Halaman

22 April, 2010

kisah dan permasalahan broadband serta internet connection

baru hari internet connection aku ok berbanding semalam dan semalam lepas yang mana boleh membuat jiwa ku berantakkan jadinya... malam ni walaupun hujan turun agak lebat dan guruh berdentum dentum kilat sabung menyabung (betul ker frasa nih)... buleh buka YM, MSN dan buleh buka tab (IE 8.0 32bit) banyak tanpa tersekat sekat dalam satu masa walaupun sudah sedia aku maklum connection aku sudah disekat kerana telah melangkaui FUP yang ditetapkan... apakah setelah aku buat n3 fasal modem aku tu maka ada yang bertindak hehehe.... oh itulah kuasa blog! huhuhu... pandai2 jer aku buat spekulasi...


maka dengan kelajuan internet aku yang boleh membanggakan itu aku gunakan untuk membuat n3 ini dan jalan2 ke blog kawan2 yang lain...


dan semalam aku dapat surat dari cik google... pergghh bukan kepalang aku gembira... yerlah apa lah cik google tu susah payah hantar surat kat aku kan... walaupun aku bukan blogger yang berjaya dan menggunakan Adsense dalam blog aku nih... ntah2 cik google nak bagi aku duit hehehe...


yer betul mmg cik google nak bagi aku duit tapi bukan duit dalam bnetuk wang ringgit atau tunai tapi dalam bentuk Voucher.. hmmm bernilai RM150 voucher buleh digunakan untuk meletakkan iklan dengan syarikat mereka mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan... tapi apa lah iklan yang aku nak letak aku bukan usahawan atau ada syarikat...

setakat iklan tu aku buleh gunakan aku punya blog untuk iklankan walaupun aku tahu blog aku tak berapa popular dan diminati ramai... benda free kan lebih baik guna... yang cik google kasi tu ada tempohnya kalau nak lebih tempoh kena bayar pulak er.... kala guna blog sendiri kan jimat... siapa nak letak iklankat blog aku ni  mari2 hehehee... percuma selama 3 bulan wakakakakaaa... errr sudah tentu ada syarat dan terma!

fakta untuk hari ini:
kpd pengguna broadband harap maklum jika kamu melayari laman mana2 laman web itu sudah dikira anda telah mendownload sesuatu saiz data. laman web yang paling besar data yang didownload ialah youtube...

anda mungkin berkata atau berangapan bahawa anda tidak memuat turun pun hanya sekadar menonton video dalam youtube tersebut... aiyooooooooo... jgn kamu tersalah faham... apabila sesuatu laman web di layari maka secara tidak sedar sesuatu jumlah data telah dimuatturun hanya ia tidak disimpan dalam cakera anda secara kekal... termasuk cookies atau juga mungkin virus, spyware dan trojan!

jadi tiap kali anda buka sesuatu laman web, menonton video online dan radio online secara tidak sedar pemidahan muat turun telah berlaku... sebab itulah kalau guna Internet Download Manager pada youtube proses muatturun lebih cepat apabila video itu sudah habis ditonton/buffering sbb data video itu disimpan secara sementara pada folder TMP...

kita sering tersalah faham apabila kita klik butang DOWNLOAD NOW dan DOWNLOAD HERE maka itu adalah dikira satu proses muat turun... bezanya disini ialah apabila kita klik untuk muat turun untuk video atau mp3 data2 itu kita save secara sedar atau dengan sesuatu tujuan!

kenapa aku membebel pasal benda ni... sebbnya aku ada masuk satu forum dan disitu ada seorang pengguna broadband seolah dia nak mengamuk dengan ISP dia sbb internet connection dia dan kena sekat atau diperlahankan setelah melebihi had yang diberikan...

dia siap telefon ISP tersebut dan mengadu maka org yg bekerja di ISP tu kata sbb dia dah guna lebih dari yang sepatutnya... maka orang itu pun tidak lagi memuatturun sebarang movie atau mp3 dari internet hanya saja melayari video di youtube.com.... hahahaha aku hampir nak tergelak sebab katanya dia tidak muatturun untuk berapa ketika dan telefon kembali ISP dia hehehee...
kena ingat juga satu2 video pada laman youtube rata2 bersaiz 15mB... dan lebih besar untuk yang video panjang dan high quality....

jadi disini kena faham lah... pa itu istilah muatuturun(download), buffering, muatnaik(upload) dan sebagainya...

*semalam aku lupa letak tajuk untuk n3 nih hahahaha... apakaha ku sudah terkena penyakit nyak nyuk adesss.... tolongggggggg...

8 ulasan:

  1. ooooo...

    ..


    ppppppp.... qqqqqq.... rrrrr...


    patutla tenet mcm lembab skrg ni... rupanya penangan youtube... cis!!

    taknak tgk youtube lg laaaaa..

    .
    .

    errr... errr... alaaaaa... apasal youtube best sgt utk ditonton?? hiissshhhhh...

    BalasPadam
  2. Pakai streamyx tak ada masalah ini. Inilah yg betul2 unlimited tak mcm celcom/ maxis broadband..kata unlimited tp huhu......

    BalasPadam
  3. mcmana ko boleh dapat voucher tu sedangkan aku tak dapat? Menciklah cik google ni huhuhu

    Aku nak letak iklan kat blog ko ni mcmana ah?

    BalasPadam
  4. KTS...
    kalau nak tgk youtube hari2 beli ler package yang mahal... yang unlimited tu hehe
    hari layan youtube pun tak per... ko kan byk duit hehehee


    TOKnabe...
    unlimtede bagi broadband tu mungkin dari segi signal dan mudah alih jaer tuuu bukan dari segi penggunaan hehehe


    YB...
    voucher tu untuk yang buat akaun adesense ajer... YB ada nuffnang ajer kan haaa tunggu lag surat dari dorang heheh

    serious ker YB nak letak iklan kat blog saya...

    kalau betul bagai dikata senang ajer... mula2 letak iklan blog YB, yang YB reka sendiri dan link kepada laman web syarikat YB tu..

    nanti saya dengan sukarela akan copy paste iklan tu kat blog saya pula huu

    nanti kalau ada pengunjung masuk blog saya dah tentu dia nampak iklan tu huhu...

    BalasPadam