Halaman

17 Jun, 2009

Apa tu... kunci?

Eh betulah kunci. itulah kunci rumah aku ngeeeee... saja nak tunjuk kunci umah. Aku tahu lah sapa yang ada rumah mesti ada kunci.


Eh betulah kunci. itulah kunci rumah aku ngeeeee... saja nak tunjuk kunci umah. Aku tahu lah sapa yang ada rumah mesti ada kunci.

klu tadek kunci macamana nak masuk umah heheheee. Itu baru kunci rumah belum lagi campur ngan kunci2 yang lain maunyer satu kilo kunci sajer...

biasa kita akan ada banyak kunci, kunci bilik, kunci kereta, motor dan peti besi mungkin. aku tak ada kunci peti besi. kunci aku diperbuat daripada besi jer banyak!

Pernahkah anda terlupa bawa kunci rumah? terlupa kunci kereta? atau mungkin kuci helikopter hehehe cam YB tu... errr errrr kunci yang sekecil itu sungguh penting, kalau nak pergi mana2 kunci juga kena cari dulu.

pengalaman tertingal kunci rumah atau bilik mmg menakutkan. Buleh rosak pintu rumah dikerjakan huhuhu...!

Aku pernah alami perkara yang sungguh memeningkan... kerana ku terlupa ambil kunci... masa sampai kat dalam kedai mula tercari cari mana dia kunci motor aku nih.... semua poket aku seluk
semua tiada... puas dah aku fikir! lepas habis urusan aku kat kedai tu pi semula kat motor. alamak! ada kat motor rupanya. buleh nyer aku lupa nak amik kunci tu. elok jer melekat kat suis motor.... syukur selamat.....

nak kata nyanyuk, tak mungkin... lupa, mungkin lebih tepat, tak ingat atau sajer buat tak igt, issshhh tak kot hahahaa... so kata kunci kita hari ini ialah kunci.

Frasa atau statement yang popular dan menarik pasal kunci:-

1- apakah kunci syurga itu?..
2- kau kunci cintaku di dalam hatimu (lagu akak melah)
3- Gandum cap kunci adalah salah satu gandum yang mendapat subsidi (murah)
4- Kunci mulut / kunci hati
5- Kunci sukses yang pertama adalah Bertindaklah!
6- keyword / password adalah kata kunci dalam bahasa ingeris
7 - 10 Kunci Kejayaan Di Dunia Dan Akhirat:-
  1. Kunci kemenangan adalah sabar.
  2. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan syukur.
  3. Kunci keselamatan dunia dan akhirat adalah taqwa.
  4. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa.
  5. Kunci maksiat adalah kesombongan.
  6. Kunci solat adalah taharah.
  7. Kunci ibadah haji adalah ihram.
  8. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar.
  9. Kunci syurga adalah tauhid.
  10. Kunci ilmu adalah bertanya dan mendengar.

8 ulasan:

  1. Nasib baik aku yg tak terserempak ngan motor ko ari tu. Kalo tak...,alamat dah merempit mok cik ngan mat-mat rempit kat highway tebrau...

    BalasPadam
  2. incik Firdaus selalu lupa kunci kereta... Lagi-lagi kalau bukak but guna kunci, tinggal je kunci kat situ sampai sok pagi... Sebbek kete tak ilang... Hohohohohoh

    BalasPadam
  3. susahnya nak bukak kunci umah ni..


    pokcik.. awat lambat benar nak upload page ni??

    byk benar kuncinya...


    ppsssssttt... org tua mmg pelupa.. ngeh222x

    BalasPadam
  4. pernah terbuang kunyi kereta dalam tong sampah..
    nasib baik lori sampah belum lalu lagi...
    pagi ni gi kerja tak kunci rumah..
    suruh jiran jaga..
    sebab kunci rumah melesap ntah ke mana..
    kena sorok bunian agaknyer...

    BalasPadam
  5. hehehee...

    macam2 citer juga korang semua...

    *tadek idea nak reply semua pertanyaan dan koment anda semua huhuhu. harap maklum. terima kasih... :)

    BalasPadam
  6. aku ingat aku aje yg ada problem nak buka blog ko ni. rupanya kts pun sama.

    heli aku tak pakai kunci. pakai sim card aje hehehe

    BalasPadam
  7. YB...
    yep agak kritikal bagi yang menggunakan
    intenet streamyx... dan internet explorer...

    pada yang guna firefox dan wimax macam saya tadek masalah huhuhhh

    BalasPadam
  8. aku guna line streamyx dan firefox sebagai browser... Takde masalah sangat, tapi kalau bukak banyak-banyak tab sekaligus memang slow sikitlaa... Hahahahahahah :P :P

    BalasPadam