Halaman

19 Julai, 2009

Filem ... Dalam Botol, apa pendapat anda

Dipagi ahad yang damai ini aku ingin mengajak kalian untuk membincangkan pasal filem. Filem negara kita apa lagi hehehee.

Sememangya aku cukup tak suka dan tidak setuju dengan filem ... Dalam Botol tu tapi apakan daya aku hanya insan biasa, jauh dari ksempurnaan dan memang tak sempurna hahahaha macam kenal jer ayat2 itu kan....

kontroversi
Ok, kita berbalik kepada filem itu yang meraih kontroversi walaupun filem itu belum siap pun. oh, apakah manusia sudah alpa... aku benci! dulu tajuk asal dia Anu Dalam Botol! lepas tu FINAS suruh tukar kepada Dot3x Dalam Botol! Hampeh juga FINAS tu... erkkk jgn korang saman ku weyh aku bagi pendapat ajer... aku kan peminat filem melayu... kalau aku tak tgk filem melayu saper lagi... tapi kalau filem cenggitu lah gamakya aku kompem tak akan tengok. yer betul ramai lagi yang nak nonton tapi kesian dorang...

Air daun keladi
Apakah mereka tidak belajar dari kesilapan lalu. Masih ingatkan kalian pada kisah seorang pelakor tersohor tanahair yang pernah berlakon dengan membawa watak perempuan dan berpakaian perempuan itu. Dan apabila ditegur oleh mufti bahawa semua hasil daripada lakonan itu haram maka dia bertaubat dan tidak mahu lagi melakonkan watak seperti itu lagi... aku respek ngan dia apalagi dia memang anak tok guru tersohor!

Emak hanya mampu mengucap

Kalau baca akhbar hari ini adalah tu kisah pasal filem itu dan diberitakan mereka sudah menjumpai pelakon lelaki yang sesuai untuk membawa watak perempuan atau p*****.
Pelakon tu masih baru kesian dia... Macamana dia buleh terlupa. Dia siap cakap lagi bila dia menunjukkan gambar nya dalam bentuk perempuan mengucap panjang emak dia. Aku pun tak boleh nak kata apa sebab, emak dia sendiri pun dah bagi lampu hijau, mungkin!

Realistik

Aku pun tak tahulah macamana filem itu akan dibuat nanti samada betul2 pelakon lelaki
akan menyerupai perempuan dalam filem itu nanti atau sekadar simbolik sahaja. Tapi kalau mengikut puan pengarahnya itu semacam mau ajer dia buat dengan lebih realistik mau tidak betapa susahnya mereka nak cari pelakon yang betul2 sesuai hanya untuk watak utama itu... oh, filem negara ku...

Alasan

Alasan adalah filem itu sarat dengan pengajaran ada pengisiannya tapi bagi aku sudah sudah lah. Kalau pisang berbuah dua kali untung beb tapi kalau dua kali berbuah tapi semuanya busuk buat apa! Bagi aku dah ler filem negara kita diserang dengan epik hantu dan kini hampeh...

jadi apa pendapat kamu semua tentang persoalan itu. Andai kata kamu rasa buang masa ajer memikirkan tentang filem itu atau filem2 lain juga tak per tak payah bagi pendapat dan komen. Aku pun sekadar memberi pendapat ajer. Sebab aku merasa jelik bila membaca artikel pada akhbar itu.... sekadar menyelak yang sudah terselak!

8 ulasan:

  1. aku teringin nk duk dlm botol je hr minggu nih... rehat2 sambil mkn snek

    BalasPadam
  2. aku ada dengar inpo ttg citer ni dari smber2 yg dpcayai jgak..

    Yang boleh aku cakapkan ialah pengarah ni mmg suka nak cari publisiti havoc mcm tu..

    Aku tak dapat nak komen berbisa sangat..kerana takut, mungkin aku memandang dari persepsi yg salah...

    Cumanya, aku nak sangat dengar pndapat org seni yang betul2 mmperjuangkan seni..dan bukan mencari nama...

    BalasPadam
  3. bdk ni asal weekend je ilang...

    BalasPadam
  4. Salam Naqeeb.
    Mereka yang sayangkan Islam akan mengembangkannya........mereka yang selain itu akan meniruskannya.

    BalasPadam
  5. tataula nak cakap apa.. yang pasti... yang haram itu jelas... yang halal itu juga jelasssss...

    Sekian terima kasih... :D :D

    BalasPadam
  6. Errrr...ckLah datang lagi, boleh eik??

    Siapa yang keluar dari panggung wayang akan berkata;

    "Pengajaran dari cerita ini kawan-kawan...adalah.......bla..bla..."



    Errr...kau diam ckLah!!!Seumur hidup kau memang tak pernah masuk panggung wayang!!! Jangan banyak omel!!!


    He..he..

    BalasPadam
  7. to Teja, Arryani, CkLah, SS dan pak Ngah....

    terima kasih dengan komen itu harap2 akan ada perubahan kepada yang berkenaan...

    ingatan untuk diri sendiri jua...

    All the best!

    BalasPadam