Halaman

26 Jun, 2009

tersasar

Dikesempatan pagi yang dingin ini aku bangun awal dah malam tadi tidur awal hehehee... lalu aku terasa nak menulis sesuatu diblog aku yang masih baru lagi ini... belum pun masuk 3 bulan... kalau kerja tu kira masih dalam probationary dan belum kompem lagi...

Walau kusedari dari awal lagi setelah aku membabitkan diri dalam dunia blog sejak beberapa tahun yang lalu boleh dikatakan aku mula mengenal dunia blog dan IT dengan lebih mendalam walaupun aku belum lagi hebat dalam menulis blog (banyak merepek). Aku sering memfokus pada tahap keprofesionalan aku sebagai blogger namun kadang aku lupa dan tersasar jua.

Masa menulis blog di ruangan blog yang agak terkenal itu aku sudah biasa dengan blogger yang kira lebih kurang sealiran jer. Namun dengan Blogger / Blogspot aku dapati ramai yang berstatus tinggi paling tidak pun mereka seorang pelajar IPTA dan memang jauh berbeza dari aku yang tahap ilmu dibawah level yang memberangsangkan. Dan dengan itu juga apabila aku cuba menulis, aku fikir dulu isi kandungan dan siapa akan membacanya. Namun bila aku ketandusan idea aku hentam dengan merepek saja. Seolah seperti yang aku selalu perasan pada blog blog yang aku jumpa katanya " blog aku, aku punya sukalah" heheh... buleh ker camtu...

Lagi apakan daya, paling tidak pun aku cuba juga menulis andai kata ada artikel aku yang buleh memberi idea pada pembaca dan follower aku semua. Aku suka layan dan baca serta bagi komen pada blog yang aku follow dan kalau ada iklan yang mereka tempek kat blog masing2 aku cuba klik juga sebagai tanda sokongan. Komen2 aku kat n3 pun kekadang aku banyak merepek juga dan mungkin off topic tapi tak lah sampai buleh menimbulkan marah ngeh3x. Kalau ada yang marah tu minta maaf lah yer... hari jumaat nih adalah lebih baik berlembut hati hehehehee

layan lagu nih... aku jumpa kat http://www.kapanlagi.com/lirik/daerah/maluku/waktu_hujan_sore-sore

Maluku

Waktu hujan sore-sore kilat sambar pohon kenari
E jojaro deng mongare mari dansa dan menari
Pukul tifa toto buang kata balimbing di kereta
Nona dansa dengan tuan jangan sindir nama beta
E menari sambil goyang badanee
Menari lombo pegang lenso manisee
Rasa ramai jangan pulang duluee


heheh, aku tak baper paham lagu tu jangan ditanya kenapa dan mengapa... Kepada blogger sekelian jangan risau aku setia memfollow blog korang semua dan dengan sedaya upaya memberikan komen yang terbaik! Tulislah apa saja pada blog anda aku setia melayan tanpa jemu dan andai kata aku tiada drop any comment itu bermakna aku ketiadaan idea dan mungkin juga sebab aku tiada kesempatan maklumlah kadang2 aku juga sibuk tak tentu masa. Tgklah macam pagi nih awai2 lagi aku dah menulis blog ada masa takkan ada posting atau n3. Tapi setakat nih boleh dikirakan tiap hari ada n3 aku untuk mengisi ruang dalam blog ini.

Aku juga ternampak ada blogger yang suka memberi award pada blogger2 yang lain, akupun berkira-kira untuk mencipta atau memdesign award untuk diberikan kepada kepada blogger yang setia memfollow blog aku ini ngeeeeeee. Tapi buat masa nih belum ada idea lagi nak buat award macamana. Nak design tu yang susah sikit, dengan skil photoshop aku yang masih tahap baby ini aku tak berupaya untuk buat award yang menarik dan cantik! Jgn bimbang kalau ada nanti aku akan bagi kepada semua kawan2 yang setia dengan blog aku ini...

Apapun selamat hari jumaat kepada semua. Kepada yang bercuti hari ini selamat bercuti dihujung minggu...

Salam dan ceria cerialah selalu...
Naqeeblukhman


*aku pun sepanjang hari ini akan banyak menghabiskan masa kat umah jer hehehehehe

8 ulasan:

  1. Biula aku baca N3 ni, ada ala-ala org nak umumkan tarikh mula pose..Ape ke skema sangat ko ari nih? ngeh3X...

    Ayat2 yang ko gunakan pun, boleh tahan mcm ayat2 mamat yg pakai spek tebal..hahaa..

    Untuk pengetahuan mu wahai pok cik Naqeeb...aku juga selalu merepek dan merapu di blog...(bukan ko sorg je..) hahahah.,

    Tapi, aku suka sebab N3 aku akan dikomen dengan perkataan2 yang seangkatan dengan tu jugak..wakakaak

    Dan aku suka, sebab...sebab...sebab...
    ah tak tau la nak reka alasan ain..Yang penting, aku memang kaki merepek..hahah

    Anyway, salam jumaat K, jangan lupa tngahari karang ada date ngan Imam kat masjid tau...


    Salam....

    p/s aku blm ada pluang nk tgk lagu tu..nnti aku dtg lagik K..Nak post N3 baru nih...

    BalasPadam
  2. Arryani...
    salam juga... oit awai gak mokcik datang menjenguk yer hehehee

    yo lah yolah... ayat skema dan terkesima huhuh... maklumlah golongan retrolah katakan, tak dapat nak ikut sangat budak2 muda tu semua!

    tak pasal2 naik nama org tua pakai spek tebal tu hehehee...


    teruskan merepek jgn pernah berhenti tapi pastikan repekan itu ranggup dan pedas hehehe

    *dah masak ker jemput2 tu nak pi makan untuk bekfast nih...

    BalasPadam
  3. betullaa tu, blog kita, sukati kitalaa nak taruh apa pun dalam tu...

    merepek itu suatu seni yang sungguh indah... mueheheheheheheheh :P :P

    BalasPadam
  4. Sendiri punya blog, sendiri punya cerita. hehe....jangan sangat terikut2 dgn cara orang. lain orang lain ceritanya. Haha... kalau orang menulis berkisar tentang resepi masak2.... takkan kita nak gitu juga.. hehe bukan bidang kita tu. Kekadang menulis di blog sekadar ikut hati je... cuma nanti tengok respon orang. kalau entri baik, insyaAllah respon pun baik.

    BalasPadam
  5. betul la tu..kita punya blog..kita punya suka la kannn..sape2 yg tak suka bole je jalan ke blog2 lain..yg singgah dan meninggalkan jejak..amatlah dihargai..tak gitu NL?

    Sally la tuh..yg bercuti hujung minggu hari nih..

    BalasPadam
  6. SS...
    suka sangat lah nko klau pasal merepek nih yer... aku pun setia melayan repeken korang muahahahaa

    Toknabe...
    saya pernah buat n3 resepi kat blog lama dan mendapat sambutan yang memberangsangkan walaupun resepi itu cilok jer huhuu... suruh kawe masak hampeh lah jadinya hehheee


    cikgusally...
    selamat bercuti... dah tau dah org kat kelantan mmg cuti hari ini dan esok huhuhu...

    betul tu cikgu... saya sokong!

    BalasPadam
  7. Salam Naqeeb.
    Apa nak dirisaukan dengan kebolehan orang lain,...aku adalah aku... kan "Universiti Kehidupan Harian" ada di mana-mana, nah di situlah kita menimba ilmu dengan menggunakan minda yang kreatif, kritis dan proaktif. Insya Allah ada uum! punya.
    Sekarang pun apa kurangnya.

    BalasPadam
  8. salam PakNgah...

    setakat yang saya mampu jer... :)

    BalasPadam