daya, aku hanya mampu mencuba, mencuba dengan gigih sekali...

Aku masihtak berpuas hati dengan apa yang aku dah buat pada site aku sebelum ini. itupun dah melalui pelbagai rintangan yang sungguh menduga jiwa dan emosi! kansenag kalau copy paste jer... tapi tak best pulak tak dapat apa yang aku hendak lagi[un aku nak ia nampak lain dari yang lain.

Lagipun buleh dikakatakan aku masih baru dengan blogger nih. masih tak dapat nak memahami sepenuhnya code yang digunakan sbb aku biasa dengan code CSS! walaupun lebih kurang jer prinsip nya namun basic aku dalam bahasa HTML / XTML nih aku salu pening sb dia banyak variasi.

masa aku ronda2 cari code tadi aku ada jumpa laman web ubtuk buat custom template. senang nak buat sbb dia sedikan semacam software (WYSWYG)WHAT YOU SEE WHAT YOU GET SINI

pada yang ingin cuba, buleh cuba. kalau nak cuba, tak paksa pun ngeh3x...!
selamat berehat dihujung minggu...


19 Jun, 2009

Internet problem buat hal...

malam tadi aku tak dapat nak masuk blog sbb syarikat pembekal wimax...



malam tadi aku tak dapat nak masuk blog sbb syarikat pembekal wimax yang aku langgan tu ada masalah teknikal dan dia mengakibat beberapa pelangan ada masalah untuk sambung atau log in internet...

Baru jer semalam aku cerita pasal wimax tu dah buat hal... bisalah tu mesinkan. klu tak kena virus kena kilat tak pun digigit tikus heheheee

itu jer nak bagi tahu... harap maklum!

18 Jun, 2009

Tips untuk internet anda yang slow cam siput

tgk tu usage aku dah cecah 8.846Gigs, pengunaan aku dah melebihi sebanyak 3Gigs. had yang diberi hanyalah 5Gigs (lite package)


kelajuan internet aku pada waktu pagi... sekang nih laju lah dia sbb bukan waktu puncak. kalau waktu puncak akan lembab ler separuh sbb aku pakai melebihi usage yang diberi. mengikut speedtetst.net kelajuan download lebih kurang 400kb/s dan upload lebih kurang 100kb/s. Pengguna streamyx biasanya berkelajuan 1.2Mb/s (3x ganda laju banding wimax aku) tapi kenapa masih ada menghadapi syndrom siput? hehehee no komen, tapi ia bergantung kpd server juga. kalau line anda dilencongkan kpd server yang jauh maka siput ler jadinya hehehee.
http://www.speedtest.net/

dan aku tiada masalah untuk masuk blog aku yang aku guna template baru huhuhu... kepada yang guna laptop dan IE serta streamyx atau berokbeng harap bersabar yer huhuhuhu. aku recommend korang guna Firefox terkini ver. 3.0.1.1 serta updatekan Flash terkini ver.10.0.22.87 Adobe Flash Player version 10.0.22.87


Untuk kasi laju sila setting firefox anda... tapi perlukan ketelitian. kesilapan setting menjadikan browser anda crash dan kena install semula. untuk cara2 setting:-



Taip, "about:config" di Addresse bar (URL) terus ENTER. Ini akan membawa kamu ke menu untuk set parameters Firefox.

Klik 2x di setting dan masukan angka-angka ini - untuk true / false booleans – mereka bakal ganti otomatis begitu klik 2x

Code:

browser.tabs.showSingleWindowModePrefs – true
network.http.max-connections – 64
network.http.max-connections-per-server – 20
network.http.max-persistent-connections-per-proxy – 10
network.http.max-persistent-connections-per-server – 4
network.http.pipelining – true
network.http.pipelining.maxrequests – 100
network.http.proxy.pipelining – true
network.http.request.timeout – 300
nglayout.initialpaint.delay = 0
network.http.request.max-start-delay = 0
If nglayout.initialpaint.delay doesnt exist, Right click, new integer.

Optional:
Code:

network.http.max-persistent-connections-per-proxy = 10
network.http.proxy.pipelining = true
network.http.proxy.version = 1.0

Tutup firefox dan open semula!

17 Jun, 2009

tag! Siapa yang kenaaaa...


1. Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" di atas
untuk diletakkan di blog anda.


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

  • Aku dapat award ni masa aku terjah blog Yus akak yang sentiasa jelita katanya lah hehehee
  • kpd blogger dan kawan2 sekelian yang belum kenal ngan akak Yus buleh ler terjah blog dia yang ayu itu dan buleh juga tgk tuan umah yang dikatakan masih jelita hehehe... tak salahkan kalau sama2 mengeratkan salam ukhwah ...

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum
memilih penerima award seterusnya.

i- aku adalah aku
ii- aku adalah lelaki tapi bukan lelaki itu
iii- aku baru sebulan lebih dengan blog aku ini dan ramai blogger perempuan jer yang terjah blog aku huks
iv- blog aku dah berat sebab dah banyak aku masukkan link pics tapi aku tak kisah
v- akujuga suka menulis puisi tapi kebiasaan nyer puisi aku tak berapa menjadi ngeh3x
vi- aku tak gemar memasak, kalau aku memasak aku tak suka basuh periuk, kuali atau pingan... aaaaaaaargh tidak!
vii- aku suka makan beras dan gandum!
viii- hobi aku renovate blog ngeh3x harap maklum!
ix- kadang aku suka bagi komen yang ntah apa2 kat blog kawan2 hehehe sila jagan marah yer
x- last but not least aku akan teruskan jadi blogger mungkin sampai tua...



4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya
dan menyatakan nama mereka di blog anda.

Oleh kerana aku tak ramai sangat kenalan kat blogger nih aku tag jerlah mana2 yang aku berkenan huhuhu jgn lah marah yer... oleh kerana tak ramai, cukuplah 5 org tu lagipun dorang salu masuk ke blog aku yang buleh membuat mereka naik angin hehehehee. Pada yang dah pernah buat tag nih atau seumpamanya sebelum ini, buleh tempek link n3 anda itu kat komentar... nanti aku pi skodeng2 hehehehee
manalah tau korang pernah buat 10 tahun lepas kan...
  1. TEJA
  2. ANGIE / KTS
  3. SYAH SHAH
  4. ARRYANI
  5. ATI

errrr klu korang rajin lah silalah buat, kalau rasa malas nak buat senang jer buat2 ler rajin haaaaaaaaaaaaaaaa.... rajin itu baik, bagus dan sihat... org yang malas manyak rugi woooooooooooo....

Apa tu... kunci?

Eh betulah kunci. itulah kunci rumah aku ngeeeee... saja nak tunjuk kunci umah. Aku tahu lah sapa yang ada rumah mesti ada kunci.


Eh betulah kunci. itulah kunci rumah aku ngeeeee... saja nak tunjuk kunci umah. Aku tahu lah sapa yang ada rumah mesti ada kunci.

klu tadek kunci macamana nak masuk umah heheheee. Itu baru kunci rumah belum lagi campur ngan kunci2 yang lain maunyer satu kilo kunci sajer...

biasa kita akan ada banyak kunci, kunci bilik, kunci kereta, motor dan peti besi mungkin. aku tak ada kunci peti besi. kunci aku diperbuat daripada besi jer banyak!

Pernahkah anda terlupa bawa kunci rumah? terlupa kunci kereta? atau mungkin kuci helikopter hehehe cam YB tu... errr errrr kunci yang sekecil itu sungguh penting, kalau nak pergi mana2 kunci juga kena cari dulu.

pengalaman tertingal kunci rumah atau bilik mmg menakutkan. Buleh rosak pintu rumah dikerjakan huhuhu...!

Aku pernah alami perkara yang sungguh memeningkan... kerana ku terlupa ambil kunci... masa sampai kat dalam kedai mula tercari cari mana dia kunci motor aku nih.... semua poket aku seluk
semua tiada... puas dah aku fikir! lepas habis urusan aku kat kedai tu pi semula kat motor. alamak! ada kat motor rupanya. buleh nyer aku lupa nak amik kunci tu. elok jer melekat kat suis motor.... syukur selamat.....

nak kata nyanyuk, tak mungkin... lupa, mungkin lebih tepat, tak ingat atau sajer buat tak igt, issshhh tak kot hahahaa... so kata kunci kita hari ini ialah kunci.

Frasa atau statement yang popular dan menarik pasal kunci:-

1- apakah kunci syurga itu?..
2- kau kunci cintaku di dalam hatimu (lagu akak melah)
3- Gandum cap kunci adalah salah satu gandum yang mendapat subsidi (murah)
4- Kunci mulut / kunci hati
5- Kunci sukses yang pertama adalah Bertindaklah!
6- keyword / password adalah kata kunci dalam bahasa ingeris
7 - 10 Kunci Kejayaan Di Dunia Dan Akhirat:-
  1. Kunci kemenangan adalah sabar.
  2. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan syukur.
  3. Kunci keselamatan dunia dan akhirat adalah taqwa.
  4. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa.
  5. Kunci maksiat adalah kesombongan.
  6. Kunci solat adalah taharah.
  7. Kunci ibadah haji adalah ihram.
  8. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar.
  9. Kunci syurga adalah tauhid.
  10. Kunci ilmu adalah bertanya dan mendengar.

16 Jun, 2009

Pagi yang indah...


Tiba2 teringat... Sejak seminggu lepas klu tak silap tiap2 pagi dalam pukul 7-9 mesti kedengaran si murai menyanyi-nyanyi. becok sungguh! kadang mendayu dayu jer suaranya...

Tapi mmg pada waktu itu sajelah dia salu datang kat depan umah tak kira lah hari kerja ker hari cuti ker selalu kedengaran kicauan dia yang tak pernah dok diam tu... Dalam hati aku berkata patutlah ada peribahasa mulut murai...

Yang pelik juga mana pulak datang nyer murai tu, kalau kat kampung logiklah juga sbb banyak kawasan yang sesuai untuk burung2 semua.


pic dirembat dari:- http://www.bahasa-malaysia-simple-fun.com/murai.html


Aku salu gak perhati dia pada hari minggu kat depan umah... yang sekor kat bawah dan sekor lagi kat atas pokok, klu tak atas pokok atas kebel letrik... sajerlah dia nak interframe kat umah aku agaknya heeeeeeee... sekurang kurangyer tadeklah terasa macam dok dalam bandar sangat!

Pics @ Kota Bharu (mac 2009)






















pics KB at nite near KBMall









Etak salai... tak sedap tapi buleh ketagih!









sawah padi dan tali air dekat kampung member

15 Jun, 2009

Akhirnya... site sudah di renovate tiada masalh lagi


letih juga nak cat site baghu nih... macam2 nak kena buat nak kena edit.

olek kerana yang dulu tu buat hal meragam tak tentu pasal terpaksa tukar juga template.

template nih dah pakai dah dulu tapi sekang nih sudah di edit dan ditambah dengan aksesori sendiri. template asal dia aku amik kat internet, rembat jer... nak buat sendiri tak reti. walaupun ada software dreamweaver dan flash tapi aku tak reti guna. Photoshop buleh ler sikit2.

Tapi yang malasnyer bila tukar template kena setting semula yang dah hilang... mmh buleh copy paste dia punya code dari yang sebelumnyer tapi setting pulak lari. hampeh juga... terpaksalah buat secara manual. kena cari semula dekat komen2 untuk copy link. tak per nanti ada masa nak
edit semula...

14 Jun, 2009

Kenapa aku tak boleh komen

entah apa yang melanda setelah aku cuba renovate aku nyer site nih... dah tak buleh nak komen...

buleh komen tapi tak kuar pulak komenyer

adeeeiii pening looooooooo

Suatu masa di pasaraya

MAsa aku pergi pasaraya berdekatan umah aku kerana ingin membeli sesuatu aku ternampak suatu kejadian yang agak melucukan walaupun tak lucu sangat. Namun apa yang aku nampak itu jarang2 benar terlihat...

Setelah aku ambil semua benda yang aku perlukan maka tibalah untuk membuat pembayaran dikaunter. tetapi sebelum aku itu sudah ada seorang makcik yang tengah membuat pembayaran untuk berangan dia. Aku berdiri dibelakangnyer dekat jer namun apa yang menarik perhatian aku adalah ketika itu dia sedang minum sejenis minuman dalam tin.

Haaa nak tahu air apa... dah tentu air kacip fatimah yang dalam tin tu... Pearl kacip fatimah rasanya. Air tu belum dibayar pun lagi tapi dah habis dia minum kat situ juga. Berselera sekali dia meminumnya, masa dia nak bayar tu dia bagi jer tin yang kosong kepada cashier yang bertugas masa tu untuk di scan harganya heheee.

Aku yang menengok ketika itu rasa nak tergelak pun ada... mana tak fikirku klu yer pun tunggulah sampai kat umah kan... tak sabar2 dia nak minum, dahaga sangat kot maklumlah cuaca mmg panas kat shah alam nih.

13 Jun, 2009

Rupanya hujan ditengahhari

Yer betul... walaupun ku sangka panas hingga ke petang namun hujan turun juga ditengahari. dan sebagai menjawab comment daripada makcik2 kat sebelah tu dengan gigih nyer juga aku membuat posting terbaru ini...

Niat dihati nak buat masa hujan tu tapi biasalah kat sini shah alam dah lama tak hujan, semalam pun ada juga hujan tapi rintik rintik jer tak seperti tengahari tadi. Kalau dah hujan tu siap dengan kilat dan petir serta guruh terpksalah aku offkan pc sbb kuat sangat bunyinyer kang tak pasal kena kilat pc aku yang banyak berjasa ini. Kalau kena ngan tuan dia sekali camana tu... Tak ker rentung kena kilat!

Jadi setelah hujan reda maka dengan automatiklah udara seluruh shah alam menjadi segar dan nyaman bagus sekali untuk membuat tahi mata hmmmmmmmmm... aku pun hampir terpedaya dengan suasana penuh keromantikkan ini... Syukur juga hari hujan maka hilanglah jerebu yang melanda dan seakan kembali ceria seluruh alam.

Untuk tidak aku terpedaya dengan suasana yang penuh keasyikan itu aku teringat yang semalam aku ada beli sejenis teh. Teh Boh nama dia. Teh hijau!. kali pertama aku minum teh itu mmg air dia hijau warnanya. Aku terasa hairan juga mulanya sangakaku airnya pasti hijau macam dalam gambar pada kotak teh itu, namun sangkaku cukup meleset sekali kerana hasil yang aku dapat setelah aku rendam teh itu dalam cawan kaca kegemaran aku, air nyer seakan warna hijau pucat sajer tak seindah dalam gambar! Arrrgh.... sunguh kelainan rasa teh itu kelat dan agak pahit serta terasa semacam loya jer. Namun dengan hati yang berat aku habiskan juga teh itu. Mungkin aku terpedaya ngan kata2 pada kotak teh yang mengatakan tentang kelebihan teh hijau yang penuh dengan aroma dan nilai kesihatan serta mengandungi antioksida.


Mungkin sebagian besar wanita telah mendengar khasiat teh hijau untuk kesehatan payudaranya. Namun, barangkali sebagian masih meragukan kebenarannya. Kini keraguan tersebut telah terjawab. Senyawa yang terkandung dalam teh hijau memang dapat melindungi payudara dari serangan kanker.
petikan dari :-http://nusaindah.tripod.com/altehhijau.htm

Erkkk agak tersentak aku membaca blog itu. Apakah aku ada... oh tidak... payu ku tidak seperti yang maksudkan itu. Aku lelaki tak termasuk dalam kategori payuuuuu. Jadi apakah kelangsungan kebaikan pada aku seorang lelaki... hmmm nasib baik berguna juga ngeh7x

Menggalakkan pembakaran lemak
  • Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2).
    Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadamam.
dipetik dari:- http://greenteacolostrum.com/khasiat-teh-hijau.html

Mungkin sesuai juga pada perempuan yang tak berapa nak S ukuran badanyer, buleh cuba minum teh hijau atau sering di sebut Greentea itu. Aku sudah minum secawan so aku akan cuba habiskan, tinggal lagi 19 uncang teh. Berjaya kah aku. Badan aku dah kurus, lepas nih bertambah sekeping ler jawabnyer hahahahahaa.....

11 Jun, 2009

Tiada N3 untuk hari jumaat...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.
  2. فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah
  3. إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الأبْتَرُ Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_Al-Kauthar

El Nino datang lagi


Hari ini bila aku pandang keluar tingkap aku nampak jerubu tahap penglihatan lebih kurang 250m huhuhu... kalau mengikut berita jerubu it menandakan El Nino melanda dah tahap kepanasan global akan berada pada tahap maksimum hmmmmmmm kena mandi 5 kali sehari lah nampaknya...

Kalau kat umah buleh ler mandi 5 kali klu kat tempat kerja camana... untung sesaper yang kerja office dok dalam aircond hehehe... dulu dulu masa jerubu melanda nakkuar rumah kena pakai penutup hidung... Bagi yang ada msaslah asthma mmg sunnguh membimbangkan...

Kepada org awam yang nak membakar sampah secara terbuka diharap tidak menruskan niat suci itu sebabnya ia buleh menambahkan lagi kesan jerebu pada atmosfera. Kat Shah Alam nih lagilah teruk bila jerebu melanda sbb kenderaan pun selalu sesak dan hujan pun dah lama tak turun
kalau kat rumah memang terasa panasnya!

Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.[1] Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.
sumber:- http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu



beberapa pics menunjukkan keadaan jerebu di shah alam

10 Jun, 2009

Darah meniti-nitik...


Sakit itu yang aku rasakan. Pedih juga aku rasakan. kesakitan ini atas dosa apakah yang telah aku lakukan. Aku tertanya sendiri... darah mengalir laju menitik nitik ke lantai. Merah dan hanyir. Aku dah panik, mmg aku fobia dengan darah apalagi kalau darah orang lain. Boleh jadi longlai lutut aku kalau nampak darah yang merah ditambah lagi kesakitan yang aku rasakan...

Aghhh tidak... aku sudah terhiris jariku sendiri ketika aku mahu menjolok silikon seal menggunakan sebilah pisau. Dua jari aku terhiris dan terluka mengalirkan darah merah. Ku nampak ada urat yang terpotong! menambahkan lagi kefobiaan... Dengan cepat2 aku basuh luka dekat sink dengan air paip. Tapi darah masih keluar dengan laju. Habis merah air dalam sink itu. Eh betul ker darah ku begitu banyak yang keluar.

Hanya menggunakan handyplast aku membalut lukaku sendiri. Masih terasa sakit masih berdenyut dikala aku menaip n3 ini. Tak boleh menaip dengan selesa sbb jari berbalut dan masih terasa kepedihan walaupun tidak sepedih mana namun oleh kerana sudah lama tidak terluka sekali terkena sakit macam tak terkira...! Aku tak menangis, sungguh! Dan ternayata juga aku ini tidak kebal dek senjata tajam.

08 Jun, 2009

Lagi lagi gambar... (Perak 7 june 2009)

Ladang getah


Kampung org asli - lata Kinjan


pokok getah


pokok durian


daun getah

Tenda hijau dan nasi minyak



Kami bertolak seawal jam 8 pagi patutnyer ada satu lagi kereta tapi member sorang tu ada masalah pulak so, kami bertolak dahulu dan akan tunggu kat hentian Rawang..

Sampai di hentian Rawang kita orang berhenti makan kat situ... aku macam biasa kalau berhenti mana2 tempat tandas dulu yang aku cari... full baldder beb! heheh... masa nak ke tandas tu ada sorang pakcik pangil aku... ''dik dik'' kata pakcik itu(dia nampak aku muda kot). sambil dia perhatikan aku, tapi aku tak layan sbb aku nak ketandas secepat yang mungkin! lagipun aku risau kat tempat yang aku tak biasa sampai nih. aku tak layan, dan aku pergi jer ke tandas.

Kat hentian itu kami sempat makan nasi lemak, sebungkus rm1.00 kecil jer (lauk sambal dan telur rebus sikit) ramai betul org kat hentian tu susah nak cari meje kosong (gambar tak sempat nak rakam) mungkin musim cuiti sekolah kan tu pasal ramai yang nak berjalan dan makan angin!

lepas makan terus jer bertolak ker Perak... dekat pukul 2pm baru kita orang sampai kat rumah pengantin dalam perjalan ke rumah pengantin tu banyak sungguh org buat kenduri pada hari ahad tu... ada dalam 5 buah kenduri kot...

tengoklah tu kemah pengantin warna hijau putih lagi... kompem orang PAS nih hheheee... tak berapa ramai yang aku nampak mungkin dah balik kot tapi pengantin lelaki dari baru sampai dari Kelantan. orang dah ramai balik baru pengantin sampai hmmm... mungkin orang kampung dah tak excited tgk pengantin baru dan mungkin dorang nak pergi ke majlis kawen lain pulak kan banyak kenduri ayng aku temui kat kampung tu ajer...

kenduri dia simple sajer ada main lagu kahwin kejap mungkin dari tadi stop untuk menghormati azan zohor. majlis silat silat dan main muzik tradisional pun takder. Majlis persandingan pun simple jugak pelamin just untuk tempat amik gambar dan sesi fotografi sajer...
dipendekkan cerita selepas berjumpa ngan pengantin dan makan dah dua kali kita orang bertolak pulang... dalam perjalan singah di Lata Kinjang untuk mandi dan cuci mata serta sesi fotogarafi heheh... jalan agak sesak sbb ramai org menuju ke KL... paling sesak kat petronas Tapah kalau tak silap (stesen petronas yang ada kiri dan kanan jalan tu). Kita orang telefon pihak PLUS nak mengadu lah kononya tapi dorang cakap jalan memang sesak time dan kesesakan itu akan selesai bila dah sampai Bidor katanya... mana tak sesak kan hiway 2 lines jer hampeh sungguh... lepas Bidor baru 3 lines.

07 Jun, 2009

Ternyata Blogspot juga ada Badbugs

Sebagai orang yang dah lama beronline dalam dunia blog sudah semestinya aku dah ketemui pelbagai bugs. Badbugs yang aku maksudkan itu sama saja walaupun platform berlainan namun ekspresiasi tak pernah tidak berbeza.! berbeza tapi sama dan perbezaan itu amatlah ketara walaupun paling sedikit persamaanya...

Naqeeblukhman 7 june, 2009






image taken from:- www.dan-dare.org

06 Jun, 2009

Kerana terlebih makan


Hmmmmm pagi nih lewat sikit aku buat n3 dah pukul 1.10am dah ikut jam pc aku lah. maklum saja kekadang aku bz jugak dengan ntah apa kerja 12 jam sehari terasa kejap saja dan 12 jam malam lebih kpd nak tidur pulak...

Untuk n3 kali ini aku nak cerita sikit apa yang aku nampak masa aku makan kat kedai. Ada mamber yang nak belanja apalagi aku ikut jerlah hahahaaaa... kedai tu tak jauh pun dari umah aku kebetulan aku malas tak makan lagi itu yang dikatakan rezeki datang bergolek!

gambar dari:- http://mwave.irq.hu/kepek/filmek/2641/afrika


Masa nak amik makanan tu byk sangat lauknyer tak tau aku nak pilih ikan keli kompem yang first aku tolak hahahaa... dah 30saat aku ushar2 aku amik ayam goreng jer seketul pastu 3 hiris timun... air teh ais... harga tak ogt sbb bukan aku yang bayar...

Walaupun kedai makan tu dekat jer kat umah aku aku mmg dah lama tak pergi situ last aku pergi masa kita orang buat jamuan perpisahan ngna member2 dulu dekat 3 tahun dah kot... Makan kat umah lagi best!

Ramai juga kawan2 aku yang dok makan kat kedai itu rupanya da yang dah lama tak jumpa pun buleh ketemu kat kedai tu... femes rupanya kedai tu tapi aku jer tak nak memfemeskan kedai makcik tu...

Masa kita orang makan tu ada couple dok sebelah dekat ngan kita orang... biasalah aku mesti jeling2 punya kalau awek.. tapi kompem yang laki tu suami dia tak pun boypren... pompuan tu makan dgn slow dan tertibnya jarang2 jer bercakap ngan geng dia tu... aku masih concentrate ngan daging ayam aku dan nasi putih itu jerlah yang aku makan... very the simple... tak macam member aku tu dia amik petai dan sambal dan ayam goreng semacam pedal aku rasa... sambil makan sambil borak nasi dah habis...

Yang couple meja sebelah tadi pun dah angkat bontot nak kuar dari kedai... yang tertingal adalah baki nasi danlauk atas meja yang dorang makan tak habis... ditinggal begitu sajer... tak tahulah mungkin tak sedap ker apa pasal dorang tak makan habis... tapi yang peliknya si laki tu buleh pulak makan ikan sebelah jer sebelah lagi tak usik pun nasi tingal lagi 2 atau 3 suap lagi. bazir cam tu sajer... yang pompuan pun sama mungkin nak jaga body agaknya, patutlah ramping jer badan dia heheheee...

Masa aku ternampak makanan yang dorang tinggal tu aku teringatkan nasib budak2 kat Afrika sana nun... susah dorang nak dapatkan makanan... tapi kita kat malaysia bazirkan begitu saja... nasib baik aku malu klu tidak aku nak minta lebihan makan tu bawa balik bagi kucing hehehee...
kesian weyh dorang tak cukup makan bukan nak kutuklah, tgk sajelah gambar kat atas tu... tak kesian ker....

Then lepas makan biasalah kena minum air pulak kan... masa tu aku tgk member aku yang makan sekali ngan aku tadi pun tak habis makan, nasi habis tapi lauk dia tinggal... aku tanya kenapa tak habis lauk tu... dia kata keras! tak sedap... pulak dah... aku, habis aku makan licin cuma air jer aku tak habis nak minum sbb aku lupa nak pesan gelas kecil biasa aku order gelas kecil jer... bila fikir2 2x5 jugalah aku nih adessss.... yerlah air satu gelas dah RM 1.20!

so moral of the story... ada moral ker tadek citer aku nih... buat2 jer lah ada hheeee... jgn makan kalau tak habis kalu nak makan juga tunggu betul2 lapar kebulur baru makan... kalu tak membazir jer kan hehehe... tak baik membazir... kalau kat umah dah tentu kena sound dengan ibu... tak pun kena fire ngan bapa heheee.... harap2 lepas nih aku pun tak akan ikut budaya membazir nih... tadek untung...

05 Jun, 2009

Suka pula aku buat n3 kul 12 malam


Malam........ malam lagi... malam semalam dah malam... hmmmmmmmmm apa ada pada malam yang gelap tapi dunia sekang nih malamke siang sama saja..........



aaarlah aku sekang nih suka pulak buat n3 tgh2 malam buta disaat tadek org lagipun masa nih sungguh sunyi dan sepi lagi gemersik... aku tak tahu keadaan diluar sana sbb aku malas nak keluar malam2 buta ini...

Lagipun masa nih tadek yang kacau tadek yang gangu... nyamuk pun tadek malam ni... kemana nyamuk2 semua pergi aaarrr malam jumaat kot hahahaaa.... tak baik hisap darah bagi masyarakat mereka agaknya... kat tempat lain aku tak tahulah tapi kat kawasan perumahan nih
dah lama org tak datang sembur asap yang bau macam minyak diesel tu... aku tak suka bau dia...


Blogspot... oh blogspot...

aku sebenarnya baru sebulan ngan blog aku ini... yang dulu aku buat suka2 jer(cfk2.blogspot.com) selama beberapa bulan aku biar kan ia sepi lepas tu ada member dok kecoh2 kata blogspot best dan macam2... ada pulak kata blogspot buleh buat adsense so aku pun cuba2 lah buat dan hidupkan balik blogspot itu... so setelah menjalani berbagai post motem dan segala macam salin kulit jadilah ia blog untuk adsense yang putih melepak jer huhu... tak canggih langsung tak menarik langsung... apakah ia akan sepi dan tertinggal begitu sajer... aku masih update kat blog tu cuma kadang2 byk yang copy paste je hahahaaa

Ok lupakan blog yang itu yang tadek menarik kamu semua untuk layan apalagi nak klik2 kat situ heheh... selama sebulan aku kat blog ini pula... hmmmmmmmm aku baru terasa ada sedikit yang menarik terutamanya effort bloggers sekelian untuk membuatkan blog masing menarik dan tertarik lagi ditarik tarik!

Yang aku perasan apa budaya atau syndrom mungkin jugalah iaitu acara pemberian award dan juga membuat kuiz yang menarik disamping hadiah yang juga menarik pendek kata semua menarik untuk buat yang lebih menarik lagi menarik tak ada yang tak menarik melainkan menarik menarik belaka....

Dan tak juga ketinggalan budaya mengenakan tag pada kawan kawan, yang nih aku pun dah terkena heheee...

dengan blogspot ini aku masih kabur tentang halatuju aku untuk apa aku bangunkan blog ini dan tak tahu lagi berapa lama akan dapat bertahan lagipun aku dah buat blog2 kat wordpress dan multiply.... nasib baik aku tak rembat semua klu tidak lagi pening aku nak update kesemua blog itu..


sekadar merepek di pagi hari... klu dapat makan kerepek best juga kan... ada pulak kopi kapal api yang kaww punya hehehee.... aku tetap dengan interpretasi aku bahawa tidur lebih baik dari layan blog... esok kena bangun awai...

04 Jun, 2009

Oh. malamku


malam semakin kelam dan larut menjelang pagi aku terasa nak minum susu... nak harapkan saper lagi pagi2 buta nih kenalah buat sendiri...

lepas minum susu dok naip2 n3 sambil layan lagu Ella... terasa berat pulak mataku yang tak berapa nak sepet ini... lagipun tak ramai geng yang online
time2 camni...

aku dah biasa tidur lewat pagi, bukan tak mengantuk bila siang hari tapi nak buat macammana aku terpaksa juga menguatkan semangat untuk terus menemuhi hari2 macam biasa juga.

jadual aku seharian tak byk yang berbeza lebih kurang saja melainkan kalau ada keluar jauh ketempat2 lain itu pun sekali atau 2 kali ajer dalam sebulan..

dah tak tau nak merepek apa pagi2 buta nih... layan jerlah hehheee

02 Jun, 2009

saja nak tunjuk buah ni...

sedap ler buah nih tapi mahal harga nya... kat pasar malam kulit dah kecut pun masih lagi tak turun harga dia hampeh sungguh...

saper ada pokok kat umah pastu ada pulak buah... buleh bagi tau nanti aku pi angkut ngan lori.

01 Jun, 2009

Notice: Pertukaran URL

Mulai malam ini sebelum pukul 12.00 am 2hb june 2009 saya akan ubah url blog yang baru. Perubahan ini adalah untuk penyelarasan dan pen-gupdate- an. Ini adalah juga kerana url sekarang ini adalah nampak tidak profesional dan tidak menepati ciri2 yang mempunyai unsur2 keunikan tersendiri... lagipun url yang diguna pakai sekarang ini adalah hentam saja masa mula2 buat blog dulu so bila dah hampir sebulan berlalu terasa semacam ketidakprofessionalanyer hehe betul ker kalimat tu huhu...

kepada kawan kawan yang add blog saya pada bloglist atau blogroll kemungkinan tidak dapat akses pada pautan itu lagi.. tapi kepada yang jadi follower rasanya tiada masalah...

Dimana nanti saya akan gunakan satu nama untuk jadikan url dan nama itu juga akan diguna pakai untuk mana2 blog yang saya bangunkan. Dengan itu juga adalah diharap ia memudahkan
proses pemgenalan diri yang mana sebelum ini saya seakan menyembunyikan identiti diri (standard lah bloggerkan)...


Segala kesulitan amatlah dikesali..

Aku pun minum susu juga ... susu apa?

Masa aku pi pasaraya tadi nak pi beli air mineral dan makanan sikit untuk minum petang aku ternampak lah susu itu... dan teringat pulak citer calcium n3 fathyyah tu sini-calcium walapapun aku tau dah terlambat kot nak tambah kan kalsium nih sebab umur dah tak muda remaja lagi hehee...

Tapi takperlah kan kot2 minum susu yang tinggi kalsium nih buleh menambah kan kehenseman hahaha... nak tambah tinggi lagi tak buleh...

Aku mmg beli yang low fat milk sbb yang jenis ni jer aku buleh telan kalau yang biasa tu kepala aku buleh jadi semacam berat lepas minum... mungkin banyak sangat lemak dia kot...


pepatah kata yang patah hari ini:-

1- Untuk apa bela lembu kalau susu dah ada
2- susu punya lembu, sapi dia dapat nama
3- kerana susu setitik nila tak akan rosak