Halaman

01 Julai, 2009

lawak: Fakta semacam auta

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?





dirembat dari:-http://www.lawak.net


sajer nak bagi korang tersenyum sikit huhhuhuuu... walaupun pernah baca ni dulu tapi bila baca balik masih gak nak senyum sendiri heheheee

10 ulasan:

  1. Wakakak siot jek...mcmana ko tau aku cuba sntuh telinger pakai siku?? Sampai nak krem bahu aku nih...Aku nak cuba jugak...

    Aku tak putus asa ni...

    Usaha eskulator kejayaan..

    maka aku tetap akan cuba sebab aku rasa benda ni boleh

    Yakin boleh!!

    Aku akan cuba dan terus mencuba supaya aku jadik org pertama yang terpengaruh dengan lawak auta ni semua! wakakakak.

    BalasPadam
  2. sentuh tinge pakai siku...

    x pun.... x pun...
    hahaha

    BalasPadam
  3. Masa first-first baca lawak ni dulu adala jugak cuba sentuh telinga guna siku... Tapi sekarang tidak lagiiii... Muahahahahahah :P :P :P

    BalasPadam
  4. hik2....
    puas traii nk sntuh tlinge ngan siku...
    hua2...lawak arr...
    smbil gelak guling2...

    BalasPadam
  5. wakakakaka...

    nak cuba tempeleng orang laa... nak tgk.. boleh tak dia makan lempeng pastu...

    ko nak cuba tak??

    wakakaka

    BalasPadam
  6. Arryani...
    sila cuba hingga berjaya... mana tau buleh masuk guiness book of record sebagai perempuan pertama menyentuh telinga guna siku muahahaha ngeh3x...

    cikgu... (insan biasa)
    errr nak ngelat lah tu heheheee..
    camner lah gaya seorang cikgu dok try nak sentuh teliga guna siku hehehee... sila jagn lakukan kat sekolah... nanti budak2 tgk! huhuhu

    SS...
    hahahahaa nampaknyer ko pernah terkena lah dulu yer... aku pun mula2 dulu hmmm sampai terpeleot dibuatnya kononyer tak percaya dengan fakta tu....

    rasa nak tempeleng jer org yangbuat kawah hampeh sungguh tu... saperlah punya kerja... ada org kata asal dari majalah Ujang!

    PUSPA...
    haaaaaaaa nko pun torai jugek ker huhuhhuhu... takper itu namanya curioust...

    kalau terpeleot ker tersalah urat jgn claim ngan pakcik ler... heheheee

    KTS...
    ish... tak pasal2 nak tempeleng orang pulak... huhuhu

    cubalah buat ekperimen tu pada kucing ko ker dulu tgk camner agak2 buleh ke tidak dia makan lempeng lepas kena tempeleng heheheheee

    BalasPadam
  7. Salam Naqeeb.
    Sentuh telinga dengan siku belum cuba, tapi kalau jilat siku pernah cuba, jilat hidung gak dah cuba, keduanya sampai...sampai letih...he3

    BalasPadam
  8. salam pak Ngah...
    haaaaaaaa terkejut saya... huhuu

    BalasPadam
  9. hehe..mcm2 lah ko nih NL! anyway..n3 ko dah buat Sally tersengih..merawat hati yg dula nestapa..huhu

    BalasPadam
  10. Tsally...
    hati2 tersengeh tu malam2 nih... kalau terasa ada benda kat belakang tu pandang jer jgn takuut... huhuhuhu

    BalasPadam