Halaman

31 Julai, 2009

Dah jadi satu kerja...



kerana aku yang pilih...
kerana aku yang mahu
kerana aku yang mulakan dulu

terpaksa jua atau dipaksa rela




entah mengapa...















26 Julai, 2009

Pi mancing kat Port Klang




Petang tadi member aku call ajak pi mancing kat Port Klang... bukan mancing tepi laut atau pantai tapi kolam....

Aku setuju ajer walaupun tahu aku ini tidak minat memancing pun. Tapi aku suka tengok orang memancing dan seronok tengok bila dorang dapat ikan.

Member aku tu sekor pun tak dapat ikan hehee.... dia kata kat aku " nko nih pakai tangkai apa haaaa, selalu aku pi mancing tak pernah tak dapat, paling kurang ada juga sekoq! tapi hari ni aku bawa nko langsung ikan tak sentuh" kata dia (orang Kedah).

Memang dia tak dapat ikan tadi, orang lain ada gak yang dapat dan ramai lagi yang dapat penat ajer walaupun menunggu sampai 3 jam!

Aku hairan sungguh dengan kaki2 pancing nih sangup dia menunggu dengan tekun dan sabar, kalau aku mau nyer aku letak bom ajer dalam kolam tu senang tak payah tunggu lama2 hehehehe...

Aku rasa lainkali dia takkan ajak aku lagi pi mancing... mungkinkah...???

25 Julai, 2009

N3 malam-malam



Dengarkanlah lagu arab dendangan Hadad Alwi - bagi yang tak suka lagu orang putih....



Sebagai menjawab kenyataan aku yang aku nyatakan dalam reply kepada YB untuk n3 yg lepas tu dan juga menjawab pertanyaan CkLah

bahawa aku akan tidak akan membuat n3 baru lagi. Memang betul bagai yang dinyatakan itu sebabnya aku rasa dah malas aku nak

merepek dengan n3 entah apa2 itu... Aku mahu jadi blogger yang profesional sebenarnya tapi apakan daya.

Walaupun belum pun cukup 3 bulan dan n3 pun belum lagi mencecah 100 aku akan cuba untuk mengendurkan sikit keghairahan untuk

membuat n3 heheheee... Dengan kata lain aku akan gunakan masa berblog untuk kemaskinikan n3 yang lepas-lepas dan juga kan lebih

menumpukan "backdate n3" ajer... kalau ada pun n3 baru itu adalah betul2 punya n3 yang relevan dengan keadaan semsa dan juga

suasana... Kemungkinan juga 1 atau 2 n3 sahaja seminggu yang akan di poskan.

Jadi jangan risau sebab aku akan tetap dan masih lagi mengikuti dengan blogspot ini cuma akan perlahan ajerlah, perlahan dari segi buat

n3 baru dan juga komen2 pada posting kamu semua... dan juga kalau ada yang perasan tiada n3 tu angaplah tuan umah memang tiada n3

baru dan tiada idea nak buat n3 ataupun kekurangan pengisian.

Juga ingin ditegaskan disini alasan merajuk tidak relevan sama sekali dukacita diulangi bukan merajuk tapi ingin membuat sedikit

perubahan dalam dunia blog. Takkan setiap masa sama ajerkan, kena juga ada perubahan dan harapnya perubahan nanti adalah yang

lebih baik dan terus lebih baik!

Akhir sekali layan ler lagu kat bawah ni... biasa aku tempek kat aku punya blog dulu2 huhhuhuu( I Celebrate My Love For You)



Lagu nih kalau dengar mesti nak lelap punya lah hehehehee. Khas untuk yang nak masuk tidur heheheee



Iklan gediks heheeee


kepada yang ingin download video buleh add on kan firefox anda dengan FlashGot, sesuai untuk video youtube dan lain media.

BIla masuk laman web flashgot.net tu klik ajer ( Add to Firefox ) button dan ia akan automatik install... :)

banyak cara lagi yang buleh digunakan untuk muatturun video dari youtube contohnya guna Internet donwload Manager dan juga

UnPlug. Tapi FlashGot lebih senang... file yang dimuatturun buleh dimainkan mengunakan FLV Player, untuk muatturun software --> FLV Player (4.77mb)

N3 untuk belah petang pulak heheheee



mula2 layan lagu aci2 tu yer, sedap weyh dia nyanyi... mendayu..............



buah yang paling berbisa... sedap juga buah nih... saper tak pernah makan?

Ceria pagi sabtu

1-Blog pilahan

Sebelum kita meninjau Falsafah Pendidikan Islam, adalah lebih elok diperincikan dahulu tentang Falsafah Islam itu sendiri dan juga asal perkataan falsafah. Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani Kuno, dan dalam pengertian yang bebas ia bermaksud "Cintakan Hikmah"(Al-Syaibany, 1991) Hikmah ialah satu pandangan dan fikiran yang tinggi atau jauh serta matang. Pengamatannya tidak dapat dicapai oleh pengetahuan biasa.
lagi...



2-Lawak-lawak


Hujan


CIKGU: Arip,kenapa kamu datang lewat hari ini??

ARIP : Hujan lebat cikgu... ...

CIKGU: Semalam,kenapa awak tak hadir??

ARIP : Hujan,cikgu. .. ...

CIKGU: Aik! Hujan juga. Habis kalau tiap-tiap hari hujan??

ARIP : Banjir, cikgu

CIKGU: @#%#@&%#@$


lagi lawak




3-Petua pelik


Mandul
Cubalah untuk mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah dan rojak nanas seminggu sekali. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.
lagi...


4- Berita pilihan

india pun ada manusia labah-labah... hehee lagi...

5- lagu best kot hehee

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

24 Julai, 2009

Tag dari Tsally - pasal telefon bimbit!



1- Sudah berapa lama anda menggunakan handphone tersebut?
- 28 julai nih cukup lah umuq dia 1 tahun dia berkhidmat ngan aku hehehee. aku suka ngan dia sbb atah kepala dia ada lampu suluh, buleh wat skodeng tau hahahaaaa

2- Apakah wallpaper yang terpampang di skrin handphone anda. Dan terangkan mengapa anda memilih wallpaper tersebut?
- errr wallpaper tadek ler. sbb hset cokia ajer tu hehehee... igt nak juga letak pic yang tut... ngeee
masa ngan N-gage dulupun salu letak gambar kereta ajer.


3- Berapa jumlah ‘contacts’ yang terdapat di dalam handphone anda?
-tak ramai sangat ada dalam 115 nombor ajer... itu campur dengan org yang sama tapi nombor dorang sampai 3... ada yg selalu tukar2, pening wooooo. bulan ni no lain bulan depan aik tukar lagi....

4- Sila masuk ke ‘contacts’ dan pergi pada huruf ‘M’. Berapa kenalan anda yang namanya bermula dengan huruf 'M'?
- 7 nombor ajer dengan nama M... lagipun aku tak set nama sebenar semua aku set nama gelaran ajer huhuhu. dan ada tu aku set dengan F ajer...

5- Berapa jenis handphone yang anda telah guna, selain handphone yang terkini?
i- nokia N-gage (sudah kong)
ii- nokia 3310 (nazak) tapi masih belum tamat riwayat dia... semput2 selalu ajer heheee. hset ni sebenarnya pinjam hset kawan punya tapi sampai sekarang aku tak pulangkan kepada kawan aku itu dah jadi macam hak sendiri pula hehehehe. Biasalah tu pinjam pandai nak pulang tak reti. lagipun kawan aku itu ok jer...
iii- terkini yang macam dalam gambar tu lah.... lupa daaa apa model dia...

6-Rangkaian telekomunikasi yang anda gunakan? Nyatakan mengapa..
- aku guna maxis untuk hset yang dalam gambar tu. 3310 pakai celcom. sbb ramai member guna tak sama semuanya. ramai member guna maxis adik beradik dan famili kat kampung guna celcom... saja nak jimat huhuhu. kalau guna maxis untuk buat pangilan ke celcom errr faham2 ajer heheeee
- masa N-gage tu ok sempat juga pakai U-mobile... jgn terkejut... dulu aku pakai 2 maxis, satu celcom dan satu U-mobile heheee

7-Nada dering yang anda gunakan?
- untuk 3310 dah pastilah hok basic ajer
- untuk terbaru tu guna, continental untuk call dan bunyi ayam berkokok untuk sms

8- Senarai top 5 yang anda selalu msg?
- huhu... tak igt ler tapi kalau ada sms aku mesti reply punya walaupun hset aku tadek kedit, biasanya kalau no dorang ada dalam YM aku sent via YM sms ler heheheee (celcom sahaja)


9- Soalan terakhir. Nama orang tersayang (bf/gf) yang anda set dalam handphone?
- errr... solan maut betullah heheheeee - N1

10-Siapa mau di tag???
- saper yang belum kena tag macam nih dan kepada yang rajin nak buat tag ini... dipersilakan dengan senang hati yer heheh.. bila lagi nak tunjuk gajet korang yang canggih tu....


bila aku baca balik hok aku karangi itu cam tak best ajer. tak menarik aku karang, apapun layan ajerlah jgn komplen lagi kata tadek n3 baru heheeee

23 Julai, 2009

Shah Alam to Tapah


stesen minyak menghala ke utara....


Semalam kami pergi Tapah, Perak. Sebetulnya aku tak rancang pun nak pergi tapi tiba-tiba ajer pagi semalam dalam kul 8am ada pangilan. jadi aku setuju ajerlah... sbb ada staff mc!

Pergi pun tak lama dalam kul 4pm dah sampai semula ke Shah Alam... Tak dapat nak ke Teluk Intan hehee kalau tidak buleh jumpa ngan CkLah huhuhu...

Masa berhenti makan di RR Tapah tu ada suatu kejadian yang tak disangka sangka... Sedang best aku makan tiba-tiba aku terjumpa seekor lebah dalam nasi yang aku makan tu mungkin dia terjatuh dalam kari ayam! Aku makan ajer tanpa banyak fikir yang bukan2 nak komplen pun malas. Kalau binatang lain rasanya aku kompem tak makan dah... nasib ler lebah hehehe. member aku kata takper tu buleh menambahkan power, tapi aku tak makan ler lebah tu... errr


Dah sampai kat Putera Height kita org singgah kat pasar malam kebetulan hari memang ada pasar malam....



pasar malam Putera hegiht....

20 Julai, 2009

Lukisan yang aku lukis...


Siapa masih igt pasal n3 aku gambar pensil yang warna merah dan hitam tempoh hari? Hmmm kalau masih ingat bagus... sebab dengan pensil2 yang aku beli hari tu... aku gunakan untuk belajar melukis manga hehehee


Ada kawan aku yang datang kerumah dan kebetulan dia belek2 buku lukisan aku dia siap kritik lagi kata dia kalau 5 bintang dia bagi aku 3 bucu bintang ajer heheeee... ada juga yang gelak sbb tak percaya yang aku katakan pada dia aku nak beli pensil 6B untuk melukis heheheeee

So, aku tidak berputus asa aku tetap melukis dan mancuba... dan itu adalah hasil setelah mencuba untuk kali kedua ngeeeeeeeeeee

Gambar diatas tu hasil yang aku lukis dan sudah diberi sedikit sentuhan photoshop!. Tangan itu memang tangan empunya pelukis dengan motif seni ngeh3x

Anda semua nak bagi baper bucu bintang pulak ek heheee....





kepada yang ingin mencuba buleh belajar kat sini:-

http://www.youtube.com/watch?v=T9PUDtVcWhY&feature=fvst



Aku terkena penyakit misteri (SSD)



















gambar ehsan cik google:- http://www.psychologytoday.com/files/u52/sleep.jpg



Sejak 2 hari lepas aku semacam menghilang sekejap. Bukan sibuk ngan apa komitmen tapi aku dah terkena satu sindrom yang sukar sekali hendak diubati dan belum ada lagi setakat ini penawar atau vaksin yang diketahui atau ditemui. Walapun seluruh saintis dunia telah membuat kajian secara besar besaran.

Dan sebab itulah aku tidak online pada masa itu. Penyakit itu sungguh membahaya sebab buleh menyebabkan tuan punya yang menderita penyakit tersebut akan berada dalam dunia yang lain seperti mimpi dalam mimpi... Penyakit yang aku hidapai itu aku namakan SSD (Syndrom Sleeping Down). Satu-satunya ubat dan penawar yang paling mujarab hanyalah tidur dengan nyenyak beberapa jam atau lebih sadis lagi 8jam huhuhu.

Bukan aku tak mau online tapi asal saja duduk depan pc secara tiba-tiba saja simptom-simptom awal mula hadir seperti mata pedih2 dan mulut tak berhenti menguap fikiran akan melayang-layang terbayangkan tilam dan bantal yang empuk!

Ditambah pula hari itu hari minggu dan byk masa terluang apa lagi tiada permintaan dari dalam dan juga dari negara luar. Fenomena ini juga tidak atau belum diketahui apakah punca dan musabab kenapa bila mengadap pc sahaja maka SSD itu mula menjelma.

SSd ini tidak lah selalu atau bukanlah satu penyakit yang dihidapi secara berterusan ini kerana hanya pada masa-masa tertentu sahaja ia akan muncul seperti pada hari minggu atau pada hari cuti dan tak bekerja.

Seharusnya sindrom ini memerlukan kajian yang lebih lanjut dan terperinci. Apakah sindrom ini akan ada penawarnya atau apakah sindrom ini adalah bawaan genetik, adalah terlalu awal untuk mengdeskripsinya....

Kepada yang pakar dan mungkin ada pengalaman yang mungkin sama dalam situasi seumpama ini diharap buleh memberi sedikit petunjuk atau petua atau mungkin juga kaedah-kaedah untuk menghalang sindrom itu berulang lain kali....

19 Julai, 2009

Filem ... Dalam Botol, apa pendapat anda

Dipagi ahad yang damai ini aku ingin mengajak kalian untuk membincangkan pasal filem. Filem negara kita apa lagi hehehee.

Sememangya aku cukup tak suka dan tidak setuju dengan filem ... Dalam Botol tu tapi apakan daya aku hanya insan biasa, jauh dari ksempurnaan dan memang tak sempurna hahahaha macam kenal jer ayat2 itu kan....

kontroversi
Ok, kita berbalik kepada filem itu yang meraih kontroversi walaupun filem itu belum siap pun. oh, apakah manusia sudah alpa... aku benci! dulu tajuk asal dia Anu Dalam Botol! lepas tu FINAS suruh tukar kepada Dot3x Dalam Botol! Hampeh juga FINAS tu... erkkk jgn korang saman ku weyh aku bagi pendapat ajer... aku kan peminat filem melayu... kalau aku tak tgk filem melayu saper lagi... tapi kalau filem cenggitu lah gamakya aku kompem tak akan tengok. yer betul ramai lagi yang nak nonton tapi kesian dorang...

Air daun keladi
Apakah mereka tidak belajar dari kesilapan lalu. Masih ingatkan kalian pada kisah seorang pelakor tersohor tanahair yang pernah berlakon dengan membawa watak perempuan dan berpakaian perempuan itu. Dan apabila ditegur oleh mufti bahawa semua hasil daripada lakonan itu haram maka dia bertaubat dan tidak mahu lagi melakonkan watak seperti itu lagi... aku respek ngan dia apalagi dia memang anak tok guru tersohor!

Emak hanya mampu mengucap

Kalau baca akhbar hari ini adalah tu kisah pasal filem itu dan diberitakan mereka sudah menjumpai pelakon lelaki yang sesuai untuk membawa watak perempuan atau p*****.
Pelakon tu masih baru kesian dia... Macamana dia buleh terlupa. Dia siap cakap lagi bila dia menunjukkan gambar nya dalam bentuk perempuan mengucap panjang emak dia. Aku pun tak boleh nak kata apa sebab, emak dia sendiri pun dah bagi lampu hijau, mungkin!

Realistik

Aku pun tak tahulah macamana filem itu akan dibuat nanti samada betul2 pelakon lelaki
akan menyerupai perempuan dalam filem itu nanti atau sekadar simbolik sahaja. Tapi kalau mengikut puan pengarahnya itu semacam mau ajer dia buat dengan lebih realistik mau tidak betapa susahnya mereka nak cari pelakon yang betul2 sesuai hanya untuk watak utama itu... oh, filem negara ku...

Alasan

Alasan adalah filem itu sarat dengan pengajaran ada pengisiannya tapi bagi aku sudah sudah lah. Kalau pisang berbuah dua kali untung beb tapi kalau dua kali berbuah tapi semuanya busuk buat apa! Bagi aku dah ler filem negara kita diserang dengan epik hantu dan kini hampeh...

jadi apa pendapat kamu semua tentang persoalan itu. Andai kata kamu rasa buang masa ajer memikirkan tentang filem itu atau filem2 lain juga tak per tak payah bagi pendapat dan komen. Aku pun sekadar memberi pendapat ajer. Sebab aku merasa jelik bila membaca artikel pada akhbar itu.... sekadar menyelak yang sudah terselak!

18 Julai, 2009

Tip berguna untuk pengguna laptop



1- Bateri

Apabila menggunakan adapter atau charger bateri hendaklah dikeluarkan agar ia tidak terlebih caj.
ini adalah untuk memastikan bateri itu bertahan lebih lama...

Pastikan juga caj yang masih tersimpan dalam bateri itu lebih kurang 40%. Kalau tiada langsung caj pastikan dicaj dahulu sebelum menyimpanya atau mengeluarkanya.

Bateri yang disimpan tadi hendaklah digunakan sehingga habis dahulu cajnya baru buleh dicaj semula. Bateri yang tersimpan lama tanpa diguna dan dicaj semula lebih dari 3 atau 4 minggu kemungkinan akan memendekkan hayatnya.

semakin kerap anda ‘recharge’ bateri, semakin kurang jangka hayatnya. Berdasarkan kepada pakar, sebuah laptop secara purata akan di’recharge’ sebanyak 500 kali dalam tempoh 3 tahun mengikut penggunaan normal atau 18 bulan untuk penggunaan yang tinggi.





2- Skrin (LCD)

Skrin laptop sama juga dengan skrin LCD. Jangan sesekali menekan dengan kuat pada permukaan skrin kerana ia akan merosakan skrin itu dan bahagian terkena tekanan itu akan menjadi hitam. Berhati-hati semasa mengangkat skrin agar tidak memegang secara langsung pada skrin

Jangka hayat skrin secara purata adalah selama 60ribu jam atau bersamaan 7 tahun jika di on selama 24jam tanpa henti...


3- Guna Cooling Pad

Adalah disyorkan mengunakan cooling pad daripada meletakan laptop atas meja atau tilam. ini adalah untuk mengurang kepanasan laptop.

Cooling pad bertindak mengalirkan haba secara lebih cekap kerana ia mempunyai kipas untuk menyejukan laptop. Laptop yang digunakan secara berterusan pasti akan lebih panas dah kepanas yang melampau boleh menyebabkn pekakas dalaman rosak.


Teringat nasi lemak (resepi updated)








CkLah kata dia nak masak nasi lemak pagi ni... hehehe
itu yang teringat tu... sedapnyer..........


Bahan-bahan ( 4 @ 5 org )
5 cawan beras
2 biji pati santan / santan cair dalam kotak (400ml)
3 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Cara-cara

1- Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak.

2- Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.

3- Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit.

4- Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.

5- Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.

6- kepada yang malas nak kukus, gunakan ajer periuk elektrik... heheheheee

* santan buleh dikurangkan kalau takut lemak sangat....

17 Julai, 2009

Epilog cinta pipit (akhir)






Untuk episode terakhir ECP (epilog cinta pipit) ada sedikit kelainan kerana untuk memberi lebih kesan kepada jalan cerita... kepada yang masih mahu mengikuti kisah selanjutnya jgn lupa baca huhuhu


setelah Ciko meneruskan terbang, sampailah jua akhirnya di tempat asalnya. Kelihatan ibu masih ada dipokok yang dulu. Gembira bukan kepalang siibu bila anak
kesayanganya sudah kembali. Ciko dengan sungguh ceria menceritakan segala pengalamanya semasa kepergiannya dulu itu, Siibu hanya mendengar dengan punuh minat dan sesekali terasa terkejut dengan peristiwa yang dilalui oleh anaknya itu.

Namun dengan sedkit kekhuatiran menyelubungi hati Ciko apabila ingin menyatakan niat sebenar kenapa dia pergi mengembara dulu itu. Namun hendak atau tidak terpaksa juga dia menceritakan hal yang sebenar. Terkejut lah siibu, tidak disangka anaknya itu terlalu cinta akan anak si engang itu. Tapi untuk memberikan Ciko bulunya itu siibu memang keberatan sebab akan pecah lah rahsia selama ini yang tersimpan sejak sekian lama...

ibu: Nak adalah sia2 saja kamu mengambil bulu ibu ini kerana... ibu ini bukanlah ibu mu yang sebenar. Semasa bapa mu masih hidup dulu dia ada memberikan sebiji telur untuk ibu eram. Dan telur itu adalah kepunyaan isterinya yang pertama iaitu ibu mu yang sebenar nak. Bapamu seolah olah tahu yang dia akan mati...

Ciko: Jadi... apakah selama ini ibu merahsiakan semua ini?

ibu: Ya benar... ibu tak mahu kamu merasa sedih akan apa yang telah berlaku dan ibu tak pernah merasakan kamu adalah burung lain, pada ibu kamu tetap anak ibu.

Ciko: Dimana saya buleh ketemu dengan ibu ciko yang sebenar itu?

ibu: Ko pergilah cari disebalik bukit sana disitu kamu akan bertemu dengan ibu dan adik kamu...

Ciko: Tapi bukankah ibu sempat bersama dengan bapa Ciko takkan tak ada apa-apa?

ibu: Benar itu wahai anakku, ibu sempat bersama bapamu saban hari tapi ibu juga tahu bapamu sudah ada yang lain tapi demi cinta ibu tidak pedulikan semua itu. Cinta itu memang buta nak!... Walaupun bapa mu selalu menggoda ibu tapi ibu tidak terpedaya dengan pujuk rayu bapa mu itu. Lagipun ibu ini seekor burung betina yang pemalu... hehehee... Jadi, sampai sekarang ibu masih dara...! ehem ehem....

Ciko: errr ibu tak mahu cari pengganti...? Takkan asyik minum kacip fatimah ajer...

Ibu: Ada tu ada tapi demi memberikan perhatian penuh kepada kamu maka ibu lupakan saja perasaan itu... ibu tak mahu kamu terabai tanpa kasih sayang. itu jugalah janji ibu pada bapa mu...

Ciko: Ibu ada dengar berita pasal Mona tak?

Ibu: erkkk... Ciko, ibu harap kamu tabah mengetahui berita ini kerana Mona sudah dikahwinkan dengan burung lain dari spesis mereka juga dan itu adalah pilihan bapa Mona juga. Semasa ketiadaan kamu itu dulu macam2 peritiwa berlaku pada Mona.

Ciko: Sampai hati Mona buat begitu bu... kenapa dia tak percayakan cinta Ciko..

ibu: bukan salah Mona itu semua kehendak bapa dia. Kalau tidak diikut sudah pasti nyawa yang jadi galang gantinya... maukah kamu melihat Mona jadi bangkai tak bernyawa?

Ciko: Tak apalah nanti ciko pergi berjumpa dengan dia sendiri, tapi sebelum itu Ciko ingin mencari ibu ciko yang sebenar dulu..

Sampai saja dikawasan hutan sebalik bukit seperti yang diberitahu ibunya itu dan setelah bertanya kepada burung2 lain maka berjumpalah Ciko dengan seekor burung pipit betina. Ditakdirkan juga burung itu adalah adik dia siibu dan sebapa... cuma dieram oleh berlaian ibu sahaja....

Ciko: Apakah benar kamu ini seekor burung yang telah kematian bapamu sejak beberapa bulan yang lalu kerana dimakan oleh harimau?

Citi: yer benar, kenapakah kamu bertanyakan demikian?

Ciko: Kalau begitu memang sah lah kamu ini adikku, apakah ibumu tidak bercerita tentang abang?

Citi: Jadi inilah abang yang ibu selalu ceritakan itu tapi tak sangka kedatangan abang sudah terlewat...

Ciko: Kenapalah jadi begitu...?

Citi: Abang... sudah dua bulan ibu mati setelah keracunan makanan, sejak itu tinggalah adik keseekoran disini...


Memang sudah takdir Ciko begitu, kehilangan ibu dan bapa namun pada ibu tumpang itulah dia menumpang kasih. Setelah itu Ciko memujuk adiknya itu tinggal bersama ibu tumpangnya itu. Tinggalah mereka dengan aman dan bahagia mereka bertiga.. Si Mona juga bahagia disana mereka tetap berkawan baik walaupun cinta mereka tak kesampaian. setelah purnama berganti purnama maka hari yang bahgia juga menjelma... siibu sudah pun sudah bergelar nenek dan sedang asyik bermain-main dengan cucu-cucunya yang comel-comel belaka saling tak tumpah seperti Ciko...

Ciko: sayang... mana anak anak kita... tak nampak pun mereka semua.... Abang ada bawa sedikit buah ni...

Citi: Cuba tengok dipokok besar sana mungkin tengah bermain main dengan nenek mereka lah tu... Biarlah mereka bermain dengan nenek mereka, jangan risau ler kejap lagi pulang lah tu...

Ciko: Simpan buah ni elok-elok rasanya peti ais kita tu masih elok. Bila sejuk sedap sikit bila nak makan!

Citi: Abang nih kacau betullah, nak layan siri samarinda nih pun tak senang... episode akhir dah nih... jap lagilah yer....

Ciko: huh, tak habis-habis mengadap tv 24 jam citer ntah apa2 dan merepek itu pun buleh dilayan sampai tak jadi kerja lain...


Berakhirlah sudah kisah cinta pipit itu tak sangka begitu jer pengakhiranya. Tapi tentu ada yang tak senang dengan kisah akhir itu. Mereka kan burung adik beradik pun buleh kahwin, tiada masalah sumbang mahram ke apa kan ngeeeeeeeeeeeeeee

Epilog cinta pipit (episode 2)

Setelah melepasi tujuh bukit, tujuh lembah dan tujuh rimba maka sampailah Ciko disuatu tempat dan kelihatan sepohon
pokok yang sedang berbunga cantik dan lebat. Lalu dia hinggap dipohon itu agar dapat lah ia berehat barang sekejap
menghilangkan penat dan lelah setelah letih mengibaskan sayapnya tanpa henti. Nasib baik dia mandi pagi itu dan sempat memakai
deodoran kalau tidak dah tentu ketiaknya masam sampai ke siku... Sedang ia menikmati suasana yang sungguh indah dan nyaman
diatas pokok itu dan dengan kewangian bunga-bunga tiba-tiba khayalanya beralih dan terimbau kisah cintanya bersama Mona
diatas pohon yang sedang berbunga seperti pokok yang ia sedang berehat itu...


Mona: Seronoknya berada disamping sayang apalagi diselubungi bau bunga yang sungguh wangi semerbak ini...

Ciko: Wangi?... Mona, tau tak sayang baru saja melepaskan kentut secara diam-diam tadi. Takkan ler itu pun wangi.

Mona: Eh, mana ada bau apa selain bau bunga sahaja... Tapi kalau Mona lak yang kentut macamana... wangi tak?

Ciko: errr... wangi sweatheart!

Mona: bahasa apa tu... tak paham ler..

Ciko: Bahasa orang putih nko tak paham punya...

Mona: tak apa lah sayang, Mona tak kisah...

Ciko: sayang tau tak kita ini sudah lama kenal, sudah lama berkasihan dan sudah lama serasi antara satu sama lain. Apa bukti
cinta Mona pada sayang...

Mona: Buktinya walaupun sayang tu spesis berlainan sekali dengan Mona tapi tetap tak kisah pun yang penting sayang terima
Mona dengan seadanya...

Ciko: Memang Mona tak pilih bulu lah yer. Terharunya... huhuhuhu

Mona: Ah! apa ada pada bulu, pada darjat dan keturunan itu semua pemikiran kolot burung-burung tua ajer. Mona ni jenis yang bersekolah tinggi.

Ciko: Tapi bukan ker bapak Mona tidak suka akan perhubungan kita ini. Mau nanti dia bunuh kita berdua...


Sedang asyik Ciko mengelamun itu tiba-tiba angin bertiup kencang langit menjadi gelap dan hujan mula turun kilat sambar menyambar. Petir berdentum
tanpa henti. Terhentilah lamunanya didalam keributan itu dia mencari tempat yang selamat agar tidak terkena hujan dan petir. Takut juga dia kalau-kalau
petir itu terpanah pada pokok itu. Lebat sungguh hujan yang turun...


Ciko: Chit... chhiiit... chit.....

Nenek: Jangan bergerak dan jangan bercakap cu... Kamu itu masih sakit.

Ciko: Dimana aku ini.. lain sungguh dan siapakah nenek ini?

Nenek: Kamu berada disarang nenek cu, nenek jumpa kamu bawah pokok besar sana. Pokok tu kena panah petir. nenek jumpa kamu pengsan.
Nasib baik nenek jumpa kalau tidak dah tentu kamu ditelan hidup-hidup oleh biawak. Nenek ialah pungguk kebayan.

Ciko: oh! sungguh mulia hati nenek.

Nenek: Ni air jampi. nenek sudah jampi dengan tujuh bahasa dan tujuh menderem. Cepat minum nanti buleh hilangkan sakit badan dan pening.

Ciko: Pelik rasanya air ini. Tak seperti air yang biasa Ciko minum dalam parit. Eh! hebat sungguh air ini. dengan serta merta hilang sudah kesakitan dan
pening2 sudah tiada lagi. Terima kasih nek...

Nenek: Baguslah tu.

Ciko: Apakah nenek ini punguk kebayan yang sakti itu yang sering diceritakan oleh kwan2 ciko...

Nenek: Benar sekali cu. Tapi oleh kerana usia yang sudah lanjut dan uzur kesaktian nenek sudah semakin hilang.

Ciko: Jadi tak dapatlah nenek menolong Ciko. Ciko berharap sangat nenek buleh tukarkan Ciko menjadi burung engang yang kacak lagi hebat.

Nenek: Benar sekali cu, nenek sememangnya sudah tau akan niat cucu itu. Tapi apakan daya cucu sudah terlewat. Beginilah cucu boleh cari seorang
tuan puteri yang tinggal di sebuah tasik. Puteri itu sungguh sakti dan ajaib. Nenek percaya segala hajat cucu pasti berjaya.

Ciko: macamana nak cari tempat tu?

Nenek: Nanti bila cucu dah betul2 sembuh dan kuat cucu terbanglah kearah matahari terbenam. Disebalik bukit itu akan ada sebuah tasik biru airnya lagi jernih. Kalau
untung nasib badan akan jumpa cucu dengan puteri itu. Tempatnya tak jauh sangat dari sini lebih kurang sepuluh ribu kali kepak sahaja...


Dengan semangat yang berkobar-kobar sekali lagi Ciko meneruskan penerbangan kearah matahari terbenam seperti yang disuruh oleh nenek kebayan itu. dengan sekuat hati
dia mengibaskan sayapnya agar cepat sampai ditasik biru itu. Namun setelah lama terbang tanpa henti mengibaskan sayap dengan kuat tiba-tiba sayapnya menjadi kaku dan tak dapat

bergerak lagi. Ciko tak dapat berbuat apa-apa selain berserah pada takdir. Dengan tidak disangka dia jatuh kebumi...


Ciko: Ahhh... sakitnya lututku, pingangku juga kepala ku.... tak pernah aku jadi macam ni... nasib baik aku jatuh dekat air kalau tidak mati lemas aku. Leganya dapat minum air ni..

Puteri: Siapakah gerangan yang berani minum air tasik beta ini. Sungguh beta murka!

Ciko: err err... Ampunkan patik Tuan puteri... Patik bukan sengaja tapi pati kehausan dan terjatuh semasa terbang. Kasihanilah patik yang malang ini.

Puteri: Baiklah kalau begitu. Beta maafkan. Tapi ingat lainkali tiada lagi maaf bagi mu!

Ciko: Tapi apakah benar ini tasik biru dan Tuan puteri adalah penjaga tasik ini..?

Puteri: Benar sekali bagai dikata wahai pipit. Beta memilikki segala isi tasik ini. Beta lah yang memerintah segalanya...

Ciko: Sebenaryna patik ada hajat yang besar untuk bertemu dengan tuan puteri, apakah tuan puteri sudi menolong?

Puteri: Apakah hajat kamu iu wahai pipit yang kecil...

Ciko: Begini tuan puteri patik teringin sekali menjadi burung engang yag kacak, apakah tuan puteri boleh jadikan hajat patik itu kenyataan?

Puteri: Sungguh benar bagai yang dihajati. Namun apakan kamu ada membawa tujuh helai bulu ibumu sebagai syaratnya.

Ciko: Tiadalah patik membawanya akan bulu itu.

Puteri: Jikalau begitu pulanglah kamu ketempat asalmu dan kembalilah kesini bila kamu sudah bersedia. Tapi ingat hendaklah bulu itu dari ibu kamu yang sebenar.

Ciko: Patik akan datang lagi nanti dan akan membawa bulu seperti yang disyaratkan itu...


Dengan hati yang sedikit kecewa terpaksalah Ciko kembali ketempat asalnya hanya kerana ingin mendapatkan bulu ibunya seperti yang disuruh oleh puteri itu. Lagipun
sudah hampir purnama. Maka eloklah juga kalau dia pulang. Risau juga dia dengan ibunya itu.


apakah yang akan terjadi... ikuti kisahnya diepisode akhir... ngeeeeeeeeeeeeeeeee

16 Julai, 2009

Epilog cinta pipit


Tersebutlah kisah disebuah hutan tinggalah seekor burung pipit dan anaknya. Setelah kematian suaminya anak teruna itulah satu2nya pengubat rindu...Hari berganti hari maka besarlah anak teruna itu...

ibu: kemana nko pergi nih baru balik. senja2 baru nampak batang hidung ibu risau dan bimbang lagipun nko lah satu2nya anak ibu. setelah kematian bapa mu kerana dimakan harimau durjana ibu tak mahu lagi kehilangan... biarlah sejarah tak berulang! ko tak sayang kan ibu ker nak...

Ciko: Alah ibu, Ciko pi main2 ngan kawan Ciko lah anak si engang tu... takkan nak duduk jer kat pokok yang tiada apa2 nih... Bosan ler...

ibu: Haaaaaaa! nko nih, ibu dah bilang jangan ko pergi bermain lagi dengan anak spesis tu. Ibu tak suka! tak suka tak suka.

Ciko: Ibu tahu tak, Ciko dah jatuh hati ngan Mona tu. Ciko cinta sunguh2. Apa pendapat ibu?

ibu: Apa! maksud nko, nko nak kahwin ngan Mona spesis engang itu. Ibu sekali-kali tidak suka dan tidak bersetuju. Pantang keturunan aku!

Ciko: Apa salah nya ibu? bukan ke dia juga burung. kita pun burung bukanya naga!

ibu: Eh! pandai pulak nko menjawabya. Nko tau tak DNA kita sungguh berlainan sekali. Nko tak sekolah ker?

Ciko: Ibu, bila pula ibu hantar Ciko pergi sekolah. ABC pun Ciko tak reti baca...

mendengarkan kata2 yang keluar dari mulut anak kesayangan itu dengan tiba2 hatinya mula pilu dan airmata mula bergenangan... Kesedihan menyelubungi hati dan perasaan. Dia tahu suatu hari nanti apa yang dia tidak inginkan akan berlaku juga. Dan detik itu lah apa yang sedang dirasai itu...

ibu: Nak, sejak kematian bapa mu, ibu menjaga kamu seekor diri saja. Susah senang ibu yang tanggung nak harapkan adik beradik yang lain haram nak menolong. Masa nko kecik2 dulu nko tu kuat makan setakat ulat seekor belum tentu cukup untuk ko satu hari. kadang2 ibu terpaksa berlapar 3 hari semata-mata mahu bagi kamu kenyang dan cepat membesar. sob sob sob...

Ciko: Ibu, Ciko minta maaf yer ibu, minta ampun... Bukan Ciko berniat nak lukakan hati ibu tapi..

ibu: Sudah lah tu ibu tak mau kenang lagi. Mulai besok pagi jangan nko pandai2 nak pergi berjumpa lagi dengan si Mona tu. Mak memang tak berkenang lansung.

Ciko: baiklah kalau itu yang Ibu inginkan. Tapi Ciko ada satu permintaan. Mulai esok pagi setelah terbit mentari Ciko ingin pergi mengembara. Ingin pergi jauh dari sini. Ingin mengubat hati yang lara.

sekali lagi siibu merasa sungguh sedih mendengarkan permintaan dari anaknya dan tanpa disangka permintaan itu terlalu berat untuk dipersetujui dan untuk melepaskan anak kesayangan ya mengembara seekor diri apa lagi anaknya itu bukanya reti dengan selok belok hutan dan bukit bukau. Nak baca papantanda pun tak tahu. silap haribulan buleh sesat... Mau tidak mau terpaksalah dia akur juga sbb dia tahu anak nya itu memang degil dan keras kepala kalau dihalang pun tiada guna.

ibu: macam nilah nak. Nko pergi lah mengembara kemana yang nko inginkan. Tapi ingat jangan sekali-kali lupa asal keturunan dan jaga tingkah laku. Jangan makan tak tentu pasal. jangan lupa mandi.

Ciko: Ya lah ibu, Ciko selalu ingat pesanan ibu itu. Lagipun Ciko pergi bukanya lama sangat cuma satu purnama sahaja. Lepas itu Ciko pulang lah. Nanti Ciko selalu hantar SMS, jangan risau lah ibu. Ciko dah besar panjang pun.

ibu: Sudah lah tu, pergi tidur dah malam dah ni... esok nko nak terbang jauh...

Malam semakin gelap, angin bertiup agak kuat hingga mengoyangkan pokok tempat mereka tinggal. Bulan pun gelap bintang2 berkelipan dilangit. siibu masih tidak dapat melelapkan mata kerana masih terngiang-ngiang kata2 anakya tadi. dengan emosi yang masih kelam dan pilu dia memikirkan apalah yang akan terjadi nanti tatkala anaknya pergi...

Ciko: Ibu... mana ibu. Ciko dah nak pergi nih.

ibu: Nah, ibu ada siapkan sedikit bekalan buat nko makan dan alas perut dalam penerbangan nanti. Bila dah habis pandai2 lah ko cari sendiri.

Ciko: Terima kasih bu. Ibu jangan risau yer, Ciko pergi bukanya lama sekejap saja... Baiklah ibu, Ciko minta diri dulu. Jaga diri ya bu... Doakan keselamatan Ciko yer...

ibu: bye... (hanya itu yang keluar dari mulutnya kerana terlalu sedih saat itu)

Maka terbanglah Ciko dengan hati yang berat sebenarnya untuk meningalkan ibunya apalagi untuk berpisah dengan buah hatinya itu. Namun demi cita2nya dia gagahi jua. Dia memang ada hajat yang lain hanya sengaja dia tidak memberitahu kepada ibunya itu... Satu rancangan rancangan yang sudah lama dia pikirkan...

bersambung...











14 Julai, 2009

Pelayar web - hanya 3 yang aku syorkan

1. Chrome
Chrome adalah satu pelayar web yang baru dan adalah produk keluaran Google Inc. selain gmail dan Blogger.com.

kepada yang selalu menggunakan produk Google pelayar web chrome adalah yang paling sesuai. kepada yang masih tak tahu Youtube adalah produk Google setelah diambil alih so, dengan chrome laman web Youtube lebih mudah untuk dilayari.

Kelebihan lain yang ada pada pelayar web ini ialah ia lebih laju, stabil dan kurang mengggunakan memori. Amat sesuai pada yang selalu menggunakan laptop dan yang selalu guna produk dari Google.

Version terkini, Chrome 2.0. Kepada yang belum pasang perisian ini buleh pasang secara percuma --> http://www.google.com/chrome.

adds on untuk chrome

*harap tiadalah lagi org mengadu bila masuk blog aku hehehehee


2. FIREFOX

Firefox adalah pelayar web yang sungguh popular dengan pelbagai pilihan adds-on dan plugs in. namun sejak akhir2 ni ada yang mengadu bahawa pelayar web ini:-
i- kuat makan memori
ii- lambat bila nak mula
iii- buleh hang atau tergantung dgn tiba2

dan kepada yang masih suka menggunakan pelayar ini saya nasihatkan jangan pasang adds-on dan plugs in yang macam-macam cukuplah dengan:-
i- Flash (wajib) - untuk layan Youtube,dll
iii- No-script - untuk blog java script dan lain2
iii- Page Speed - (untuk menambahkan kelajuan firefox dengan mudah) saper yang selalu menghadapi masalah dengan kelajuan tolong pasang page speed ini baik untuk pc anda hehehe

dan diingatkan lagi sekali jangan guna plugs in atau adds on yang macam2 dan tak berkenaan kalau dah pasang tu cuba2 lah untuk buang ataupun pasang semula firefox yang baru. Dan selalu pastikan pelayar web anda dikemaskini!

version terkini untuk Firefox adalah Firefox 3.5.1

dengan ver. 3.5.1 masalah browser lambat masa startup sudah diatasi!

3. OPERA

Satu lagi pelayar web yang popular dan sebenarnya ia lebih maju dari firefox. Dan yang paling penting ia tidak menggunakan memori dengan banyak berbanding Firefox.

Sangat sesuai untuk laptop yang kurang power. Juga Opera mini sesuai untuk dipasang pada telefon bimbit.

Lebih stabil berbanding firefox dan mudah untuk menggunakan tab serta amat sesuai untuk digunakan bagi kerja-kerja memuat turun dan memuat naik tanpa memerlukan pemasangan perisian yang lain seperti Internet Download manager dan sebagainya.

Version terkini untuk Opera ialah 10.0 tapi masih dalam peringkat Beta. kepada yang ingin memasang Opera buleh ushar kat sini --> http://www.opera.com/

untuk pelayar web yang lain2 seperti:-
1- Songbird - sesuai untuk melayari laman web music sepeti esnips.com atau imeem.com
2- Netscape - antara pelayar web generasi lama sealiran dengan IE
3- Safari(Apple) - sesuai untuk Mac / version untuk windows juga disediakan
4- Internet Explore (IE) - kalau sesiapa guna Windows pirate jgn gatal2 nak update IE!
5- Lunascape - Lunascape, the high-speed triple engine browser,
6- Maxthon 2 - antara pelayar web yang popular.
7- Camino - khas untuk Mac sahaja
8- Konqueror - gabungan pelayar web dan file manager serta lain2 (all in one)



ok itu sajelah untuk ruangan ini... akhir kata selamat berinternet dan berblogging dengan aman!

13 Julai, 2009

Terangkat sendiri...




pics baby saper aku tak tahu, aku kidnap kat http://www.baby-pictures.org/tag/cute-baby/



Di sebuah pasaraya sedang aku ushar barang tiba-tiba aku perasan ada orang sedang atau seolah-olah ada yang sedang perhatikan aku... alamak perasan sungguh aku nih ngeh3x. Mmg aku hanya concentrate pada benda yang aku nak beli jer sedan dok belek2 tu lah aku perasan dan aku malu juga nak angkat muka... nanti ada yang kata aku perasan pulak walaupun mmg aku terasa dah control macho tahap dewa dah huhu...

Tapi... aku gagahkan juga perasaan aku yang becampur baur itu untuk mengetahui dengan lebih agar hilang rasa nebes aku yang dari tadi tercontrol bagai nak rak hahahaa... malau pun ada gak... tapi keadaan berlaku dalam beberapa saat jer!


Hati aku berkata nak tengok ke tak nak, tak nak ker, nak ah! pedulikan aku nak tgk juga ngeeeeeeeee... aku letak semula botol air kat rak dia dan buat2 cari yang lain kat belah atas pulak kononyer nak ushar secara silent mode ler huhu... tapi... dah dua kali tapi! oh, aku sungguh tak sangka... rupanya ada seorang baby tengah dok perhatikan aku dengan matanya yang bulat, mukanya yang sungguh cute dan putih... tak berkelip matanya memandang tepat kearah aku!

Baby tu didukung oleh ayah dia dan mak dia dok sibuk belek2 benda ntah kat situ... aku heran juga kenapa baby tu pandang aku sedemikian rupa... apakah aku ini cute! hahahahaha atau aku ini melucukan atau aku nsem muahahahaaa... kang dah terangkat bakul... yerlah kalau nak naik lift dan masa tu mmg dah tadek org lain kenalah tekan sendiri kalau tak, tak bergerak ler lift tu kan huhuh

Selepas dorang pergi berlalu aku masih perasan baby tu masih dok tengok aku dan aku pun suka tengok dia yang cute tu rasa nak dukung jer tapi aku takut, silap haribulan kena sepak ngan ayah dia tu... dah ler ayah dia kepala botak berbadan besar pulak tuh...

Dan selepas kejadian hari tu sampai sekarang kalau aku perasan ada orang tengah perhatikan aku, aku dah tak perasan lagi, aku rasa mcam biasa saja... sbb aku tahu mesti ada baby yang cute dok tengok aku... kenapa tak percaya ker errr sila percaya... contoh lah kan kalau aku pi pasar malam espcially klu aku pi sorang2 aku sengaja jalan2 belakang org yang dukung baby biasa si ayah dia lah yang dukung (kenapa ek) aku sajer nak buat eksperimen heheh dan mmg betul mesti baby tu akan tgk aku dengan tidak berkelip matanya seolah olah dia sedang melihat sesuatu yang menarik...

kalau ler aku tau baby tu buleh bercakap nak jer mengajukan solan yang berbunyi macam nih... "wahai baby yang cute, kenapakah baby pandang kat pakcik sampai tak berkelip mata huhhuuu"... kalau dia buleh berkata-kata agaknya apalah jawapan nya hehee

So, kalau korang tak percaya cubalah buat eksperimen spt yang aku buat tu... kalau dengan anak sendiri tak menjadi sebab dorang dah boring tenagok muka yang sama hari-hari mueheheheeee.... Andaikata baby tu terpegun dan tak berkelip matanya maka adalah kompem kamu mungkin cute! mungkin ler... tapi kalau baby tu menangis... pandai2 ler cover line hehehehe



hmm macam-macam...

11 Julai, 2009

Gambar2 dari kamera ku



Buah manggis muda..

Pisang... yer betul, memang besor!

Burung yang masuk dalam bilik dan sempat aku interframe


Orkid lah...

Cuba teka buah apa?


Yang nih???


Belalang kunyit



gambar2 diatas dimbil sudah lama... saja nak tunjuk skill. dan kesemua pics itu diambil menggunakan kamera digital kompak Nikon...!

*pics asal 5MP tapi sudah diedit kpd 640x480...

10 Julai, 2009

Bagaimana cara untuk pilih kamera digital yang sesuai



Tentu ramai dah memilikki camera dan pada zamam kini kamera tidak macam zaman dulu2 masa pakai filem 35mm tu sekarang semua dah digital beli jer camera terus buleh tangkap gambar tak payah pikir nak beli filem dan menghabiskan duit nak cuci pulak filem tu huhuhu...

so, untuk n3 aku ini aku ingin berbincang pasal kamera dan bagi yang bercita-cita nak beli kamera mungkin n3 ini mampu memberikan petunjuk awal sebelum anda membeli kamera yang sesuai untuk anda... kepada yang dah ada kamera dan aku percaya kamera anda semua itu cangih2 belaka dan mahal harganya hehehee... aku tau lah...


Jenama

jenama juga memainkan peranan yg cukup penting apabila ingin membeli sesebuah camera digital. aku sarankan anda membeli camera dari jenama atau pengeluar yang memang terkenal dengan produk camera sahaja. contohnya seperti Nikon, Canon dan juga Olympus! bagaimana pula dengan jenama2 lain atau jenama cap ayam? huhuhu

ok, boleh saja kalau nak beli jenama cap ayam pun tapi dari segi kualiti dan ketahanan serta teknologi memang berbeza dan untuk mendapat kepuasan hati adalah di luar pencapaian. jadi lebih baik beli yang berjenama lagi pun tak semua yang berjemana terkenal itu mahal harganya dan mmg ada camera yang berjenama berharga dibawah RM7OO.OO.

Lagipun kamera yang dibuat oleh pengeluar yang mmg fokus produk dia adalah kamera adalah yang terbaik untuk dibeli. Jaminan yang diberikan dan khidmat selepas jualan juga harus dipertimbangkan... maklum saja kamera juga adalah benda yang mudah rosak.

Bagaimana nak pilih yang kena dengan jiwa

hmmm... memang betul kalau pergi kedai kamera sudah tentu macam2 model dan jenama yang ada. ada yang mahal ada yang muarh ada yang comel dan ada juga yang tak comel tapi harga mahal giler hehe...

Jangan pening2 untuk pilih kamera sebabnya senang sajer. sebagai contoh andai kata sebelum ini anda selalu jer pakai kamera pinjam, bukan tak nak beli atau tiada duit tapi saja kedekut kot heheheee... dan sampai suatu masa anda pun dah segan nak pinjam dari orang lain dan mungkin juga dah kena sound sebab dah tadek org lain yang pinjam kamera hehehee

mudah jer seperti yang selalu aku syorkan pada member2 aku, kalau nak beli kamera lebih baik juga beli kamera yang kita dah biasa guna. so macam kisah tadi oleh sebab dah biasa guna camera pinjam jenama Panasonic jadi, belilah kamera yang macam tu juga. Nanti senang nak guna sebab dah biasa walaupun kamera lain lebih baik tapi percayalah yang kita selalu guna dan dah biasa serta dah expert dengan segala setting2 jadi kamu takkan pening2 lagi nak guna kalau beli kamera yang lain jenisnya dari yang biasa diguna pakai sebelum ini...

sememangnya lain jenama kamera lain dia punya setting ataupun paparanya. paparan untuk camera Sony contohya agak susah untuk diset silap hari bulan gambar buleh jadi kabur ataupun terlebih cerah... walaupun ada setting untuk Auto macam kamera lain tapi agak complicated lah hehe...

Resolusi
Makin lama makin tinggi resolusi yang ditawarkan oleh pihak pengeluar kamera rata2 kamera kompak pun dah beresolusi 5MP ke atas... dan ada yang mencapai 12MP. kepada yang menggunakan kamera untuk biasa sahaja atau untuk santai, kamera serendah 3MP sudah memadai untuk print saiz 4R!

Memang boleh set resolusi bagi sesebuah kamera mengikut kemahuan andai kata tahap resolusi camera itu adalah maksimum 10MP tapi buleh diset kepada 5MP contohnya, semakain besar MP dia makin besar saiz fail dan semakin besar resolusi untuk print.. resolusi 8MP dan ketas sesuai untuk print saiz 10R atau 12R. kalau guna resolusi rendah dan nak print 10R dah tentu gambar akan jadi bintik2 dan tak cantik...

kalau setakat untuk guna biasa2 sajer dan anda bukan terlibat dengan dunia percetakkan atau dunia senifoto resolusi yang tinggi bukanlah penting untuk anda memadai dengan kamera beresolusi 5 atau 8MP!

Kamera kompak atau DSLR

Bergantung juga kepada tahap keprofesionalan anda kalau anda bekrja sebagai pemberita atau photographper DSLR adalah pilihan yang paling baik sebab ada banyak akseori untuk dipilih dan memenuhi segala kehendak apalgi dengan pilihan untuk menukar jenis kanta yang nak digunakan. Kamera DSLR memberikan kepuasan untuk mengunakan kanta Macro dengan maksimum juga untuk telefoto yang mana tidak ada pada kamera kompak biasa. Mode makcro yang ada pada kamera kompak tak setanding sangat walaupun kamera kompak mempunyai kegunaan itu.

dengan kamera DSLR gambar2 buleh dimabil dengan lebih kreatif namun adalah tidak meustahil jika anda memang kreatif dan berseni dengan hanya mengunakan kamera kompak biasa saja pun anda buleh menghasilkan gambar yang cantik dan menarik!

Dan yang terbaru dari pada sayrikat Olympus telah mengeluarkan kamera kompak DSLR yang buleh dugunakan seperti kamera DSLR. kelebihan kamera itu adalah ia lebih kecil dan ringan berbanding kebanyakan kamera DSLR yang memang besar dan berat.
pic kamera Olympus terbaru. buleh layari web tersebut untuk lebih detail...

Aksesori

antara yang perlu diambil kira sebelum membeli kamera adalah aksesori yang dibekalkan. Aksesori storan seperti SD kad adalah pilihan yang lebih baik sebab mudah untuk digunakan dan banyak pilihan untuk dibeli lagipun harganya lebih murah. Kebanyakkan model dari Sony dan juga Olympus menggunakan medium storan jenis sendiri contohnya Sony menggunakan Smartcard dan Olympus X-drive. Nikon lebih banyak guna SDcard.

walaupun mungkin ada sambungan USB untuk memindahkan gambar dari kamera kpd pc namun pilihan untuk menggunakan SD kad atau MicroSd adalah lebih baik!... Sekarang ni storan sebesar 2Gigs sudah ada...

buleh ushar2 ler dulu kat laman2 web berkenaan sebelum membuat pembelian dan juga buleh bertanyakan kepada penjual dikedai2 yang berkenaan. jadi biar puas hati dulu baru buleh beli kalau tidak nanti sesal saja. tapi kalau jenis yang kaya raya itu tidak jadi masalah hehhehee

anda mungkin juga meminati kamera kompak canon terbaru - kamera Canon Powershot-SX210 IS

09 Julai, 2009

Oh Lavender




apa ada pada lavender... hinggakan minyak wangi aku berharuman lavender, bedak bayi pun dengan haruman lavender, penyegar udara juga berbau lavender...

ramai yang percaya lavender memberikan mood ketenangan kerana sifat2 aromatheraphy yang ada pada lavender itu...

kenapa bunga tahi ayam tak jadi cenggitu hehehee

07 Julai, 2009

Jika tersalah taip blogspot jadi logspot apa akan jadi...?


Aku secara tidak sengaja... tersalah taip alamat blogspot aku pada internet bowser pada satu hari dan aku terkejut igtkan blog aku sudah kena hacking atau sudah berubah...

Rupanya aku yang tersalah taip... biasalah aku tak pernah sunyi dari menaip perkataan salah ejaan ngeeeeeeeeeee... untuk entry ini aku terlalu berhati2 menaip dengan sangat perlahan dan sambil layan lagu modern talking yang rancak diluar sana kedengaran hujan sudah turun tidaklah lebat tapi aku harap ia akan lebat, sbb apa... sbb aku suka hujan oooooo bila hujan banyak benda yang aku buleh buat bila malam sudah sejuk dan dingin... Ilham akan datang mencurah-curah hinggakan tak sempat nak tadah.

Apalagi aku baru jer lepas makan nasi dan energi untuk berblog begitu membara ditambah pula ada yang dah sound sbb entry blog aku sudah basi... isk, nak buat macamana bilamana tiada ilham untuk menaip dan merepek pun tiada ilham dan buah fikiran seakan hilang semua kalimat sakti yang dulu sering menari-nari dihujung jari namun kini dia sudah jemu mungkin menari setiap hari. Letih dan bosan tiada kesempatan untuk menentang.

Adapun dulu aku menulis blog untuk dan tidak lebih sekadar melepaskan repekan dialam maya namun ketidakbarangkalian bahawa blog adalah medium umum untuk merenjis kata-kata pada skrin komputer yang tak bernyawa. Aku tidak terkecuali sudah larut dalam ketagihan kalutan alam maya alam siber. Membaca blog buat aku marah, buat aku berfikir buat aku tersenyum begitukah kuasa blog atau memang begitu kuasa kata-kata himpunan aksara-aksara yang lahir dari hujung jari terpancar dari benak naluri setiap manusia yang saban hari melekat punggung di kerusi didepan PC. Bagi yanga ada komputer riba sudah tentu sambil baring pun buleh dan bisa saja, meniarap terlentang dan juga mungkin mencangkung bilamana sudah terasa sakit tulang belikat dan pinggang ataupun terasa panasnya bahang CPU dan cakera keras diriba atau juga pada celah-celah antara dua paha ... kena censored!

Ah aku sudah letih bermain dengan kata-kata lalu aku ingin menyatakan niat sebenar enrty aku kali ini yang pasti ramai sudah maklum tapi biasalah aku pun ingin juga buat entry dengan gaya aku sendiri juga... Jangan kata aku cedok idea sudah... kalau ada yang nak saman pun rasanya tak padan sebab aku hanyalah manusia biasa jua...


Cubalah klik link dibawah ini maka anda akan masuk ke satu laman web... dan berhati2lah anda disana... jangan terpedaya... anda buleh cuba dengan menukar alamat blogspot kamu sendiri tanpa huruf B pada ejaan blogspot...
apakah terjadi juga begitu?



naqeeblukhman.logspot.com

yunusbadawi.logspot.com

socabiru.logspot.com

andai ada frasa atau ejaan yang tak menepati harap maklum dan istilah2 inggeris hanyalah sekadar pinjaman sajer dalam n3 ini...

06 Julai, 2009

Aku suka makan cokelat...




kerana apa sbb dia buleh menambahkan hormon testosteron org lelaki lalalalalalaaa

03 Julai, 2009

LAGENDA IKAN TAPAH

LAGENDA IKAN TAPAH

Lagenda Ikan Tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdahulu yang mana menyatakan bahawa keturunan Pak Kaduk tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkianati secara sengaja atau tidak sengaja

Cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun.

Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan.

Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor (Menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri, di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di sana (Kampung Pulau Lambor Kiri). Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya.

Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani.

Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam.

Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah:

Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata

Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya
Dan di pihak Sultan pula:

Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam Sultan kalah.

Tanpa berfikir panjang Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam.

Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Kaduk yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat baru lah Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan.

Maka dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.


Kaduk pun berundur ke sebuah pulau (Pulau adalah satu tempat di tepi tebing Sungai Perak dimana orang menanam padi Huma) bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas juga dihalau kucing tersebut tetap juga begitu.

Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar, Kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit di celah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyaknya. Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Tuhan.

Maka Kaduk pun menjahit perut ikan Tapah tersebut dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan urat batang pisang lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. Semasa inilah Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi:

Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya.

Ikan Tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah mengucap selamat tinggal dan kemudiannya hilang ke dalam air.


Kaduk pun pergilah mengadap Sultan dan menebus kampung halamannya dan anak isterinya, dan bakinya sebahagian disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan perhiasan, kerana di zaman itu tukang emas hanya berada di Kampar Sumatera sahaja.

Kepada anak cucu Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya dan telah terkena penyakit yang disebutkan kerana memakan, mengkhianat secara sengaja atau tidak sengaja, terkena air-air dari Ikan Tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam Kerongsang Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan tersebut. Adalah difahamkan bahawa ada keturunan Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan Tapah.

Setelah segala nya selesai Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku perkara-perkara luar biasa. Diantaranya Sultan Perak melantik Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tujuk ajar kepada Datok Bendahara Garang mengenai selok belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis

Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas Ikan Tapah yang masih ada, ianya berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan sebagai Keronsang baju wanita. Jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga keping dan ini lah digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Kaduk jika terkena bisa Ikan tapah.

Sekarang Emas Kerongsang Ikan Tapah di jaga oleh salah seorang keturunan Pak Kaduk yang bernama Hajah Hasmah Binti Pandak Logam yang kini tinggal di Kampung Tua, Batu 16, Lambor Kanan.


Rumah ini terletak di Kampung Tua, Batu 16. Lambor Kanan dan telah dibina pada tahun 1897 oleh Tuan Haji Mohd Said. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1971 ketika berumur 120 tahun.


Terletak di tepi tebing Sungai Perak di Kampung Tua Batu 16 Lambor Kanan. Rumah ini sekarang diduduki oleh anak Mohd Said yang bernama Zulaika binti Mohamad Said.


Pada peringkat permulaan pembinaan rumah ini, semua kayu digunakan daripada jenis Cengal Emas yang mana setiap tiang, dinding, tingkap dan semua nya dipotong dan dibentuk dengan menggunakan peralatan seperti beliung, kapak dan gergaji.

dirembat dari forum tempatan:- url sudah lupa sorry noooooooo

Friendship sticker untuk rakan2 blogger sekelian






Kepada rakan2 blogger sekelian yang selalu datang ke blog aku ini... aku ingin anugerahkan sticker yang tak seberapa ini (pic dirembat dari photobucket)dan diedit sikit2 heheee...

sebagai tanda kamu semua adalah rakan blogger aku yang istimewa... kepada yang dah terlanjur kemari tu sudi2lah amik dan tempek sticker tu pada blog kalian semua... kata kawan... kan... andaikata sticker tu kurang cute angaplah tuan punya blog ini cute hahahahahahaaa

kalau tak amik hmmmmmmmm tak berdosa... tak salah... tapi, aahhh jgn byk cekadak amik jer hehehheeee.... terima kasih...

02 Julai, 2009

Makan-Makan: kentang Goreng

kentang goreng - Fotopages.com nampak sedap tak... eh sedap tu... aku suka makan kentang goreng. macam mat salleh pulak jadinya huhuhuhu...

saper2 nak masak atau goreng kat umah dia nanti ajak jgn lupa... tak baik makan sorang2. makan kentang goreng cicah durian pun best .. tak cayer ker... cuba try test..!




kentang jenis Russet, yg ni sama dengan yang McD dan KFC guna... jadi beli ler jenis ni... byk terdapat di pasaraya Giant... kulit agak berdebu dan tidak licin... kalau yg licin (Holland) tu kurang best...

untuk goreng kentang lagi best apa kata cuba try
resepi ini:

4 atau 5 biji kentang (dibelah 4)
1 kiub ayam (maggi atau knorr)
sedikit serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih
air secukupnya untuk merebus (biar ubi tenggelam)


cara:

1 - rebus ubi yang telah dipotong bersama kiub ayam, bawang putih dan sedikit serbuk
lada hitam.

2- biarkan mendidih hingga ubi separuh masak. jangan sampai semua masak
nanti lembik nak goreng pula... kalau dah masak sepenuhnya lebih baik makan jer terus tak payah goreng lagi... sedap juga tu huhuhuuu

3- toskan ubi yang separuh masak tadi... lepas tu goreng dengan minyak yang banyak (tenggelam). goreng sampai masak ler jgn sampai hangus sudah! heheheeee

01 Julai, 2009

lawak: Fakta semacam auta

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?





dirembat dari:-http://www.lawak.net


sajer nak bagi korang tersenyum sikit huhhuhuuu... walaupun pernah baca ni dulu tapi bila baca balik masih gak nak senyum sendiri heheheee